TIKET FREE KE KONSERT GEMURUH DT DARI NUFFNANG

/
28 Comments


Kisah bermula di suatu hari
Bukak akaun Nuffnang terbaca satu entri
Konsert Gemuruh DT anjuran DiGi
Gandingan hebat rockstar Amy dan Awie


DiGi : Terima kasih untuk 4 BE yang diberi

Konsert Gemuruh DT Digegarkan Oleh DiGi



Syarat diberi cukup mudah
Tiitipkan kata sebagai wadah
Dua tiket bakal diserah
Itupun kalaulah ada tuah




KOMEN BERNILAI RM140


Berikan saya satu peluang untuk menyaksikan Konsert Gemuruh DT Pulau Pinang secara LIVE buat pertama kali di dalam hidup bagi menyaksikan dua bintang rock tanah air, AMY SEARCH dan AWIE WINGS beraksi di pentas.

Lagu yang paling diminati:
1)Search : Fantasia Bulan Madu
2)Wings : Taman Rashidah Utama

Kedua-dua lagu ini mempunyai kekuatan yang tersendiri, walaupun keduanya bertemakan CINTA namun pembawaannya cukup berbeza. Bagi pandangan peribadi saya sendiri,dari dulu sampai sekarang, dari kecil hingga dewasa,lagu mereka tidak jemu didengar bila didendang untuk dijadikan sebagai halwa telinga.

Bagi saya, Search dan Wings merupakan lagenda rock tanah air kerana mereka merupakan rockers tanah air yang sukar dicari ganti dan gah bertapak di dalam industri dari dulu hingga kini. Walaupun telah lama bertapak di persada seni tanah air, namun kehadiran mereka tetap menjadi sanjungan peminat tidak kira usia. Selayaknya, mereka digelar lagenda kerana hadirnya mereka bagaikan mutiara yang sukar dicari ganti walaupun kini ratusan artis baru yang muncul. Mereka tetap gah berdiri!

“Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan” Begitulah yang dapat dinyatakan tentang lagu-lagu daripada WINGS dan SEARCH sehinggakan setiap bait-bait lirik lagu mereka mampu dinyanyikan oleh peminat seluruh negara tak kira usia, dari sekecil usia 3-4 tahun sehinggalah selewat usia 50-60 an.

Magis rockers lagenda tanah air : WINGS dan SEARCH tetap di hati.
Walaupun “patah tumbuh hilang berganti”, namun sukar untuk dicari dan didapati rockers sehebat mereka!


Gila panjang esei macam jawab paper BM SPM,haha


Tangan menjalar di papan kekunci
Komen ditaip tanpa henti
Panjang berjela tidak peduli
Asalkan dapat kepuasan diri



First time dapat tiket free :)

Tawaran diberi untuk dua lokasi
Pulau Pinang menjadi pilihan hati
Mujurlah Nuffnang baik hati
Kasi tiker free yang tak mampu dibeli


Northam Tower


Pejabat Nuffnang bukan terletak di Northam Tower sebaliknya bersebelehan dengan Northam Tower iaitu bangunan hotel. Untuk mana-mana bloggers yang nak pi ambil tiket, singgahlah di bangunan berwarna emas yang ada pejabat Maxis. Bukan apa, takut tersesat macam kami,haha


Pejabat Nuffnang : S-20-G&H


Masuk je lobi berdekatan degan Pejabat Maxis, terus cari lif. Tak payah pening-pening, tekan lif laju-laju ke tingkat 20. Cari pintu yang ada tulis S-20-G&H. Kalau kunci jangan panik, bukan office tutup tapi dikunci. Cari loceng sebelah kanan, tekan-tekan biar dapat.


tiket free, sape yang tak suka?


Excited gak la dapat tiket free ni. Kalau beli, RM70 satu. Kalau tak dapat free, memang tak pergi la konsert ni. RM70 boleh buat makan seminggu kot. Kalau 2 tiket, RM140 yang bersamaan dengan wang saku untu k 2 minggu, ish3. Nasib baik dapat free. Tu pun tak tau sempat pergi ke tak.


6 tiket free = RM 420


Sape-sape lagi dapat tiket free? Ke semua yang komen kat entri tu dapat? haha. Macam semua je orang dapat. Apapun, terima kasih la kepada Nuffnang dan DiGi sebab bagi tiket free. Tak sangka plak, komen je dapat tiket free. Lain kali boleh join lagi ni,haha


INFO DARI NUFFNANG

Anda peminat Search dan Wings? Ingin berjumpa dan bergambar bersama Search dan Wings? Jangan tinggalkan peluang anda kerana 2 Sesi Berjumpa Peminat bakal diadakan di 2 lokasi berikut;

The Summit, Bukit Mertajam
Tarikh : 16 Disember, 2010
Masa : 5.00pm hingga 6.30pm


Sunway Pyramid
Tarikh : 23 Disember, 2010
Masa : 5.00pm hingga 6.30pm


Jumpa di sana!

