Cabaran 30 Hari | Hari 5 - 3 Perkara Yang Aku Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

/
7 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 5 - 3 Perkara Yang Aku Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih. Tu dia tajuk kali ni, dah macam tajuk novel la pulak. Ke special untuk slot Akasia? lol. Seram-sejuk nak taip entri ni. Apapun, kita layan je lah ye.



Lupa, aku ada bekas kekasih ke tidak? Mungkin ada kot zaman sekolah-sekolah dulu. Tapi, zaman u takde la pulok, busy study katanya, keh3. Takpe, kita pura-pura ada la ye. Ok, back to topik. Kalau diberi peluang, 3 perkara yang aku ingin katakan kepada bekas kekasih adalah:


1. Terima kasih

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. Di saat kau terima aku, itu lah saat terindah dalam hidup. Tapi, bila lama tak ketemu, lama tak bertanya khabar, kau hilang tanpa khabar berita. Terima kasih sebab buat aku rindu.


2. Semoga berbahagia

Di mana jua pun kau berada, aku harap kau sentiasa berbahagia. Jaga kesihatan, jaga diri baik-baik. Kalau kau rasa bahagia tanpa aku, teruskanlah hidup. Tapi, kalau kau tak jumpa kebahagian yang kau cari, aku di sini setia  menanti. Aku masih lagi boleh menjadi sahabatmu. Kalau kau dah jumpa pengganti, semoga terus berbahagia dengan pasangan hingga ke akhir  hayat. Amin.


3. Jangan menyesal

Aku harap kau tak menyesal kenal aku kerana aku tak pernah menyesal kenal kau. Kalau ada jodoh tak kan ke mana. Berdoalah, semoga pengakhiran kisah kita akan berakhir dengan kebahagiaan. Kau bahagia, cukup membuatkan aku bahagia.


Ok, done. Cukup sudah 3 perkara yang aku ingin katakan kepada bekas kekasih. Maybe, you know who you are. Thanks for reading.


cinta tak perlu dinyatakan dengan perkataan
cinta memerlukan pengorbanan
sama ada kita sedar atau tidak
kita kena berkorban demi cinta
jika lahirnya sebuah cinta,
ia tak perlu dipaksa
kita perlu berusaha untuk membuktikannya


Paaaangggg, tampor pipi laju-laju. Tiba-tiba jadi jiwang karat ni pekehel? Adeh! Ok, demi cabaran 30 hari, apapun tajuk yang diberi kita semua redah k. Steady!


Pssst, jangan buang masa cari kekasih. Sekarang dah tiba masa cari suri di hati dan bina masjid. Kbai :)

Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:


You may also like

7 comments:

  1. nak... bangun nak.... anak mimpi ni... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, seb bek tolong kejut..
      dah bermimpi di siang hari, lol

      Delete
  2. Fuhh.. romatiknya... masih menanti ya bro.. Sabar, sinar kebahagian pasti tiba..

    ReplyDelete
  3. Dah cari ke? Jom la, kenalkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...