Pernah terbayang tak, rancangan televisyen yang kita duk tengok time kecik-kecik dulu, tiba-tiba buat show live on stage? Contohnya, macam tengok Doraemon. Tiba-tiba, Doraemon, Nobita, Sizuka, Senior dan mak pak dia sekali terbang ke Malaysia dan buat show on stage. Boleh tengok mereka depan mata, terkedek-kedek atas pentas. Fuh, mesti semua excited kan? 


Baru-baru ni, berpeluang tengok Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Genting International Showroom, Resorts World Genting. Hah, siapa peminat tegar Elmo and the gang time kecik-kecik dulu? Sekarang, korang berpeluang tengok Sesame Street Live show. 







Siapa tak kenal Elmo kan? Merah, berbulu dan cute, haha. Watak Elmo merupakan watak yang popular dalam siri Sesame Street. Bukan je kanak-kanak, pb yang tua bangka ni pun excited bila dapat tengok Elmo and the gang secara live. Time cuti sekolah ni, boleh la bawak anak-anak gi tengok secara live di Genting Highlands.

 
Ok, meh kita tengok sikit apa kelebihan Sesame Street ni. Sesame Street merupakan siri televisyen paling popular yang mencatat sejarah sebagai siri yang paling lama disiarkan di kaca tv iaitu selama 45 tahun. Jadi,  yang duk follow Sesame Street sejak 45 tahun yang lalu, hah ni la masanya nak mengimbau balik nostalgia lama, hehe. Kali ni, tengok live lagi. Paling penting, show ni sesuai untuk semua peringkat umur.

 


Meh nak story sikit apa lagi menarik mengenai show Sesame Street Live - Elmo Makes Music. Show ini akan mempersembahkan 12 lagu. Antara lagu popular yang akan dipersembahkan adalah C Is for Cookie dan The Alphabet Song. Pementasan ini dah pun bermula pada 28 November 2014 dan akan berakhir pada 3 Januari 2015 di Genting International Showroom.


Antara watak-watak yang akan tampil mencuit hati korang dan memeriahkan pementasan adalah Elmo, Abby Cadabby, Cookie Monster, Big Bird dan kawan-kawan mereka yang lain dalam Sesame Street. Pementasan ini deserikan dengan nyanyian dan tarian serta banyak aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak. Bukan tu je, lagi best bila ada teknologi lampu terkini digunakan untuk menjadikan adegan tarian lebih menarik. Superb! Kita orang tua ni pun teruja bila tengok, hehe.




Produksi baru Sesame Street Live- Elmo Makes Music tampil dengan persembahan yang lebih meriah untuk para penonton. Pengarah Sesame Street Live - Elmo Makes Music, Christopher Harper sendiri kata, persembahan kali ni didatangkan dengan beberapa lagu baru yang pasti akan menjadi ikutan kanak-kanak untuk sama-sama menyanyi.




Selain show yang menarik, terdapat pelbagai character dari Sesame Street Live yang dijual dalam bentuk toys khas untuk kanak-kanak. Orang tua yang nak beli pun boleh untuk simpan buat koleksi, hehe. 



Tiket bermula dari RM88 sudah mula dijual. Untuk maklumat lanjut boleh layari di www.rwgenting.com atau telefon di 03-61011118. Apapun, terima kasih kami ucapkan kepada pihak Resorts World Genting untuk sama-sama merasai kemeriahan menonton Sesame Street Live secara langsung. Memang best dan menghiburkan.


Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini dibawakan oleh Resorts World Genting dan diterbitkan oleh VEE Production. 

Pernah makan macaroon? Actually, pb tak suka sangat macaroon sebab manis nau nau tahap boleh kena diabetes. Tapi, bila first time try makan macaroon di Delifrance Malaysia, iaitu di outlet Avenue K, fuuuuuh. Sedapnya tidak terkata. Manisnya, cun cun dengan tekak den. Memang balun empat lima biji sekali makan. Dah boleh jadi peminat nombor 1 macaroon dah sekarang. Kalau belum try, hah boleh pergi try sendiri di Delifrance Malaysia.