Jika anda pengguna DiGi, ini berita baik untuk anda. Nikmati 30% diskaun apabila anda membeli tiket Konsert Gemuruh DT. Cukup mudah, hanya tunjukkan skrin telefon bimbit anda yang memaparkan DiGi dan anda akan menikmati diskaun tersebut!


BUFFERED EARNING FASA 5

Nokia Application Workshop SS

Taylors University Open Day SS

Taylors University Design School SS

Masih ada rezeki dapat 3 BE terbaru semalam, 13 Disember 2010. Haha, excited masih lagi terasa walaupun tidak sebegitu lumayan. Sedikit tetapi bermakna!

::KOLEKSI PERIBADI::

BE FASA 1-2-3

KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG? KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING?

BE FASA 4

BLOGGER : BAGAIMANA NAK TAHU DAPAT BUFFERED EARNING (BE)?

Statistik terkini

Koleksi BE = 14
BE bernyawa = 8
BE bangkai (ME) = 6

TERIMA KASIH kepada semua yang telah membaca cerpen TAKDIR

Segala komen/kritikan/pendapat amat dihargai

"Keterbatasan dimensi dilangkau dalam kesamaran waktu"


psssst : Sape yang baca habis cerpen TAKDIR angkat tangan. Anda memang sporting abis sebab baca sampai tamat walaupun panjang berjela mengalahkan buku teks sejarah.Kalau tak abis baca, baik pi sambung baca,haha.Nanti akan ada kuiz pembaca setia. Terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi



You may also like

28 comments:

  1. err. Buku teks sejarah, lagi panjang. hohohoho. Tp aku paling suka buku rujukan sjrh yg ada kartun2 tu. hehe

    ReplyDelete
  2. best gila dapat tiket free.. kalau sy dapat gerenti tak kan pergi punya.. hehehe

    ReplyDelete
  3. fuyoo!!
    bertuah la, mcm mana gue xjoin plak..
    ehheeee

    ReplyDelete
  4. haha, mmg panjang seyh.cerpen ka cerpang??hehe gurau aje. dah biasa singgah blog ini dan bca entri panjang ma :)

    p/s: ada tiket lebih utk wa x??hoho

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt be..weh,share kat aku sket..ritu aku ade ty ko x ,isi survey ape? pelik ak nye be dh x menyinggah..huarrghhhh

    ReplyDelete
  6. A.D.A.M.:
    nanti ak buat novel konpem lebih panjang dari buku teks sejarah ko tu,haha
    buku rujukan sejarah versi komik tu mmg berguna dan berjasa :)

    ReplyDelete
  7. Ain Zulaikha:
    excited gak la first time dpt free ni
    ek? pergi ke tak pergi? hermm

    ReplyDelete
  8. hans:
    ko terlambat la bro, ak dh kasik kat member ak,haha
    nape hang tak try mintak aritu

    jgn dengki-dengki, ko traffik dah tinggi mencanak,haha

    ReplyDelete
  9. mie:
    sekadar cuba-cuba, seb baik tak rmai yg join
    dpt gak free,hak3

    ReplyDelete
  10. amirah:
    cerpan = cerpen panjang,haha
    baguslah kalau baca smp abis
    terharu,hak3

    tiket dh abes maa
    cukup-cukup utk kami segerombolan

    ReplyDelete
  11. darkbatman:
    BE ni sesuai utk orang2 baru mcm ak kot,haha
    ko kan dah pernah merasa lebih dari ni bro

    survey tu ak buat personal blog

    ReplyDelete
  12. sy dh bace abesss takdir..hihi..best3 :)

    nk tiket konsert gakkk...huhu..

    ReplyDelete
  13. tahniah..
    mmg betuah betul la bro.. :)

    ReplyDelete
  14. tahniah la dapat tiket tue free.. hehe.. cik su tak masuk.. tak minat rock..enjoy yer

    ReplyDelete
  15. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    trima kasih feez baca smp abes

    haha, tiket konsert dh abis maaa

    ReplyDelete
  16. sop:
    terima kasih sop
    kebetulan je tuh, takde ramai sangat yg join

    ReplyDelete
  17. Cik Su:
    tak pernah gak gi konsert
    alang2 dpt tiket free ni, rasa cam nk try pi la skali
    klu harap nk beli sdiri tiket, sampai tua pun tak mungkin kot,haha

    ReplyDelete
  18. tahniah nuar, atin pun dapat jugak! hehe nak tanya, memang kita sendiri ke kena pg amik? kalau suh orang lain blh ke? sebba atin kat kg lagi.. huhu

    ReplyDelete
  19. atinmarzuki:
    tahniah gak
    pasal tiket tu, klu kat penang boleh wakilkan
    ambil utk member gak arituh
    cuba la try dulu, kasik nama dan url blog

    ReplyDelete
  20. meo:
    tu la, cam best
    first time kot nk pi konsert,haha
    jom join sekaki

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...