Cabaran 30 Hari | Hari 9 - 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

/
4 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 9 - 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda Ok, kali ni kita senaraikan 5 lelaki yang menarik perhatian penaberkala. Kalau nak ikutkan, tak cukup nak senaraikan semua orang-orang hebat ni. Banyak faktor yang membuatkan kita rasa tertarik dengan seseorang. Antaranya adalah dari segi pencapaian mereka, sumbangan mereka dan lagi penting kisah hidup mereka yang dapat memberi kita seribu satu inspirasi.


Jom, cekidout 5 lelaki yang menarik perhatian di Malaysia:

1) Mokhtar Dahari

Baru je tengok teater #SuperMokh di Istana Budaya, Ohsem! Sedikit-sebanyak tahu kisah hidup Mokhtar Dahari. Siapa tak kenal dengan beliau kan? Pemain bola sepak lagenda tanah air yang diberi nama jolokan SuperMokh. Beliau pernah wakil Malaysia sebanyak 167 kali dan berjaya menajringkan 125 gol di pentas dunia dan 177 gol dalam Piala Malaysia. Sampai sekarang, namanya disebut-sebut dalam dunia bola sepak tanah air. Aku kagum dengan kebolehan dan kehebatan beliau. 


2) P. Ramlee

Dalam industri seni pula kita ada P. Ramle. Sebutnya filem-filem lama, lagu-lagu lama, memang sinonim dengan nama P. Ramle. Apa yang menarik pasal P. Ramlee ni adalah filemnya. Tengok lah banyak kali sekalipun, memang tak boring. Lakonan dia, lawak dia, memang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Lagenda seni tanah air. 


3) Lee Chong Wei

Kalau dalam sukan badminton, selain Nicol Navid, aku kagum dengan Lee Chong Wei. Kagum dengan semangat kesukanan yang beliau tunjukkan terutama di pentas dunia. Masih ingat bagaimana Chong Wei kecewa di Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Olimpik London 2012? Walaupun tak dapat pingat emas untuk negara, tapi beliau tak pernah putus asa untuk terus berjuang sampai ke hari ni. Menang ke, kalah ke, beliau tetap cool and steady. Dalam setiap match, nampak beliau besungguh-sungguh walau cedera sekalipun. Apapun, semoga terus berjaya!


4) Syed Mokhtar Al-Bukhary

Usahawan yang terkemuka dan berjaya di Malaysia, satu-satunya anak Melayu yang tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia adalah tak lain tak bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Salah satu perkongsian menarik untuk dijadikan renungan kita bersama ada disertakan kat bawah ni. Semoga bermanfaa untuk kita semua sama-sama berjaya, inshaAllah

Saya berasal daripada tidak ada apa-apa.
Apa yang saya tidak tahu saya belajar minta tolong daripada orang lain.
Saya tidak malu.
Saya bukannya mencuri, saya usaha sendiri.
Sikap pemalas dan pemalu ini orang Melayu kena atasi.
Kita kena berani kerana benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari



5) Tun Dr Mahathir

Last but not least, adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa yang menarik pasal beliau adalah kejayaan beliau membangunkan Malaysia sehingga terkenal di seluruh dunia. Acap kali, bila bertemu dengan pelancong asing yang bertandang di Malaysia dan tanya pendapat pasal Malaysia, jawapannya tak lain tak bukan diorang akan sebut pasal Mahathir. Kalau nak disenaraikan sumbangan beliau, rasanya tak cukup 4 hari 4 malam nak senaraikan semua. Apapun, semoga Tun dapat terus berbakti kepada bangsa dan negara. 



5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda





Ok, cukup 5 orang yang paling menarik perhatian setakat ni. Padahal, ramai lagi yang nak disenaraikan. Daripada blogpost kali ni, aku belajar satu benda. Tiada P.Ramlee, tiada Mokhtar Dahari, tiada Tun Dr Mahathir,tiada Lee Chong Wei dan juga tiada Syed Mokhtar Al-Bukhari yang ke-dua. Mereka adalah satu-satunya yang ada. Cuma, cerita mereka, kisah hidup mereka, dapat kita kutip dan jadikan iktibar serta inspirasi dalam hidup kita.


Ini 5 lelaki yang menarik perhatian aku, bagaimana pula dengan korang? Mungkin lain orang lain pendapat. Apa yang penting, "yang baik dijadikan tauldan, yang buruk dijadikan sempadan".  Apa yang penting, jaga ATTITUDE tak kira di mana pun kita, dengan siapa pun kita.   


Untuk semua entri mengenai Cabaran 30 Hari -> Klik sini

Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:


You may also like

4 comments:

  1. Kagum sangat dengan semangat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

    ReplyDelete
  2. Betul ! Mereka adalah unik setiap satunya. Seperti P. Ramlee hingga sekarang tiada pengganti. Semoga Tun M dan Tan Sri Syed Mokhtar terus diberikan kesihatan berpanjangan

    ReplyDelete
  3. Setiap tokoh di atas memang mempunyai karisma tersendiri. Walau berbeza zaman tetapi hampir dikenali setiap generasi. They are legend.

    ReplyDelete
  4. Semua lelaki yang tersenarai diatas ada 1 persamaa.
    .
    Mereka sangat komited dengan kerjaya masing masing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...