GENTING TRIP #9 : HABUAN BERNILAI RM1050

/
2 Comments


3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS


Makan di Rajawali Awana Genting sudah, check in ke Awana Longhouse pun sudah, treasure hunt sudah, dinner pun sudah, tidur nyenyak, bagun-bangun dapat breakfast yang best pun sudah. So, what's next? Seterusnya, telematch.


Dalam telematch, masih lagi dengan kumpulan treasure hunt masing-masing, and I'm with The Slayers. Apa yang best time telematch, kitorang main macam-macam. One way to get closer with my blogger friends. Nice to know all of them.


Apa yang kami main? Macam-macam ada. Antaranya, terompah gergasi, ulat belon, mumia, baling belon berisi air, straw dan gelang getah dan last but not least, buat sambungan yang terpanjang tak kira guna apa asalkan bila ditarik tak putus. Semua struggle habis-habisan untuk bergelar juara keseluruhan. Bagaimanakan keputusannya? Apakah hadiahnya?




Rasa bertuah sebab dapat datang ke Genting Evangelist Event. Sebab hadiah yang ditawarkan banyak. Pendek kata, semua yang datang ke Awana Genting memang tak pulang dengan tangan kosong. Sebelum datang sini pun, aku dah dapat hadiah (pass masuk ke Theme Park dan Snow World) : Resort World Genting Incentive Program First stage


Untuk telematch, team aku The Slayers hanya mampu meraih tempat ke-dua. It's ok, we tried our best. Apa yang penting? Kita enjoy. Dengan meraih tempat ke-2 keseluruhan, kami membawa pulang 2 tiket sky venture dan 2 tiket snow world setiap seorang. Weee


Selain tu jugak, selepas dinner semalam dah dapat hadiah RW Genting second stage iaitu tiket VIP seat ke Freeze show dan juga 2 tiket sky venture. Lucky draw pulak, semua orang dapat. Cuma yang bezanya, hadiah. Aku cukup bertuah malam tuh sebab dapat penginapan di First World Hotel. Cantik lah, pass dah banyak dapat, dapat pulak penginapan memang cun lah. Lengkap satu pakej pelancongan ke Genting Theme Park fully sponsore nanti, hehe.




Memandangkan dapat 4 tiket sky venture, rasanya baik tukar dengan Theme Park. Jadi, 2 tiket sky venture berjaya ditukar dengan Theme Park. Yeah.


Kalau dikira, keseluruhan hadiah sepanjang event ini dijalankan amatlah banyak. Terima kasih kepada Nuffnang dan Resort World Genting.


Sky venture (2)
RM50 each (RM100)
Snow World (4) 
 RM25 each (RM100)
Theme Park (4)
 RM66 each (RM264)
VIP seat Freeze show (2)
RM114 each (RM228)
First World Superior Deluxe Room 
Low RM292
Shoulder RM358
Peak RM435
Super Peak RM545
------------------------
Total : RM 1050
------------------------


Rasanya, kalau aku mau beli sendiri semua tiket-tiket ni, memang tak mampu lah. Mencecah RM1k beb. Tu pun kalau dicongak dapat hotel time musim shoulder, kalau macam musim sekolah sekarang ni (super peak), sah-sah la dah jadi RM545. Huh. Dah la dapat room yang paling exclusive iaitu Superior Deluxe Room. Yezzza!


InsyaAllah, next week (10 Dis - 14 Dis 2012) akan dapat voucher untuk Superior Deluxe Room First World Hotel. Jadi, boleh lah start planning mintak cuti untuk ke Genting hujung bulan ni. 


Notakaki : Ada sape-sape nak join ke trip ke Genting? Jom! Cuti-cuti hujung tahun katakan.. Syok jugak bercuti macam ni, tak payah keluarkan duit poket sendiri banyak-banyak, cuma perlu sedia duit makan minum je. This is the best achievement so far as a blogger. Once again, thank you RW Genting dan Nuffnang.




You may also like

2 comments:

  1. akak nok ngendeng jugops buleh? eheheheh... tok rajin sapa ko genting neh....cian dops? btw, taniahhh!!!

    ReplyDelete
  2. akuzle ayu:
    haha, cukup korum doh la kak
    lambat sangat dekpun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...