Cabaran 30 Hari | Hari 7 - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda?

/
0 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 7 - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda? Kalau bab pendidikan, mana tak penting. Ye dak? Dah tentu, di zaman serba canggih, serba moden ni, pendidikan memang penting. Terutama sekali dalam merebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Kalau tanya aku, sejauh mana pendidikan itu penting? Jauh jugak lah, sampai ke Jeli, sampai ke Perak dan sekarang sampai ke Kuala Lumpur. Next? Tak tahu lagi ke  mana. Ini semua pengorbanan untuk mendapatkan ilmu.


Source: Perak Today


Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan sesi pembelajaran di usia 23 tahun dengan Ijazah Kelas Pertama. Tak ada yang lebih menggembirakan melainkan dapat tengok muka mak dan ahli keluarga tersenyum di hari konvokesyen. Itulah saat paling tak dapat dilupakan, saat yang paling menggembirakan. Alangkah indahnya kalau arwah ayah pun ada bersama. Setelah 18 tahun berhempas pulas belajar bermula dari Tadika Seri Intan, SK Melor, MRSM Jeli dan akhir sekali Universiti Teknologi PETRONAS, akhirnya segulung ijazah yang diidam-idamkan sejak kecil berjaya diraih. Tanpa sokongan ahli keluarga tercinta, para  pendidik dan sahabat handai, tak mungkin aku dapat gapai semua ini. Terima kasih!


Persoalannya? Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda? Bagi aku, pendidikan itu penting untuk menjadikan aku seorang yang lebih berkayakinan, berfikiran jauh dan berwawasan. Apa yang aku belajar, aku cuba praktikkan tak kira dalam apa jua bidang sekalipun. Ilmu itu luas. Apa yang kita belajar, kita cuba kongsikan dengan orang lain. InshaAllah, ilmu yang kita ada semakin bercambah. Tak luak sikit pun.


Belajar lain, kerja lain? Apa cerita? Bagi aku, takde masalah. Ilmu tidak pernah rugi untuk dtimba. Semakin kita banyak belajar, mencuba sesuatu yang baru, semakin banyak ilmu dan pengalaman yang dapat kita timba. Mungkin, tak nampak hasilnya hari ini. Esok lusa, pastinya akan menjadi aset penting untuk kehidupan di masa akan datang. Kini, aku sedang menimba ilmu baru dalam financial sector. Lebih tepat, dalam bidang risk management and quality assurance.


Jadi, pesanan untuk diri sendiri dan adik-adik di luar sana, selagi dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran atau menimba ilmu, teruskanlah. Aku pun, kalau diberi peluang, nak lagi sambung belajar. Tak kira dalam apa jua bidang sekalipun. Mungkin sambung Master, mungkin sambung sampai phd. Itu semua kita tunggu bila dan di mana. Masih jadi impian dan angan-angan. Kita hanya mampu merancang, Dia saja yang akan tentukan. Apapun, doakan semoga semua yang terbaik untuk hidup aku ye. Amin


Pssssst. Dalam blogging pun aku dapat banyak ilmu. Sebab tu, kalau ada orang kata blogging tu buang masa, aku rasa nak ketuk je kepala dia tu haa. Bagi aku, selain dapat teruskan minat dalam bidang penulisan, aku juga dapat keyakinan diri untuk berkomunikasi especially bila kena pergi event-event tertentu. Paling best, peluang-peluang yang tak dijangka-jangka macam travel ke tempat yang tak pernah aku pergi. Ilmu photography pun ada  la belajar sikit-sikit. Nampak tak? Pendidikan tu bukan terbatas dalam kelas atau di universiti saja. Pendidikan tu ada di mana-mana. Yang penting, kita terjemahkan apa yang kita dengar dan tengok kepada sesuatu yang positif. Jadi, kalau orang tanya Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda? Jawapannya, memang penting.


I love blogging so much! It's hard for me to stop for now. What can I say, it's a pat of my life. Here, I get opportunities, friends, knowledge and experience. And, here is my passion. My duty is to write, and your opportunity to read.  


Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...