Showing posts with label PRODUCT REVIEW. Show all posts
Showing posts with label PRODUCT REVIEW. Show all posts
Dulu, kalau nak ke mana-mana memang tak pernah nak bawa perfume. Bukan apa, sebab leceh. Beli perfume botol besar-besar. Kalau nak travel, biasanya terpaksa isi perfume dalam botol kecil. Then, baru mudah nak selit dalam bag. Lagipun, kalau lebih 100ml nanti, tak lepas pulak nak check-in naik flight. Kalau nak ke office atau ke mana-mana event, tak pernah pulak beria nak bawa perfume. Tapi, semenjak ada DASHING Anytime EDT, memang selalu bawa ke hulu, ke hilir. Sebabnya, DASHING Anytime EDT ini bersaiz poket dan sangat ringan untuk dibawa ke mana-mana.


Tampil dengan wangian hebat di mana sahaja


Siapa kat sini peminat setia DASHING? Jujurnya, aku start guna produk-produk DASHING semenjak zaman sekolah menangah lagi. Sampai ke hari ini, variasi produk DASHING tetap menjadi pilihan peribadi. Antara produk DASHING yang aku guna sampai sekarang adalah perfume, deadorant dan DASHING elite (gel rambut). Dan terbaru, aku dah start suka dan guna DASHING Anytime EDT. Sangat user-friendly!


DASHING Anytime EDT sangat user friendly


Apa yang aku suka dengan produk DASHING, mereka sentiasa tampil dengan idea-idea baru dalam membantu kaum lelaki untuk tampil lebih rapi dan menawan. Memang tak dapat dinafikan lagi, menajaga penampilan diri adalah keinginan bagi setiap lelaki moden. Ye lah, selain berpakaian kemas dan bergaya, tak kira peringkat usia, kami kaum lelaki memang menitikberatkan masalah bau badan. Walaupun ada kajian kata bau ketiak lelaki boleh mengurangkan stress kaum wanita, tapi kami taknak lah sampai mendera orang sekeliling dengan bau yang tak menyenangkan. Kan? Bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki menggunakan pewangi dan memakainya berulang kali dalam sehari. Lagi-lagi bila dah ada produk macam DASHING Anytime EDT macam ni.


Teman setia di mana jua kita berada


Aku yakin dan percaya, penampilan diri mestilah sepadan dengan bau yang menarik. Baru kita rasa yakin dan mudah untuk didekati. Kalau cerita soal bergaya dengan fesyen terkini, dari hujung rambut ke hujung kaki, sesiapa pun boleh buat. Pssst!!! Kurta lawa yang aku pakai ni dari @RainiExclusive. Tetapi, percayalah bau badan juga yang akan menjadi "faktor tarikan" untuk lebih menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak.  Bukan apa, bila badan dah wangi, kita akan jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Orang sekeliling nak rapat dengan kita pun tiada masalah. So, tanpa mengira taraf hidup atau pekerjaan, dah jadi satu kemestian untuk setiap daripada kita mengawal bau badan yang menyenangkan sepanjang masa. 


DASHING Anytime EDT mudah dibawa ke mana-mana


Memang bertepatan dengan keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, tidak kira di pejabat atau di mana-mana sahaja, semua aktiviti sepanjang hari akan menjadi lengkap dengan DASHING Anytime EDT. Wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah dibawa ke mana sahaja menjadikan produk ini sesuai untuk lelaki aktif. Apa yang lagi menarik tentang DASHING Anytime EDT ini adalah bentuknya yang  direkakhas untuk poket. Ia seperti kad kredit yang tersisip kemas dan mudah diselit ke dalam poket.



DASHING Anytime EDT tampil dengan 4 jenis wangian


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Setiap variasi produk ini menawarkan wangian yang unik dan sensasi!



Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick


Cool


Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.


Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.


Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 


Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka DASHING. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


DASHING Anytime EDT berisi 18ml pada harga RM7



Semenjak ada DASHING Anytime EDT, aku sentiasa bawa satu botol dalam satu bag. Satu botol standby dalam bag kerja, satu dalam clutch untuk ke event atau ke mana-mana, dan satu lagi dalam bagpack yang dibawa ke mana-mana time travel. Bukan apa, mudah nak spray bila rasa bau badan tak selesa especially bila dalam sehari kena banyak berjalan dan aktif bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain especially meeting, event atau travel.


Jadi, kalau korang pun berminat nak dapatkan produk ini dan teringin nak cuba sendiri, jangan lupa dapatkan di pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.. Setiap botol DASHING Anytime EDT yang mengandungi 18 ml dijual pada harga hanya RM7.00. 


Selamat mencuba!
Pernah dengar tak tentang brand Maydan? First time aku tahu tentang produk Maydan ni bila tengok di Youtube apabila Fattah Amin dan Fazura ditemubual tentang perlantikan mereka sebagai duta Maydan. Start daripada hari tu, aku tahu lah sedikit-sebanyak tentang Maydan. Pendek kata, Maydan adalah satu jenama baru yang mengeluarkan produk kecantikan dan set penjagaan rambut untuk lelaki mahupun perempuan.


My first impression tentang brand Maydan? Wow! Just wow! Untuk penampilan pertama dalam industri kosmetik, mereka telah berjaya melantik 3 duta iaitu 3 nama besar dalam industri hiburan tanah air. Tiga selebriti yang dimaksudkan adalah Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura. Dengan tagline, "Dan Dan Menjadi", ia sangat kena dengan brand "Maydan" itu sendiri. Dari segi branding dan promosi, aku yakin produk Maydan mampu pergi lebih jauh dalam industri kosmetik.


