SEHARIAN DI 1 DISEMBER 2010

/
20 Comments
Entri autopublished


Selamat tinggal NOVEMBER 2010, selamat datang DISEMBER 2010


LUNCH

Apakah agenda di permulaan DISEMBER 2010 kalian? Permulaan DISEMBER 2010 kali ini dimulakan dengan penuh keriangan dan kegembiraan bersama teman dan taulan.

NASI AYAM BEREMPAH

Walaupun weekdays, iaitu hari bekerja (internship), kami masih lagi sempat luangkan masa untuk berfoya-foya makan-makan di tempat yang best. Jalan-jalan cari makan sempena birthday boy, my best friend Muzek. Lunch kami di MONRODS, terletak di bangunan D'PIAZZA, BAYAN BARU, PENANG. Menu yang dipesan untuk lunch kami adalah NASI AYAM BEREMPAH. MONRODS juga terkenal dengan NASI AYAM DI ISTANA.


HAPPY BIRTHDAY
Gerangan empunya badan yang menyambut Hari Kelahiran yang ke-?. Walaupun tengah stress dengan pelbagai masalah yang melanda, semoga kau selalu tabah. Sempena ulangtahun kelahiran kau kali ini, aku ucap HAPPY BIRTHDAY, semoga panjang umur dan murah rezeki. All the best in your life. Semoga dengan pertambahan usia ini, semakin bertambah kematangan dalam setiap tindak-tanduk. Jangan jadi pelupa kaw-kaw sangat weh,hehe.

MONRODS
Sedikit-sebanyak info mengenai MODRODS yang terkenal dengan nama samaran NASI AYAM PERIUK BESAR di KULIM, KEDAH.

(1) MONRODS was born in 1965 (2) Two Malay  guys with Mat Salleh name, MON (Rosli Rashid) and RODS (Roslan Zainal Abidin) love eating in style. (3) From their creativity the fusion of culinary and interior design, they started MONRODS first outlet in Bayan Baru, Penang. (4) Unique chicken rice,  the western bob. ala kampung, savoury, and lite delite are the 5 main menus under MONRODS roof. (5) Founded with gaya rasa, keriangan as concept in line with MONRODS business tagline, "kelainan jadi sebutan"


SECRET RECIPE
Destinasi selepas lunch, aku singgah di CIMB dengan alasan nak withdraw duit walaupun aku sudah tahu duit scholar belum lagi masuk. Kebetulan, timing memang tepat. Orang ramai beratur panjang untuk urusan masing-masing. Selepas selesai cek balance yang ada RM*** je,aku terus cabut meninggalkan mangsa (Muzek) terkapai-kapai di ATM. Sementara tu, aku pi la Secret Recipe untuk order kek sempena jamuan makan malam. Tak tau la kantoi ke tak, sebab aku keluar dari SR, dia dah tercegat menunggu di depan 7E,hak3. Nasib la, siapa suruh kau ikut, kan dah tak suprise,LOL


DINNER

PETA LOKASI : NURUL IKAN BAKAR
Destinasi seterusnya adalah ke NURUL IKAN BAKAR RESTORAN yang terletak di BATU UBAN, PENANG. Suspek yang dikehendaki (Muzek) diumpan hebat oleh housematenya, Hazwan dan Khairudin untuk keluar makan malam. Plan yang kami rancang sejak seminggu yang lalu di luar pengetahuan suspek terbabit (Muzek). Perancangan diperhebatkan lagi dengan kerjasama housematesku, Faris dan Faiz serta tetamu-tetamu kehormat, VVIP iaitu Kak Jannah, Kak Ayu dan Kak Ummu.

MENU DINNER
Menu yang kami order : Ikan Siakap Bakar, Ikan Siakap Masak Stim, Tomyam, Kailan Ikan Masin, Kerabu Mangga, dan jus Tembikai.

MAJLIS KERAIAN
Inilah mereka yang sporting dan datang menjayakan majlis pada majlis makan malam sempena Birthday Muzek. Muzek bersama housmatesnya, Hazwan dan Din. Kami satu rumah, Faiz dan Faris. VVIP, akak-akak engineer, Kak Ayu dan Kak Jannah. Tidak dilupakan wakil dari pihak hospital, Kak Ummu sebagai stand-by takut-takut ada yang pengsan kekenyangan. Maaf kepada yang tak semput dijemput iaitu Kak Ain, dan senior kami Afiq dan Akmal.

