SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER : FROSTY WATERMELON ATAU FROSTY PINEAPPLE?

/
20 Comments
Antara keperluan penjagaan diri harian yang perlu dititikberatkan adalah pemilihan sabun mandi atau shower gel. Tak kira untuk kegunaan peribadi, keluarga ataupun anak-anak, pemilihan shower gel yang tepat adalah perlu. Shower gel yang dipilih mestilah sesuai untuk kegunaan ramai (universal) dan paling penting berkesan untuk membunuh bakteria. Tak kira lah bujang atau berkeluarga, bila masuk bilik mandi tu, memang nak tengok ada shower gel.


Untuk memenuhi permintaan pengguna di luar sana bagi mendapatkan shower gel yang wangi, anti-bakteria, dan sesuai untuk seisi keluarga, Safi tampil dengan 2 variasi baru iaitu Safi Anti-bacterial Shower Frosty Watermelon dan Safi Anti-bacterial Shower Frosty Pineapple. Korang rasa, antara Watermelon dan Pineapple, mana satu lagi wangi?


Jujurnya, masa mula-mula aku tengok produk ni ada di pasaran, excited juga nak try. Eh, ni sabun mandi ke kordial? hahaha. Packaging dia cukup mengancam! Bau dia, tak payah cakap. Sangat menggiurkan! Tapi awas, jangan sampai ada yang cuba nak jilat atau minum ye, hahaha. Memandangkan aku dah guna shower gel dari Safi ni, aku nak share serba-sedikit tentang produk ni. Mana tahu, ada antara readers di luar sana yang berminat nak cuba shower gel yang terbaru dari Safi di pasaran.


Safi Anti-Bacterial Shower Cooling adalah rangkaian gel mandian anti-bakteria yang bebas alkohol, bebas paraben. Paling penting, ia mempunyai kadar pH yang seimbang. Pendek kata, shower gel dari Safi ni bukan hanya sekadar untuk keperluan mandian, malah ia membantu untuk memberi pelindungan dari bakteria. Ye lah, kehidupan kita sehari-hari terdedah dengan bakteria dan kuman. Jadi, dengan adanya Safi Anti-bacterial Shower Cooling sedikit-sebanyak dapat membantu membasmi kuman dari kulit dengan berkesan sehingga 99.99%.


Jadi, korang perlu sediakan shower gel ni dalam bilik mandi masing-masing. Shower gel ni sesuai untuk seisi keluarga tak kira lelaki mahupun perempuan, tua ataupun muda. Universal! Bila guna shower gel dari Safi ni, selain bau fruity yang wangi seperti Watermelon dan Pineapple, Safi juga memformulasikan shower gel ini untuk memberi efek cooling kepada pengguna. Selain wangi, ia juga menyegarkan!


Ramai yang tanya, mana satu yang best? Watermelon atau Pineapple? Seriously, susah betul aku nak jawab. Buat apa nak pilih kalau kita boleh beli dua-dua kan? hehehe. Actually, aku suka dua-dua. Frosty Wartermelon bau dia soft and sweet. Frosty Pineapple pulak bau dia a bit strong and fresh. So, kesimpulannya cuba dua-dua, hahaha. Tak rugi beli dua-dua, sebab time mandi boleh pilih nak guna yang mana. Ikut mood! Yang penting, dua-dua wangi dan menyegarkan.



Safi Anti-Bacterial Shower Frosty Watermelon

  • Mengandungi Anti-oksidan semulajadi
  • Kadar pH seimbang
  • Bebas Alkohol dan bebas paraben
  • Kombinasi haruman floral dengan kesegaran rasa tembikai 
  • Perlindungan dari bakteria (anti-bacterial)
  • Membasmi sehingga 99.9% kuman
  • Diperkaya dengan manfaat ekstrak Tembikai & Lemon yang berfungsi sebagai anti-oksidan semulajadi bagi melindungi kulit 
  • Manfaat ekstrak Lemon & madu yang kaya dengan manfaat anti-bakteria dan memberi kesegaran, kelembapan dan melembutkan kulit 


Safi Anti-Bacterial Shower Frosty Pineapple


  • Mengandungi Anti-oksidan semulajadi 
  • Kadar pH seimbang
  • Bebas Alkohol  dan bebas Paraben
  • Kombinasi sensasi haruman dan kemanisan sitrus buah Nanas yang memberi effect yang menyejukkan dan menyegarkan
  • Memberikan perlindungan dari bakteria (anti-bacterial) untuk seisi keluarga 
  • Membasmi sehingga 99.9%
  • Diperkaya dengan ekstrak Nanas, Raspberry dan Kelapa yang terkenal dengan manfaat anti-oksidan semulajadi yang dapat melindungi kulit daripada radikal bebas 
  • Diperkaya dengan kombinasi 3 kali ganda manfaat anti-penuaan bahan semulajadi yang dapat mengekalkan kesihatan kulit