The First Grand Meet & Greet Maydan


Jadi, bila dapat je invitation untuk datang ke Majlis First Grand Meet & Greet Maydan bersama Duta Maydan, memang excited habis. Ye lah, nak tahu juga dengan lebih lanjut apa yang best tentang jenama Maydan dan apa produk-produk yang ada untuk ditawarkan kepada pengguna di luar sana. Nak tahu lebih lanjut tentang produk Maydan dan sesi Meet & Greet bersama Duta Maydan? Jom, cekidout!!!


Meet & Greet Maydan di Melawati Mall


Event Ramah Mesra Bersama Duta Maydan ini telah diadakan di Melawati Mall. To be honest, I'm really happy to be part of this event. Kalau korang nak tahu, event ini adalah sesi Ramah Mesra bersama Duta Maydan yang pertama kali dianjurkan oleh pihak Maydan bersama pelanggan dan peminat. So, they call it as The First Grand Meet & Greet Maydan. Korang terlepas peluang untuk turut serta dalam event kali ni? Don't worry! Pihak Maydan akan mengadakan sesi road tour bersama Duta mereka iaitu Fattah Amin, Fazura dan Elfira Loy di seluruh Malaysia. Untuk tidak menghampakan korang semua especially readers di blog ni, Jom! Aku kongsikan detik-detik manis sepanjang event Meet & Greet Maydan berlangsung. 



Meet & Greet Bersama Duta Maydan



Majlis Perasmian Maydan


First Meet & Greet Maydan dimulakan dengan majlis perasmian oleh founder dan owner Maydan iaitu Maya Hamdan dan Dana Hamdan. My first thought about brand Maydan? Ingat ke singkatan kepada nama owner MAYa hamDAN. Rupa-rupanya, gabungan daripada dua nama adik-beradik iaitu MAYa dan DANa. Bukan itu sahaja, jenama Maydan ini simbolik kepada detik bersejarah mereka berjaya menghasilkan formula untuk produk mereka iaitu pada bulan May. Tahniah diucapkan kepada Maya dan Dana atas kejayaan mereka menghasilkan produk dan jenama Maydan!



Produk Maydan : Hair Care & Beauty Products


Selain majlis perasmian Maydan dan sesi Meet & Greet bersama Duta Maydan, pihak Maydan membuka booth jualan kepada orang awam. Apa yang menarik untuk event kali ini, setiap pelanggan yang membeli mana-mana produk Maydan akan mendapat Syampoo Maydan secara percuma. Best kan? Bukan itu je, lagi best setiap pelanggan juga berpeluang untuk bergambar dan selfie dengan Duta Maydan iaitu Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura. Difahamakan, untuk event kali ini Fazura tidak dapat turut serta. It's okay, kepada peminat Fazura, tunggu untuk next Meet & Greet session okay? hehe.



Efira Loy - Salah seroang duta Maydan selain Fazura dan Fattah Amin


Salah seorang Duta Maydan adalah Elfira Loy. Memandangkan kami pergi ke event pada jam 2 petang, jadi sempatlah jumpa Elfira Loy. Untuk sesi Meet & Greet kali ini, pihak Maydan membuat 2 slot iaitu 2 petang sehingga 4 petang bersama Elfira Loy dan 7 malam sehingga 9 malam bersama Fattah Amin.


Sesi soal jawab bersama Elfira Loy


Antara aktiviti di main stage adalah sesi soal jawab peminat bersama Duta Maydan iaitu Elfira Loy. Macam-macam soalan diajukan kepada Elfira Loy antaranya tentang keberkesanan produk Serum Maydan. Elfira berkongsi pengalaman beliau sendiri menggunakan produk serum ini dalam menjaga kulit untuk sentiasa kelihatan anjal dan jelita especially bila selalu terdedah kepada pelbagai jenis bahan kosmetik di set penggambaran. Kalau nak tahu, Elfira dah guna 3 kotak Serum Lock It dari Maydan.


Elfira Loy pengguna Serum 


Ada juga peminat yang bertanya, "Kalau Elfira tak jadi duta Maydan. Adakah Elfira akan guna produk ini?". Dengan bersahaja, Elfira menegaskan bahawa beliau akan menggunakan apa jua produk yang sesuai dengan dirinya especially produk yang mengandungi bahan semulajadi. Dan untuk produk Maydan, mereka memang menggunakan bahan semulajadi. Contohnya Serum Lock It, ia mengandungi aloe verra dan timun yang baik untuk merawat sel-sel kulit mati di wajah. 


Bukan soalan tentang produk je, soalan peribadi tentang macam mana Elfira dan Suffian kenal pun ada peminat tanya, haha. Korang nak tahu tak macam mana Elfira Loy kenal Suffian Suhaimi dan titik-tolak permulaan cinta mereka sehingga mereka sah mengikat tali pertunangan sekarang? To cut the story short, actually pihak Era.FM suruh Elfira Loy buat panggilan kepada Suffian. Memandangkan Suffian pernah mengaku yang selebriti favorite dia adalah Elfira, jadi pihak Era.FM cuba buat kejutan dengan penggilan istimewa daripada Elfira. Dari panggilan tu, mereka keluar lepak makan di kafe Astro. Dari situ lah bermula bibit-bibit percintaan antara Elfira dan Suffian. Betullah kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana.


Rangkaian Produk Maydan

.
Produk keluaran Maydan kini di pasaran


Tiga produk utama yang telah berjaya dikeluarkan oleh pihak Maydan adalah Q-Tab, Syampoo & Hair Moisturizer dan Serum Lock It. Satu produk, satu duta! Untuk Q-Tab, Fazura telah dilantik sebagai duta. Untuk Syampoo & Hair Moisturizer, Fattah Amin telah dipilih menjadi duta. Last but not least, Elfira Loy dilantik untuk menjadi duta bagi produk Serum Lock It.



