Resipi Blueberry Crumble Cake dan Kelebihan Oregon & Washington Blueberries

Untuk resipi kali ni, jom kita try buat Blueberry Crumble Cake. Jujurnya, aku tak suka sangat buat kek atau baking sebab kebiasaannya memang renyah dan perlukan banyak bahan. Tapi, memandangkan resipi kali ni sangat simple dan bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak sangat, jadi I give it a try. Finally, menjadi juga resipi Blueberry Crumble Cake ni. Hasilnya memang sangat "wow" dan rasanya sangat sedap. Untuk korang yang first time nak buat kek, aku sarankan korang try je resipi ni. Gerenti menjadi!


Okey, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan. Tak banyak macam nak buat resipi kek-kek lain. Untuk resipi Blueberry Crumble Cake, apa yang kita perlukan adalah fresh Oregon & Washington Blueberries, tepung gandum, butter, gula, telur, susu segar, baking power, sedikit garam dan serbuk kayu manis. Bahan untuk kek dan bahan untuk topping (crumbles) tu pun lebih kurang sama je. Jadi, tak perlu beli bahan-bahan lain. Simple kan? Untuk sukatan bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan, korang boleh refer step by step. Selamat mencuba!

Bahan-bahan untuk kek

  • 55 gram Butter
  • 160 gram Gula
  • 1 biji telur
  • 125 ml Susu Segar
  • 225 gram Tepung Gandum
  • 2 tsp Baking Powder
  • ½ tsp Garam
  • 280 gram Oregon or Washington fresh Blueberries

Bahan-bahan untuk topping (Crumble)

  • 100 gram Gula
  • 45 gram Tepung Gandum
  • ½ tsp Serbuk Kayu Manis
  • 55 gram Butter (dipotong kecil)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven pada suhu 180 degree Celcius. Sapu loyang kek dengan butter
  2. Campur butter dsn gula dan kacau menggunakan mixer. Tambah sebiji telur dan segelas susu segar. Kacau sehingga sebati dan kekuning-kuningan.
  3. T,ambah tepung gandun, baking powder dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan fresh Oregon or Washington blueberries dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan adunan kek ke dalam loyang.
  6. Untuk menyediakan topping (crumble), campurkan gula, butter, tepung gandum dan serbuk kayu manis. Kacau sehingga sebati dan menghasilkan crumbles.
  7. Letakkan crumbles sebagai topping di bahagian atas adunan kek tadi.
  8. Bakar kek di dalam ketuhar selama 40-50 minit. 
  9. Hidangkan Blueberry Crumble Cake dengan ice cream untuk rasa yang lagi perfect!


Khasiat Oregon & Washington Blueberries

Mesti korang pelik kan, kenapa dalam banyak-banyak buah aku guna blueberries ni dalam kek? Sebelum ni, aku selalu guna blueberries kalau nak buat smoothie je. Tapi kali ni, aku cuba resipi untuk buat kek pula menggunakan blueberry. Selain dapat menyedapkan makanan, blueberry ni memang terkenal sebagai "superfruit" yang mampu memberikan pelbagai khasiat dan manfaat kepada tubuh badan kita.

Korang tahu tak? Satu cawan bersamaan 148g buah blueberry menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian iaitu 14.4mg Vitamin C. Vitamin C dapat membantu menyokong sistem imunisasi badan.


Satu cawan bersamaan 148g buah blueberry mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian oleh tubuh badan. Serat makanan mampu meningkatkan kadar lipid darah, mengatur kadar gula dalam darah dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Jika kita dalam tempoh berdiet, buah blueberry sangat sesuai untuk dijadikan snek sihat.


Blueberry kaya dengan antioksidan dan dipercayai mempunyai salah satu tahap antioksidan tertinggi dari semua jenis buah dan sayur biasa. Antioksidan melindungi badan kita daripada radikal bebas (molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit).

Satu cawan bersamaan 148g buah blueberry menyumbang kepada 36% daripada nilai Vitamin K harian iaitu 28 mikromiligram Vitamin K. Pengambilan Vitamin K yang rendah dikaitkan dengan risiko tulang rapuh yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.

Blueberry sudah diperakui sebagai makanan yang menyihatkan jantung oleh Persatuan Jantung Amerika dan mengandungi sebatian semula jadi yang membantu otak supaya kekal cergas. Banyakkan khasiat blueberries? Jadi, kalau korang nak masak atau cipta apa-apa menu, jangan lupa untuk masukkan blueberries dalam setiap hidangan korang. Sedap dan berkahsiat.



Tengoklah hasilnya, mengancam dan menggiurkan betul tak? Aku paling suka crumbles bahagian topping, tekstur kek yang gebu dan moist serta rasa kek yang cukup lengkap, masam dan manis seimbang. Memang highly recommended kalau korang nak buat kek untuk dihidangan kepada ahli keluarga atau tetamu. 

Actually, resipi Blueberry Crumble Cake ni special daripada Chef Bob Kamaruddin Adnin iaitu Presiden Persatuan Masakan Profesional (Malaysia). Beliau pernah berkhidmat sebagai chef di beberapa hotel bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur termasuk The Westin dan Mandarin Oriental.

Beliau turut dilantik sebagai Chef Eksekutif di Sheraton Imperial Kuala Lumpur sebagai Chef de Cuisine pada 2008 dan kemudian sebagai Chef Eksekutif Korporat dengan MAS Awana Sdn Bhd sebelum beralih kepada kerjaya semasa sebagai chef perunding sepenuh masa dan pengacara rancangan masakannya sendiri, Chef Bob Cooking. Kalau nak tengok resipi asal, boleh tonton video di youtube.

Resepi Asal:

Blueberry Crumble Cake

Bean Sprout Kerabu with Blueberry Sauce


Untuk maklumat lanjut tentang blueberries, boleh kunjungi website berikut:




Untuk step by step cara nak buat Blueberry Crumble Cake ni, boleh tengok video di TikTok!

@penaberkala Nah, belanja Blueberry Crumble Cake sikit 😜 Korang boleh try resipi mudah ni. #IniStyleKita #DapurPB #BlueberryCrumbleCake #TikTokFood ♬ Happy song 1 for cooking / child / animal videos(476909) - きっずさうんど

Post a Comment

1 Comments

  1. Ishhh menjadi elok kek ko ekkk, geramnyaa nengok... nak cuba laaaa

    ReplyDelete