Cabaran 30 Hari | Hari 11 - Kenangan Lucu Di Waktu Kecil

/
3 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 11 - Kenangan Lucu di Waktu Kecil. Dah tua bangka macam ni, bila kenang balik cerita lucu-lucu zaman kecil dulu memang boleh buat tergelak. Walaupun tak dapat ingat semua benda, tapi benda yang kita ingat jom kita share. Rasanya, Cabaran 30 Hari ni kebanyakannya berkongsi pasal peribadi. Harap-harap, selepas tamat cabaran ni, sedikit-sebanyak readers kenal siapa tukang taip yang bernama penaberkala.

 
Ok, back to topic. Apa kenangan lucu di waktu kecil yang masih aku ingat? Jom, kita recall balik mana yang ingat. Cekidout!


Mirinda Merah
First time puasa sebab apa? Sebab nak minum air Mirinda merah. Pernah cerita benda ni dulu-dulu kat blog. Kalau nak tau cerita pasal Mirinda Merah tu boleh klik sini.


Budak nakal
Aku time sekolah rendah dulu nakal jugak. Time rehat waktu tengah hari selepas habis sekolah dan sebelum kelas Fardhu Ain start, main kejar-kejar, rebut tiang, itu biasa. Tup tup, satu hari patah tangan sebab jatuh time nak bergayut di pokok. Lompat nak bergayut, tapi gedebak jatuh. Paling takleh blah, cakap kat mak ayah jatuh tersepak akar kayu. Sebulan juga tak gi sekolah time tu. Kalau buka balik buku rekod sekolah, keputusan time darjah 4 la paling teruk. Orang kata zaman kejatuhan. Bila dah besar, baru cerita balik kisah benar, kwang kwang kwang. Dulu takut nak bagitau.


Penampar pertama
First day sekolah bermula time darjah 4, kena tampar oleh guru kelas. Sebab? Nak keluar kelas tak mintak izin katanya. Padahal, aku demam time tuh, batuk-batuk dan selesema. Jadi, bila batuk keluar lah kahak. Nak mintak izin macam mana kalau dah kahak ada dalam mulut? So, korang dapat imagine? Terima kasih sebab cikgu tampar saya, dan bagi saya pengalaman telan kahak saya sendiri. Sekali ingat nak marah, tapi bila ingat balik lucu pun ada. Saya tak berdendam pun dengan cikgu, at least cikgu bagi saya pengalaman yang tak dapat saya lupakan sampai ke hari ini. Penampar pertama dan terakhir dalam hidup setakat ini. Rekod beb!


Salah seorang sahabat sejak di bangku sekolah rendah, Sayuti. 
Gambar time darjah 2 vs zaman sekarang.

 
Cukup lah edisi trobek. Cam meleret-leret dah ni. Kalau nak cerita semua, 7 hari 7 malam pun tak habis, keh3. Apapun, hargai setiap pengalaman yang kita kutip di sepanjang perjalanan hidup. Semoga apa yang kita lalui bakal mendewasakan kita semua. Yang baik kita simpan elok-elok, yang busuk, yang masam kita campak jauh-jauh.
 
 
Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:
 


You may also like

3 comments:

  1. Dulu-dulu kalau kena tampar ke pukul dengan cikgu perkara biasa. Memang taklah mengadu ngan mak ayah. kalau mengadu silap haribulan kena double penampar plak

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  2. hehe samela gambar dulu dan sekarang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...