TREASURE HUNT CONVOFAIR 2011

/
4 Comments

 1 Oktober 2011

Jalan-jalan di Tasik UTP. Ambil feel untuk join  TREASURE HUNT CONVOFAIR 2011



2 Oktober 2011

Registration di Oval Park, UTP


Selepas sarapan, briefing, warming-up, 16 pasukan yang berentap dilepaskan untuk ke Checkpoint pertama iaitu di Jambatan Tasik UTP untuk tugasan pertama iaitu memancing 2 ekor ikan sebelum meneruskan treasure hunt ke 8 checkpoint seterusnya.


Ini dia map tresure hunt Convofair 2011. 8 Checkpoint kesemuanya. Lepas berhempas-pulas pancing ikan 2 ekor, baru dapat bergegas ke mana saja checkpoint seterusnya yang terkandung di dalam map.
Perjalanan group [AwOk]2

Checkpoint 1
Chancellor Hall Complex
Jawab soalan
Selesaikan puzzle untuk logo Convofair 2011
Tak mencabar langsung, zzzz

Checkpoint 2
Academic Park
Jawab soalan
Cari 5 sampah untuk diisi ke dalam ketiga-tiga bakul sampah kitar semula mengikut warna dan jenis yang betul
Lupa seyh pasal kitar semula ni. Tin tong mana, kertas tong mana, plastik tong mana

Checkpoint 3
Health Centre, Pocket C
Makan epal sebiji yang digantung dengan tali
Kena habiskan minum segelas air halia
Kena makan sepinggan petai, jering, peria cicah dengan budu
 Ini paling LOL

Checkpoint 4
Lecture Hall
Jawab soalan
Kena apungkan 3 klip kertas besi di dalam mangkuk berisi air
Belajar surface tension, tapi bab practical ni memang mencabar wooo. Ce buat klu tak caya, mau berpeluh ketiak 

Checkpoint 5
Masjid UTP
Jawab soalan
Pilih 2 huruf vocal, 7 huruf konsenan dan bina 10 perkataan daripada huruf yang telah dipilih
No hal, mudah je task kat sini.Cuma soalan susah sikit.

Checkpoint 6
Sport Complex
Jawab soalan
Siapa pengurus tadbir Sport Complex? Tak tau dong. Nyaris-nyaris, ahli team nak kasik Ustaz Dawi Chahyono, lol. Akhirnya, rembat je nama En Rahman,haha
Kena habiskan 5 stations
Station 1 : Padang hoki 
Bawa bola dengan kayu hoki melalui kon-kon ulang-alik sebanyak lima kali dalam masa 1 minit
 Gila kentang jahar berhempas pulas nak habiskan 5 kali
Station 2 : Padang ragbi
Kena buat 10 trial penalti kick ragbi kasik masuk gol (melepasi palang). Kena pass 3 out of 10 trials
Amin, pemain berbakat ragbi rupanya,haha. Gang besi sunggoh
Station 3 : Bola tampar
Kena serve kasik lepas net 3 kali daripada 10 percubaan
Farhan punya giliran, sambil senyum je
Station 4 : Bola keranjang
Kena shoot kasik masuk 3 kali daripada 10 percubaan
Nasib baik Hanifi aka beliamuda pro main basketball. 
Station 5 : Gelanggang tenis
Kena baling dart kasik cukup 100mata
Aku orang last, aku yang kena settlekan task ni. Syok habis dapat baling double and triple point,haha

Checkpoint 7
Tasik UTP
Task 1 : Sit-up station
Kena jalan itik sambil bawak mangkuk di tangan kiri dan kanan sambil gigit sekeping biskut jangan kasik patah. Zalim wooo, kena jalan itik lebih kurang 50m untuk sambung task 2
2 orang kena buat, amin dan jahar jadi itik yang tak serupa itik. Kadang-kadang, transfer jadi pak katak,haha
Task 2 :Tepi tasik
Kena sit-up 5 kali sambil kepit mangkuk berisis air sirap di paha jangan kasik tumpah
Perghhh, mencabar gila main kepit-kepit ni. Aku dan farhan balun task ni
Task 3 : Palang
Kena berpegang di palang guna tangan kiri dan kanan sambil kepit belon berisi air dari hujung ke hujung jangan kasik pecah
Siapa lagi kena buat kalau bukan  Hanifi. Super hebat, dapat buat tanpa pecahkan belon

Checkpoint 8
Oval Park
Finishing line
Masa sampai ke garisan penamat, dah ada 4 group. 1 group main tipu, celaka betul la ko. Nasib baik awal-awal lagi diorang disqualified. Okla tuh, dapat top 5. Tapi keputusan penuh belum pasti.


GAME OVER



 Apa yang best?

Ada 3 group dari batch Jan 07


 Safwan Diah - Hisyam - Adi Aizat - Bahar - Kamil


 Dayang Farhana - Wani - Najat - Aishah - Tg Anis


Ini dia, kenangan terakhir join treasure hunt di UTP bersama rakan-rakan Jan 07



Keputusannya.......................

[AwOk]2 menang tempat ke-4 jerr. Not bad la tuh, top 5 apa? haha


Habuannya??????


Aih, sekeping je?
Okla, RM10 sorang.
Lepas untuk makan malam
Jom makan besar


Akhir kata,
big boss, kurangkan makan sikit,haha
Kasik tahu committee tuh, well done for the event
All the best for the Pesta Convo / Convofair 2011

Bangga dowh classmate aku PM Convofair 2011



You may also like

4 comments:

  1. syoknye.

    dah lame tak join mende2 gini

    dill.

    ReplyDelete
  2. HAFIZAL:
    best walaupun penat
    sakit habis satu badan, adeii

    ReplyDelete
  3. dill:
    first time join
    final year baru rasa nk join,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...