Q-Tab


Q-Tab berperisa strawberri ini diperkaya dengan khasiat gabungan buah-buahan seperti acai beri, ekstrak benih anggur dan delima. Produk ini dalam bentuk tablet dan sesuai untuk menjaga kesihatan rambut dari dalam dan luar. Q-Tab membantu untuk menguatkan akar rambut, membantu dalam pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Pati minyak zaitun yang terkandung dalam produk Q-Tab ini boleh membantu merawat masalah kelemumur.


Selain itu, ia mengandungi N-Acetyl Cystein Collagen yang baik untuk merawat rambut, kuku dan kulit. Pendek kata, produk Q-Tab ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan rambut dari segi luaran, malah ia membantu untuk merawat secara dalaman dengan khasiat bahan semulajadi.


Produk Q-Tab Maydan boleh dibeli pada harga RM100 untuk sebotol yang mengandungi 60 tablets. Jangan lupa, dapatkan harga promosi di website Maydan sekarang!



Shampoo & Hair Moisturizer


Pelembap rambut Strawberry Smoothies dapat membantu para pengguna untuk menyelesaikan masalah rambut bercabang, gugur, kering, nipis, kusut dan berkelemumur akibat terdedah kepada sinaran matahari. Selain itu, penggunaan produk penggayaan rambut yang mengandungi bahan kimia especially untuk kaum lelaki, sedikit-sebanyak memberi kesan kepada tahap kesihatan rambut. Jadi, dengan adanya produk seperti Syampoo & Moisturizer Maydan, ia akan membantu membersihkan rambut dan mengekalkan kesihatan kulit kepala.


Untuk memastikan kesihatan rambut terjaga, produk Syampoo & Moisturizer Maydan yang mengandungi pati minyak kelapa akan membantu pertumbuhan rambut yang sihat, tampak bersinar dan paling penting memberi kelembapan kepada kulit kepala untuk mengelakkan kekeringan dan kelemumur.


Kalau korang ada masalah rambut gugur atau kelemumur, boleh cuba produk Maydan ini. Syampoo dan Mosturizer yang mengandungi 250ML setiap botol dijual pada harga RM40 sebotol. Nak jimat? Boleh dapatkan set berkembar iaitu Syampoo & Moisturizer.



Face Serum


Lock It Hydrating Serum pula sesuai untuk penjagaan kulit wajah. Ia diperkaya dengan Sodium Hyaluronate dan bermanfaat dalam menjaga kelembapan kulit. Produk ini berkesan untuk membekalkan kelembapan dan nutrien untuk kulit menjadi lebih licin dan lembut. Selain itu, ia dapat mengurangkan serta menghilangkan garis halus dan kedutan akibat kekeringan. Pendek kata, iai sangat sesuai untuk melambatkan proses penuaan, membersih dan merawat kulit wajah.



Elfira Loy merupakan duta kepada produk Face Serum Maydan


Serum Lock It Maydan ini boleh didapati dengan harga RM80 sekotak yang mengandungi 5 botol ampoule bersaiz 4 ml (tube). Untuk korang yang suka travel, memang senang nak bawa ke mana-mana sebabnya saiz dia kecil.


Shampoo & Moisturizer Maydan


Produk Shampoo & Hair Moisturizer daripada Maydan


Dan untuk produk Maydan, aku memilih untuk mencuba sendiri produk Shampoo & Moisturizer. Harap-harap, masalah rambut  kering dan berkelemumur aku dapat diatasi. Dah macam-macam produk guna, tapi tak berkesan. Harap-harap produk dari Maydan ni betul-betul berkesan untuk aku. Kalau okay, nanti aku share ye. Stay tuned!


Saya dan Elfira Loy dah jadi pengguna Maydan. Korang bila lagi?



Memandangkan duta Syampoo & Moisturizer Maydan tak sampai lagi time tu, so aku sempat bergambar dengan Elfira Loy je. Oklah kan? Janji ada duta di sebelah, haha. Hanya sekadar untuk dijadikan tanda kenang-kenangan. Btw, di kesempatan ini aku nak ucapkan all the best to Maydan dan sekalung tahniah kepada duta-duta Maydan yang telah dilantik iaitu Elfira Loy, Fazura dan Fattah Amin. Nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang event Meet & Greet Maydan di Melawati Mall? Cekidout hashtag #MaydanOfficial di instagram!


So guys, kalau korang berminat untuk dapatkan produk-produk Maydan, boleh kunjungi website dan laman sosial media Maydan seperti yang tertera di bawah. Nak daftar jadi agen dan stokis pun boleh. Oh ya! Jangan lupa dapatkan juga info terkini tentang sesi Meet & Greet bersama Duta Maydan di lokasi-lokasi berikutnya di seluruh Malaysia dan promosi-promosi hebat. Stay tuned!



Website:


Facebook:


Instagram:


Phone No:
+6016-241 4526

Email:
maydankualalumpur@gmail.com

Pernah tak, time nak travel korang beria bawa deadorant spray, pencuci muka, body shower foam, syampu dan lain-lain kelengkapan diri. Malangnya, bila sampai di kaunter pemeriksaan bag, satu per satu barang kena rampas. Sebabnya? Tidak mengikut peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak lapangan terbang dan tidak memenuhi peraturan syarikat penerbangan. Maka, berputih mata lah kita kat situ. Memang tak boleh buat apa. Redha je lah. Siapa suruh tak ikut peraturan kan? I've been there, done that!


Actually, bukan tak boleh bawa langsung barang-barang keperluan diri (toiletaries) yang disebutkan tadi. Cuma, kita kena tahu tricks dan tips. Antaranya, korang boleh muatkan semua barang-barang tadi dalam luggage dan check-in. Kalau tak ada luggage untuk check-in dah hanya bawa hand-carry bag macam mana? Boleh je, yang penting korang isikan dalam botol yang lebih kecil dan pastikan tidak melebihi 100ml. Lagi satu, jangan sesekali bawa deadorant spray, memang tak akan lepas sebab kandungan dalam spray boleh menyebabkan letupan. Jadi, kalau nak travel dengan flight, bawa deadorant roll-on pun dah cukup. Moral of the story, kalau nak travel, pastikan korang siap-sedia dengan set travel kit yang boleh dibawa dalam hand-carry bag dan pastikan tiada botol cecair melebihi 100ml. Okay? I have my personal travel kit. How about you?


