FESTIVAL CANDAT SOTONG ANTARABANGSA TERENGGANU 2015

Pernah kau tahu, pernah kau rasa jerih-perih seorang petani? Ya, aku pernah rasa dan aku tahu perasaan itu. Dilahirkan di kampung di Kelantan, dibesarkan sebagai seorang anak petani dan menjadikan sawah padi sebagai tempat bermain. Macam-macam aku pernah buat. Punggah baja, angkat guni benih padi, masuk sawah, tanam padi, cabut padi, naik mesin padi, tangkap ikan, cari siput sedut, berpanas, berhujan, main selut, just name it! Itu semua pengalaman dan kenangan paling indah dalam hidup aku. Sedikit-sebanyak, aku dapat rasa betapa peritnya rutin seorang petani, betapa tinggi kesabaran yang perlu ada untuk menunggu hasil yang belum pasti. Dan paling penting, betapa indahnya detik selepas dapat menuai hasil di sebalik setiap kepayahan yang ditempuhi.


Kadang-kadang, terdetik dalam hati aku. Kalau jadi petani rasa macam ni. Macam mana pulak kalau jadi nelayan? Dengan badai ombak yang tidak menentu, kadang-kadang tenang, kadang-kadang ganas. Macam mana perasaan berada di tengah lautan? Bermalam, berpanas dan berhujan di lautan samudera. Kadang-kala terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tak menentu. Pendek kata, macam-macam persoalan lah datang menerpa ke benak fikiran aku. Namun, di sebalik kepayahan, pastinya ada detik-detik indah kan? Especially perasaan bila dapat hasil tangkapan dan hasil laut untuk dibawa pulang ke darat. Herm, mesti seronok kan? Nak juga tahu, nak juga rasa. Dapat experience sendiri kan best. Bukan apa, untuk ambil tahu tentang sisi-sisi kehidupan seorang nelayan.


Nak dijadikan cerita, baru-baru ini aku berpeluang untuk menyertai Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 atau lebih dikenali sebagai Terengganu International Squid Jigging Festival 2015. Akhirnya, tercapai juga cita-cita aku nak merasai sendiri pengalaman untuk jadi seorang nelayan. Terima kasih Gaya Travel, Tourism Terengganu dan Projek Travel untuk peluang keemasan ini. I'm really really appreciate it.


So guys, kalau ada yang nak rasa jadi nelayan, tak payah resign dari profession yang korang ada sekarang. Just apply cuti, pack your bag, pergi je ke Terengganu untuk cuba aktiviti mencandat sotong. Seriously, awesome. Highly recommended! Aku yakin, ia sudah cukup untuk membuka mata korang serta rasai sendiri betapa mencabarnya dan betapa seronoknya jadi nelayan. Feel duduk kat tengah-tengah laut, subhanallah. Memang tenang, memang best! Kalau dapat bawa balik sotong berkilo-kilo, itu lagi berbaloi-baloi, hehe. BONUS! 


Jom, baca kisah perkongsian tentang pengalaman aku dan rakan-rakan sepanjang berada di Terengganu especially tentang aktiviti mencandat sotong dan tempat-tempat menarik di Terengganu.

Happy reading :)    


Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 atau Terengganu International Squid Jigging Festival 2015 sebenarnya telahpun memasuki tahun ke-dua penganjurannya. Program ini telah dianjurkan pada 2 hingga7 Jun 2015. 6 hari 5 malam berada di negeri Terengganu, "Negeri Cantik, Budaya Menarik" memang satu pengalaman yang cukup luar biasa. Tak sama dengan trip-trip aku sebelum ni. Langsung tak penat, maybe sebab terlampau excited.


Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015


Apa yang menarik tentang program ni? Kalau nak tahu, program kali ini berjaya mengumpulkan seramai 122 peserta iaitu 60 media antarabangsa dan 62 media tempatan yang terdiri daripada wartawan media cetak dan elektronik termasuk penulis blog dan pengamal media sosial. Yeay! Seronok bila dapat peluang macam ni. Wakil Malaysia beb, wakakaka. International lagi tu. Amazing!


