REDBULL MENCUNGKIL BAKAT BARU

/
32 Comments
BAYAN BARU, 21 OKTOBER 2010 - AMD Penang telah menerima kedatangan wakil Syarikat Redbull untuk menjayakan rangka promosi mereka di sini hari ini. Rangka promosi produk minuman yang terkenal sebagai "energy drink" berlangsung pada jam 1000 pagi dan berakhir jam 400 petang. Tapi depa bohong, pukul 200 petang air free dah habis kot tadi.

Tujuan utama rangka promosi ini adalah untuk memberi minuman percuma kepada semua warga kerja AMD sebagai sample. Barang free semua orang nak, maka objektif mereka tercapai. Berduyun-duyun pengunjung datang menziarahi booth mereka tanpa segan-silu.

Lebih menarik bilamana pihak penganjur, Redbull mengadakan permainan khas untuk semua pengunjung yang hadir. Permainan yang diberi nama Mini Golf Putter amat mendapat sambutan daripada semua pihak. Promosi minuman yang diadakan itu diselitkan dengan agenda mencungkil bakat baru dalam arena sukan Golf tanah air. Sekaligus, program ini memberi peluang kepada orang yang jakun tak pernah pegang kayu golf pun merasa pegang kayu golf dan pukul bola golf tanpa was-was.


MINI GOLF


Peserta yang berjaya memasukkan bola golf ke dalam lubang akan diberikan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan. Terdapat dua kategori pemenang bergantung kepada kejayaan peserta memasukkan bola golf ke dalam dua saiz lubang yang berbeza. Lubang kecil akan mendapat hadiah grand manakala lubang besar akan mendapat air minuman Redbull 2 botol. Bagi peserta yang gagal, jangan sedih. Setiap peserta dapat merasa air Redbull setin seorang. Pendek kata jimat la RM1.50.

Penaja utama : REDBULL

Apa yang mencuri tumpuan bila datangnya seorang peserta tanpa segan-silu ingin mencuba untuk bermain golf. Peserta itu hanya dikenali dengan nama MR A, bukan nama sebenar. Peluang yang diberikan hanya 2 kali, sekali percubaan dan sekali lagi adalah pukulan yang sebenar. Pukulan pertama MR A meleset sama sekali, langsung tidak melalui lorong yang ditetapkan dan jauh tersasar ke bawah meja makan. Pelik bin ajaib bila pukulan ke dua MR A tak semena-mena menerjah ke lubang kecil dengan tepat dan jitu.

Hadiah utama tajaan REDBULL

Tanpa sebarang pengalaman memukul bola golf, percubaan kali ke dua MR A itu membuahkan hasil bila berjaya mendapatkan hadiah utama berupa sebatang botol minuman, 2 ketul minuman Redbull dan seutas goodie bag berjenama Redbull yang merah menyala. Semua penonton di dewan makan teruja dengan aksi tak senonoh itu.

TIGER WOOD akan bersara dan bakal digantikan dengan MR A

Lebih menjengkelkan bila pihak urusetia, 2 amoi tanpa segan-silu memohon MR A untuk posing ambil hadiah utama sambil bergambar untuk koleksi mereka. MR A agak malu dan terkesima kerana orang ramai asyik memandang dari meja makan masing-masing. Dengan slumber badaknya, MR A penuhi permintaan amoi-amoi itu untuk bergambar. Bukan apa, takut mereka kecewa je. MR A mula perasan nak jadi TIGER WOOD.



Rahsia terbesar : MR A adalah .......................



Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. At least dapat peluang pegang kayu golf. Jakun sungguh! First time minum Redbull, barang free sedap tak sedap semuanya telan. Lagi 2 botol mau campak mana? Sape nak mai ambil di flat Mutiara Perdana, Blok 5.


footnote : tiba-tiba rasa nak gi main golf,haha. Beli set mini golf putter letak kat rumah pun cam best je,kah3


**Buat revision format taip BERITA, lama dah tinggal


You may also like

32 comments:

  1. hebatnya Mr.A tu..
    first time minum red bull ke? haha..

