#DRPB : EPISOD 29

/
4 Comments
7 August 2013
29 Ramadan 1434H


Hari terakhir di bulan Ramadan? Apa mau buat? 


Apa lagi, pergi jenguk-jenguk tempat jual lemang. Perghh, sehari sebelum raya, memang laris orang beli lemang. Hari ni siap masak rendang ayam dan rendang daging lagi pi jual tempat jual lemang. Alang-alang tuh, belajar sikit-sikit cara nak masak lemang. Bertambah lagi satu resepi untuk dicuba nanti.


Dalam ramai-ramai orang yang singgah beli lemang, ada jugak orang cina yang berhenti beli. Wow! Muhibah betul.. Tapi, ada beza cara orang melayu dan orang cina membeli lemang. Macam beli durian jugak, orang cina nak tengok dulu isi kat dalam agar nilai yang dibayar berbaloi dengan isi yang meeka dapat. Terpaksalah belah buluh lemang, tunjuk isi lemang, bungkus, dan baru dia bayar. Ya, customer right Selaku peniaga pula, barang yang kita jual pun mestilah value for money.
 
 
Syabas diucapkan kerana lemang yang dijual berjaya habis sebelum malam menjelma. Tahun depan boleh berniaga lagi, inshaAllah.
Tutup cerita soal berniaga, esok mau raya, songkok tak beli lagi apecer? Terus merempit ke Billion untuk mencari songkok. Dah rembat songkok seketul, kaki tersasar pulak naik ke tingkat atas. Kena pukau beb. Terbang dua tiga keping beli kasut, baju dan seluar. 
 
 
Sebulan berpuasa,  kini tiba pula Syawal menjelma. Semoga dberi umur yang panjang untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang. Tak banyak harapan lepas Ramadan ni, semoga sedikit-sebanyak persiapan yang sebulan ni, dapat menempuhi 11 bulan yang mendatang. Terutama sekali bab solat berjemaah di masjid. Kalau terawih boleh pergi, mintak-mintak lah solat fardhu pun kaki aku akan ringan melangkah ke masjid.Amin


Eh, cerita 7 haribulan, sekarang baru nak timbul? Hah, biasa lah bila balik kampung. Internet slow sikit, kalah siput sedut. Baru je nak loading page, mata dah terpejam. Kroooh kroooh dah tidur. Memandangkan ini adalah usaha murni, cabaran satu hari satu entri, maka aku turutkan jua untuk completekan cabaran kali ini. Done!
 
 
TAMMAT


You may also like

4 comments:

  1. hehe masih mood raya ya bro ;)

    ReplyDelete
  2. Zuan:
    sambung beraya di office plak bro
    adeh, sabor je lah

    ReplyDelete
  3. bowok kuih raya pegi opis tak bro?

    ReplyDelete
  4. encikarman:
    dah bawak ketupat palas dan tapai pi office
    kasik officemate rasa juadah dari Klate

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...