BREAKOUT, AVENUE K - Real Escape Game | Debaran Mencari Jalan Keluar

BREAKOUT, AVENUE K - Real Escape Game | Debaran Mencari Jalan Keluar. Bila dapat jemputan dari Asia Horizon iaitu majalah travel di Malaysia untuk ke BREAKOUT di Avenue K memang excited. Tertanya-tanya jugak lah, then terus google apa yang ada di "BREAKOUT AVENUE K". Bila baca serba-sedikit pasal BREAKOUT, makin excited pulak rasa. Scroll atas, scroll bawah, scroll kiri dan kanan tengok apa yang menarik. Fuuuuuyoooh, memang menarik! Tapi, nervous pun ada.


BREAKOUT AVENUE K

Korang pernah dengar tak pasal BREAKOUT? Kalau tak pernah dengar, senasib la kita, keh3. Jangan risau, BREAKOUT ni baru je 3 bulan beroperasi di Avenue K. Oh, patutlah tak tahu kan? *alasan*. BREAKOUT ni adalah outlet pertama di Kuala Lumpur dan di Malaysia. Meh nak share sedikit-sebanyak info pasal BREAKOUT. Cekidout!!!
  • Diasaskan oleh 5 orang anak muda
  • Hak milik penuh Superdough Sdn Bhd
  • Inspirasi daripada pertembungan antara daya imiginasi kreatif dan ilmu sains kejuruteraan
  • Superdough bermaksud versatile iaitu seperti tepung yang boleh diadun dan diuli menjadi apa jua bentuk dan saiz mengikut acuan
  • Objektif utama adalah untuk memupuk gaya hidup dinamik dan mencipta pengalaman unik untuk menyuntik inspirasi kepada setiap lapisan masyarakat
  • Membuka pasaran baru di dalam dan di luar negara



First time sampai, terpegun tengok design pintu masuk BREAKOUT. Wow! Dah macam penjara betul bila sekali imbas. Kalau macam ni lah gayanya, boleh feeling-feeling berlakon filem Prison Break kejap. So, kalau korang lalu-lalang depan BREAKOUT di Avenue K, jangan lupa singgah-singgah kat sini.


Pendek cerita, BREAKOUT ni adalah indoor game yang mampu untuk uji tahap kemampuan korang menggunakan otak geliga untuk bolos dan mencari jalan keluar dalam masa 45 minit. Dengan nama jolokan, Real Escape Game, BREAKOUT ni akan uji minda korang untuk selesaikan clue-clue yang mencabar dan pastinya agak mendebarkan. Kali ini, kitorang pergi berlima. Syarat nak main benda alah ni, kena ada antara 2-6 orang dalam satu team.



Macam biasa, sebelum start, kita dengar dulu briefing. Nak main sesuatu game, first and foremost kena paham betul-betul rules dia. Masing-masing dah excited time ni. Next, kena pilih bilik cabaran mana yang kitorang nak cuba. Then, kena pilih watak masing-masing. Setiap watak ada kuasa masing-masing untuk menjayakan misi BREAKOUT. Nak tahu kitorang pilih bilik cabaran mana? Watak apa yang ada? Hah, kena baca sampai habis.


REAL ESCAPE GAME - 5 Bilik Cabaran



Setakat ni, BREAKOUT ada 5 bilik cabaran dengan 5 tema yang berbeza untuk dicuba. Kalau nak feeling jadi pelakon filem, boleh datang sini. Setiap peserta akan pegang satu watak khas sebelum masuk ke bilik cabaran. Selama 45 minit korang kena ingat karakter masing-masing. Kena pikul tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk selesaikan cabaran dan teka-teki. Seterusnya, cuba untuk merungkai kod rahsia dan meloloskan diri dalam masa yang ditetapkan. Apa yang penting? KERJASAMA!


5 bilik cabaran yang ada di BREAKOUT ada kat bawah ni. Pilih mana yang berkenan, nak yang senang atau yang susah. 

THE GREATEST MURDER OF WESTWOOD
Pemain perlu jadi detektif untuk menyelesaikan kes jenayah bunuh apabila mayat rentung ditemui dalam tab mandi dengan kesan simbol yang pelik. Mampukah bukti-bukti pembunuhan diselongkar? 


MR OSWALD’S GREATEST SHOW
Mr. Oswald adalah boneka bertali terkenal yang diberi nyawa oleh seorang pembuat boneka misteri yang telah membangkitkan rasa ingin tahu semua orang. Malangnya, pada malam Aksi Terhebat Mr Oswald, pembuat boneka tersebut tekad untuk mendedahkan identiti sebenarnya. Namun, ia bukan semudah yang disangka.... Apakah kesudahannya?

