SENTUHAN MAGIC DARI KAIO STUDIO

/
0 Comments
Aku sangat kagum dengan orang yang pandai 'pose' depan kamera especially untuk photo shoot. Maksud aku, pandai bergaya dan pandai berinteraksi dengan kamera tanpa rasa malu-malu dan kekok. Tapi, aku lagi kagum dengan photographer dan orang-orang di belakang tabir yang terlibat untuk photo shoot yang mana dapat menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan superb! 


Photo Shoot Blogger Malaysia Kaio Studio


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang sesi Photo shoot Blogger Malaysia bersama Kaio Studio. Jadi, kalau korang mencari studio photo shoot, tak kira sama ada mencari white studio atau black studio, boleh baca artikel ni sampai habis. Aku nak share tentang studio photo shoot terbaik di Shah Alam. Untuk pengetahuan korang, Kaio Studio menyediakan studio photography yang lengkap dengan kemudahan dan menjanjikan keselesaan untuk semua pelanggan yang datang. Hasilnya pula macam mana? Hah, kalau nak tahu, meh baca sampai habis. Kat sini boleh tengok hasil sentuhan magic dari Kaio Studio!


Founder Kaio Studio - Anwar Abdullah


Sejarah Kaio Studio

Sebenarnya, aku kenal Kaio ni beberapa tahun lepas. Dulu, Kaio memang aktif jadi blogger. Kalau pergi event, memang dia selalu bawa kamera dan shoot video. Honestly, hasil video dia memang superb! Kemudian, Kaio mula melebarkan sayapnya dalam bidang photgraphy dan videography dengan lebih serius selpas terpilih ke Paris bersama artis terkenal, Anuar Zain. Dari situ, bermulanya titik-tolak perjalanan Kaio sebagai videographer yang terkenal apabila hasil karya beliau mula mendapat tempat di hati peminat.


Bercerita tentang Kaio Studio, untuk pengetahuan semua Kaio Studio mula beroperasi sejak tahun 2012 dan diasaskan oleh Kaio sendiri. Kaio atau Anwar Abdullah bermula sebagai wedding videographer. Kemudian, dari semasa ke semasa Kaio mula mengorak langkah ke pelbagai bidang lain termasuklah event, advertising, campaign video, program TV dan macam-macam lagi. 



Kaio 


Pencapaian Kaio Studio

Dari turun padang ke event-event bersama bloggers, cover event wedding dan kini Kaio sangat aktif cover event dalam bidang peragaan busana (fashion show) dan event-event besar di seluruh Malaysia. Bukan setakat itu, Kaio juga semakin terkenal dan mendapat tempat di hati para pereka fesyen terkenal tanah air untuk menjadi official photographer dan videographer di merata lokasi tak kira di dalam mahupun di luar negara.


Antara pencapaian terbaik Kaio adalah bila donobatkan sebagai penerima anugerah Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. Kalau nak tahu info lebih lanjut mengenai pencapaian Kaio, boleh rujuk di sini: Kaio - Most Glam Fashon Videographer 2015


Antara pencapaian lain Kaio yang cukup membanggakan adalah seperti berikut:


  1. Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.
  2. Pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.
  3. Antara pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio adalah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.
  4. Selain dari itu, ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaan ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.


Kaio Studio 


Antara hasil sentuhan kreatif daripada Kaio ada dipamerkan di ruang studio beliau yang terletak di Shah Alam. Antaranya gambar perkahwinan Sam dan Syatila. Hebat kan? Untuk tahu lebih lanjut dan melihat karya-karya fesyen dari Kaio Studio, boleh terus ke pautan berikut: http://www.kaiostudio.com/category/fashion/



Pengalaman Photo Shoot di Kaio Studio

Baru-baru ini, aku berpeluang untuk berkerjasama dengan Kaio Studio untuk sesi Photo Shoot bersama Blogger Malaysia. Actually, Photo Shoot ni bertujuan untuk Blogger Profil 2017. At first, malu juga nak join photo shoot bagai ni. Seriously, aku memang malu nak berinteraksi depan kamera. Apatah lagi nak 'pose' depan cameraman. Memandangkan semua member blogger pergi, aku pun turut join sekali. Nak juga tahu macam mana Kaio & team bekerja di sebalik tabir kan? Meh nak share serba-sedikit pengalaman aku dan kawan-kawan sepanjang photo shot di Kaio Studio baru-baru ni. Cekidout!