Kuang Si Waterfall, Luang Prabang, Laos


Baru-baru ini, aku dan rakan-rakan travel ke Laos. Untuk trip kali ini, kami explore Luang Prabang dan Vang Vieng. Perjalanan yang sangat mengujakan. Namun, sebelum pergi lagi kami dah siap-sedia dengan persediaan mental dan fizikal. Sebab memang dah plan perjalanan dari Luang Prabang dan Vang Vieng akan mengambil masa 6-8 jam dengan menaiki bus atau van. Dengan cuaca yang tak menentu di Laos, sekejap panas dan sekejap hujan, memang kena kental.


Satu perkara yang paling perlu dielakkan time travel adalah sakit, demam atau selesama. Walaupun kesihatan tak dapat dijangka, tapi kita tetap ada cara untuk pastikan kita sentiasa bersedia. Sebab itu, bila nak travel jauh ke negara orang, jangan lupa bawa bekalan ubat-ubatan untuk demam atau selesema siap-siap sebagai back-up. Letakkan sekali dalam travel kit. Alhamdulillah, trip kami ke Laos sepanjang 5 hari 4 malam berjalan lancar seperti yang dirancang tanpa mengalami masalah kesihatan. Kelengkapan diri dan kesihatan dimuatkan dalam satu travel kit daripada Himalaya Herbals. Nak tahu apa yang ada dalam travel kit daripada Himalaya Herbals yang kami bawa ke Laos? Jom, cekidout!


Vang Vieng Garden Bungalows, Vang Vieng


Antara 6 produk dari Himalaya Herbal Healthcare yang ada dalam travel kit  yang dibawa bersama sepanjang trip ke bumi Laos adalah merangkumi produk kesihatan dan penjagaan diri.  Apa yang aku suka tentang produk Himalaya Herbals Healthcare ini adalah kerana 100% kandungannya terdiri daripada tumbuhan dan herba semulajadi. Semua produk ini adalah bebas daripada parabens. Produk Himalaya bukan baru di pasaran, malah sudah lama menjadi pilihan setia para pengguna di luar sana. Kalau korang tanya orang sekeliling pun, ramai yang tahu tentang Himalaya dan kebaikan produk-produk ini. Yang penting, Himalaya Herbals ada menyediakan produk-produk bersaiz kecil untuk dibawa semasa travel dan boleh dimuatkan dalam travel kit. Sangat user-friendly.


My travel kit to Laos


Sebenarnya, banyak lagi produk Himalaya yang ada di pasaran. Kita perlu mix & match je untuk kegunaan peribadi. Macam aku hari tu, aku pilih 6 produk yang penting untuk dibawa ke Laos. Antaranya adalah Neem Face Wash (pencuci muka), Protein Shampoo Gentle Daily Care (syampu), Nourishing Skin Care (krim muka), Septilin Cap (Kapsul), Koflet Lozenges (ubat sakit tekak/batuk) dan Complete Care Toothpaste (ubat gigi). Jadi, boleh dikatakan dalam satu travel kit tu cukup-lengkap dengan set penjagaan diri dan juga kesihatan. Jom, aku kongsikan satu per satu produk yang aku gunakan sepanjang trip ke Laos tempoh hari. Kalau korang berminat nak try nanti, boleh dapatkan di store Himalaya Herbal Malaysia berdekatan ataupun farmasi-farmasi terpilih.


1. Neem Face Wash (50ml)

Neem Face Wash


Kalau travel, kulit muka memang akan terdedah kepada debu dan kotoran. Mana taknya, kalau dari pagi sampai lewat petang asyik berjalan ke sana ke sini. So, memang perlu ada pencuci muka. Best bila cuci muka guna Neem Face Wash ni sebabnya ia amat menyegarkan. Jangan pelik kalau pencuci muka ni kurang berbuih berbanding jenama-jenama pencuci muka lain yang ada di pasaran. Sebabnya ia tidak mengandungi sabun. Paling penting, ia tidak mengandungi parabens, SLS/SLES dan Phthalates. Produk ni bagus untuk mengurangkan masalah kulit berminyak dan mencegah jerawat.


Produk ini dijual dalam pelbagai saiz iaitu 15ml, 50ml, 100ml, 150ml, 200ml dan 300ml. Untuk travel, korang disyorkan beli produk dengan saiz kandungan yang kurang 100ml.


Saiz pek dicadangkan untuk travel : 50ml


2. Protein Shampoo Gentle Daily Care (100ml)

Protein Shampoo Gentle Daily Care


Dalam banyak-banyak produk syampu yang ada di pasaran, aku pilih Protein Shampoo Gentle Daily Care sebabnya ia sesuai untuk digunakan setiap hari. Dari pagi rambut disapu dengan gel, berpanas dan berhujan, semestinya memerlukan syampu untuk cuci rambut dan kulit kepala. Kelebihan syampu dari Himalaya adalah kerana ia diformulasikan khas daripada bahan semulajadi. Untuk travel, korang boleh dapatkan syampu ini dalam botol yang yang kecil.

Saiz pek dicadangkan untuk travel : 100ml



3. Nourishing Skin Care (50ml)

Nourishing Skin Care


Takut kulit muka terdedah kepada sinaran cahaya matahari? Jangan risau, selepas selesai cuci muka dengan Neem Face Wash, dan sebelum keluar meneruskan perjalanan ke mana-mana, jangan lupa untuk sapu Nourishing Skin Cream kat muka. Cream ini mampu memberi kelembapan dan kelembutan pada kulit.


