LINTAS LANGSUNG PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA VS INDONESIA

/
0 Comments


Seperti yang kita sedia maklum, Thailand dan Philippines sudahpun bersenang-lenang melangkah ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Nampaknya, Thailand melangkah dengan penuh bergaya bila mana berjaya menang ketiga-tiga perlawanan di peringkat kumpulan dalam Kumpulan A.

Group A
Team MP  W  D  L GF GA Pts
Thailand 3 3 0 0 9 2 9
Philippines 3 2 0 1 4 2 6
Vietnam 3 0 1 2 2 5 1
Myanmar 3 0 1 2 1 7 1



Apa pula nasib pasukan kita, Malaysia? Masih lagi nyawa-nyawa ikan, 50-50. Kekalahan di perlawanan pertama menentang musuh tradisi, Singapura 3 berbalas 0, memang cukup perit untuk diterima. Perlawanan itu memberi tamparan hebat terutama kepada jurulatih paling hebat abad ini, K Rajagobal. Namun, kemenangan besar menentang Laos tempoh hari, 4-1 sedikit-sebanyak mengembirakan kembali penyokong tanah air. Seumpama mendapat nafas baru.


Namun, ia tidak semudah seperti apa yang kita sangkakan. Kita tiada pilihan. Kita perlu menang menentang Indonesia malam ini. Persoalannya? Mampukah K Rajagobal menurunkan pemain-pemain hebat untuk malam ini? Mampukah K Rajagobal memberhentikan segala eksperimen-eksperimen yang entah apa-apa malam ini? Semoga pemain yang diturunkan malam ini adalah pemain hebat yang kita ada di Malaysia. Bukan dipilih atas dasar pilih bulu mahupun pilih kasih. Menang kalah perlawanan malam ini, bergantung kepada kekuatan pasukan yang akan diturunkan pada malam ini.

Group B
Team MP  W  D  L GF GA Pts
Indonesia 2 1 1 0 3 2 4
Singapore 2 1 0 1 3 1 3
Malaysia 2 1 0 1 4 4 3
Laos 2 0 1 1 3 6 1


SIARAN LANGSUNG : MALAYSIA VS INDONESIA

Sebelum perlawanan bermula, jom kita imbas kembali perjalanan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012 kali ini.


Malaysia 0-3
Match Report
Singapore
Shahril Ishak 31', 37',
A. Duric 74'
Laos
Khonesavanh 39'
1-4
Match Report
Malaysia
Safiq Rahim 15', Safee Sali 67', Wan Zack 76', Khyril Muhymeen 79'

Dan malam ini, perlawanan penentuan sama ada Malaysia layak ataupun tidak untuk mara ke separuh akhir.

Malaysia vs Indonesia

Apakah ramalan anda? Adakah kita mampu menang? Ataupun sekadar seri di tangan Indonesia? Ataupun kalah? Cuma kemenangan yang menjanjikan kemaraan Malaysia ke separuh akhir untuk Piala AFF Suzuki 2012.


Di saat entri ini disiarkan, aku sedang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan  pertembungan seteru, Malaysia melawan Indonesia. Menang ke, kalah ke, aku tak kira. Yang penting, aku dapat tengok perlawanan terakhir kumpulan B. Kalau menang kita tunggu final. Kalau kalah, anggaplah ini match terakhir yang aku dapat tonton secara live.


Sebelum aku bertandang ke stadium tadi, sempat juga masak kerabu ayam dan sotong masak istimewa. Nak tau apa yang istimewa? Jeng jeng jeng




Lagi satu, sebelum sampai di Stadium Nasional Bukit Jalil tadi, dapat sms dari akak aku, Norme

"Aduh, kaloh ar mu gi gak.. Klu menang pun sengit.. Haha"

Cis, bertuah punya kakak. Ko ingat aku ni bawa malang ke apa? Tapi, aku pun rasa macam tu juga. Kalau aku gi tengok, biasanya kalah, wakakaka. Nak tau betul ke tak, kita tunggu habis game la ye. Klu Malaysia menang, mungkin sebab sotong masak istimewa kat atas tuh kot. Kalau kalah, adakah sebab aku pergi  tengok? Rakyat Malaysia jangan marah aku macam korang marah K Rajagobal eh, wakaka


Notakaki : Harap-harap dapat jumpa member-member di stadium. Entri ini adalah entri autopublish. Ketika anda membaca entri ini, saya sedang berdebar-debar di dalam stadium bersama ribuan rakyat Malaysia. Fuh, berdebar jugak nih. Dub dab dub dan. Kbye


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...