CHOCHOLATE INDULGENCE
Nilai kemeriahan majlis ulangtahun kelahiran bukan terletak pada nilai sebiji kek, tetapi pada nilai masa yang diluangkan oleh rakan-rakan untuk meraikan bersama. Semoga majlis yangsederhana ini sedikit-sebanyak dapat menggembirakan hati suspek (Muzek) yang sedang berduka-lara. Akhirnya, senyum sampai ke telinga la jugak, haha.

TUKANG BUBUH AIR
Gambar aku pun nak masuk jugak. Walaupun sebagai kameraman dan tukang bubuh air pun jadi lah. For the first time aku sempat meraikan birthday member aku sorang ni. Selama 3 tahun kenal, tak pernah lagi bertemu time birthday dia. Sebab apa? Sebab bulan 12 biasanya tengah cuti semester. SMS je lah jawabnya. Tahun ni baru ada peluang, tapi tak cukup ahli lagi sorang, iaitu my best friend sorang lagi yang kini intern di KERTEH, iaitu AMIR.
DISCOUNT CARD
Sedikit info pasal NURUL IKAN BAKAR, BATU UBAN
  1. Tempat yang menarik untuk majlis makan-makan terutama dalam group yang agak besar
  2. Kemudahan lengkap disediakan termasuk surau dan tandas
  3. Terkenal dengan menu ikan bakar dan makanan laut
  4. Keunikan restoran yang mempunyai tempat makan yang bertingkat seperti di atas pokok
  5. Pilihan tempat makan yang banyak sama ada di kerusi dan meja ataupun duduk bersila ala kampung
  6. Penataan cahaya yang bagus dan menarik
Agak-agak, dapat lebih diskaun tak tolong promote kedai makan NURUL IKAN BAKAR?

KENANG-KENANGAN
Akhir kata, sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat tidak kira secara sukarela mahupun paksarela :) Kepada yang tidak dijemput, jangan berkecil-hati dan bermuram durja. Maap banyak-banyak ye. Apepun, jadikan kenangan ini sebagai memori indah untuk kita semua. Adios!
KEYCHAIN FROM SINGAPORE sumbangan CIK UMMU
Ingat birthday boy je yang dapat special gift, tak sangka semua ahli meja makan pun dapat,haha. Thanks a lot to Kak Ummu atas pemberian keychain dari Singapore. Tak dapat pi melancong ke Singapore, dapat keychain pun jadilah. Tambah lagi satu koleksi keychain peribadi aku yang sedia ada satu box kat rumah sana :)


You may also like

20 comments:

  1. asyik makan aje en khairul ni.hehe...nurul ikan bakar kat area belakang bt uban kan...ada flat marin area c2

    ReplyDelete
  2. haih
    lepas baca entry ko terus rasa nak makan
    hahaha

    oit,nak key-chain tu satu

    P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi

    ReplyDelete
  3. amirah:
    ye lah, makan je lah kerjanya
    makanan kat sini kan best-best
    yup, btol tuh.dekat dgn flat marin
    pernah pi ka?

    ReplyDelete
  4. laskar rainbow:
    agak best la makan kat situ
    jom la try,hehe

    ReplyDelete
  5. mie:
    tu pasal, xpe2 sekali skala
    time mcm ni la nk makan besar

    ReplyDelete
  6. hans:
    haha, pi la makan,apa tunggu lagi
    org tgh bercuti kat rumah no hal la bab2 makan ni, gerenti kenyang sentiasa

    sory bro, keychain cukup2 utk kami berlima je

    ReplyDelete
  7. Hazwan Arif:
    tu arr, tok happenning langsung
    mu sorang jah sporting,haha

    ReplyDelete
  8. err..best ke nasi ayam berempah tu?

    ReplyDelete
  9. cikgu isza:
    Haha, jangan mengidam plak kak

    ReplyDelete
  10. Mata Hati:
    best la jugak, harga pun berpatutan
    RM6 sepinggan

    ReplyDelete
  11. perghhh makan sedap tu pena, wakakaaa roger2 la orang sini ya miahahaa

    ReplyDelete
  12. Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!

    ReplyDelete
  13. padin:
    jarang sekali bro, manjakan diri dgn makanan sedap2,haha
    dtg penang roger la, jom pi pekena ikan bakar

    ReplyDelete
  14. Anonymous:
    SPAMMER sudah datang, abaikan

    ReplyDelete
  15. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    jom la cik fifiey,mai jalan-jalan cari makan ke penang
    best woo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...