Selain di Avenue K (L2-17B & SAC-L2-1, Level 2), antara outlet Delifrance lain yang ada di Malaysia adalah seperti berikut:
  • Ampang Point (Lot F26, 1st Floor)
  • Great Eastern Mall (Lot 6, Lower Ground Floor)
  • Leiasure Mall (Lot L1-51, Level 1)
  • Encorp Strand Mall (G13 & G15, Ground Floor)
  • AEON Bukit Raja, Klang (G50 & 51, Ground Floor)
  • Tropicana City Mall (Lot GK 2A, Ground Floor)
  • KL Festival City (Lot GK 2A, Ground Floor)
  • Mid Valley (LT-052)
  • AEON BIG WANGSA MAJU (Lot No F2.77, Ground Floor)
  • Paradigm Mall (LG 40, Lower Ground)
  • Queensbay Mall, Penang (Unit 1F-106, 107 & K1)
  • Johor City Square (Lot No MF08 - MF09, Level3)
  • AEON Tebrau City
  • AEON Mall Taiping (Lot G09, Ground Floor)

Selain macaroon, Delifrance Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis kek, pastri, roti dan macam-macam jenis dessert. Bila berada di Delifrance, dah macam menikmati makanan di France, ceewah. Cuma Eiffel Tower je takde, wakaka. Walaupun namanya DeliFrance, hidangan yang disediakan kebanyakannya diberi sentuhan ketimuran. Memang sedap!





Kali ini, pb bersama crew Projek Travel iaitu dua lagi rakan bloggers Poji dan Mawardi  bertandang ke Delifrance Malaysia di Avenue K atas jemputan kak Lily. Tapi malangnya, kak Lily tak dapat join atas sebab ada urusan kerja. Terkontang-kanting la kami kat situ sambil kenyangkan perut dengan menu-menu lazat dari Delifrance.




Sempena sambutan hari Krismas dan Tahun Baru, Delifrance Malaysia tampil dengan menu-menu baru yang pastinya memikat selera korang. Nak tahu apa menu-menu baru di Delifrance? Jom, cekidout!



Salted Caramel Tea Cake with Walnut
The salted caramel tea cake is topped with walnut
RM16.90

Double Chocolate Tea Cake
The double chocolate tea cake is topped with chocolate chips
RM16.90
Rocky Land Gift Cake
A Belgian Chocolate cake topped with ganache
RM35

Santa Play Land Gift Cake
Red velvet cake is topped with sour cream cheese
RM48.90


Cupcakes
Moist cupcakes topped with icing.
Vanilla, chocholate or strawberry
RM5/each

Dark Chocolate Almond Rocher
Perfectly roasted almond strips coated in delicious dark chocolate.
RM15.90


Selain daripada menu-menu baru yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru, kami juga disajikan dengan pelbagai jenis kek dan pastri yang terkenal di Delifrance. Nak tahu apa? Jom tengok. Kalau tak tahan tengok, meleleh air liur, moh moh kita pi serang Delifrance.


Bread & egg


Bread & tuna


Red velvet cake


Puff


Cake & pastry


Paling special, kami disajikan dengan menu utama di Delifrance sempena Krismas dan Tahun Baru. Untuk kali ini, Delifrance Malaysia menyajikan 4 menu utama. Jom, cekidout!!!


Set Menu (Inclusive F&N Season's Iced Lemon Tea)




Provencal Lamb Stew
The lamb shoulder is grilled and drenched in brown sauce and served with a side salad
RM34.90



Poached Salmon with Creamy Dill Sauce
Poached salmon fillet garnished with dill sauce, placed over mashed potatoes and served with a side salad
RM34.90



Lasagne
Layers filled with tender beef/ chicken in a light tangy sauce topped with melted cheese
RM17.90



Cheesy Turkey Pasta
Spaghetti is tossed in cheese sauce and topped with strips of roasted turkey ham
RM15.90


Overall, makanan kat sini memang best. Kalau boleh, nak cuba je semua menu yang ada. Tapi, memandangkan saiz perut kecil, pb try yang berkenan di mata je lah, hehe. Seriously, tak menyesal kalau datang makan di Delifrance. Bukan setakat macaroon, kek, biskut, lasagna dan roti semua sedap. Memang nak kena gi lagi next time. Sape nak follow? Jejom


Dah kenyang semua, kami diberi tugasan untuk decorate gingerbread. Hah, amekaw! Ada bakat ke? haha. Jom kita tengok hasilnya macam mana nanti.


