OLE-OLE DARI KUCHING, SARAWAK


Bila dicongak dan dihitung balik, dah 4 kali pergi ke Kuching, Sarawak. Walaupun dah 4 kali, rasanya tak pernah bosan kalau ke sana. Sebabnya? Setiap kali pergi, mesti ada je tempat baru yang first time sampai dan pastinya dapat kutip pengalaman yang berbeza. Lagi satu, makanan kat sana memang unik-unik dan sedap-sedap belaka. Hah, kalau bab makan memang nombor satu, keh3. 


Kalau orang tanya, 'best tak pergi Kuching?". Definitely, jawapannya "Best!!!". Pergilah sekali jejak kaki kat sana dan rasailah sendiri pengalaman bila berada di Bumi Kenyalang especially untuk korang yang tak pernah sampai ke Sarawak. Seriously, worth it! Kalau nak info lanjut, boleh rujuk artikel perkongsian sebelum ini di sini: Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak.


Tak nak cerita panjang lagi mengenai destinasi sempena percutian di Kuching, Sarawak baru-baru ini (Februari 2016), kali ni just nak fokus tentang ole-ole wajib beli bila dah sampai di Kuching, Sarawak. Mungkin ada yang suka beli key chain, fridge magnet, t-shirt "I Love Kuching" dan seumpamanya bila datang Kuching, Sarawak. Berbeza dengan aku. Aku lebih suka beli 2 benda ni bawa balik ke Semenanjung. Nak tahu apa? Cekidout!!
 

1. Ikan Terubok Masin



Siapa kat sini suka makan ikan terubok? Kalau ada yang masih tak kenal ikan terubok tu yang mana satu, senang cerita ikan yang banyak tulang tu lah. Kalau tak pandai makan, alamatnya boleh lekat tulang jawabnya. Jujurnya, aku tak suka makan ikan terubok sebabnya malas nak belek satu-satu time makan sebab banyak tulang. Tapi, berbeza dengan ikan terubok masin yang cukup terkenal di Kuching, Sarawak. Ikan Terubok Masin ni, walaupun banyak tulang tapi bila digoreng sampai garing, memang sedap dimakan. Dah tak payah nak risau bab tulang yang banyak tu dah. Sebabnya, memang boleh kunyah macam keropok je kalau dah goreng garing. Sedap!
 



Ini antara resepi paling mudah untuk masak ikan terubok masin. Hanya perlu potong ikan terubok masin kepada ketulan kecil, hiris bawang holland dan hiris beberapa biji cili merah. Panaskan minyak, goreng ikan terubok masin sampai garing. Agak-agak dah nak garing, letakkan hirisan bawang holland dan cili merah. Biarkan seketika sampai sedikit layu, tadaaa! Siap untuk dimakan dengan nasi panas. Yummeh!


 

Nak lagi sedap, makan dengan sambal belacan ataupun sambal tempoyak bilis petai kak Laila. Perghhh, memang menyengat sampai menambah-nambah makan nasi. Resepi ni je yang mampu buat di rumah bujang, muahahaha. Orang kata, masak lemak ikan terubok pun sedap. Tapi, tak pernah lagi buat. Maybe next time boleh cuba. Tunggu kena dapatkan stok ikan terubok masin yang lain, hahaha.



Jadi, kalau datang Kuching, Sarawak memang tak sah kalau tak beli ikan terubok masin. Kat mana nak beli? Hari tu beli di depan Kedai Kek Dayang Salhah. Kalau nak lagi banyak pilihan, boleh pergi beli di Medan Niaga Kubah Ria. Kat sana lagi banyak pilihan. Bukan hanya ikan terubok masin, malah macam-macam ada. Pucuk midin yang famous tu pun ada kalau nak beli.


2. Kek Lapis Sarawak

Sarawak cukup sinonim dengan kek lapis. Jadi, kalau datang Kuching, Sarawak memang tak akan lepaskan peluang untuk beli kek lapis Sarawak. Antara lokasi tumpuan orang Semenanjung untuk membeli kek lapis yang sedap adalah Kek Lapis Dayang Salhah dan juga Mira Cake House. Tapi, untuk trip kali ini kami singgah di Kek Lapis Dayang Salhah.


Dengan harga serendah RM10 sebiji, kita boleh dapatkan kek lapis pelbagai warna dan pelbagai perisa. Untuk kek lapis perisa eksklusif seperti chesse, red velvet dan sebagainya, harga untuk sebiji antara RM20-RM25. Jadi, boleh pilih mana yang berkenan dan kebiasaanya untuk setiap pembelian 10 biji akan dapat percuma sebiji kek lapis.  



Kalau pergi bercuti di Kuching, Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk pergi sendiri ke kedai kek lapis Sarawak. Caranya mudah saja, kalau stay di hotel berdekatan Kuching Water Front, boleh ambil bot tambang untuk ke seberang sungai. Tak sampai 10 minit korang akan sampai di kedai kek lapis Sarawak samaada di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ataupun Mira Cake House. 



Kek Lapis Sarawak ni boleh simpan berminggu-minggu kalau simpan dalam peti ais. Bukan tu je, kalau beli untuk dibawa pulang ke Semenanjung, penjual akan pack siap-siap untuk memudahkan urusan nak bawa balik naik kapal terbang. Memang berbaloi.


Lagipun, memandangkan ikan terubok masin dan kek lapis Sarawak memang susah nak dapat di Semenanjung. Dan kalau ada pun memang mahal. So, alang-alang dah sampai Kuching, Sarawak memang dua perkara ni lah yang akan menjadi pilihan utama untuk aku beli sebagai ole-ole dari Kuching, Sarawak. Korang pula macam mana? 


Hah, untuk korang yang akan fly ke Kuching, Sarawak nanti, jangan lupa untuk beli ikan terubok masin dan kek lapis Sarawak. Lagi satu, wajib cuba makan laksa Sarawak dan Mee Kolok sebelum fly balik ke desitnasi masing-masing. Kalau tak, memang menyesal, wakakaka.

Post a Comment

2 Comments