Showing posts with label PRODUCT REVIEW. Show all posts
Showing posts with label PRODUCT REVIEW. Show all posts
Pernah tak, time nak travel korang beria bawa deadorant spray, pencuci muka, body shower foam, syampu dan lain-lain kelengkapan diri. Malangnya, bila sampai di kaunter pemeriksaan bag, satu per satu barang kena rampas. Sebabnya? Tidak mengikut peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak lapangan terbang dan tidak memenuhi peraturan syarikat penerbangan. Maka, berputih mata lah kita kat situ. Memang tak boleh buat apa. Redha je lah. Siapa suruh tak ikut peraturan kan? I've been there, done that!


Actually, bukan tak boleh bawa langsung barang-barang keperluan diri (toiletaries) yang disebutkan tadi. Cuma, kita kena tahu tricks dan tips. Antaranya, korang boleh muatkan semua barang-barang tadi dalam luggage dan check-in. Kalau tak ada luggage untuk check-in dah hanya bawa hand-carry bag macam mana? Boleh je, yang penting korang isikan dalam botol yang lebih kecil dan pastikan tidak melebihi 100ml. Lagi satu, jangan sesekali bawa deadorant spray, memang tak akan lepas sebab kandungan dalam spray boleh menyebabkan letupan. Jadi, kalau nak travel dengan flight, bawa deadorant roll-on pun dah cukup. Moral of the story, kalau nak travel, pastikan korang siap-sedia dengan set travel kit yang boleh dibawa dalam hand-carry bag dan pastikan tiada botol cecair melebihi 100ml. Okay? I have my personal travel kit. How about you?


Kuang Si Waterfall, Luang Prabang, Laos


Baru-baru ini, aku dan rakan-rakan travel ke Laos. Untuk trip kali ini, kami explore Luang Prabang dan Vang Vieng. Perjalanan yang sangat mengujakan. Namun, sebelum pergi lagi kami dah siap-sedia dengan persediaan mental dan fizikal. Sebab memang dah plan perjalanan dari Luang Prabang dan Vang Vieng akan mengambil masa 6-8 jam dengan menaiki bus atau van. Dengan cuaca yang tak menentu di Laos, sekejap panas dan sekejap hujan, memang kena kental.


Satu perkara yang paling perlu dielakkan time travel adalah sakit, demam atau selesama. Walaupun kesihatan tak dapat dijangka, tapi kita tetap ada cara untuk pastikan kita sentiasa bersedia. Sebab itu, bila nak travel jauh ke negara orang, jangan lupa bawa bekalan ubat-ubatan untuk demam atau selesema siap-siap sebagai back-up. Letakkan sekali dalam travel kit. Alhamdulillah, trip kami ke Laos sepanjang 5 hari 4 malam berjalan lancar seperti yang dirancang tanpa mengalami masalah kesihatan. Kelengkapan diri dan kesihatan dimuatkan dalam satu travel kit daripada Himalaya Herbals. Nak tahu apa yang ada dalam travel kit daripada Himalaya Herbals yang kami bawa ke Laos? Jom, cekidout!


Vang Vieng Garden Bungalows, Vang Vieng


Antara 6 produk dari Himalaya Herbal Healthcare yang ada dalam travel kit  yang dibawa bersama sepanjang trip ke bumi Laos adalah merangkumi produk kesihatan dan penjagaan diri.  Apa yang aku suka tentang produk Himalaya Herbals Healthcare ini adalah kerana 100% kandungannya terdiri daripada tumbuhan dan herba semulajadi. Semua produk ini adalah bebas daripada parabens. Produk Himalaya bukan baru di pasaran, malah sudah lama menjadi pilihan setia para pengguna di luar sana. Kalau korang tanya orang sekeliling pun, ramai yang tahu tentang Himalaya dan kebaikan produk-produk ini. Yang penting, Himalaya Herbals ada menyediakan produk-produk bersaiz kecil untuk dibawa semasa travel dan boleh dimuatkan dalam travel kit. Sangat user-friendly.


My travel kit to Laos


Sebenarnya, banyak lagi produk Himalaya yang ada di pasaran. Kita perlu mix & match je untuk kegunaan peribadi. Macam aku hari tu, aku pilih 6 produk yang penting untuk dibawa ke Laos. Antaranya adalah Neem Face Wash (pencuci muka), Protein Shampoo Gentle Daily Care (syampu), Nourishing Skin Care (krim muka), Septilin Cap (Kapsul), Koflet Lozenges (ubat sakit tekak/batuk) dan Complete Care Toothpaste (ubat gigi). Jadi, boleh dikatakan dalam satu travel kit tu cukup-lengkap dengan set penjagaan diri dan juga kesihatan. Jom, aku kongsikan satu per satu produk yang aku gunakan sepanjang trip ke Laos tempoh hari. Kalau korang berminat nak try nanti, boleh dapatkan di store Himalaya Herbal Malaysia berdekatan ataupun farmasi-farmasi terpilih.


