Cabaran 30 Hari | Hari 3 - Sesuatu Yang Menguatkan penaberkala

/
6 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 3 - Sesuatu Yang Menguatkan penaberkala. Untuk segmen hari ini, aku nak cerita sikit sumber kekuatan insan bernama Khairul Anuar aka penaberkala. Kehidupan ni macam air di lautan, ada pasang surutnya. Hidup juga macam pusingan roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Dan hidup ini juga ada jatuh dan bangunnya. Persoalannya, dari mana kita mendapat kekuatan bila mana kita dirundung pilu, dilanda musibah ataupun diselubungi kesedihan?


 Credit: Potia

Kalau aku, selain dariNya tempat mengadu dan tempat berserah, sumber kekuatan lain adalah bonda tercinta. Dalam apa jua yang kita lakukan, pertama sekali kita kena mintak redha ibu. Sekali dia redha, inshaAllah apa-apa yang kita lakukan smooth je. Mana yang kusut, pasti boleh dileraikan satu per satu.


Sejak zaman belajar lagi, kalau setiap kali nak test atau exam, mesti call mak kat kampung. Kalau exam setiap hari ada paper, maka setiap pagi lah akan beratur di public phone. Kalau di universiti, setiap kali sebelum pergi ke exam hall, akan call mak dulu cakap, "Nak gi exam dah ni, tolong doakan ye". Lepas call tuh, huh baru rasa lega dan confident.


Bukan setakat zaman belajar, bila dah berkerjaya pun sama. Bila ada je kerja-kerja yang rasa tak tertanggung nak buat di office, mak lah tempat mengadu. Walaupun tahu, beliau tak dapat nak datang dan bantu, tapi paling kurang doa beliau ada bersama. Bukan nak cakap anak bongsu ni manja ke apa, cuma itulah sumber kekuatan yang ada,hehe. Kusut, rimas, gelisah, semuanya bertukar jadi senang-lenang dan tenang.


You know what?

Behind every great man, there is...
.
.
.
.
.
Mother!

Jika suatu hari aku jadi orang yang berjaya, 
tak kan aku lupa jasamu seorang insan bergelar ibu!
Tiada apa yang mampu membalas jasa beliau,
Selain dari mencapai kejayaan demi sebuah kegembiraan :)


Setiap orang ada sumber kekuatan masing-masing. Apa pulak kata anda? Jangan segan-silu nak kongsikan bersama kat sini ye. Sekian saja untuk cabaran kali ini, sehingga bertemu lagi di cabaran seterusnya. Stay tune!

Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:


You may also like

6 comments:

  1. ooooohhhh anak bongsuuuu ,tak nampak macam bongsu la plak hehehhe

    ReplyDelete
  2. kan...mmg kita betol2 perlukan mak kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu lama tak call,lama tak balik kampung, jiwa rasa kosong

      Delete
  3. Btul tu... x kira anak bongsu ke tak... mmg mak ada penguat semangat ank...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...