MADUKU KALUT RETURNS KINI KEMBALI KE ISTANA BUDAYA

/
1 Comments
Maduku Kalut Returns kini kembali ke Istana Budaya.  Macam best je teater ni. Memandangkan dulu tak berpeluang nak gi tengok, so kali ni pastinya tak nak lepaskan peluang. So, untuk korang yang eksited nak tengok Teater Wajib Tonton 2015 ni macam aku, boleh cepat-cepat dapatkan tiket masing-masing sebelum kehabisan. Masih ragu-ragu nak pergi tengok ke tak nak pergi tengok Maduku Kalut Returns di Istana Budaya? Meh, baca kenapa korang perlu pergi tengok. Meh tengok siapa pelakon dan kenapa teater ni wajib tengok. Cekidout!!!



TEATER MADUKU KALUT RETURNS KEMBALI KE ISTANA BUDAYA

Kerana permintaan ramai, pementasan Teater Maduku Kalut Returns kini kembali beraksi di pentas berprestij bertaraf antarabangsa iaitu di Panggung Sari, Istana Budaya. Pementasan Teater Maduku Kalut Returns bermula pada 7 Ogos 2015 (Jumaat) sehingga 9 Ogos 2015 (Ahad). Teater Maduku Kalut Returns merupakan sebuah naskah teater yang berjaya mencipta fenomena tersendiri sekitar 2 tahun lepas.


Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce” yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife.


Mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards edisi ke 11 iaitu:

  1. Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam)
  2. Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin)
  3. Rekaan Set Terbaik
  4. Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik
  5. Rekaan Kostum Terbaik.

Teater Maduku Kalut Returns kali ini dibarisi oleh artis-artis tersohor tanah air iaitu Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet yang pastinya menjanjikan satu kelainan kepada atmosfera seni teater negara.



Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.


Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, MKR bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, MKR mampu untuk meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.



Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum atau boleh dibeli dengan hanya 




Tarikh pementasan:
7-9 Ogos 2015

Masa:
8.30 malam

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
012- 535 6312 (Taqi)
016- 327 0612 (Fazz)

Hashtag


Mengenai MASKTEAM

Mula memahatkan nama sekitar awal 2011, Mask Team merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pengkhususan penganjuran acara, dan “Rumah Media”. Ditunjangi oleh sekumpulan anak muda, Mask Team berorientasikan, kreativiti dan sentuhan kelainan didalam setiap perkara yang diceburi.

Setelah hampir 4 tahun beroperasi, Mask Team ternyata sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan organisasi lain. Antara hasil kerja yang mendapat sentuhan Mask Team adalah seperti, Teater Projek Kahwin, Teater Juta-Juta, Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan penganjuran acara Rejunevasi Lahad Datu hasil kerjasama bersama dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, terbaru, Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa dan konsert Malam Inspirasi Kun Anta.

Pelbagai pengiktirafan telah di raih Mask Team antaranya Persembahan Kumpulan Teater Terbaik, Pengarah Teater Terbaik dan Skrip Asli Terbaik untuk Boh Cameronian Awards.

Selain daripada penganjuran acara, Mask Team juga mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran sosial media, penjenamaan dan pemasaran serta produksi televisyen. Secara mudahnya, dengan Mask Team, segala permasalahan media anda, kami selesaikan.

Peluang menganjurkan Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa bersama Airish Events, diharapkan dapat menaikkan lagi nama Mask Team, sebagai salah sebuah organisasi penganjuran acara yang berkaliber dan disegani. 


Pssst, so apa korang tunggu lagi. Jom kita pakat serbu Istana Budaya ramai-ramai. Esok team Projek Travel dan Sahabat Projek Travel akan ramai-ramai turun ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater Maduku Kalut Returns jam 300 petang. See you there!!!


You may also like

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...