Cabaran 30 Hari | Hari 10 - Apa Ada Dalam Bag?

/
6 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 10 - Apa Ada Dalam Bag? Soalan ni simple je, tapi memandangkan masa takde nak update blog, maka bertangguh-tangguh lah jawabnya. Here we go! Kali ni kita bercerita pasal bag. Kalau perempuan dengan bag tangan a.k.a handbag, lelaki dengan bag sandang atau porch bag. Soalannya, bawak bag besar gedabak ke hulu ke hilir nak isi apa? Ce cite...



Selingan jap, selain tengok bag sandang tu, nampak tak sape yang tengah wefie tu? Kalau nak tahu, itulah Iqwal Hafiz, salah sorang peserta AF 2014. Anak muda yang berbakat besar. So, nak tahu betul ke tidak, kena lah tengok performance dia setiap minggu. Jangan lupa AFUNDI EWAL ke 32777


Back to topic. Meh nak share apa ada dalam bag. Kalau dulu bawa diri je bila nak ke mana-mana, sekarang ni mesti bawa sekali barang-barang keperluan especially nak merayap atau attend event. Nak tahu apa yang ada? Antara 6 benda penting yang wajib ada dalam bag dan kalau takde memang tak senang duduk.
  1. Handphone
  2. Ipad
  3. Power Bank
  4. USB Cable
  5. Camera
  6. Name card

Paling penting yang kena bawa adalah handphone. Kalau tak, memang tak tentu hala jadinya. Dah bawa handphone, kena juga bawak power bank. Bateri sekarang bukan tahan lama, tak sempat sampai ke destinasi, bateri dah semput. Lagi satu, USB cable untuk caj mana yang patut. Ipad dan kamera pulak penting untuk sesi photowalk. Akhir sekali, name card. Mungkin ada jumpa orang yang baru kenal boleh lah hulur-hulur.

Hah, tu je 6 benda penting dalam bag sandang yang dibawa ke hulu ke hilir selama ni. Malangnya, bag sandang dah putus tali semalam. Dah tiba masa untuk cari ganti yang baru. 


Untuk semua entri mengenai Cabaran 30 Hari -> Klik sini


Keep in touch!

 Instagram:  

Twitter:

Facebook:


You may also like

6 comments:

  1. I/c mana mana pb?
    Kalau bwg tertukar sng utk dijejak..
    Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. i/c letak dalam wallet je joe..
      mudah nak ambik,hehe
      barang tertukar takpe, namecard siap ada no phone

      Delete
  2. Alaaaaa, fana rasa macam tak dapat lagi je namecard from PENA BERKALA. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa, ye ke. tu la, jumpa aritu kes tak cam je..
      klu tau tu Fana, memang dah bagi kad
      Next time, k..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...