Kalau nak tahu, penganjuran kali ini memang mendapat sambutan baik dari pengamal media antarabangsa yang datang dari 28 buah negara termasuklah dari New Zealand, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Turki, Rusia, Australia, Sweden, Vietnam, Thailand, Cambodia, Brunei, Singapura, Filipina, Indonesia, India serta Belanda. Aku dan rakan-rakan lain yang dari Malaysia? Kami memang cukup-cukup berbangga dan gembira dengan kehadiran mereka dari serata dunia. Welcome to Malaysia!

  
Berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman candat sotong sebanyak dua kali di dua lokasi yang berbeza memang mengujakan. Pada 3 Jun, kami mencandat sotong pada jarak 2 batu nautikal dari Pulau Redang dan Pulau Kapas manakala pada 6 Jun, kami mencandat sotong diteruskan lagi pada jarak 2 batu nautikal dari Jeti Pulau Duyong, Marina Resort, Kuala Terengganu. Perasaan? Dua-dua best, dua-dua ada cerita disebaliknya yang berbeza. Nak tahu apa jadi? Jom, teruskan bacaan *ambil pop-corn*


Taman Laut Pulau Pinang, Pulau Redang

Sebelum meneruskan aktiviti mencandat sotong, kami dibawa ke salah satu pulau yang cukup terkenal di Terengganu iaitu Pulau Redang. Actually, untuk trip kali ini, selain daripada aktiviti utama iaitu mencandat sotong, kami semua juga berpeluang untuk menyertai beberapa aktiviti menarik di tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu. Antaranya adalah aktiviti snorkeling di Taman Laut Pulau Pinang di Pulau Redang. Bak kata pepatah, "sambil menyelam minum air", "sambil snorkeling tengok ikan". Eh!


Get ready for snorkeling

Jujurnya, ini first time aku sampai di Taman Laut Pulau Pinang, Pulau Redang. Memang kagum! Tengok air laut yang sangat jernih dan penuh dengan pelancong yang sedang snorkeling. Memang meriah. Tak sabar nak terjun sama dan snorkeling sekali. Lepas tukar baju, ambil life jacket dan goggle semua, terus get ready untuk snorkeling. Here we go!


Muka happy dapat snorkeling

Muka senyum ke muka cuak tu? Hahaha. Actually, aku tak pandai berenang. Opsss, terkantoi pulak. Nasib baik ada life jacket. So, kepada korang yang tak pandai berenang. Don't worry, ok! Korang pun boleh snorkeling macam kami ni semua. Janji konfiden dan tak mudah panik bila berada dalam air. Gerenti timbul lah sambil enjoy the view dalam laut. Heaven!


Pengalaman snorkeling di Pulau Redang

Ini antara aksi aku yang terkapai-kapai berenang ke sana ke mari untuk mencari port yang paling best. Subhanallah, memang superb view kat dalam laut dengan ikan-ikan yang berwarna-warni. Feeling time tu rasa relax gila. Sambil berenang, sambil tengok ikan-ikan berkeliaran. Kalau boleh, rasa nak selfie je dengan ikan-ikan tu semua. 


So, kalau korang berminat nak try snorkeling atau nak bawa family atau kawan-kawan mencuba pengalaman snorkeling. Salah satu lokasi menarik yang aku cadangkan untuk korang kunjungi adalah di Taman Laut di Pulau Redang.


Group photo sebelum meninggalkan Taman Laut Pulau Redang



INFO 
Bayaran masuk ke Taman Laut Pulau Pinang adalah RM5 seorang



Candat Sotong

Lepas bersuka-ria snorkeling bagai, nah tiba masanya untuk melaksanakan misi utama iaitu mencandat sotong. Perasaan nak candat sotong time tu memang berkobar-kobar. First time lah katakan. Dalam masa yang sama, agak cuak. Sebab apa? Sebab takut mabuk laut, hahaha. Cuba teka, aku mabuk laut tak? 


