A POPCORN SESSION : CHERNOBYL DIARIES

/
4 Comments


Ok, rutin mingguan diteruskan lagi untuk kali ini. Kalau minggu lepas A POPCORN SESSION : SADAKO 3D | THE POSSESSION | THE EXPENDABLES, minggu ini satu lagi filem yang sempat ditonton iaitu Chernobyl Diaries. Sebenarnya, dapat dua undangan. Satu lagi The Cold Light of Day, tapi memandangkan tayangan dibuat di One Utama, agak jauh dan susah nak menapak, maka layan je lah Chernobyl Diaries.

CHERNOBYL DIARIES




Nuffnang Premiere Screening Chernobyl Diaries

4 September 2012 (Tuesday)
9.00pm
TGV, KLCC

Yes, dapat tonton free dan awal dua hari.dari tayangan umum iaitu pada 6 September 2012. Tapi, ada tapinya. Tengok tadi takde subtitle. Oh my English! Nasib baik sempat menuntut ilmu dengan British Council, dapat jugak tangkap sikit-sikit, lol. Overall, filem ni better daripada The Possession dan Sadako. Tapi,sah-sah la kureng sikit jika dibandingkan dengan The Expandables 2. Apapun, citarasa masing-masing. Belum tonton, belum tau. Nak tau, silalah pergi menonton.




Semua tahu kan apa yang terjadi pasal Chernobyl? Kalau budak engineering, tiap-tiap semester dibasuh dengan cerita/tragedi Chernobyl nih. Kejadian berlaku pada tahun 1986, bilamana satu letupan plant nuklear berlaku. Letupan di Chernobyl ni merupakan kemalangan paling teruk di dunia kerana membebaskan bahan radioaktif ke atmosfera/persekitaran. Antara kawasan yang teruk terjejas adalah USSR dan Eropah. Ramai jugaklah yang mati. Nak tau lebih lanjut sejarah sebenar pasal Chernobyl,sila google dan baca sendiri ye adik akak abang pakcik dan makcik.


Back to bisness, about the Chernobyl Diaries film.

Filem ini mengisahkan empat sekawan, dua lelaki dan dua perempuan. Pendek kata, dua pasangan. Panjang kata, 2 lelaki tuh adalah adik-beradik. Cerita bermula bila keempat-empat mereka berbincang untuk mengadakan trip ke Chernobyl. Mulanya, si adik tak setuju. Tetapi, bila sidang meja bulat, undian dibuat, majoriti angkat tangan tanda setuju,maka dia pun turut setuju je lah.


Perjalanan mengambil masa selama 2 jam bersama agen pelancong yang kiranya agak berpengalaman. Mereka berempat bersama 1 pasangan lagi dan seorang jurupandu. Sampai di tapak kejadian, Chernobyl, kenderaan mereka disekat oleh pegawai keselamatan. Malangnya, mereka dihalang untuk memasuki kawasan tersebut. Akhirnya, mereka berdegil dan menggunakan jalan alternatif dan memasuki kawasan larangan dengan menggunakan pintu pagar alternatif. Memang cari pasal betul diorang nih.


Apa yang best, cerita ni banyak kejutan dan membuatkan aku terkejut beruk. Terkeluar pop corn dari dalam mulut,kah3. Kalau cerita dengan details,nanti tak aci ah. Korang yang bakal tengok konpem dah tak terkejut. Bila menonton nanti, jaga-jaga la ye. Aksi haiwan dalam air, anjing, beruang besar dan makhluk lain yang pelik dan jelik hasil peninggalan letupan radiaktif Chernobyl.Boleh tahan kejutannya. Tahan nafas elok-elok, jangan sampai terkentut dalam cinema sudey....


Daripada 7 orang yang pergi ke Chernobyl, satu per satu akan lesap dari pandangan dengan aksi yang berbeza dalam tragedi yang berbeza. Nak tau apa? Silalah tonton sendiri. Lenguh jari dah nak taip panjang-panjang (alasan)


Terima kasih vip jemputan : Izani 



You may also like

4 comments:

  1. Salam.

    Eh,jap2 krol. Time lesap tu ngeri tak?? sadis macam Final Destination ke?? please2, kalau ya..memg tak jadi ak tgk..boleh muntah tgk sadis2 ni,hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tinta Lana:
    Wsalam lana

    owh, jangan bimbang. Takde aksi mengerikan macam final destination. Cara diorang lesap tu biasa je. Kena serang kat binatang buas yang terkena radiasi.. Time kena serang kat beruang/anjing tu je yg terkejut sikit. Sebab scene malam dan gelap-gelita.Part lain, takde yg ganas-ganas sangat

    ReplyDelete
  3. kena tggu setahun lg la br dapat tgk wayang.. tunggu baby 2 tahun dulu

    ReplyDelete
  4. THE LEKAT LEKIT STORY:
    Takpe kak, tunggu baby besar dulu
    nanti ajak dia pi sekali tengok wayang,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...