KEJOHANAN MYKIDS SOCCER 2011


Kejohanan Mykids Soccer ni sedang berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS. Patut pun tengok ramai budak-budak duk depan blok asrama. Suasana meriah macam duk sekolah asrama dah. Tiap-tiap hari duk tengok diorang tendang bola di koridor asrama. Pagi-pagi duk buat barisan, senam-robik dan latihan. Habis segenap sudut duk sepak bola. Suara tak payah cakap, memang loudspeaker punya,haha. Hilang sikit kesunyian kampung lima yang tidak berpenghuni.




Peringkat kumpulan dah pun tamat. Sekarang dah masuk pusingan suku akhir. Duk google pasal keputusan Kejohanan Mykids Soccer 2011, saja nak tau prestasi Kelantan macam mana. Huh, mantap. Kelantan unggul selaku juara kumpulan A setelah mengalahkan Pulau Pinang 3-0, Perak 4-0, dan Negeri Sembilan 7-0. Dan kini, tunggu masa untuk bertemu Terengganu di peringkat suku akhir.


Peringkat Kumpulan

Kumpulan A
Pulau Pinang
Perak 
Negeri Sembilan
Kelantan

Kumpulan B
Kedah
Melaka
Johor

Kumpulan C
Sabah
Selangor
Sarawak

Kumpulan D
Pahang
Kuala Lumpur
Perlis 
Terengganu

Keputusan peringkat kumpulan : Klik sini dan sini


Peringkat suku akhir
Perlawanan peringkat suku akhir pada 27 November 2011 jam 5 petang di padang Universiti Teknologi PETRONAS!
Kumpulan A : Perak, Kelantan
Kumpulan B : Kedah, Melaka
Kumpulan C : Sabah, Selangor
Kumpulan D : Perlis, Terengganu

Perlawanan suku akhir ditunda kerana faktor hujan lebat dan diadakan pada 28 November 2011 bermula jam 800 pagi.

Padang A : Kelantan vs Terengganu
Padang B : Kedah vs Sabah
Padang C : Selangor vs Melaka
Padang D : Perlis vs Perak
Keputusan perlawanan suku akhir Kejohanan Mykids Soccer 2011

Kedah 4 : 1 Sabah

Selangor 6 : 0 Melaka

Kelantan 2 : 2 Terengganu
Terengganu menewaskan Kelantan melalui penentuan sepakan penalti 4-3

Perak 1 : 1 Perlis
Perlis menewaskan Perak melalui penentuan sepakan penalti 6-5


Peringkat separuh akhir
28 November 2011, jam 300 petang

Padang A : Terengganu vs Kedah
Padang B : Selangor vs Perlis

Keputusan perlawanan separuh akhir Kejohanan Mykids Soccer 2011

Kedah 1 : 1 Terengganu
Kedah menewaskan Terengganu dalam penentuan sepakan penalti 5-4

Perlis 1 : 1 Selangor
Perlis menewaskan Selangor dalam penentuan sepakan penalti 4-2


Peringkat akhir

29 November 2011, jam 800 pagi
Pertemuan peringkat akhir menemukan dua pasukan dari utara iaitu Kedah dan Perlis dalam menentukan  Juara pertama Mykids Soccer.

Keputusan perlawanan Akhir Kejohanan Mykids Soccer 2011

Kedah 1 : 0 Perlis

Selangor 3 : 0 Terengganu



JOHAN
 KEDAH

NAIB JOHAN
PERLIS

KE-3
SELANGOR

KE-4 
TERENGGANU


Sumber : Program Pembangunan Sukan Negara



Kejohanan macam ni bagus la. Boleh cari bakat baru bola sepak dari seluruh Malaysia. Habis UPSR, serap terus masuk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Boleh form team junior awal-awal sebagai pelapis skuad #harimaumalaya dan #harimaumuda.

Post a Comment

3 Comments

  1. Keeper Kelantan clean sheet? Bakal ganti Apek r nanti tuh..

    ReplyDelete
  2. Wan Pai:
    peringkat kumpulan clean lagi setakat ni
    kalau esok clean jugak lawan terengganu, memang perform la keeper tuh,haha

    ReplyDelete
  3. smalam aku tgk semi dorang...keeper perlis terbaik wooo...pemain2 dia kecik je,tapi keeper,peh..superb gle..badan besar,tinggi..memg susuk keeper btol a..save 2 penalti..hoho

    ReplyDelete