Nourishing Skin Care adalah produk pilihan ramai. Ia dirumus khas dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India yang dapat melindungi kulit kita daripada sebarang pencemaran dan perlindungan daripada terdedah kepada cuaca kering. Nourishing Skin Cream bukan sahaja boleh disapu pada muka, malah ia juga boleh disapu pada kulit badan seperti losyen. So, jimat space tak perlu bawa body lotion. Cukup dengan NSC dari Himalaya. Dari segi bau, jangan risau. Memang wangi dan menyegarkan.


Cream ini sesuai untuk kegunaan harian bagi kulit. Kalau korang perlukan produk untuk memberikan khasiat dan kelembapan pada kulit, aku recommend untuk guna produk ni. NSC dijual dalam pelbagai saiz iaitu 50ml, 100ml and 200ml. Nak bawa pergi travel, beli size yang paling kecil dah mencukupi.


Saiz pek dicadangkan untuk travel : 50ml


4. Septilin Cap

Septilin Cap


Septilin Cap ni pulak sangat sesuai untuk penjagaan kesihatan. Bila travel, for sure kita akan banyak berjalan ke sana ke sini dan melakukan aktiviti luar yang sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti batuk, selesema, pening kepala atau demam. Jadi, untuk mengelakkan kesihatan kita terjejas, disyorkan untuk makan Septilin yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menguatkan antibodi.


Mekong River, Luang Prabang, Laos


Hanya perlu ambil 2 biji, 2 kali sehari, Septilin akan bertindak sebagai supplement dengan ciri antipiretik untuk mengurangkan demam dan mengurangkan risiko dari jangkitan saluran pernafasan, termasuk batuk, tonsilitis kronik, faringitis, bronkitis kronik, nasal catarrh (keradangan membran mukus saluran pernafasan) dan laringitis. Aku ni alah sikit dengan perubahan cuaca, cepat terkena batuk dan selesama. Jadi, produk Septilin ini amat diperlukan time travel.


5. Koflet Lozenges

Koflet Lozenges


Memandangkan selalu juga batuk-batuk dan sakit tekak, aku selitkan juga Koflet Lozenges dalam travel kit. Ini memang wajib dibawa ke mana-mana. Bukan hanya time travel, malah di office pun ada satu kotak untuk melegakan batuk dan sakit tekak. Rasa dia sedap macam gula-gula lozenges yang lain. Berangin dan sedikit pedas memang sangat membantu untuk tekak terasa nyaman. Bezanya, Koflet Lozenges adalah daripada bahan semulajadi dan bebas bahan Kimia.


Sungai Mekong, Luang Prabang, Laos


6. Complete Care Toothpaste

Complete Care Toothpaste


Walaupun kebanyakan hotel menyediakan berus gigi dan ubat gigi, tapi bila travel secara backpacker dan stay di guesthouse dan hotel murah, don't expect untuk dapat berus gigi dan ubat gigi. So, kena standby bawa siap-siap. Aku bawa berus gigi yang boleh dilipat dan ubat gigi dari Himalaya. Ia diformulasikan khas untuk mengatasi masalah kesihatan oral seperti nafas berbau, gusi tidak sihat, gigi kekuningan dan lain-lain hal berkaitan masalah oral. So, ubat gigi Himalaya adalah pilihan terbaik untuk melengkapkan travel kit.


Rasanya, cukup 6 produk daripada Himalaya Healthcare Malaysia yang telah menjadi keperluan aku untuk melengkapkan travel kit ke Laos. Semoga dengan perkongsian kali ini, sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua membuat pilihan yang bijak dalam menentukan produk apa yang perlu dibawa dalam travel kit semasa travel ke luar negara. Kalau berminat untuk dapatkan produk daripada Himalaya Healthcare Malaysia atau mendapatkan travel kit seperti yang aku kongsikan kali ini, boleh dapatkan info lanjut di laman media sosial mereka seperti berikut:


Facebook :


Instagram :


Selamat mencuba!
Pernah naik public transport? Especially KTM, LRT ataupun Monorail. Kalau time peak-hour, memang mencabar. Macam tin sardin dibuatnya. Memang kena berhimpit-himpit. Sesak satu hal, bau yang tak menyenangkan satu hal. Lagi-lagi kalau train penuh dengan foreigner (if you got what I mean), maka astaghfirullah lah jawabnya. Korang kena tahan nafas sampai ke stesen yang nak dituju. Ini antara permasalahan yang selalu aku hadapi bila naik public transport especially time pergi dan balik kerja.


Bila kerap sangat benda ni terjadi, terlintas juga di benak fikiran. Tak ada ke produk yang dapat bantu mereka yang ada bau badan yang melampau ni? Aku syak, bau badan ni tak lain tak bukan berpunca daripada masalah ketiak cepat berpeluh. Korang pun, kalau ada masalah macam ni, jangan malu jangan segan. Cepat-cepat cari jalan penyelesaian.




Aku pun selalu berkejaran ke sana ke sini dengan menaiki train. Jadi, memang tak boleh lari daripada masalah ketiak berpeluh yang akan menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan. Nasib baik ada deodorant. Cuma, deodorant yang aku guna sekarang tak mampu untuk atasi masalah ketiak berpeluh. Dari segi bau, yes ia sangat membantu. Aku tak nak jadi penyumbang kepada punca bau yang tidak menyenangkan dalam train atau tempat public, so lebih baik aku cepat-cepat cari jalan penyelesaian.


Sebab-Sebab Kenapa Ketiak Berpeluh

  1. Pemakanan yang tidak terjaga.
  2. Perubahan pada hormon.
  3. Merokok.
  4. Minum minuman alkohol.
  5. Kurang menjaga kesihatan tubuh badan.
  6. Jarang mandi.
  7. Berat badan
  8. Faktor usia.