Honestly, aku suka bau fruity Safi Anti-Bacterial Shower Cooling ni. Lagi satu aku suka tentang shower gel ni, dia ada cooling effect dan menyegarkan. So guys, kalau korang berminat nak beli, boleh dapatkan di pasaraya berdekatan. Actually, korang boleh beli sama ada dalam botol macam ni (1kg) dengan harga RM18.50 atau dalam pek isian semula (850g) dengan harga RM12.50. Nak beli di kedai boleh, nak beli di online shop pun boleh. Search je Safi Anti-Bacterial Shower. Selamat mencuba!


Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini tentang Safi, korang boleh kunjungi:

Website

Facebook

Instagram


You may also like

20 comments:

  1. wow.. cantiknya toilet... hehe... sis suka yang watermelon tu. Best bau dia. paling best buat kita rasa segar sepanjang hari

    ReplyDelete
  2. tak tahu pulak safi ada antibacterial shower. Design bottle dia lawa pulak tu, geram je tengok. Quite affordable la harga dia dengan kualiti rasa berangin & protecting from bacteria tu.

    ReplyDelete
  3. Warna dia sebijik cam cordial. Nie yang buat rasa macam nak dapatkan sebotol untuk diri sendiri nie. Bilik air mesti jadi harum selepas guna mandian nie kan

    ReplyDelete
  4. Harganya berpatutan. Melihat jenama produk , memang tidak asing di Malaysia. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Baru tahu Safi ada product sabun anti bacteria ni. Lepas ni boleh try jenama Safi la utk sabun anti bacteria. Biasa guna Protex atau Live boy je

    ReplyDelete
  6. Comel sangat tau dengan packaging gambar ice cream tu. Flavour rare pulak tu, tak pernah lagi dibuat orang shower gel flavour nenas dan tembikai ni hahah, unique!

    ReplyDelete
  7. Macam safi has many new products, will try their watermelon shower.

    ReplyDelete
  8. belum try lagi ni. Nantilah nak singgah beli. watermelon tu nampak macam best je bau die. Wah nanti dari jauh dah boleh bau dah..hehe

    ReplyDelete
  9. suka giler bau shower gel safi ni. paling best sebab tak ada alkohol dengan paraben nak bagi anak mandi dengan sabun ni pun tak risau sangat.

    ReplyDelete
  10. Besar bekas sabun mandi ni, puas mandi lagi-lagi kalau ada keluarga besar. Best pakai macam ni, botol pun cantik. Anti-bacterial properties tu yang best kalau cari sabun mandi. Lagi2 ddk Malaysia ni kuat berpeluh, lagi banyak kuman melekat dekat badan. Tu gatal2 senang.

    ReplyDelete
  11. Seksi yer wak 🤣 By the way kite dah try safi keluaran baru nk. Memang wangi. Suka dua2. Buih pun bnyk.

    ReplyDelete
  12. Wangika bai haruman ni. Akak paling suka yang pineapple tu. Baunya manis-manis wangi. And rasanya nak carik lagi produk ni nak buat stok
    Mandian di rumah

    ReplyDelete
  13. Wah safi banyak produk ye sekarang ada plak shower gel. Nampak packaging menarik dengan warna terang. Nak cari kat guardian lah produk ni.

    ReplyDelete
  14. wohooo watermelon tu. mesti rasa nyaman je bila mandi guna ni kan. bestnya. tetiba dapat bayangkan wanginya benda ni. hehe

    ReplyDelete
  15. wahhhh nak mandi pun nampak sedappp . budak3 mesti suka dengan mandian macam ni sebab nampak menyelerakan sangattt

    ReplyDelete
  16. Tak pernah pakai lagi.. Tapi dah pernah bau.. Kita suka bau yg frosty.. Huhu.. Dengan yg wane hijau punya... Safi skrg dh mcm2 brand kan... Senang nak beli kalau nk try range produk lain

    ReplyDelete
  17. Uniknya sebab jarang ada gel mandian bau nanas dengan tembikai ni! Rasa nak try je nanti. Mesti wangi kan. :D

    ReplyDelete
  18. Dah lama nak try body wash diaorang sebab nampak yummy sangat! Haritu pernah try yang lime tak silap. Memang semua wangi. Nak cari la nanti

    ReplyDelete
  19. Safi products has become famous recently, I have to go check out their product range too. I love use shower that has really nice smell.

    ReplyDelete
  20. Fruity shower gel! Must be smells nice after bath. Relaxation is the most important feeling after take a great shower especially after work.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...