    ReplyDelete
  2. entah sape lah MR A tu.. eh redbull tu kan dulu kawan pernah ketagih minum air tu.. dia kata bertenanga.. betu ke? tak berani nak minum.. heheeh

    ReplyDelete
  3. redbull xsedap
    aku lah rasa xsedap
    kawan ku suka
    hohoho

    wah,Mr. A. Pena nampaknya bakal jadi Tiger Woods Malaysia la pasnih
    hohohohoh

    P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!

    ReplyDelete
  4. Lan Bingka:
    yup bro, first time try minum
    kureng minat sikit

    ReplyDelete
  5. Ummi Hanie:
    tak pernah main pun sis,tu first time try
    yg mini putter pun oklah, at least golf,kah3

    ReplyDelete
  6. Ain Zulaikha:
    betul la kot, dia tulis energy drink tuh kat botol
    tp rasa dia kureng sikit
    lain orang lain citarasa
    apepun,dah dapat free cuba gak rasa

    ReplyDelete
  7. hans:
    ak pun rasa xsedap gak
    2 botol lg ada tak tau nk letak mana

    ceitt, batang golf pun tak pernah pegang weh

    ReplyDelete
  8. tak menang pun dapat setin air red bull.. oklah tu.. heheh

    ReplyDelete
  9. fuyoo!!
    boleh jadi duta redbull ni..
    hahaaa

    ReplyDelete
  10. Cik Su:
    dah menang lagi la ok kan? haha
    murah rezeki, alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. hans:
    masuk lubang tanpa diduga je bro
    tp cam syok gak main golf,haha

    ReplyDelete
  12. mie:
    boleh la slow-slow,haha
    tp duta tak berbayar la

    ReplyDelete
  13. apa nak malu-malu , cakap jelah ko Mr.A.Penat je acik baca sampai habis.apasal , takut orang cakap ko, masuk bakul , angkat sendiri. jangan marah acik gurau je.terorrrr tu.

    ReplyDelete
  14. training dulu pas tu ajar aku pulak huhuhu

    ReplyDelete
  15. main golf ni mcm boring je.ye ke? ;)

    ReplyDelete
  16. hebat gak Mr A 2..penangan redbull la kot..haha

    ReplyDelete
  17. Yeah! Tu dia MR A yg cukup bertuah pada hari ni! Mungkinkah MR A akan memberi tuah pada kita gak! Jom tanya dia.

    "Err. Mr A, maukah anda membelanja kami makan?" ;p

    ReplyDelete
  18. Weehuu ~ Bapa aku selalu bawa main ni, tapi aku memang tak reti nak main.. hehe..

    ReplyDelete
  19. wah... bgus2..
    jom kte p maen golf..

    xpn men hoki jep la.. ^^,

    ReplyDelete
  20. Cik Ina minat Do do Cheng:
    ye la cik ina, takut org kata masuk lif tekan sendiri pun ye gak,haha
    so, berkias-kias la sikit
    terima kasih singgah sini

    ReplyDelete
  21. Shahazrin:
    tak tau la berapa puluh taun lagi baru boleh pegang batang golf yg sebenar
    sahkan nk berlatih,hak3

    ReplyDelete
  22. cik.shabah:
    boring bagi penonton kot
    klu main tak la boring sgt mcm yg kita tgk
    mungkin la, tp tak pernah gak main golf

    ReplyDelete
  23. darkbatman:
    aura redbull kot, belum minum dah perform,haha

    ReplyDelete
  24. A.D.A.M.:
    Jawapan dari MR A
    Boleh je blanja, mai ambil 2 botol redbull yg lebih ni. Takde org nak minum,haha

    ReplyDelete
  25. Aretikz:
    dah ada peluang tu, apa lagi cuba la
    rugi wooo tak try
    bukan calang-calang sukan golf ni
    next time bawak ak sekaki

    ReplyDelete
  26. ahsfantasy24:
    jom, men golf relax sikit
    hoki sakit pinggang kena kejar bola smbil bongkok2

    ReplyDelete
  27. tapi aku rasa golf macam membosankan jer
    hehehhe

    P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!

    ReplyDelete
  28. hans:
    agak la, ak rasa pun macam bosan gak

    ReplyDelete
  29. A.D.A.M.:
    dh terlambat la bool, dh kasik kat org lain,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...