Cabaran 30 Hari | Hari 1 - 5 Fakta Berkenaan penaberkala

/
11 Comments
Cabaran 30 Hari | Hari 1 - 5 Fakta Berkenaan penaberkala. Rasanya dah lama tak berkongsi cerita pasal diri sendiri di blog. Tiba-tiba tertarik nak join sekaki bila tengok rakan bloggers #KelabBloggerBenAshaari ramai-ramai duk perkenalkan diri di blog masing-masing. Meh, ambo pun nak perkenalkan diri juga lah. Sape-sape dah kenal tu, terima kasih la ye kerana sudi kenal-kenal dengan ambo. Ambo oghe Klate. Sape-sape yang baru nak kenal-kenal tu, jangan malu jangan segan, ambo tak makan orang.


 Follow me

 Instagram:  
Twitter:
Facebook:


1) penaberkala bukan nama sebenar

Dah masuk 6 tahun blogging dan masih kekalkan nama penaberkala sampai ke hari ini. Satu-satunya "brand" yang mampu dicipta 6 tahun lepas. Kebanyakan rakan bloggers panggil "pena", "pb", "penaberkala". Kesian jugak kadang-kadang, ada yang tak tahu nama sebenar aku. Bukan tak bangga dengan nama sendiri, cuma malas nak guna nama penuh. Kang mudah orang nak google, terus jumpa. Bahaya woo. Kepada yang baru nak kenal tu, nama sebenar aku Khairul Anuar. Panggil saja nua.


Ada jugak yang asyik bertanya, apa maksud "penaberkala"? Bagus jugak ada segmen macam ni. Meh nak berterus-terang, "penaberkala" bermaksud "pena" yang menulis/menaip manakala "berkala" yang bermusim/ikut mood/ikut masa lapang. Jadi jangan pelik kalau aku tak update blog hari-hari macam orang lain, sebab dah set awal-awal buat blog dulu memang aku tak dapat komited macam tu.


2) Melencong, Makan dan Memasak

3 perkara yang paling best kalau ada kelapangan selain blogging? Pertama, melencong. Bukan melancong, tapi melencong. Kalau melancong perlukan persiapan rapi, kos yang tinggi, tapi melencong ni lain sikit. Kadang-kadang, sampai ke satu-satu destinasi tu tanpa dirancang atau secara kebetulan. Maka, lahirnya hashtag #penalencong


Ke-dua, suka makan-makan. Dua ajakan yang tak mampu ditolak kalau member-member ajak adalah merayap dan makan-makan. Boleh kata food hunter jugak lah, suka pergi tempat-tempat makan dan berkongsi di segmen #PenaBersantap


Last sekali, suka memasak. Bukan pandai sangat pun masak, tapi bolehlah kalau terdesak dan kelaparan. Orang kata, asal boleh. Suka buat eksperimen di Dapur Penaberkala Berasap. Macam-macam menu dah try, boleh usha-usha di #DapurPB


3) Pendiam bukan beerti sombong

Kalau first time jumpa, memang pendiam. Tak tahu nak cakap apa, pemalu orangnya, wakakaka. Tapi, diam bukan bererti sombong. Kalau dah kenal, aku boleh membebel kat telinga korang sampai bernanah. Tak pun, mampu buat lawak-lawak bodoh sampai korang tercirit. So, belum kenal belum tahu. Kalau nak kenal aku macam mana, tanyalah pada orang-orang yang memang mengenali aku. 


4) Si bongsu yang kidal 

Anak ke-10 daripada 10 orang adik-beradik. Semua abang-abang dan kakak-kakak dah kahwin, tinggal aku sorang je lagi yang solo, single dan available. Tolong carikan calon sorang please! wakaka. Ok, I'm a proud uncle. Anak-anak buah panggil Ayah Su. Anak buah dah tak cukup nak kira guna jari tangan mahupun jari kaki.Sampai ke saat entri ini ditaip, anak buah terkumpul seramai 21 orang. Oktober nanti, inshaAllah bertambah lagi sorang.


5) Suka aktiviti lasak

Sebenarnya aku ni penakut, tapi suka buat aktiviti lasak. Suka panjat bukit, panjat gunung, kayak, climbing, flying fox, abseiling dan macam-macam lagi nak try. Sebab apa? Sebab rasa puas dan dapat  beri motivasi kepada diri sendiri bila buat benda-benda macam ni. Orang kata, push the limit dan keluar dari comfort zone. Hakikatnya, masih ada satu kelemahan bab-bab riadah ni terutama sukan air. Sampai sekarang tak pandai berenang. Sebab tu aquaphobia sikit. Tapi, kalau ada life jacket pantang tengok air. Lagi-lagi bab snorkeling dan kayak. Tak sedar diri! 



Ok, settle untuk Hari pertama Cabaran 30 Hari. Sampai ketemu untuk episod seterusnya. Stay tune! Ada apa-apa soalan nak tanya? Sila-sila, kaunter pertanyaan dibuka sementara tunggu episod baru, lol.


You may also like

11 comments:

  1. tambah satu lg fakta.

    hensem... aummm.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan puji lebih-lebih, kembang semangkuk,haha

      Delete
  2. Nak kawen nanti jangan lupo ajok!

    ReplyDelete
  3. yang penting aku kenal gambar itu. ekekekek

    ReplyDelete
  4. agaknye laaa kan..naek taming sari takut x??? #eh #kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalah sangat menara Taming Sari tu kalau nak dibandingkan dengan naik gelongsor tutup mata, simpang-siur di Bayou Lagoon, lol

      Delete
  5. Wow panjang berjela.. hehee salam perkenalan dari mamamyja. Jemput ler singgah and komen

    www.mamamyja.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak panjang tak syok la.. Mood tengah rajin, hehe
      Terima kasih singgah dan komen.. Salam kenal

      Delete
  6. Wah3... Khairul Anuar namanya... Huh, melencong tu memang best. Lg bagus dr get ready siap2 tp last minute tak jadi. Santai gitu... :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...