FEAR FACTOR HOUSE CHALLENGE : KINI DI DATARAN TELUK CHEMPEDAK, KUANTAN

/
3 Comments



Ramai yang kata, "tak sempat pergi lah Zon Fear Factor di Sunway Pyramid arituh", "Jauh lah nak pergi Sunway Pyramid", "tak tahu pun ada Zon Fear Factor di Sunway Pyramid last weekend" dan macam-macam lagi.Tak perlu bimbang, tak perlu nak gundah-gulana.  Zon Fear Factor ada second round punya siri jelajah. Kali ni, di lokasi berbeza iaitu di Dataran Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang. Sebelum tuh,jom baca cerita pasal Zon Fear Factor di Sunway Pyramid dulu (klik sini), tengok siapa pemenang dan apa yang diorang dapat. Mau meleleh air liur beb.


Orang-orang Kuantan, get ready! Tanda kalendar besor-besor supaya tak lupa untuk join nanti


ZON FEAR FACTOR
Dataran Teluk Chempedak, Kuantan
22-23 Disember 2012
1000pagi - 800malam

Sambutan di Sunway Pyramid memang hangat! Orang beratur untuk daftar panjang giler. So, kalau nak join better pergi awal. Tapi kan, nak cakap awal-awal, tak ramai peserta yang berjaya dalam kesemua cabaran dalam Zon Fear Factor. Apa yang pasti, cabaran yang ada memang mudah kalau tengok, tapi sukar untuk dibuat. Jadi, sesiapa yang rasa betul-betul berani, memang besarlah peluang nak jadi pemenang. Nak tahu hadiah apa yang ditawarkan?

Iphone 5
Ipad Mini
Xbok 360

Amacam? Ada bran nak try? Tapi, sebelum tuh, marilah aku story serba-sedikit apa cabaran yang perlu korang hadapi dalam Zon Fear Factor. Bukan apa, kasik prepare mental dan fizikal sebelum sahut cabaran. Kasik besar sikit peluang untuk menang.

Cabaran 1
Mencari 3 biji guli dalam tanah liat yang berisi cacing tanah dalam masa 30 saat 
(kadang-kadang dia tukar dengan ulat)
Cabaran 2
Mengalihkan 5 ekor katak dari bekas yang besar ke bekas yang kecil dalam masa 60 saat
Cabaran 3
Mencari 3 bendera Fear Factor dalam lubang di dalam bilik yang gelap dalam masa 60 saat
Cabaran 4
Mencari kunci dalam sangkar yang ada lebih kurang 6 ekor ular untuk membuka pintu melepasi Zon Fear Factor dalam masa 60 saat


Macam mana nak menang iPhone 5, iPad Mini dan Xbox 360 dalam Zon Fear Factor?
  1. Perlu lepas setiap cabaran dalam masa yang ditetapkan. Kalau gagal, maka anda GAGAL untuk ke cabaran seterusnya. Bye-bye!
  2. Perlu lepas kesemua cabaran (Cabaran 1-4) 
  3. Pemenang ditentukan berdasarkan catatan masa terpantas untuk kesemua cabaran
  4. Catatan terpantas akan menentukan pemenang untuk hari tersebut (top 3 setiap hari)

Aku dah join time di Sunway Pyramid edisi blogger. Tapi takde rezeki untuk menang, terkandas di cabaran ke-3. Nak tips? Nanti aku share dalam entri seterusnya berdasarkan pengalaman diri sendiri dan pendapat rakan-rakan blogger yang lain yang telah menyertainya. Stay tune!





Notakaki : Selain daripada Zon Fear Factor, korang berpeluang jumpa selebriti-selebriti Fear Factor seperti Roaslan Shah, Dazrin, Hairul Azreen, Iz, Arja Lee, Alam Wakaka, Hefny, Hafizul, Atu Zero, Azri AF9, Didie Alias dan Hisham. Jangan risau, kalau kalah pun, korang puas hati sebab kat sana banyak merchandise disediakan untuk pengunjung. Apepun, selamat mencuba!


  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||



You may also like

3 comments:

  1. fuhh,kalau pi kuantan weekendni bolehla cuba nasib sekali lagi ni..hahah..tapi cabaran ular tu,fuhhh..menggugat betoii...

    ReplyDelete
  2. Eyriqazz:
    tu la bro, klu tak takut ular kan best
    konpem besar peluang nak menang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...