Cabaran 30 Hari | Hari 13 - 5 Blog Kegemaran Anda

/
0 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 13 - 5 Blog Kegemaran Anda. Untuk cabaran kali ni, jom kita senaraikan 5 blog kegemaran masing-masing. Lain padang, lain belalang. Lain orang lain ragam. So, pilihan setiap orang pun pasti berbeza. Ye dak?


Untuk kali ni, aku nak senaraikan 5 blog kegemaran yang bagi aku best untuk dibaca dan selalu jugak aku singgah. Tapi, jadi silent reader je lah. Kalau ada masa, drop jugak komen sikit-sikit. Blog sendiri pun terabai, apatah lagi nak blogwalking dan drop komen. Dah namanya blogger part time, cuba jugak berusaha serajin mungkin untuk update blog, blogwalking dan drop komen. 


Ok, jom kita tengok 5 blog kegemaran penaberkala!

Denaihati

Ben Ashaari

Tiffin Biru

MahaMahu

Kerepektempe


Kalau nak tahu, setiap blog tu ada keistimewaan masing-masing. Korang klik je tengok apa yang menarik di blog yang aku senaraikan sebagai 5 blog kegemaran tu. Macam-macam benda yang mereka share di blog untuk dijadikan bahan bacaan kepada kita semua. Mungkin 4 blogger pertama korang kenal sebab masing-masing terkenal dengan "niche" masing-masing. Ada travel, ada pasal personal life, ada pasal masakan dan ada pasal makan-makan. Tapi, blogger terakhir tu aku suka baca sebab bahasanya agak puitis dan cerita yang disampaikan sarat dengan makna. Kadang-kadang, bila aku baca, termenung jauh nak fikir apa yang tersirat di sebalik tersurat, kahkahkah.


Apapun, setiap blogger ada kelebihan masing-masing. Bezanya, apa usaha kita untuk mengetengahkan apa yang kita ada, bagaimana nak kekalkan identiti sendiri dan tak terikut-ikut dengan cara orang lain. Mana yang kurang kita perbaiki, mana yang elok kita kekalkan. Aku pun banyak lagi kena belajar pasal blogging ni dengan member bloggers. Mungkin sedikit masa lagi, wajah blog ni akan berubah. Perlu buat renovation sikit, hehe. Blog ni macam rumah la juga, bila dah lama, kena cat baru, tukar perabot baru dan tukar apa yang patut agar dapat tampil lebih hebat dan bergaya. Cewah! 


Oklah, itu saja untuk topik kali ni iaitu 5 blog kegemaran anda. Ce korang share pulak 5 blog kegemaran korang. Make sure, no 5 ko tulis blog aku ye, kalau tak aku pancung kepala, wakakaka. Kbai. Sampai ketemu lagi di cabaran seterusnya.


Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...