Bot peserta dilepaskan untuk memulakan aktiviti candat sotong

Aktiviti candat sotong merupakan aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan. Mana taknya, sekali turun ke laut, berkilo-kilo berjaya bawa naik sotong ke darat. Aktiviti ini agak unik dan berpotensi untuk dikomersialkan kepada pelancong luar negara. Memang sesuai dengan negeri Terengganu yang kaya dengan lokasi percutian menarik seperti pulau-pulau dan pesisir pantai yang cantik.


 Excited nak start candat sotong

Expression bila berada di tengah lautan selepas hon perlepasan untuk peserta candat sotong dibunyikan. Time ni, laut masih tenang. Steady je lagi. Apa lagi, bila berada di tengah lautan macam ni. Jangan lepaskan peluang untuk selfie. Boleh simpan buat kenang-kenangan, haha. 


 Team Boat 11

Untuk sesi candat sotong kali ini, aku berada dalam Boat 11 bersama blogger dari Malaysia (Tatie), blogger dari Filipina (Llyod dan Edgar) dan beberapa lagi rakan media dan rakan blogger dari dalam dan luar negara. Sambil-sambil tunggu dapat mata kail untuk start candat sotong, kami sembang-sembang dulu.


Ini namanya alat mencandat sotong yang bercahaya dalam air

Haa, dah dapat pun mata kail untuk candat sotong. Aik, mana umpan? Maaf ye. Candat sotong tak perlukan umpan macam pancing ikan. Just guna mata kail yang macam tu. Uniknya, mata kail untuk candat sotong ni bercahaya dalam air. Sebab tu lah, sotong-sotong akan tertarik untuk datang dan kalau ada rezeki. Tadaaa, dapatlah bawa naik sotong.



INFO 
Musim mencandat sotong bermula dari bulan April hingga penghujung Ogos

Aktiviti candat sotong menggunakan mata kail khas yang dipasang pada tali tangsi dan kemudiannya, dilepaskan ke laut yang mencecah kedalaman sehingga 20 meter.


Teknik candat sotong ni memang menguji kesabaran. Kena main tarik-tarik tali tangsi naik turun sampai rasa berat. Kalau rasa berat tu, bermakna ada kemungkinan sotong dah terlekat kat mata kail. Bila ada hint macam tu, cepat-cepat lah tarik naik ke atas. Make sure, tak duduk dekat sangat dengan orang sebelah. Kadang-kala, kita rasa berat. Bila tarik-tarik naik ke atas. Alamak! Rupa-rupanya mata kail orang sebelah yang tersangkut. Punah harapan, haha. Aku terkena beberapa kali macam ni. Orang lain tak tahu lah pernah terkena ke tak macam aku kan?


Mabuk laut

Seriously, cuaca time kami candat sotong hari tu agak tidak mengizinkan kami untuk mendapat sebarang tangkapan. Boat 11 gagal mendapatkan seekor pun sotong. Nak buat macam mana, ombak malam tu terlalu kuat. Dan, finally aku rasa pening-pening dan loya. Adakah ini mabuk laut atau mabuk cinta? Yaaa, inilah namanya mabuk laut. Lepas muntah dua tiga kali, aku tersadai layu.


So, apa yang aku dapat? Aku dapat pengalaman yang best. First time rasa mabuk laut. Pergi OBS dulu, whalling 8 jam dari OBS Lumut keliling Pulau Pangkor dulu pun tak mabuk. Pecah rekod ni. Dari situlah, baru aku sibuk-sibuk cari info tips untuk elakkan mabuk laut. Kalau korang plan nak pergi candat sotong, boleh refer tips kat sini. Maka, berakhirlah sesi candat sotong yang pertama.


