Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru

/
18 Comments
Kalau dah bertapak di arena blogging, mustahil kalau tak kenal atau tak pernah dengar nama Denaihati. Bagi aku, secara jujurnya boleh dikatakan pencapaian blog Denaihati adalah antara blog yang paling berjaya di Malaysia. Satu benchmark untuk dijadikan contoh bagi blogger-blogger lain.


Best Personal Blog 2013

Antara pencapaian terbaru blog Denaihati adalah apabila dinobatkan sebagai Best Personal Blog 2013  bagi Blogger Most Wanted Award dalam program anjuran Blogrr di Mines pada 14 Disember 2013 yang lalu. Sekalung tahniah kepada tuan Denaihati dan team di atas kejayaan ini.




Secara ringkasnya, keputusan Anugerah Blogrrr 2013 untuk 11 kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
  1. Best Food & Travel BlogTheBigSmallBoy
  2. Best Personal Blog – Denaihati
  3. Best of Disability BlogAmir-Hamidi
  4. Best Blogshop – EightDesignsBoutique
  5. Best IT and Gadget Blog – JomPHP
  6. Best Art & Photography BlogTheEggYolks
  7. Best Entertainment Blog – RotiKaya
  8. Best Sports BlogSokernet
  9. Best Fashion & Beauty BlogMaxmayo
  10. Best Family & Health BlogIbuBapaCemerlang2012
  11. Best Automotive BlogPaultan
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : Denaihati


Aplikasi Android Denaihati 

Kredibiliti blog Denaihati sebagai Best Personal Blog 2013 memang tidak dapat disangkal lagi. Mana taknya, kita masih blogging macam biasa, Denaihati dan team dah maju setapak. Kini muncul pula dengan Aplikasi Android sendiri. Memang kagum. Tak hairan lah kalau semakin hari semakin maju sebab rupanya mereka ni segar dengan idea-idea baru dan inovatif dalam dunia blogging. Salute!


Aplikasi Android Denaihati ni khas untuk pengguna android smartphone. Tahniah kepada developer, Eizil Network & IT Solutions. Kepada pengguna-pengguna produk Apple dan lain-lain, jangan jeolous ye,hehe. Giliran korang mungkin akan tiba tak lama lagi. 


Macam mana nak install? Mudah saja. Cuma 3 langkah mudah:
  1. Klik "Play Store"
  2. Search 'Denaihati"
  3. Klik "Install" 

 Taddddaaaa


Saya sudah install. Anda bila lagi?

5 dalam 1

Apa yang dimaksudkan 5 dalam 1? Maksudnya, buka je satu aplikasi ni, terus dapat tengok kesemua lima-lima rangkaian sosial media Denaihati. Ohsem! Kalah dah produk 3 in 1 kat supermarket. Sekarang, nah amekaw, 5 in 1 terus dia kasik.


1) Blog

Namapun blogger, mesti lah blog yang menjadi medium utama. Sekarang ni, orang ke hulu ke hilir bawa smartphone je. Jarang tengok orang online guna laptop kat mana-mana sekarang. Jadi, memang sesuai untuk memudahkan readers baca blog kalau ada app macam nih. Pantas dan tuntas!



2) Facebook

Kalau nak tahu, Denaihati bukan ada 1 je Facebook fan page, bukan 2, tapi 3. Tengok pulak berapa riban yang like untuk setiap page yang ada. Perghhhhhhhh.




3) Youtube

Dengar kata, Denaihati ada Akademi Denaihati untuk bloggers belajar teknik-teknik yang power dalam blogging. Kalau nak tengok feedback, boleh layan di channel youtube Denaihati.



4) Twitter

Tak cukup dengan itu, twitter pun ada. Ayuh sama-sama kita berkicau dengan burung biru. Maklumat yang paling pantas dan cepat untuk kita dapat hari ini adalah melalui twitter.



