FOOD TASTING & OPEN DAY AMBASSADOR PUTRAJAYA

/
0 Comments
Baru-baru ini, aku berpeluang untuk turut serta hadir ke majlis Food Tasting & Open Day Ambassador Putrajaya yang terletak di Putrajaya. Memang cukup meriah dengan hidangan yang sedap-sedap. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share serba-sedikit info berkaitan Hanana Group dan Ambassador Putrajaya.







Pernah dengar tak tentang Ambassador Putrajaya? Kalau nak tahu, Ambassador Putrajaya adalah salah satu event space milik Hanana Group Sdn Bhd. Mereka menyediakan ruang untuk sebarang majlis terutamanya untuk majlis perkahwinan, menyediakan khidmat pakej perkahwinan yang lengkap termasuklah pelamin, baju pengantin dan catering untuk hidangan para tetamu. 












Jujurnya, ini kali pertama aku bertandang ke Ambassador Putrajaya. Aku suka dengan hidangan yang disediakan oleh pihak Hanana Group di venue lain sebelum ini. Antara favorite aku adalah kambing Bakar lemon. Allahu, sedap sangat! Memang tak dapat cari di tempat lain. Selain itu, fasiliti di event space Hanana Group memang cukup lengkap termasuklah parking, tandas dan surau. Korang boleh baca pengalaman aku sendiri mencuba buffet Ramadan di Lugar De La Boda iaitu satu lagi event space milik Hanana Group. Cekidout! 


Inilah kemeriahan sempena Food Tasting dan Open Day Hanana Group. Sekali lagi aku berpleuang untuk merasa sendiri juadah yang dihidangkan oleh pihak Hanana Group. Ramai juga tetamu yang datang ke Ambassador Putrajaya sempena Food Tasting & Open Day. Inilah peluang terbaik untuk tahu lebih details tentang pakej yang ditawarkan oleh pihak Hanana Group. Especially untuk bakal Raja sehari, mereka tak lepaskan peluang yang ada ini, ajak pasangan masing-masing dan keluarga untuk sama-sama bertandang ke Ambassador Putrajaya. Berikut aku kongsikan sedikit-sebanyak moment yang sempat aku rakam di sekitar majlis di Ambassador Putrajaya.






“FOOD TASTING & OPEN DAY” di AMBASSADOR PUTRAJAYA

Tarikh: 
22 September 2019

Hari: Ahad

Masa: 
12.00 pm – 04.00 pm

Tempat: Ambassador Putrajaya
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya


Antara juadah istimewa di Ambassador Putrajaya semestinya Kambing Grill Lemon. Selain hidangan lauk-pauk Melayu dan nasi minyak, mereka juga menyediakan gerai kuih-muih, apam balik, cendol, ayam gunting, ice cream dan macam-macam lagi. Pendek kata, service catering yang disediakan oleh pihak Hanana Group memang cukup lengkap.














Jadi, kalau korang berminat untuk mengadakan majlis perkahwinan di Ambassador Putrajaya ataupun berminat untuk ambil servis catering daripada Hanana Group, korang boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut dan tempahan. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan pakej lain termasuklah busana pengantin, pelami  dan juga event space untuk apa jua majlis




Hubungi : 









Web Rasmi:

Facebook:

Instagram:



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...