Pulau Redang

Selesai misi mencandat sotong, kami ke Pulau Redang untuk dinner dan bermalam di sana. Lokasi yang kami tuju adalah Laguna Redang iaitu antara salah satu lokasi penginapan yang terletak di Pasir Panjang. Terdapat beberapa tempat penginapan lain di sekitar Laguna Redang. Antaranya Redang Bay Resort dan Redang Beach Resort. Kalau nak dapatkan list tempat penginapan di sekitar Pulau Redang, korang boleh refer Tempat Penginapan di Pulau Redang


Pemandangan indah di Pulau Redang

Bila dapat bermalam kat sini, sempatlah juga ronda-ronda di sekitar chalet dan jalan-jalan di pesisir pantai. Nak pergi pulau yang cantik-cantik? Tak payah susah-susah pergi oversea. Pergi je ke Terengganu, contohnya Pulau Redang. Laut biru, pasir putih, fuh. Feeling ohsem!


Sambil baca magazine Gaya Travel, sambil cuci mata tengok view cantik

Kalau nak datang rest & relax, tenangkan fikiran, release tension ataupun honeymoon, salah satu destinasi menarik yang aku cadangkan untuk datang di Terengganu adalah Pulau Redang. Believe me, it's worth it! Tak nak pergi Pulau Redang, alternatif lain korang boleh pergi ke Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Kapas, Pulau Gemia, Pulau Tenggol ataupun Pulau Rhu Perhentian.



INFO 
 
Laguna Redang adalah antara salah satu operator penginapan di kawasan Pasir Panjang

Pengangkutan ke Pulau Redang terletak di Jeti Merang, Setiu

Website: Pulau Redang


Team Projek Travel di Pulau Redang

Bertuah betul kan rakyat Terengganu? Kaya dengan pulau-pulau cantik. Bila sampai di Pulau Redang, rasa macam makin membuak-buak nak pergi ke pulau-pulau lain di Terengganu. So, next time maybe team Projek Travel boleh plan trip untuk jelajah ke pulau-pulau lain pulak. Ye dak?  InshaAllah.


Group photo sebelum meninggalkan Laguna Redang, Pulau Redang


Setiu Cultural Fest 2015

Destinasi kami seterusnya adalah ke Setiu Cultural Fest 2015 atau Pesta Pekan Budaya Daerah Setiu 2015. Kat sini, kami semua dapat tengok seni dan budaya masyarakat setempat di daerah Setiu dengan lebih dekat. Antaranya, persembahan silat, gasing, ukir tembikai, membuat kraftangan, cara membuat bertih beras dan macam-macam lagi.



Permainan gasing yang cukup popular di daerah Setiu

Selain menyaksikan persembahan kesenian dan kebudayaan, kami juga berpleuang untuk mencuba makanan tradisional yang popular di Pantai Peranginan Rhu 10, Setiu..Nak tahu menu apa yang ada? Macam-macam ada. Antara yang paling best adalah keropok lekor, ketupat sotong, gulai kawah, sup tulang dan abc. Makan sambil menghadap laut, angin sepoi-sepoi, memang sempoi!



INFO 

Pantai Rhu Sepuluh adalah antara pantai yang belum terjejas dengan pembangunan dalam Daerah Setiu

Popular kerana berdekatan dengan jalan utama ke Kelantan dan dari Kelantan ke Terengganu.

Hanya 400 meter dari Kampung Penarik dan terkenal dengan ‘ikan celup tepung’.
 



Kutip Kepah di Muara Kuala Baru


Dari Pantai Peranginan Rhu 10, kami bergerak pula ke Kampung Mangkuk. Kat sini lagi best. Nak tahu apa yang ada? Kami dapat makan ikan celup tepung (ICT), sotong celup tepung, ketam celup tepung, keropok lekor dan paling syiok dapat pekena air kelapa sejuk-sejuk.