Santa Helper
Dikenali juga sebagai Gingerbread Man. Sesuai dijadikan kudapan ringan.
RM4.90

 

Hah, inilah hasilnya selepas tenyeh sana, tenyeh sini, haha. Ce teka, mana satu yang pb buat? Kalau teka betul, meh nak belanja makan di Delifrance, hehe. First time tahu pasal gingerbread ni. Rupanya, ini lah dia hidangan tradisi perayaan Krismas.



Masing-masing dah happy dapat siapkan gingerbread boy sendiri. Thank you to Delifrance Malaysia for having us. Saya suka macaroon kat situ, super sedap!




Till we meet again!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website:
http://www.delifrance.com.my/

Facebook:
https://www.facebook.com/DelifranceMalaysia

Instagram:
@DelifranceMY
#DelifranceMY

Setiap perayaan pasti disambut meriah di Grand Millennium Kuala Lumpur. Kalau beberapa bulan lepas, sempat merasa buffet Ramadhan dan seafood buffet, kali ini The Mill Cafe dan Bistro 160, Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur tampil dengan menu istimewa sempena sambutan Krismas. Sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru 2015 kali ini, dengar kata Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur menjanjikan satu kejutan buat semua tetamu yang hadir. Nak tahu apa? Jeng jeng jeng


 .
Ini dia, gerangan 3 chef yang akan memberi kejutan kepada anda terutama dari segi menu-menu yang kebaboom! First sekali,bila korang masuk ke lobi Grand Millennium Hotel, korang akan teruja tengok dekorasi. Tak sah kalau sambutan Krismas tanpa pokok Krismas. Nah, tinggi lampai dibuatnya. Dan paling penting, Chef Laurent cakap ada snow man gergasi yang akan diletakkan di lobi hotel. Macam mana rupanya? Hah, yang tu kita tunggu dan lihat nanti.


Untuk perkongsian kali ni, pb nak tunjuk menu special yang ada di The Mill Cafe dan Bistro 160 sempena perayaan Krismas dengan tema “Coming Home to a Grand Millennium Christmas” yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga mahupun ahli korporat. So, kalau korang ada colleague dari luar negara yang terpaksa beraya di Malaysia, apa kata korang hiburkan mereka dengan bawa mereka ke sini. At least,takde lah sedih sangat mereka beraya di perantauan, hehe.


Satu perkara yang best bila datang ke Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur adalah kerana tatarias dan dekorasi yang unik dan sedap mata memandang. Ini contoh hiasan di Bstro 160. Macam-macam hadiah sempena Krismas sudahpun mula dijual.



Bistro 160
Come treat yourself to Chef Joas’s signature Christmas Log Cakes comprising of Black Forrest, Vanilla Berries or Green Tea, mouth-watering Christmas confectionaries and even some sweet roast items. Prices start as low as RM18.00!



Untuk menu istimewa sempena Krismas, Chef Amir memperkenalkan menu istimewa beliau iaitu 6 X Cheese & Charcuterie Board. Nak tahu apa yang best dan macam mana rupa menu kali ni? Meh meh kita layan.Cekidout!!!



6 X Cheese & Charcuterie Board  by Chef Amir 


6 X 3 Salads in Glasses - Cold
Beetroot, Couscous, Pomegranate and French Bean Salad
Granny Smith Apple, Celery and Walnut Salad
Roasted Pumpkin with Feta Cheese, Almond Flake and Raisin Salad 



12 X Main Course Plated - Western
Chicken Roulade + White Bean + Morel Sauce + Brussel Sprouts + Pecan + Cranberry 



6 X Christmas Desserts on High Tea Stand - Pastry
On The Bar – Buffet Style - Pastry
Christmas Stolen
Gingerbread House
Gingerbread Santa
Gingerbread Tree
Gingerbread Bell
Mince Pies
Black Forest Log Cake
Apple Pecan Pie
Candy Canes
Candy Floss
Christmas Cookies
Chocolate Figurines



Dan minuman paling lazat yang harus dicuba adalah mixberries smoothie. Actually, ni kali pertama makan di Bistro 160. Sebelum ni, makan di The Mill Cafe. Kalau nak tahu, Bistro 160 terletak di lobi hotel manakala The Mill Cafe terletak di First Floor.



Mana best kalau makan sorang-sorang kan? Hah, ni gang bloggers dan media yang berpeluang merasai menu istimewa daripada Chef Laurent dan Chef Amir.




