Sebenarnya, aku kecut perut nak join.......

/
12 Comments
 
Sebenarnya,
Aku kecut perut nak join Viper Challenge 2013
Memandangkan hanya tinggal beberapa jam dari sekarang
Aku rasa makin keluh-kesah
Bukan apa,
Memikirkan ketupat, lemang, rendang, satay, dan macam-macam lagi juadah Aidilfitri 
yang ditelan tanpa segan-silu masa raya hari tuh,
Aku rasa tak hadam elok lagi nih
Mampu kah aku nak berlari, memanjat, merangkak, melompat macam rusa?
Ke macam king-kong? 
Grrrrrr


Bila tengok video teaser Viper Challenge 2013
Rasa semangat lah sikit
Tukar sikit mindset dari IMPOSSIBLE ke I'M POSSIBLE




 Every accomplishment starts with the decision to try

One of the most grueling physical challenges Asia will ever see

The ultimate test of strengths and endurance

Extreme obstacle course

17&18 August 2013

Sepang International Circuit

VIPER CHALLENGE

Over 20+ obstacles

When did you last challenge yourself?
Rasanya, last aku torture diri sendiri paling dahsyat masa OBS dulu. Lepas tuh, ada lah challenge lain sikit-sikit macam panjat bukit Tabur, panjat batu ke air terjun Berkelah, dan bergayut macam woot woot di Skytrex Shah Alam. Semua seronok, cuma yang ini rasa lain macam sikit, seronok plus nervous! 


Apapun, aku cuba optimis. Bayangkan perjalanan di Viper Challenge nanti tu macam perjalanan aku dalam kehidupan ni. Susah senang, jerit-perih, mesti juga kena tempuhi. Aku tekad, aku akan cuba selagi mampu. Walaupun hakikatnya, nak lari pun macam ayam daging, tak larat sangat dah sekarang,ROFL. 


Apa yang pasti, Viper Challenge ni bukan bertanding siapa yang hebat, siapa yang perkasa, siapa yang laju macam siput turbo, siapa menang dan siapa kalah. Viper Challenge ni lebih dari tu. Ia satu platform untuk cabar kemampuan dan kekuatan mental dan fizikal. Pendek kata, bertanding dengan diri sendiri dari segi psikologi sama ada nak teruskan race ataupun tidak sebab semua yang tamatkan challenge dalam masa yang ditetapkan konpem akan dapat medal. Panjang kata, merana lah engkau wahai lemak-lemak sekalian. Padan muka, keh3

Apa yang ada dalam Viper Challenge 2013?

Determination
Team work
Camaraderie
Satisfaction
Leave no one behind

Forget FEAR
Worry about ADDICTON


Ya, aku sahut cabaran. Walaupun dah lama tak jogging, exercise, aku akan cuba sedaya-upaya untuk pergi dengan kudrat yang ada, minda yang bersedia. Doakan aku berjaya melepasi semua halangan tanpa mengalami sebarang kecelakaan dan kecederaan ye. Cewah, macam askar nak pi medan perang la pulok. Bukan apa, kaki aku ni mudah sangat tergeliat. Harap-harap, semua baik-baik aje la nanti. Amin :)


Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang aku kecut perut sangat nak join kan? Meh, tengok sendiri kat sini http://www.viperchallenge.com/obstacles . Part monkey bars (bars over water0 tuh aku paling gerun. Silap step, lenguh tangan, teguk air lumpur la. Dugaan....


All the best to all the contestants for Viper Challenge 2013

See you there!



Notakaki: Terima kasih youthsay untuk dua pass penyertaan percuma. Akan aku hargai pengalaman baru yang bakal aku perolehi nanti. Harap-harap, lepas Viper Challenge badan jadi ketak-ketak macam The Rock, oyeah. Wish me luck :)


You may also like

12 comments:

  1. Kemah weh dio. ambo nok join doh tapi gak mikir ko perut ni terus xsey eh. Takut xlepas. Tak pasal2 pengsang. Apepun biar dapat nombor satu tuh. MRSM Jeli hebat! *tetiba*

    ReplyDelete
  2. takut gapo gak boh.. boleh tuh acu try

    ReplyDelete
  3. amirnawawi:
    klu bayar memang tak join dah mir
    nasib baik dapat free pass, boleh la try join
    rugi pulak klu tak join
    kalah menang tak kira dah, asal tak cedera dan habis cabaran, syukur dah nanti :)

    ReplyDelete
  4. Asyik Izas:
    terima kasih :)
    konpem hangus kulit muka kena sunburn nanti
    kena join GA fair&lovely di blog asyik ni,haha

    ReplyDelete
  5. encikarman:
    bereh boh
    gomo klate gomo
    bawok smangat TRW

    ReplyDelete
  6. owoh... kecik2 dulu dok ke takdok buak kijo2 lagu tuh, ttakat lompat2 dale tayar, rukah2 dinding, mainan kapong tuh.

    ReplyDelete
  7. Wah.. gudluck..
    dah lama tak main benda lasak ni...

    Ninetology u9 X1

    ReplyDelete
  8. encikarman:
    jolo dh tu boh.. tapi loni lamo dh dok buat kijoan gitu, rasa kekok jugok,haha
    imagine srupo masuk baroh la esok klu kena berendam dalam lumpur

    ReplyDelete
  9. KiD:
    jejom, meh ke Sepang esok
    kul 1030am start race

    ReplyDelete
  10. Norfanil:
    thank you
    takpe,tak sempat join kali ni, join next time
    tak pun, try je challenge di Skytrex dulu,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...