Cabaran 30 Hari | Hari 12 - 5 Wishlist Anda

/
0 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 12 - 5 Wishlist Anda. Kalau orang suruh senaraikan 5 wishlist buat masa sekarang, pastinya 5 wishlist yang kita senaraikan hari ni berbeza dengan wishlist kita senaraikan sebelumnya. Ye dak? Aku pun macam tu jugak. Kalau dulu, wishlist nak masuk universiti, nak grad kelas pertama, nak kerja itu dan ini, sekarang pastinya dah lain dan berbeza. 


Wishlist bukan sesuatu yang rigid dan harus kita pegang sampai bila-bila. Ia boleh berubah-ubah ikut masa dan keadaan. Kalau tak tercapai, jangan mudah menggelabah, jangan mudah putus asa sebaliknya berusaha lebih keras ataupun cuba tukar mengikut kemampuan diri dan keadaan semasa. Kadangkala, ia mudah dicapai, kadangkala ia perlukan masa dan usaha. Apapun, kita berusaha, berdoa, bertawak, selebihnya biar Dia yang tentukan.


So far, 5 wishlist buat masa ini adalah:

1) Naik pangkat dan naik gaji atau tukar kerja?

Bulan Oktober 2014, maksudnya dah genap 2 tahun berkhidmat di unit yang sama, department yang sama dan kompeni yang sama. Apapun, semoga segalanya dipermudahkan. Berangan jugaklah nak merasa naik pangkat. Kalau bab gaji, inshaAllah setiap tahun ada increment. Kalau diberi peluang dan ada rezeki lain, nak juga tukar kerja. Bukan apa, boleh cari pengalaman baru dan ilmu baru. Dalam lubuk hati yang paling dalam, sayang nak tinggal team yang ada sekarang. Walaupun gap umur berbeza, tapi mereka cukup sporting dan banyak bagi tunjuk ajar dan nasihat.

2) Travel ke luar negara

25 tahun hidup, tak pernah sampai lagi ke luar negara. Sahkan ke Europe, ke negara jiran sebelah macam Thailand dan Indonesia pun belum sampai, lol. Nasib baik Sabah dan Sarawak dah sampai. Takdelah nampak jakun sangat,wakaka. Nak ke mana? Harap dalam tahun ni, 2014 dapatlah sampai at least ke Indonesia ataupun Thailand. Kalau ada rezeki lebih, nak jugak bawak mak menunaikan Umrah. Kalau ada rezeki lebih lagi, nak bawak pergi haji. InshaAllah one fine day. Harap-harap diberi kesempatan untuk itu. 


3) Beli kereta atau rumah?

Kerja dah 2 tahun, tapi tak pakai kereta pun lagi. Ada motor pun, dah kena kebas dek pencuri durjana. Cis, bedebah. So, aku adalah pengguna public transport yang tegar. Malu jugak kadang-kadang dengan kawan-kawan. Semua dah berkereta, tapi aku? Masih berjalan kaki. Bila fikir balik, nak malu buat apa. Ukur baju di badan sendiri. Rasa macam tak mampu lagi nak pakai kereta buat masa sekarang. Yang penting, kita buat simpanan dulu. Harap dalam masa terdekat ni, terbuka pintu hati nak beli kereta. Tak dapat kereta mahal, kereta murah-murah, kereta tempatan pun jadilah. Asal dapat pergi ke sana ke mari. Bila plan-plan nak beli kereta, ada pulak staff di office suruh hold dulu. Ramai yang nasihatkan simpan duit buat beli rumah. Herm, cubalah mana yang termampu. Bila tiba masanya, ada lah tu. Amin


4) Kahwin

Haaah, yang ni suspen. Calon pun takde, bila mahu kahwin pun tak tau. Takpe, percaya kepada ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan. Yang penting, kita bersedia. Kalau ada calon nak tolong kenen-kenen, bagitau lah, haha. Member-member dah ramai yang kahwin dan beranak-pinak. Kita bila lagi? Searching......
  

5) Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

My ultimate wishlist tak lain tak bukan nak sambung belajar. Impian nak merasa sambung belajar di luar negara ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master dan seterusnya PhD. Itu pun kalau diberi peluang dan tajaan. Tak kira lah dalam bidang apa pun, kat mana pun atau bila. Dapat je peluang untuk sambung belajar, rasanya aku tak kan teragak-agak untuk terima. Buat masa ni, kerja dulu kejap cari pengalaman dan kumpul duit mana yang patut. Ada chance, kita grab. InshaAllah


Cukuplah kot 5 wishlist setakat ni. Hah, ni pun tak tahu bila nak tercapai. Amboih, wishlist macam yang susah-susah dan makan masa je nih. Takpe, tembakkan doa agar semuanya dapat dicapai satu per satu, inshaAllah. At the end of the day, kita tick satu per satu. Apapun, korang pun doakan aku berjaya ye. 


Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...