Dalam duk sibuk-sibuk kami menjamu selera, sempat Chef Laurent berseloroh mengenai persiapan beliau dalam menyediakan menu terbaik sempena Krismas. Chef Laurent cakap sempena Krismas, pihak Grand Millennium Hotel akan mengadakan charity untuk anak-anak yang kurang bernasib baik. Mudah saja, petik nama di pokok Krismas, dan belikan hadiah untuk mereka. Usaha kecil yang pastinya akan memberi seribu makna buat mereka.



Ok, kami dah cuba menu istimewa daripada Chef Amir dan Chef Laurent. Korang bila lagi? Kalau nak cuba,  moh moh ke Grand Millenium Hotel.



Sempena hujung tahun ni, mesti ramai kan yang nak buat Annual Dinner especially yang kerja di pejabat. Kalau nak cuba buffet di The Mill Café, boleh buat tempahan sekarang. Sempena Krismas, tema kali ini adalah “Coming Home To a Grand Dining Experience”yang mana menjanjikan menu-menu istimewa dan terbaik daripada chef terkenal.

24th December 2014 Christmas Eve – Buffet Dinner
RM 148.00 per person
RM74 per child*

25th December 2014 Christmas Day – Buffet Brunch
RM 88.00 per person
RM44 per child*

31st December 2014 New Year’s Eve – Buffet Dinner
RM 148.00 per person
RM 74 per child*

1st January 2015 New Year’s Day – Buffet Brunch
RM 70.00 per person
RM35 per child*

All prices quoted are subjected to 10% service charge and 6% government tax

Untuk event private atau gathering bersama keluarga, korang boleh reserve tempat khas untuk suasana yang lebih selesa dan kondusif.

Festive Bookings
For more cosy gatherings with loved ones, family and friends  on private function rooms are a must. Specially tailored made menus are available and price per pax starts from RM140++. For more enquiries please contact our professional catering and events team Tutyana.Ramli@grandmillenniumkl.com

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi di talian +60 3 2117 4888 atau email sebarang pertanyaan untuk tempahan seperti yang ada kat bawah ni:

The Mill Café
mill.gmkl@millenniumhotels.com

Bistro 160
bistro.gmkl@millenniumhotels.com

Room Reservations

reservations.gmkl@millenniumhotels.com

This message brought to you by The Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur
Join us for our traditional yearly Caring  Campaign  with our  A Star for a Child Programme”, pick a star from our Christmas tree with a name, age and gender and buy your child a gift and stick the golden star on the gift and place it at the foot of the Christmas tree. These children are currently receiving treatment in the Kuala Lumpur General Hospital Cancer Pediatric Ward. Your present will brighten up their day. Last but not least, it is not Christmas without our magical strolling Christmas carollers singing their Christmas tunes on 24th December from 7.30pm onwards and again on 25th December from12.30noon and don’t forget the magical New Year Eve Countdown party with Balloon drop on 31st December 2014.
Perangai aku, kalau ada benda baru di pasaran mesti nak cuba. Contohnya, ayam KFC yang terbaru iaitu Tasty Travels Bombay Fiery Crunch. Korang dah cuba ke belum? Kalau mengikut lidah aku, boleh katakan ia sedap sebabnya pedas dan rangup.Pendek kata, kena dengan citarasa. Itu cerita KFC.




Meh nak cerita pasal Pizza Hut Malaysia pulak.Selepas memperkenalkan pizza Taste of Italy dan Pan Pizza, kini Pizza Hut Malaysia memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Jam-Packed Pizza. Macam mana tu? Aku pun tak sabar juga nak cuba bila dengar orang duk sebut-sebut namanya. Nak tahu juga apa keistimewaan dan keenakan pizza terbaru di Pizza Hut ni berbanding pizza-pizza yang lain. Dengar nama macam gah, agak-agak rasanya ok tak? Jom kita cuba.


BLOGGER PARTY


Jadi, sempena Pizza Hut Jam-Packed Pizza Blogger Party yang bertempat di Pizza Hut Maju Junction, aku tak lepaskan peluang untuk menjadi antara orang yang terawal merasai pizza terbaru di Pizza Hut. Mak aih, tengok gambar poster tu pun dah boleh buat aku meleleh air liur bhai, apatah lagi bila tengok yang real depan mata.



