Cabaran 30 Hari | Hari 4 - Buku Kegemaran penaberkala

/
6 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 4 - Buku Kegemaran penaberkala? Sebelum bagi jawapan, nak buat pengakuan sikit, bab-bab membaca ni memang malas sikit. Sejak zaman sekolah lagi, kalau subjek membaca je, memang slow sikit. Tapi, bila bagi subjek mengira, mata yang kuyu dan mengantuk pun jadi segar-bugar. Sekarang pun sama, kalau beli buku tu, memang liat lah sikit nak baca sampai habis. Tapi, orang kata, "bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya". Haruslah aku cuba gigihkan diri untuk pupuk sikap suka membaca dan top up ilmu melalui pembacaan. Kalau malas baca buku, kita baca blog, keh3.



Berbalik kepada soalan asal, buku kegemaran penaberkala? Hah, kalau nak tahu antara buku yang paling best untuk dibaca adalah buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" hasil karya Fathuri Salehuddin. Alhamdulillah, siap berpeluang jumpa penulis sendiri time beli buku ni, dapat dengar ceramah daripada beliau dan dapat pakej autograph sekali.
 


Apa yang best sangat dengan buku ni? Dah pastinya susunan ayat yang bila dibaca, terus menusuk ke dalam hati. Siapa yang dah baca buku ni, pasti faham apa maksudnya. Bila baca buku ni, memang jadi bersemangat dan dapat memotivasikan diri. Untuk yang belum berpeluang untuk baca buku ni lagi, meh nak share beberapa potongan ayat yang best untuk direnungkan bersama. Layan....


Sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya.


Ukuran dan sukatan rezeki setiap makhlukNya sudah siap sehingga hari Kiamat


Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain


Tidak pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya

 
Tidak perlulah kita bersangka buruk kepada sesiapa apabila rezeki kita menjadi sempit atau berasa hebat apabila rezeki melimpah-ruah

   
Kalau baca buku ni, memang rasa macam dapat suntikan semangat. Macam-macam kisah teladan dan nasihat diadun bersama. Seribu satu cerita pasal rezeki ada. Antara input yang paling berguna, salah satu cara untuk menjemput rezeki adalah dengan mengerjakan solat Dhuha. Cuba lah buat, yakin padaNya inshaAllah kita dapat rasa perbezaannya. 



Lagi satu, berbicara soal rezeki, kita kena ingat rezeki manusia berbeza-beza. Jangan dibanding-bandingkan, sebaliknya bersyukur dengan apa yang kita ada. Apa yang penting, berusaha untuk menjemput rezeki tanpa pernah rasa jemu.


Itu je lah kot pasal buku kegemaran. Yang tak pernah baca lagi buku ni, jemput-jemputlah baca ye. Sekian saja untuk perkongsian kali ni. Cabaran seterusnya, kita tukar channel romantik pulak ye. Tunggu.....


Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:


You may also like

6 comments:

  1. yup berbaloi sangat baca buku ni...heyyy rajin2 skit membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? Ulang-ulang baca pun tak boring..
      Baiklah kak sue, akan cuba jadi rajin baca buku, hoho

      Delete
  2. Aku pun suka buku nie...
    Tunggu task hari ke 5 gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ni best sebab sempoi tapi padat dan sarat dengan ilmu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...