MARABAHAYA


Pada mulanya
kau datang hanya dari khabar berita
dari seberang laut jauh nun di sana
terpampang di akhbar dan internet saja
nama diberi dengan saintifiknya
bunyinya hanya sekadar satu fanomena biasa

Sepurnama lamanya
mula tersebar khabar berita
Malaysia pun kau singgah jua
sebagai destinasi mencari mangsa
sekadar terbahak dan berhingus biasa
nama dijaja marata-rata
tapi ramai yang masih tak mengenalinya
nama dipertikai di sini sana
agar dikenali penduduk desa

Kebelakangan ini
semakin ramai di-isolasi
semakin ramai berjumpa doktor dan misi
semakin ramai yang diberi cuti
semakin ramai yang menghadap Illahi

hari ini
statistik kematian ditatapi
angka puluhan sudah dijangkaui
semakin hari semakin menjadi-jadi
wabak yang bergelar selesema babi

esok hari
tiada siapa dapat ketahui
siapa mangsa kemudian hari
mohon kita dilindungi
dari wabak merbahaya ini

Akhir nanti
satu sejarah pasti akan didokumentasi
untuk renungan generasi kemudian hari
moga dijadikan pedoman diri
menghidupkan hati yang telah mati
untuk mencari keredhaan Illahi
menginsafi kekhilafan diri
kehadrat Allah yang berkuasa sakti


AWAS
INFLUENZA A (H1N1) SEMAKIN MENGGANAS
MERAGUT LEBIH BANYAK NYAWA
JUMLAH KORBAN KIAN MENINGKAT
SABAN HARI STATISTIK KEMATIAN PANTAS MENINGKAT
TAK KIRA TEMPAT, MASA DAN USIA
MOGA KITA SENTIASA DILINDUNGINYA
INSYAALLAH!


update for statistik kematian terkini boleh dibaca di sini

untuk maklumat terkini sila layari http://h1n1.moh.gov.my/

Post a Comment

2 Comments