Nah, tengok macam mana Jam-Packed Pizza diperaga dan menggoda jiwa. Bila tengok pizza ni, first thing first, kita snap gambar dulu. Uish, nampak dah sedap, makan confirm double-triple sedapnya.



Blogger Party bersama Pizza Hut memang meriah. Lagi-lagi dengan kehadiran blogger-blogger havoc macam Nannie, Cik Lily, Hazman Fadzil, Deqnoor, Mahamahu, Eazy, Dikbee, Fauzi Aryaan, Kifly Mally dan Potia.

JAM-PACKED PIZZA


Tarikan utama di Pizza Hut Malaysia bermula 4 November 2014 adalah Jam-Packed Pizza. Apa yang jam? Apa yang packed? Hah, jom kita rungkaikan persoalan ini. Pizza 2 lapisan, keju 3 rasa dan inti berganda. Itu lah yang dapat diungkapkan kalau orang tanya pasal Jam-Packed Pizza. Pastinya, korang akan menikmati cetusan rasa yang hebat dalam satu pizza.



Sesuai dengan namanya Jam-Packed Pizza, ia padat dengan segala rasa yang korang inginkan. Antaranya, sos, inti dan juga keju 3 rasa yang pastinya menjanjikan dua kali kenikmatan dalam setiap kunyahan. Belum cuba, belum tahu!
Jam-Packed Pizza baru ini disusun dalam dua lapisan inti bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Apa yang menjadikan pizza ini istimewa adalah kerana kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama pepperoni ayam dan sensasi sos pesto. Digandingkan lagi dengan chicken pepperoni florets, lada benggala serta hirisan daging ayam yang cukup lazat dan umphhh! Pizza lapisan bawah pula lengkap dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar yang lain. Pendek kata, pizza ini memang padat dengan pelbagai rasa.


MENU-MENU ISTIMEWA

Selain daripada menu utama iaitu pizza, Pizza Hut Malaysia juga menyediakan menu-menu beraneka rasa untuk appertizer, pasta mahupun dessert. Dalam banyak-banyak menu yang dicuba, rasa nak repeat order Molten Lava Cake. Memang favorite dari dulu sampai sekarang. Kalau datang Pizza Hut, memang kena order dessert. Superlicious! Kat bawah ni ada disenaraikan beberapa menu istimewa di Pizza Hut.

Pollo Arrabiata Spagetti

Creamy Fondue

Sharing Platter

Cinnamon Twist

Molten Lava Cake


INSTAGRAM CONTEST

Alang-alang pergi makan Jam-Packed Pizza di Pizza Hut tuh, apa kata korang bawa monopod sekali dan selfie ataupun groufie bersama pizza dan post di Instagram. Berita baik untuk korang yang ada akaun Instagram, pememang contest ini akan memenangi voucher Pizza Hut bernilai RM50. So, mesti cuba! Kalau bernasib baik, boleh menang voucher.



Syarat-syarat contest
  1. Selfie bersama Jam-Packed Pizza. Lagi ramai, lagi bagus.
  2. Letakkan hashtag #JamPackedPizza , #JamPackedSelfie dan #PizzaHutMalaysia
  3. Post di instagram dan pastikan akaun anda adalah PUBLIC!


Masa blogger party malam tuh, gambar ni terpilih dan berjaya memenangi hadiah daripada pihak Pizza Hut Malaysia. Selain contest selfie, ada juga contest tweet paling kreatif dan lucky draw. Alhamdulillah, murah rezeki malam tu. Contest selfie di instagram menang, contest tweet pun menang. Thank you Pizza Hut Malaysia!



Antara bloggers yang berjaya menang contest dan cabutan bertuah di Blogger Party Pizza Hut. Antaranya Cik Lily Putih, Eazy, Fauzi Aryaan, Potia, dan Dikbee. Masing-masing senyum lebar bila menang, hehe.


Jadi, apa tunggu lagi? Sama ada makan di restoran, dibawa pulang, ataupun dengan khidmat penghantaran dengan tambahan hanya RM6, anda boleh menikmati Jam-Packed Pizza melalui Kombo Huts Delight Meal, Big Double Box ataupun Big Variety Box. Jangan lupa untuk join contest #JamPackedSelfie untuk memenangi voucher dari Pizza Hut Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia. Pizza Hut Malaysia hanya di hujung jari anda!

Delivery
1 300 88 2525

Facebook
 
Twitter
 
Instagram
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...