Ikan celup tepung, ketam celup tepung, sotong celup tepung dan air kelapa

Burppp. Alhamdulillah, kenyang! Dah settle makan semua, kami cepat-cepat tukar pakaian untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu mengutip kepah. Aku memang ternanti-nanti aktiviti kutip kepah ni. Ya lah, time kecik-kecik dulu pernah kutip siput dalam bendang dan kutip etok dalam sungai je. Kutip kepah belum pernah. Oyeah,this is the time!


Jeti Kampung Mangkuk

Untuk aktiviti mengutip kepah, kami perlu menaiki bot di Jeti Kampung Mangkuk, Setiu dan menuju ke lokasi yang terletak di Muara Kuala Baru.


Menuju ke Muara Kuala Baru

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk sampai ke lokasi mengutip kepah. Bila sampai je, kami dibekalkan dengan bakul untuk memulakan aktiviti mengutip kepah. Paras air di kawasan kutip kepah ni hanyalah pada paras paha. So, boleh la nak kutip dengan cara duduk ke, mencangkung ke, ataupun berjalan. Ikut keselesaan masing-masing. Tapi kan, kalau nak dapat kepah banyak, kena guna teknik yang betul. Rahsianya, kena gali-gali sikit dengan kaki atau tangan sebabnya kebanyakan kepah ada tertimbus dalam pasir.



INFO 

Kepah yang dikutip kena rendam dalam air laut untuk kekalkan kesegaran

Rendam kepah semalaman dalam air untuk pastikan pasir semua dah keluar dari kepah sebelum dimasak


Antara hasil kepah yang berjaya dicari

At first, memang susah nak dapat walaupun seketul. Rupanya guna teknik salah. Mana la nak jumpa kalau duk melenggang kangkung je jalan atas pasir. Kena gali sikit baru jumpa. Dah jumpa, makin seronok pulak. Pendek kata, tak puas la kalau bagi masa 1 jam. Lagi lama, lagi syok ni, haha. Antara aktiviti yang harus aku repeat next time.


Kenyir Festival 2015

Untuk hari seterusnya, kami menuju ke Hulu Terengganu. Destinasi kali ini adalah ke Dataran Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir sempena Festival Kenyir 2015. Macam-macam aktiviti ada kat sini. Paling best, ada sukan rakyat dan sukan air.


Festival Kenyir 2015

Antara permainan tradisional yang ada seperti terompah gergasi, congkak, batu seremban dan banyak lagi. Memang betul-betul mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.



INFO  
 
Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.
 
Destinasi menarik untuk memancing kerana kaya dengan ratusan spesis ikan air tawar seperti ikan Baung, Toman, Kelisa, Lampam dan Kelah.
 
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
 
Pusat Maklumat Pelancong, Pengkalan Gawi
Telefon: +609-626 7788/ 666 8498

Ketengah
Telefon: +609-822 3100 ext 103
 
Website: Tasik Kenyir


Permainan tradisional: Batu Seremban

Tengok saja mana aci kan? Tak nak lepaskan peluang, aku sempat join beberapa permainan tradisional yang ada seperti congkak, batu seremban, penyu buta dan bola chopstick.


Kenyir Water Theme Park

Sempena dengan Festival Kenyir 2015, buat julung kalinya Kenyir Water Theme Park telah dibuka kepada orang awam. Wah, di Kenyir pun dah ada theme park. Jadi, orang-orang Terengganu dan Kelantan tak payah gi jauh-jauh lagi dah. Kat Kenyir kan ada, hehe.


Menunggu bot untuk ke Kenyir Water Theme Park

Patutkan kami rasa bertuah? Ya, memang patut. Kamiberjaya menjadi antara orang yang terawal sampai ke Kenyir Water Theme Park dan merasai sendiri kemudahan yang disediakan. 



INFO  

Boleh menampung lebih dari 600 orang pada satu masa.

Harga tiket amat berpatutan iaitu RM20 (dewasa) manakala RM10 (kanak-kanak) termasuklah pengangkutan feri atau bot.