Bila dikaji balik, rupa-rupanya masalah ketiak cepat berpeluh ada banyak penyebabnya. Antaranya dari segi pemakanan yang tak terjaga, perubahan hormon, masalah berat badan dan faktor usia. Walaupun kita tak merokok, minum alkohol dan sebagainya, itu bukan jaminan untuk kita bebas dari simptom-simptom ketiak berpeluh. Paling teruk, kalau salah pilih brand deodorant. Fuh, sampai hitam ketiak dibuatnya. 




Sekarang aku dah jumpa jawapan untuk permasalahan aku selama ini. Macam mana nak atasi masalah ketiak mudah berpeluh, ketiak hitam dan seumpama dengannya. Actually, ini first time aku tahu wujud produk macam ni untuk atasi masalah-masalah tersebut. Nak tahu produk apa? Dah pasti produk Axilas anti-peluh dari Glamo Health yang mampu atasi masalah bau badan.


Axilas Anti-Peluh


Syarikat Glamohealth telah melancarkan produk baru yang dicipta khas untuk pengguna yang mempunyai masalah “ketiak”. Ketiak atau lebih sopan dipanggil bahagian bawah lengan adalah kawasan yang sensitif kerana ketiak adalah salah satu tempat yang menghasilkan bau badan. Oleh itu, produk ini dirumus khas untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah ketiak seperti ketiak berbau, ketiak berair/berpeluh, ketiak hitam dan lain-lain lagi.


Axilas adalah produk seperti deodorant, untuk membantu anda semua mengurangkan masalah peluh berlebihan di bahagian ketiak dan mengurangkan masalah badan berbau. Selain itu, ia juga membantu dan dapat merawat liang pori ketiak anda daripada pengeluaran peluh yang berlebihan kerana ia dapat menutup liang pori ketiak. Bukan iti saja, malah ia dapat membantu masalah tangan dan kaki berpeluh.




Aku pun dah start guna produk Axilas anti-peluh ni. Seriouslt, sangat best bau dia dan sangat membantu. Tak perlu pakai hari-hari macam kita pakai deodorant pun, Cukuplah pakai 2-3 kali dalam seminggu especially sebelum tidur. Apa lagi kebaikan Axilas anti-peluh? Jom kita tengok!


Kebaikan Axilas Anti-Peluh

  1. Memutihkan ketiak
  2. Hilangkan masalah bau badan dan ketiak dengan pantas.
  3. Badan akan merasa segar, kering dan bebas bau sepanjang hari
  4. Lebih Yakin berhadapan dengan kawan kawan atau orang sekeliling.
  5. Tiada lagi perasaan malu kerana anda telah bebas dari masalah bau badan dank etiak
  6. Ketiak tidak rasa melekit lagi walaupun dalam situasi cuaca panas.
  7. Tiada lagi masalah baju di ketiak kekuningan.
  8. Hubungan suami isteri tiada lagi masalah bau badan.
  9. Mendapat pujian dari suami atau isteri anda.
  10. Stress akan hilang kerana bau pada ketiak anda hilang serta merta.




Untuk yang ragu ragu nak pakai deodorant ni, jangan risau tentang bahan-bahan yang ada di dalam Axilas Anti Peluh. Sebabnya, bahan yang ada disenaraika  di kotak dan botol produk Axilas. Satu lagi sebab aku suka dengan produk Axilas Anti-Peluh ni adalah dari segi saiznya yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Aku ni suka travel, jadi mudah nak selit di mana-mana untuk dibawa. Sangat user-friendly!


Bahan-bahan Axilas Anti-Peluh

  1. Ethanol Denat
  2. Aluminium Lactate
  3. Alimunium Choloride
  4. Cyclopentasiloxane
  5. Glyceryl Strearate
  6. Cetyl Palmitate
  7. Hydrogenated Microcrystalline Wax
  8. Hydrogenated Castor Oil




Cara-Cara Penggunaan Axilas Anti-Peluh


1) Kulit mestilah kering dan tidak luka atau melecet

Pernukaan kulit mestilah kering (tidak lembab) dan tidak luka atau melecet sebelum menggunakan Axilas anti-peluh. Permukaan kulit yang lembab atau luka,  anda tidak digalakkan untuk menggunakan Axilas anti-peluh


2) Menggunakan Axilas anti-peluh pada waktu malam sebelum tidur

Apabila badan sedang berehat, kalenjar di bahagian ketiak tidak aktif. Oleh itu, digalakkan untuk menggunakan Axilas pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Hanya perlu sapu nipis pada permukaan kulit ketiak sebanyak 2 kali atas dan bawah. Pastikan permukaan kulit ketiak anda kering selepas menggunakan Axilas anti-peluh. Penggunaan Axilas terlalu banyak di permukaan kulit ketiak boleh menyebabkan kulit lambat bertindak balas dan rosak.


3)Basuh permukaan kulit ketiak di waktu pagi dengan menggunakan sabun dan air.

Perlindungan Axilas anti-peluh tetap ada di permukaan kulit (menyerap ke dalam kulit). Jadi, anda perlu membasuh bahagian permukaan kulit ketiak ketika mandi di waktu pagi. Tapi perlu ingat, walaupun anda dah guna produk Axilas, ini bukan penghalang untuk anda menggunakan deodorant atau minyak wangi lain di permukaan kulit ketiak untuk waktu-waktu lain.


:::TIPS:::
Untuk kesan yang cepat dan perlindungan yang efektif daripada Axilas anti-perspirant, pengguna digalakkan menggunakan Axilas untuk 2-3 kali pada waktu malam untuk tempoh seminggu atau selepas mencabut/mencukur bulu ketiak.