CHAMBER OF HOCUS
Mr. Hocus adalah seorang penipu terkenal yang telah mencuri berjuta-juta dolar daripada orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin. Di setiap tempat kejadian, akan ada ada sekeping daun terup, “Hocus Pocus, who is the Hocus?” Pemain perlu merungkai identitinya!


THE INFINITY
Sebuah bilik empat segi yang dibahagikan ini tiada batasannya. Permain kena cuba cari jalan keluar. Biarpun nampak ringkas, tetapi ruang yang penuh muslihat dan kelicikan ini akan mencabar kecerdikan peserta.


PROJECT FALLOUT
Sekumpulan ahli saintis sedar dan mendapati bahawa ingatan mereka telah dipadamkan. Mereka tidak mengetahui identiti diri tetapi disoal oleh pihak misteri tentang kehilangan senjata yang amat berbahaya. Pemain dikehendaki menjejaki identiti sendiri dan mencari kebenaran di sebalik kejadian ini.




Memandangkan kami semua ni beginner dan first timer, so kita try yang paling mudah iaitu Project Fallout. Mudah tak mudah, becak ketiak jugak lah nak selesaikan setiap code untuk meloloskan diri dalam masa 45 minit. Apa yang best, setiap clue yang perlu kami selesaikan bukanlah straight to the point. Kena fikir out of the box baru boleh jumpa jawapan. Paling menarik, kena guna ilmu Sains, Fizik dan Kimia untuk bongkarkan code rahsia. Mencabar, penuh debaran, tapi seronok. Tak payah macam jawab exam, don't worry. It's a fun game!



Ini antara clue terakhir untuk kami selesaikan misi Project Fallout. Lebih kurang macam ni lah keadaanya. Kitorang kena cari password untuk dapatkan clue terakhir dalam desktop. Clue yang dapat dari desktop ni akan membolehkan kami semua buka kunci pintu utama dan keluar daripada bilik cabaran.


CLUE: Chemical Formula, Periodic table, Allen Key, Vector,  Dynamo & light, Zodiac


Akhirnya, setelah berhempas pulas selama 45 minit, kami berjaya keluar dari bilik kejadian. Yeazzza! Memang seronok bhai, nak pecah kepala fikir untuk selesaikan setiap clue, cari clue bagai nak rak, at last kami berjaya selesaikan misi dalam masa yang ditetapkan. Puas hati! Korang pun, boleh la pi cuba. Ajak sekampung pergi, baru meriah.




Kalau berminat nak cuba apa yang best di BREAKOUT, boleh rujuk info di bawah. Aktiviti di BREAKOUT ni memang sesuai untuk team building, event santai bersama officemates mahupun dengan kawan-kawan dan untuk cabar diri sendiri dengan sesuatu yang baru. Cuma RM38/head dan perlu ada antara 2-6 orang dalam satu team, dah boleh cuba mencabar diri kat sini. Merasai debaran mencari jalan keluar di Real Escape Game.


Untuk membuat tempahan, hubungi : 

Telefon: 
+603 21811835

Tempahan secara online:  

Facebook: 

Instagram: 
Hashtag: #BreakoutKL #BreakoutMalaysia

Email: 

Alamat: 
BREAKOUT, L2-16, Level 2, Avenue K, 
156 Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur 

 
Apa tunggu lagi? Jejom, ramai-ramai serbu BREAKOUT, AVENUE K - Real Escape Game dan rasai sendiri pengalaman hebat ni. Berjaya atau tidak? Itu bergantung kepada kekuatan ahli kumpulan dan kecekapan masing-masing dalam menyelesaikan setiap clue yang diberikan. Apa yang lebih penting, kita semua ENJOY!

Post a Comment

6 Comments

  1. Haaa..rasanya game ni ada kat e-Curve tak silap. Haritu kawan ajak main, tp tak sempat sebab dah petang sgt. Baguslah klu dah ada kat Avenue K, lg dekat dgn ofis. Boleh mtk bos sponsor ni. Kihkih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. di e-curve tu Escape, yang di Avenue K ni Breakout. Konsep dia sama, real escape game cuma di Breakout ni dia buat macam filem sebgai team. Boleh la ajak bos buat team building kat sini, pilih room yang paling susah,haha

      Delete
  2. game ni same x dengan escape game???

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada beza sikit, nanti esok nak try Escape pulak..
      Boleh la kita compare apa yang lain dan apa yang best,hehe

      Delete
  3. games semua dalam English atau ada pilihan? ingat nk bawak anak dan anak2 sedara.. suruh dorang masuk... tapi klu english je takut yg kecik2 ni tk enjoy sebab tak fhm sgt.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. game ni sesuai untuk orang dewasa. Sebab nak kena solve puzzle, cari clue dan jawab soalan untuk dapatkan next clue.

      but, ok je kalau nak have fun and latih anak-anak to be more mature and enhance their critical thinking. It's a good exercise for them :)

      Delete