 


Tarikan utama di Kenyir Water Theme Park

Lokasi ini memang sesuai untuk lepak santai bersama family especially untuk kanak-kanak. Antara tarikan utama di sini adalah kolam mandi untuk kanak-kanak, gelongsor untuk orang dewasa dan paling best cabaran kat dalam tasik tu. Fuh, memang betul-betul mencabar!


Untuk permulaan hanya fasa pertama sahaja dibuka setiap hari kepada pengunjung dan ia akan ditutup untuk menaik taraf sebarang kemudahan yang dilihat tidak memuaskan. Dalam fasa ke-dua pula, mereka akan membina beberapa permainan baru seperti terowong air dan tempat penginapan untuk memudahkan pengunjung bermalam di sana. Tak sabar nak tunggu Kenyir Water Theme Park siap sepenuhnya.


Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke satu lagi lokasi popular di Kenyir iaitu Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). KECV terletak di Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.


Elephant Education Show

Antara tarikan utama di KECV adalah canopy walk. Di sini, korang akan dapat mendekatkan diri dengan alam sekitar dari pandangan atas. Dapat tengok sendiri habitat gajah. Lagi best, kat sini kita semua berpeluang untuk berinteraksi dengan gajah selain dapat menyaksikan show yang amat mencuit hati. Brilliant! Lagi satu, boleh tengok gajah mandi. Aku rasa, pendekatan sebegini yang diambil oleh pihak KECV ni cukup tepat dalam proses mendidik para pengunjung tentang kehidupan sebenar gajah.



INFO 

Waktu Operasi KECV
Isnin - Ahad  
9.00 pagi hingga 5.30 petang.
Jumaat (waktu rehat)   
12.30 tengahari - 2.30 petang.
 
Waktu Persembahan Gajah
10.30 pagi, dan 3.30 petang

Waktu Gajah Mandi
11.00 pagi, 2.00 petang dan 4.00 petang



Terengganu Peranakan Festival 2015

Salah satu lokasi popular di Kuala Terengganu adalah Kampung Cina. Dan, setiap tahun pihak Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu menerusi kerjasama kerajaan negeri akan menganjurkan Terengganu Peranakan Festival untuk mempamerkan budaya masyarakat peranakan Cina di Terengganu.


Terengganu Peranakan Festival 2015

Melihat keindahan budaya di Pesta Peranakan Terengganu 2015 mengingatkan aku dengan Baba Nyonya di Melaka. Paling best malam tu, dapat tengok persembahan nyanyian.Siap menyanyi dari atas kren lagi, then turun dan baru naik stage. Gempak habis!



INFO 

Kampung Cina adalah destinasi yang menarik untuk dikunjungi

Lorong Warisan Dunia di Kampung Cina terkenal dengan keunikan mural

Salah satu lokasi tarikan utama di Kampung Cina adalah di Lorong Penyu


Kuala Terengganu City Tour

Aktiviti untuk hari seterusnya adalah melawat beberapa lokasi tarikan pelancong di sekitar Kuala Terengganu seperti Pasar Payang, Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam.

Muzium Negeri Terengganu
Muzium Negeri Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu. Kompleks ini kelihatan hebat dari segi seni binanya, berdasarkan reka bentuk istana lama Terengganu. Terdapat 4 bahagian utama iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 buah rumah tradisional dan taman botani serta herba
 
 
Antara koleksi yang tersimpan di Muzium Negeri Terengganu adalah tekstil dan teknik menenun, senjata tradisional, seni kraf, sejarah, alat kebesaran diraja, alam semula jadi, pembangunan petroleum, seni Islam, seni generasi baru dan kontemporari.
 