Untuk korang yang berminat untuk dapatkan produk Axilas anti-peluh ini, boleh dapatkan produk ini secara atas talian (online). So selepas ini, masalah ketiak basah, ketiak hitam atau ketiak berpeluh tiada lagi! Atasi masalah yang ada dengan Axilas Glamo Health. Selamat mencuba!


Harga:
RM 45.00 (SM)
RM 50.00 (SS)


Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan maklumat di:

Facebook: 

Instaram: 

Whatsapp:
www.wasap.my/60136991275
Baru-baru ini, aku ada share tentang Jus Lutox Dnars. Ramai juga rupa-rupanya yang baru tahu kewujudan Jus Lutox Dnars di pasaran. Aku pun, baru first time cuba minum Jus Lutox. Rasanya masam-masam manis. Sedap! Time cuti balik raya hari tu, sempat bagi try family cuba sekali. Jus Lutox Dnars ni sesuai diminum untuk orang dewasa tidak kira untuk lelaki mahupun untuk perempuan. Jadi, untuk perkongsian kali ini, aku nak share dengan lebih lanjut tentang Jus Lutox. Mana tahu kan, ada yang tercari-cari info tentang Jus Lutox Dnars. So, bolehlah baca kalau nak tahu dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!


Jus Lutox Dnars


Untuk korang yang first time dengar tentang Jus Lutox Dnars, kalau nak tahu Jus Lutox adalah Jus botani campuran buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Ia diformulasikan khas daripada bahan-bahan semulajadi. Paling penting, Jus Lutox bebas daripada pewarna tiruan dan perasa tambahan. Dan, ia dijamin Halal!


Kandungan Jus Lutox:
Habbatus Sauda, Pegaga, Manna, Madu, Kurma, White Kidney Bean, Garam Bukit, Cuka Lemon, Minyak Zaitun, Acai Berry dan Halia


Kalau korang ada masalah-masalah seperti sakit-sakit sendi ataupun sengal-sengal otot, boleh cuba minum Jus Lutox. InshaAllah, sedikit-sebanyak dapat mengurangkan masalah korang. Aku pun selalu rasa sengal-sengal otot. Ye lah, walaupun kerja office, duduk dalam aircond, tetapi bila dah duduk berjam-jam mana tak lenguhnya. Bila nak tidur, mulalah gelisah. Pusing kanan, pusing kiri, semua tak kena. Bila dah amalkan minum Jus Lutox, at least dapatlah rasa perbezaan dan kesan positif. Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa Jus Lutox tak sesuai untuk kanak-kanak? Sebabnya, bahan-bahan yang digunakan dan formulasi produk ini adalah khusus untuk orang dewasa. Jadi, sila jauhkan produk ini daripada kanak-kanak terutamanya bayi. Jom, kita tengok kebaikan bahan semulajdi yang digunakan untuk menghasilkan Just Lutox! 


Habbatus Sauda
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
  • Penambah stamina dan tenaga
  • Membantu menjaga keseimbangan tubuh
  • Membersihkan darah dari toksin atau racun
  • Melancarkan aliran darah dan mencairkan bekuan darah yang tersumbat
  • Membakar lemak berlebihan dalam tubuh (menurunkan berat badan)
  • Mengatasi tekanan darah tinggi/ hipertensi
  • Memudahkan buang air kecil dan air besar



Pegaga
  • Awet muda
  • Kecutkan peranakan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
  • Mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kecergasan minda
  • Menyembuhkan demam



Manna
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan kalsium



Madu
  • Digunakan sebagai pemanis dan pewarna semulajadi
  • Mempunyai kalori yang rendah



Kurma

  • Menguatkan daya ingatan
  • Mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencerdaskan minda dalam membantu tumbesaran kanak-kanak
  • Mengandungi kebanyakan nutrien yang diperlukan oleh badan



White Kidney Bean
  • Menjaga kestabilan gula dan darah
  • Mencegah sembelit dan gangguan pencernaan lain
  • Mampu mengurangi risiko penyakit jantung
  • Menjaga kestabilan gula darah



Garam Bukit

  • Menyumbang tenaga
  • Membantu memperseimbangkan kealkalian/ keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah



Cuka Lemon
  • Sumber yang sangat kaya dengan vitamin C
  • Membantu pergerakan usus, sehingga menjadi teratur dan mudah
  • Membantu untuk menjaga penglihatan agar tajam
  • Membantu untuk meneutralkan radikial bebas iaitu penyebab utama penuaan diri dan berbagai penyakit
  • Mengandungi 22 khasiat anti kaser
  • Menurunkan tekanan darah tinggi



Minyak Zaitun
  • Membantu dalam menurunkan berat badan
  • Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
  • Membantu mencegah pelbagai penyakit



Acai Berry
  • Membantu menstabilkan berat badan
  • Membantu mengurangkan kolestrol
  • Membantu mengawal nafsu makan



Halia
  • Mencegah barah usus
  • Mengurangkan ketidakselesaan perut
  • Merawat kanser ovari
  • Pencegahan demam dan selesema
  • Melancarkan peredaran darah




Rasai kesan positif dan khasiat Jus Lutox


Pada pendapat peribadi aku sendiri, rasa Jus Lutox tak terible macam ubat-ubatan yang lain. Masih berselara nak minum dan telan. So, sesiapa yang rasa alah untuk minum-minum supplement ni, don't worry okay? InshaAllah, korang akan suka. Paling penting, dengan pengambilan Jus Lutox, kita akan merasai kebaikan dan khasiatnya. Untuk rujukan dan panduan korang semua, antara 12 kebaikan dan khasiat Jus Lutox Dnars adalah seperti berikut!