5) Instagram

Platform yang makin popular saban hari iaitu instagram. Kalau nak kenal siapa founder blog Denaihati, boleh follow instagram beliau.


Pendek kata, kalau nak keep in touch dengan Denaihati, install je Aplikasi Android ni. Nak tahu lebih lanjut pasal aplikasi android Denaihati ni, sila la install sendiri. Seminit je.Semua ada kat situ.

Akademi Denaihati

Nak belajar ilmu-ilmu berkaitan blogging? Nak tahu macam mana nak menjana pendapatan dengan blog? Jangan masuk Akademi Fantasia atau Akademi Nasyid. Masuk lah Akademi Denaihati. So far, aku tengok blogger yang pergi kelas Denaihati nih, masing-masing dah berjaya sekarang.


Apapun, kalau rasa nak tanya apa-apa pasal blog atau isu-isu berkaitan blogging, boleh jugak rujuk terus kepada Denaihati dan team dengan merujuk e-mail dan website yang tertera di bawah. Memang layak untuk menjadi pakar rujuk. Dah menang macam-macam award sebelum nih, Best Of The Best Blog of The Year 2012 dan Most Creative Blog 2013.



Blog sendiri? Dah ada mobile version pun dah syukur. Memang tak gheti bab-bab technical nih. Fail! At least, ada mobile version macam ni memudahkan readers untuk baca blog dengan menggunakan smartphone.




Notakaki : Satu benda yang aku belajar untuk berjaya dalam blogging ni adalah KOMITED! Sudah tentu, nak berjaya bukan mudah macam naik lif, tekan butang nombor seratus terus sampai ke tingkat 100. Nak berjaya kena ambil langkah, step by step. Takde lif, kita naik eskelator. Takde eskalator, kita naik tangga.Takde tangga? Panjatlah sikit demi sikit dengan kudrat yang ada. Janji berusaha.. Apa yang penting, KOMITMEN, PASSION, KREATIF dan INOVATIF! Tapi sekarang, gua bizi sikit. Tak dapat nak menyibukkan diri dengan event, melainkan weekend :)


You may also like

18 comments:

  1. Billion terima kasih kerana sudi sertai kontes review aplikasi android denaihati terbaru dan semoga sukses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama tuan Denaihati
      Semoga terus maju jaya :)

      Delete
  2. sempoilah bro... ko bila bab buat review nie memang lengkap habis kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat cincai-cincai takut tak menang plak, hehe

      Delete
  3. Cool! Tak mampu nak ada apps macam denai hati. wuwuwu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal...kita klu mampu update blog selalu pun dah kira ok kan?

      Delete
  4. Tahniah…..sama-sama kita pasang apps ini di smartphone kita dan moga memberi manfaat kepada semua sambil memeriahkan segmen review aplikasi terbaik daripada Denaihati. Semoga dapat bonus nanti sempena akhir tahun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harini pengguna Apple pon dah boleh install ke gajet masing-masing
      memang kagum dengan usaha team Denaihati

      inshaAllah, klu ada rezeki mana tau dapat bonus awal tahun dari Denaihati kan? hehe

      Delete
  5. Belom sempat donlod. Macam best jeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh usha-usha nanti
      Android boleh, Apple pun dah boleh

      Delete
  6. Tahniah pada yang berjaya :D
    all semua interesting ni hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la buat apps macam ni untuk Time Traveller
      jadi rujukan utk backpacker,hehe

      Delete
  7. wow nampak gempak aplikasi nie nak download la

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. yeah, they deserve it!
      Each of them got their talents and style

      Delete
  9. datang sini plak.....memula kecewa jugak sebab android jer ker ada....pas tu..tup tup apps store pun dah bolehh...waaaaa...best best.....respek denaihati ...memang hidup untuk memberi.....

    semoga berjaya....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih datang berkunjung
      hahaha, tu lah.. selang 2 hari je trus ada utk IOS jugak

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...