INFO 

Muzium Negeri Terengganu
Muzium terbesar di rantau Asia Tenggara 

Harga tiket
Warganegara Malaysia
Dewasa - RM5.00
Kanak-kanak - RM3.00
Pelajar berpakaian seragam RM1.00

Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa - RM15.00
Kanak-kanak - RM10.00 
 
Untuk info menarik, boleh rujuk di sini:  


Keunikan Masjid Kristal

Alang-alang dah sampai di Kuala Terengganu, tak sah kalau tak singgah di masjid paling tersohor iaitu Masjid Kristal. Masjid Kristal merupakan masjid pintar pertama yang dibina di Malaysia. Masjid ini dibina dengan menggunakan kaca dan keluli. Masjid Kristal tereletak berdekatan dengan Taman Tamadun Islam. So, kalau korang pergi ke sana, selain boleh melawat masjid, boleh juga cuba untuk tengok sendiri 21 monumen masjid-masjid terkenal dari seluruh dunia. Harga tiket untuk masuk ke Taman Tamadun Islam adalah RM10 (Dewasa) dan RM5 (Kanak-kanak dan warga emas).


Kalau korang bercadang nak bertandang ke Terengganu, jangan lupa letakkan lokasi-lokasi ini sebagai salah satu tempat untuk dilawati. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dua lokasi ini, boleh rujuk di Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam


Candat Sotong The Finale

Akhirnya, tiba ke saat-saat yang dinanti-nantikan. Candat Sotong The Finale! Kalau first time nak candat sotong, aku excited. Kali ni, berganda excited sebab nak cuba untuk dapatkan sotong dan tak nak mabuk lagi, haha. Persoalannya, dapat ke sotong? Haaaa. Jeng jeng jeng.


Sebelum berlepas untuk sesi candat sotong kali ke-dua

Kali ni ada sedikit perubahan dari segi ahli pasukan. Boat kali ni bersama Tatie dan Uzu serta beberapa lagi bloggers dari luar negara.


Sekali lagi satu boat dengan Tatie

Aih, kenapa dengan Uzu tu? Dah lentok semacam je. Haa, kali ni aku cuba praktikkan tips untuk elak mabuk laut. Makan, makan dan makan. Memang betul-betul berkesan. Dan kebetulan, lautan pun memang cukup tenang. Syiok betul mencandat sotong kali ni.


Yeay! Kali ni aku tak mabuk

Gigih juga la aku cuba mencandat kali ni. Memang tak nak give up. Nak cuba sampai dapat. Tunggu punya tunggu, tak dapat-dapat. Moment paling best bila kami mendapat sotong pertama iaitu hasil kerja keras Tatie. Pergh, salute. Masa tu, semua orang bersorak happy. Padahal, boat-boat lain dah lama bersorak sakan, hehe. Takpe, jom kita sambung candat lagi.


Aktiviti mencandat sotong sesuai dilakukan pada waktu senja hingga ke lawat malam atau pagi

Matahari sudahpun mula terbenam. Mungkin ini rezeki aku untuk mendapat sotong. Sambung lagi mencandat sambil sembang-sembang dan makan-makan snek ringan. Orang kata, bila malam lagi best candat sotong sebab sotong semakin banyak. Dan, pada waktu malam kita kena pasang lampu di tepi-tepi boat untuk tarik perhatian sotong. Oh, sotong suka cahaya rupanya. Haaa, bila dah malam menjelma. Makin ramai ahli-ahli dalam boat aku menjerit kegembiraan bila berjaya mendapatkan sotong masing-masing. Aih, tak boleh jadi ni. Bila aku nak dapat? haha



INFO 

Untuk keterangan lanjut berkaitan pakej candat sotong, boleh hubungi:

Tourism Terengganu
Phone no: 09-6231 553
Email: tourismterengganu2014@gmail.com



Antara peserta bertuah yang berjaya mencandat sotong

Masa makin suntuk, dorang makin banyak dapat sotong. Lepas sorang, sorang dapat sotong, Tapi aku? Steady! Masih belum dapat apa-apa. Tunggu punya tunggu, sampailah ke saat orang panggil suruh balik ke darat untuk dinner dan majlis penutup. Mak aih, masih tak dapat mencapai matlamat untuk dapatkan sotong. Kenapa eh? Haaa, ni mesti suruh aku pergi lagi ni mencandat sotong next time. iRedha! Apapun, tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya dapatkan sotong. Korang memang hebat! Aku sempat pinjam sotong dorang je untuk sesi bergambar, haha. Boleh simpan buat kenangan.


