Cabaran 30 Hari | Hari 2 - 5 Cara Memenangi Hati penaberkala

/
8 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 2 - 5 Cara Memenangi Hati penaberkala. Kita teruskan lagi cabaran untuk hari ke-2. Adeh, soalan-soalan dia dah macam Melodi haa. Apapun, meh dekat-dekat, duduk rapat-rapat. Sedikit-sebanyak nak kongsi tips kalau nak memenangi hati aku. Bukan apa, kalau dah tahu mudah nak kamcing. Nak ada chemistry dalam sesuatu hubungan, kena ada bonding yang kuat. Tak kira la dalam bersahabat ke, berkawan ke, berkasih ke, bekeluarga mahupun berumah tangga. Cewah. Berfalsampah la pulok.


Chemistry Cafe Lab, Seksyen 7, Shah Alam


Antara 5 cara nak memenangi hati aku tak payah pun. Aku tak perlukan segunung emas, selori duit mahupun seguni berlian. Cuma aku perlukan keikhlasan dan ketulusan. Apa 5 caranya? Nah, sila baca dan faham betul-betul.


1) Memahami

Benda paling penting dalam pehubungan terutamanya persahabatan atau percintaan adalah memahami antara satu sama lain. Aku faham kau, kau faham aku. Cukup! Tak payah nak lebih-lebih. Kalau kau tahu perangai aku macam mana, kau terima lah seadanya. Kalau aku salah kau tegur. Kalau buat silap kau betulkan. Kalau aku happy, kau tumpang happy bukan dengki. Kalau aku sedih kau simpati bukan makin kau caci-maki. Faham? Kalau faham, korang memang orang yang memahami, keh3.


2)Tak mengungkit

Cara ke-dua adalah dengan tidak mengungkit. Dengan kata lain, ikhlas. Orang kata, ikhlas ni bagaikan semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam. Susah nak nampak, tapi ada. Kalau kau dah berbuat baik, tak payah lah nak mengungkit. Orang yang mengenang budi, akan ingat apa yang telah kau buat. Hatta, cuma bagi sehelai tisu untuk lap hingus sekalipun. Jadi, tak payah nak canang sekampung.   


3) Tak kedukut tahi hidung masin  

Seterusnya, bukan kedekut tahi hidung masin. Aku takde masalah nak berkawan dengan orang tangkai jering, cuma rimas la sikit. Kalau kita punya dia bukan main lahap, tapi bila yang dia punya, sah kan nak offer bagi kita, sorok-sorok lagi ada la. Orang macam ni, aku mengaku kalah.   


4) Ringan tangan

Aku paling suka bila ada yang ringan tangan. Bagi pertolongan bila diperlukan. Alhamdulillah, so far ramai sahabat-sahabat aku macam ni. Sebab tu aku tak serik nak berkawan dan bersahabat seramai yang mungkin. Hari ni kita tolong orang, inshaAllah esok lusa orang tolong kita.


5) Ringan mulut

Last but not least, orang yang ringan mulut nak ucap terima kasih dan maaf tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Aku tolong buka pintu dia nak masuk je pun, terus ucap "Terima Kasih". Dia terpijak kasut aku dalam LRT sikit je pun, terus say "Sorry!". Orang-orang macam ni memang menang di hati aku. I heart you people!


Ok, done untuk cabaran ke-2 iaitu 5 Cara Memenangi Hati penaberkala. Tak paksa pun nak suruh follow 100% apa yang aku taip kat sini. Ini cuma pandangan peribadi dan aku yakin bukan untuk memenangi hati aku saja, bahkan memenangi hati-hati orang di sekeliling kita seharian.


Keep in touch!
 
 Instagram:  
 
Twitter:
 
Facebook:


You may also like

8 comments:

  1. Ringan mulut sebab datang raya rumah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi jemput ye kak mah dan dkna
      smula jemput la lagi, hehe

      Delete
  2. blogwalking sini.. moga berjaya sampai khujung cabaran.. good luck!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu singgah sini erra..
      harap macam tu lah, tabah dan gigih untuk siapkan satu entri setiap hari

      Delete
  3. yeayyyy kak sue tak kedekut ahhahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaay, kak sue nk tolong masak sambal udang kan? haha

      Delete
  4. wow ! terbaik entry ni... btw aku pon sahut cabaran ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moh ler kita memeriahkan arena blog dengan topik-topik yang hot..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...