#TSDAYOUT : Escape Room Bandar Botanic, Klang

#TSDAYOUT : Escape Room Bandar Botanic, Klang menguji mental dan fizikal para bloggers. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa itu TSDayOut? Secara ringkasnya, TSDayOut merujuk kepada Tourism Selangor Day Out yang dikelolakan oleh pihak Tourism Selangor untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di sekitar negeri Selangor. Aktiviti-aktivi yang dianjurkan ini terbuka kepada bloggers. Untuk menyertai TSDayOut, bloggers hanya perlu mengisi butiran peribadi di website TSDayOut dan 20-30 bloggers (berdasarkan aktiviti yang dianjurkan) yang terpilih akan dimaklumkan menerusi e-mel jemputan untuk menyertainya. Untuk aktiviti-aktiviti yang pernah PB join bersama Tourism Selangor dan TSDayOut, boleh rujuk entri kat  sini.


Kalau rasa berminat untuk turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor terutamanya TSDayOut di masa akan datang, boleh ikuti perkembangan semasa di laman media social seperti berikut:


Twitter

Facebook

Website


Untuk edisi kali ini, TSDayOut mengorak langkah untuk mencuba indoor game iaitu Escape Room. A real life challenge yang ditawarkan di Escape Room akan menguji minda, mental dan fizikal sesiapa sahaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Objektif utama permainan Escape Game ni adalah untuk keluar daripada bilik yang berkunci dalam masa 45 minit.




Lokasi TSDayOut kali ini adalah bertempat di Escape Room Bandar Botanic, Klang. Landmark untuk Escape ni adalah betul-betul bertentangan dengan AEON Bukit Tinggi Shopping Centre. Kalau tak tahu jugak kat mana, mungkin boleh refer applikasi waze ataupun google map. Berikut dilampirkan alamat penuh Escape Room Bandar Botanic, Klang untuk rujukan semua.

No. 111-1, 1st Floor,
Jalan Mahogani 5, Bandar Botanic,
41200 Klang, Selangor
Tel: +603-3323 2213
Email: info_klang@escaperoom.com.my



Untuk kali ini, rata-rata bloggers yang hadir adalah rakan bloggers yang pernah PB  jumpa dan kenal. So, takde lah kekok sangat. Dan pastinya, keadaan dan suasana jadi makin meriah dan havoc!

Antara rakan bloggers yang turut serta untuk kali ini adalah MahaMahu, MawardiYunus, dan Khai Artzfar. Selain mereka, ramai lagi bloggers lain seperti Mira Cikcit, Putra, Faris, Miera, Kanmani, Belle, Irfan Chek dan ramai lagi lah kalau nak sebut.



Sebelum kami memulakan aktiviti, sempat lagi breakfast di Kafe Nenda. Pekena milo ais dan roti bom untuk alas perut. Nanti lapar kang, tak boleh fokus pulak nak main Escape Game kan? hehe.


Selepas selesai je breakfast, kami terus ke Escape Room untuk memulakan aktiviti. Sebelum tu, macam biasa ada sesi briefing. Rata-rata daripada kami semua adalah first timer yang nak cuba Escape Game, maka Mr Victor iaitu pengasas Escape Room di Malaysia cerita serba-sedikit mengenai Escape Room dan peraturan permainan.


Seterusnya, pembahagian kumpulan. Dan inilah ahli kumpulan kami yang ohsem yang terdiri daripada Kanmani, Faris dan Putra.


Ok, kami dah eksited untuk mencabar diri di Escape Room. Tapi, cuak pun ada takut gagal. Takpe, berjaya atau tidak keluar daripada bilik berkunci dalam masa 45 minit tak penting, yang penting pengalaman. Apapun, cuba jugaklah sehabis baik. Push the limit!



Untuk kumpulan kami, cabaran pertama adalah Prison Break. Apa yang menarik mengenai cabaran ni, sebelum dibawa masuk kitorang semua digari dan ditutup mata. Tu dia, dah macam banduan betul dah rasa time tuh. Haa, rujuk gambar kat atas. Team Zoey pun cuba bilik cabaran yang sama selepas team kami selesai.