Apa yang aku belajar semasa mencandat sotong adalah soal sabar dan rezeki. Untuk dapatkan hasilnya, kita kena banyak bersabar. Satu lagi, rezeki orang berbeza-beza. Ada yang dapat sekor, ada yang dapat dua ekor, ada yang tak dapat satu ekor pun (aku la tuh, hehe). Apapun, semua ni mengajar aku untuk tidak putus asa dan cuba lagi di lain masa, inshaAllah. Maybe next time kena pergi candat sotong yang real punya, turun ke laut petang dan naik ke darat awal pagi. Kira ni macam orientasi la, yeazza!


Dengan berakhirnya sesi mencandat sotong, maka berakhirlah program mencandat sotong di Terengganu. Cepat betul masa berlalu, rasa macam kejap je berada di Terengganu. Tup tup dah last day. Mana taknya, makanan kat sini semua sedap-sedap, aktivit best-best dan tempat-tempat memang menarik. Arghhh, dah jatuh cinta dah dengan negeri Terengganu. I should repeat Terengganu trip next time.


#SquidJiggingTGG

Kalau korang berminat nak tahu details tentang aktiviti-aktivit sepanjang Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015, korang boleh cari gambar-gambar di Instagram dengan hashtag #SquidJiggingTGG. Kat sini, korang boleh tengok spot-spot menarik untuk dikunjungi di sekitar negeri Terengganu.


Projek Travel di Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Semoga dengan penganjuran program seperti Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 ini, negeri Terengganu akan menjadi semakin popular dalam kalangan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang bertandang ke Terengganu. Sebagai rakyat Malaysia, aku cukup bersyukur kerana kita di Malaysia mempunyai pulau-pulau terbaik bertaraf dunia di Terengganu untuk dilawati. So, tak payah susah-susah bazir masa, bazir tenaga dan bazir duit untuk terbang jauh-jauh.


Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Gaya Travel Magazine.


Apa kata PB?
Impian selama ini tercapai untuk merasai sendiri pengalaman menjadi nelayan. It's not easy, but it's fun. Semoga program seumpama ini akan diteruskan lagi di tahun-tahun yang mendatang. Even aku orang Kelantan, negeri sebelah Terengganu je pun, tapi tak pernah kenal Terengganu dengan mendalam. Program ini telah berjaya membawa aku kenal Terengganu dengan lebih dekat. Apatah lagi untuk orang luar especially dari negara lain. Yes, "tak kenal, maka tak cinta". Dah kenal negeri Terengganu, now aku telah jatuh cinta. Olololo, so sweet. So, next time, aku plan nak pergi ke Pulau Perhentian dan beberapa lagi destinasi menarik di Terengganu. InshaAllah! 

Post a Comment

6 Comments

  1. bestnye jeles sgt! coz candat sotng ni mmg dlm list dr dulu lg! tp slalu dgr sng je nk dpt hahahha apsal baca kat hang payoh na plak mcm bkn musim je LOL..tp part g snorkeling bagai lg la menjeleskan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kami pergi candat kejap je, turun petang then around 9 malam dah balik darat. Biasalah, sesi pengenalan. Dah pro ni, jom pi candat sotong yang real punya. Start petang, balik awal bagi keesokan harinya. Ada bran? hahaha

      Plan nak pi Perhentian next year. Jom jom

      Delete
  2. wahh..nampak sangat enjoy! sampai mabuk laut..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab yang first time tu ombak besar sikit. Dah la first time, tak boleh adapt lagi, hahaha. Tu yang mabuk. Second time dah ok. Enjoy sangat :-)

      Delete