Blogger Malaysia


  1. Kaio Studio menyediakan photo studio yang selesa. Dilengkapi dengan penghawa dingin dan ruang yang luas.
  2. Menyediakan tempat solat untuk menunaikan sembahyang kalau sesi photo shoot lama.
  3. Menyediakan bilik persalinan dan ruang untuk make-up untuk kaum hawa.
  4. Ada white studio dan black studio mengikut citarasa pelanggan.
  5. Lokasi yang strategik di Shah Alam, mudah untuk diakses!
  6. Krew Kaio Studio sangat friendly.
  7. Jujurnya, aku tak kekok langsung nak 'pose' depan kamera sebab krew Kaio Studio sangat sporting dan membantu.
  8. Hasil gambar yang superb! Aku sangat berpuas hati dengan setiap ketipan yang terhasil. Walaupun hakikatnya aku tak ready, tapi bila tengok hasilnya. Wow! Jatuh cinta beb dengan hasil karya dari Kaio Studio.

Profil Blogger Malaysia 2017

Mesti korang nak tengok kan macam mana hasil photo shoot untuk Profil Blogger Malaysia 2017? Kat sini aku nak share beberapa foto favorite aku hasil dari sentuhan Kaio Studio. Kalau korang nak tengok foto-foto lain, boleh klik di sini: Blogger Malaysia Photoshoot at Kaio Studio


Casual
Shirt & Jeans by Padini
Shoe by Obermain



Sweater by YSF Concept Store



Baju Melyu by Qalif Signature


Kurta Dhanee Collection (Royal Blue) - Arlee by Rani Exclusive





Servis Yang Ditawarkan di Kaio Studio

Macam mana, ok tak hasil-hasil gambar dari Kaio Studio? Selain daripada meyediakan khidmat photography, Kaio Studio juga ada menyediakan beberapa servis lain untuk pelanggan. Terbaru, Kaio Studio menyediakan studio untuk photo shoot termasuk black studio dan white studio yang menjanjikan servis yang tip top!




Kalau korang berminat untuk menggunakan khidmat Kaio Studi, boleh hubungi mereka. Antara perkhidmatan lain yang mereka tawarkan adalah seperti berikut:

1. Wedding photography and videography

2. Corporate photography and videography

3. Commercial video

4. Campaign video and photography

5. Music video


Pendek kata, Kaio Studio dan team sangat talented dan multi-tasker especially in videography. Kalau nak tengok dengan lebih lanjut servis yang ditawarkan oleh Kaio Studio, boleh rujuk di sini: http://www.kaiostudio.com/our-services/







Blogger Malaysia Photo Shoot di Kaio Studio

Berikut merupakan bingkisan ringkas sepanjang Photo Shoot di Kaio Studio bersama Blogger Malaysia. Thank you Kaio & team untuk video yang superb ni. Jom, cekidout!!!





Bagaimana Nak Hubungi Kaio Studio?


Haaa, kalau ada membem-member atau family tengah cari photographer atau videographer untuk majlis kahwin, event-event keraian ataupun apa saja, bolehlah hubungi Kaio Studio. Kalau nak sewa photo studio ataupun nak buat photo shoot family atau produk pun boleh hubungi mereka. Belum cuba, belum tahu!


Alamat Studio:
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD,
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Waze: ‘KAIO STUDIO’


Website:

Youtube:

Facebook:

Instagram:

Twitter:

Google Plus:
+KAIO STUDIO 


Akhir kata, terima kasih banyak-banyak kepada Kaio dan team Kaio Studio kerana memberikan layanan tip top sepanjang sesi photo shoot yang diadakan tempoh hari. Seriously, best gila! Antara pengalaman photo shoot yang tak dapat dilupakan. Krew sporting, fasiliti lengkap dan hasil yang terbaik. Semoga dapat bekerjasama lagi di lain masa dan ketika, inshaAllah. Mana tahu untuk wedding nanti ke kan? Eh!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...