12 Kebaikan Jus Lutox Dnars

  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh



Video Jus Lutox Dnars




Nak tahu lebih lanjut mengenai Jus Lutox Dnars, korang boleh juga tengok video yang sempat aku rakam baru-baru ini. Actually, aku buat video ni untuk sharing di instagram, facebook dan youtube. Kalau korang belum tengok lagi video ni, bolehlah klik button play la ye. Cekidout!



1 botol mengandungi 400ml


Untuk setiap botol Jus Lutox Dnars, ia mengandungi 400ml. Cara pengambilannya sangat mudah. Korang boleh minum 2 sudu di waktu pagi dan 2 sudu di waktu malam. Korang kalau berminat nak cuba sendiri, bolehlah order sekarang!


Cara Pengambilan:
2 sudu pagi dan 2 sudu malam


Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang Jus Lutox Dnars, boleh juga rujuk website Dnars. Kalau nak order atau beli Jus Lutox, korang boleh check di instagram ataupun facebook. Semua link aku dah letak di bahagian akhir entri ini. Mudah unutk korang rujuk dan klik. Kalau rasa produk ni bagus, bolehlah pakat share dengan family, saudara-mara dan member-member.



Harga:
RM100 (WM) / RM110 (EM)


Berdiri tegap dan bertenaga dengan Jus Lutox Dnars

Selamat mencuba!


Website:

FB:

Instagram:
Malam-malam raya ni, semua orang dah excited. Ada yang duk bakar lemang, buat ketupat, buat kuih raya, dan macam-macam lagi persiapan. Aku pun dah excited ni,  duk susun duit raya untuk anak-anak buah. Hah,  duk cerita pasal duit raya ni, aku ada berita baik untuk korang semua.  Siapa nak menang duit raya? Meh baca ni sampai habis!



Contest Duit Raya Jus Lutox Dnars


Time duk scroll-scroll facebook,  aku ada tengok member-member duk share satu contest mudah untuk menang duit raya dari DNARS. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal contest ni,  cepat-cepat klik facebook DNARS JUS LUTOX (Link http://bit.ly/2siHxm3).


Nak menang duit raya dari Jus Lutox Dnars?  Mudah je. Cuma perlu LIKE, KOMEN, SHARE, TAG dan HASTAG #DuitRayaDnars. InsyaAllah, kalau ada rezeki korang,  memang tak akan ke mana. 1 Syawal ni pihak Dnars akan umumkan pemenang bertuah.  Selepas tu, tanggal 2 Syawal terus korang akan dapat duit raya. Kalau korang nak join tu, cepat-cepat la sebelum tamat pada malam raya,  11:59 malam. Ada rezeki tu ada la kan. InsyaAllah. Good luck!


Jus Lunox Dnars


Sebenarnya, aku tak pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni. Jujurnya,  aku tak pernah tau sangat jus Lutox Dnars ni untuk apa. Alang-alang join contest Duit Raya ni, terus baca pasal info Jus Lutox ni. Not bad juga la produk ni. Tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata rata-ratanya bagi feedback positif. 


Biasalah musim-musim raya ni,  macam-macam kerja berat kita buat.  Lagi-lagi kalau yang duk meniaga atau duk bakar lemang. Banyak guna tenaga. Gerenti, korang akan rasa  lenguh-lenguh badan sebab duk buat kerja berat. Mak-mak pulak, confirm penat duk bertukang di dapur 24 jam. Brader-brader yang drive nak balik kampung, lagi-lagi jalan sesak,  dah tentu lenguh-lenguh kaki duk tekan minyak dan brek. Solusinya,  cubalah minum Jus Lutox Dnars.




Di kesempatan ini,  aku nak kongsikan 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars. Semoga dengan info yang ada ini,  sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua membuat pertimbangan untuk dapatkan produk Jus Lutox Dnars untuk insan tersayang. Aku pun dah beli satu untuk mak di kampung. Tak sabar nak tahu feedback. 


12 Kebaikan Jus Lutox Dnars


  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh



Dah tahu khasiat dan kebaikan Jus Lutox Dnars?  Jom,  kita tengok pulak kandungan Jus Lutox Dnars ni. Lepas baca kandungan produk ini,  secara ringkasnya Jus Lutox ni hanya menggunakan bahan semula jadi. Antara kandungan utama yang ada adalah Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. .


Apa yang lebih meyakinkan, bila aku dapat tahu Jus Lutox Dnars ni telah mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Tak ada lah nanti bila minum produk ni orang duk sibuk tanya pulak halal ke tak? Bila dah tahu dijamin halal macam ni,  nak minim pun yakin. Nak bawa balik kampung dan kongsi dengan family pun tak ragu-ragu. 


Seronok bila baca review pengguna yang dah minum Jus Lutox Dnars ni. Ada yang kongsi keseronokan dan kegembiraan mereka selepas minum Jus Lutox Dnars. Dengar kata,  ada yang dah tak rasa sakit lutut lagi lepas minum.  Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum Jus Lutox Dnars, ia membantu memulihkan kesakitan yang dialami.  Hah,  dah rasa makin tak sabar nak cuba minum sendiri. 


Apa yang lagi best dengan Jus Lutox Dnars. ia dapat tambah tenaga. So,  kalau korang rasa lemau atau lenguh-lenguh badan, bolehlah cuba. Alhamdulillah,  Jus Lutox Dnars yang aku order dah sampai. InshaAllah,  nanti nak try minum setiap hari. Alang-alang tengah bercuti raya ni, bukan minum sorang tau. Minum satu keluarga, boleh share dengan nenek, mak, mak saudara,  pak saudara, saudara-mara, sepupu, dan tetamu yang datang. Eh, cukup ke sebotol ni?  Hahaha.  Suruh dorang beli sendiri la nanti.



Jadi kalau korang nak info lanjut tentang Jus Lutox Dnars ataupun nak order Jus Lutox ni, boleh terus hubungi mereka secara atas talian seperti berikut:

Website:

FB:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...