Ini antara clue dan props yang ada dalam bilik Prison Break. Prison Break memerlukan kita selesaikan 6 puzzles dalam 2 bilik berasingan. 3 puzzles untuk bilik pertama, then cari kunci untuk buka lokap untuk ke bilik ke-2 dan menyelesaikan 3 lagi puzzles untuk bolos keluar. Mampukah kami selesaikan cabaran dalam masa 45 minit? Jeng jeng jeng.


Inilah banduan-banduan yang ditawan. Ya, kami akan cuba sehabis baik untuk selesaikannya. Walaupun sedikit cuak dengan keadaan yang agak gelap, kami watlek watpeace je, hehe. Akhirnya berjaya selesaikan cabaran ni dalam masa 40minit. 


Selesai je cabaran ni, kami cuba cabar diri kami untuk bilik cabaran yang paling susah iaitu Taken. Untuk cabaran kali ini, 4 bilik untuk diselongkar dan PB akui ia agak susah. Tapi, lepas struggle habis-habisan, dengan bantuan 3 talian hayat bagai, akhirnya kami berjaya menamatkan cabaran dalam masa 42minit. Ohsem! Dua-dua cabaran kami dapat bolos dengan bergaya, keh3.



Sementara berhenti rehat, kami makan tengah hari di Islamic Steakhouse, Bukit Tinggi, Klang. Isi perut sebentar selepas penat memerah otak menyelesaikan puzzles yang agak tricky dan susah. Tapu, tetap enjoy the games. Ini adalah menu yang PB cuba di Restoran Islamic Steakhouse iaitu set steak. Sodap bak ang. Boleh datang cuba makan western food kat sini. Omnomnom!


Selesai je lunch, kami teruskan dengan acara penyampaian hadiah dan majlis penutup. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara? Jeng jeng jeng. Dup dap dup dap.

2nd Runner Up

Team Zoey dan Renu


1st Runner Up

Team Mawardi dan Mira Cikcit


Champion

Team havoc! Faris - Kanmani - PB - Putra

Yeazzza. Akhirnya, kami dinobatkan sebagai juara. Thank you to all my team members. You are so awesome! Korang memang torbaik. 


Event TSDayOut kali ni disudahi dengan majlis penyampai hadiah kepada pemenang dan cenderahati kenang-kenangan kepada pihak penganjur iaitu Escape Room dan artis jemputan.


Selebriti undangan untuk TSDayOut kali ini adalah Zoey Rahman

Mr Victor menerima penghargaan daripada pihak Tourism Selangor


Tahniah jugak dicuapkan kepada semua pemenang instgram contest


We are the Champion!

Bersama Zoey

Bersama co-founder Escape Room, Mr Victor.


Amacam, menarik tak? Kalau rasa nak cuba Escape Room, boleh usha-usha cabaran mana yang korang nak try. So far, ada 7 cabaran yang menanti di Escape Room Bandar Botanic, Klang. Antara cabaran yang ada di sini adalah seperti kat bawah. Cekidout!

THE ABANDONED FACTORY

KUNG FU

SURGERY ROOM

PRISON BREAK

THE MYSTERIOUS ROOM

SLAUGHTER HOUSE

TAKEN


Hah, itu dia 7 bilik cabaran yang harus korang cuba. PB dah cuba Escape Room, korang bila lagi? Kalau nak join, boleh terjah Escape Room yang berdekatan dengan kawasan anda. 5 lokasi yang ada di Malaysia adalah seperti berikut:
  1. 1st Avenue Mall, Penang
  2. Bandar Botanic, Klang
  3. Berjaya Times Square
  4. Setiawalk Mall, Puchong
  5. Sutera Mall Johor



Are you up for a real life challenge?

Then challenge your senses with the latest real life interactive game craze from Japan where you have to escape a locked room within 45 minutes.

Monday-Friday
11AM-5PM - RM32
5PM-1AM - RM36

Saturday, Sunday and Public Holiday
11AM-1AM - RM36

Fees are based on per person per game


Website

Facebook

Twitter

Instagram


Akhir sekali, terima kasih kepada pihak Tourism Selangor dan Escape Room kerana menjemput PB untuk turut serta dalam aktiviti yang best dan ohsem ni. Semoga next time, dapat lagi join event TSDayOut untuk edisi seterusnya. Prison Break dan Taken sudahpun berjaya ditawan, hermm next time boleh cuba yang lain lagi. Dah rasa addicted nak cuba semua bilik-bilik di Escape Room yang lain. Jom!

Post a Comment

4 Comments