1. Neem Face Wash (50ml)

Neem Face Wash


Kalau travel, kulit muka memang akan terdedah kepada debu dan kotoran. Mana taknya, kalau dari pagi sampai lewat petang asyik berjalan ke sana ke sini. So, memang perlu ada pencuci muka. Best bila cuci muka guna Neem Face Wash ni sebabnya ia amat menyegarkan. Jangan pelik kalau pencuci muka ni kurang berbuih berbanding jenama-jenama pencuci muka lain yang ada di pasaran. Sebabnya ia tidak mengandungi sabun. Paling penting, ia tidak mengandungi parabens, SLS/SLES dan Phthalates. Produk ni bagus untuk mengurangkan masalah kulit berminyak dan mencegah jerawat.


Produk ini dijual dalam pelbagai saiz iaitu 15ml, 50ml, 100ml, 150ml, 200ml dan 300ml. Untuk travel, korang disyorkan beli produk dengan saiz kandungan yang kurang 100ml.


Saiz pek dicadangkan untuk travel : 50ml


2. Protein Shampoo Gentle Daily Care (100ml)

Protein Shampoo Gentle Daily Care


Dalam banyak-banyak produk syampu yang ada di pasaran, aku pilih Protein Shampoo Gentle Daily Care sebabnya ia sesuai untuk digunakan setiap hari. Dari pagi rambut disapu dengan gel, berpanas dan berhujan, semestinya memerlukan syampu untuk cuci rambut dan kulit kepala. Kelebihan syampu dari Himalaya adalah kerana ia diformulasikan khas daripada bahan semulajadi. Untuk travel, korang boleh dapatkan syampu ini dalam botol yang yang kecil.

Saiz pek dicadangkan untuk travel : 100ml



3. Nourishing Skin Care (50ml)

Nourishing Skin Care


Takut kulit muka terdedah kepada sinaran cahaya matahari? Jangan risau, selepas selesai cuci muka dengan Neem Face Wash, dan sebelum keluar meneruskan perjalanan ke mana-mana, jangan lupa untuk sapu Nourishing Skin Cream kat muka. Cream ini mampu memberi kelembapan dan kelembutan pada kulit.


Nourishing Skin Care adalah produk pilihan ramai. Ia dirumus khas dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India yang dapat melindungi kulit kita daripada sebarang pencemaran dan perlindungan daripada terdedah kepada cuaca kering. Nourishing Skin Cream bukan sahaja boleh disapu pada muka, malah ia juga boleh disapu pada kulit badan seperti losyen. So, jimat space tak perlu bawa body lotion. Cukup dengan NSC dari Himalaya. Dari segi bau, jangan risau. Memang wangi dan menyegarkan.


Cream ini sesuai untuk kegunaan harian bagi kulit. Kalau korang perlukan produk untuk memberikan khasiat dan kelembapan pada kulit, aku recommend untuk guna produk ni. NSC dijual dalam pelbagai saiz iaitu 50ml, 100ml and 200ml. Nak bawa pergi travel, beli size yang paling kecil dah mencukupi.


Saiz pek dicadangkan untuk travel : 50ml


4. Septilin Cap

Septilin Cap


Septilin Cap ni pulak sangat sesuai untuk penjagaan kesihatan. Bila travel, for sure kita akan banyak berjalan ke sana ke sini dan melakukan aktiviti luar yang sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti batuk, selesema, pening kepala atau demam. Jadi, untuk mengelakkan kesihatan kita terjejas, disyorkan untuk makan Septilin yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menguatkan antibodi.


Mekong River, Luang Prabang, Laos


Hanya perlu ambil 2 biji, 2 kali sehari, Septilin akan bertindak sebagai supplement dengan ciri antipiretik untuk mengurangkan demam dan mengurangkan risiko dari jangkitan saluran pernafasan, termasuk batuk, tonsilitis kronik, faringitis, bronkitis kronik, nasal catarrh (keradangan membran mukus saluran pernafasan) dan laringitis. Aku ni alah sikit dengan perubahan cuaca, cepat terkena batuk dan selesama. Jadi, produk Septilin ini amat diperlukan time travel.


5. Koflet Lozenges

Koflet Lozenges


Memandangkan selalu juga batuk-batuk dan sakit tekak, aku selitkan juga Koflet Lozenges dalam travel kit. Ini memang wajib dibawa ke mana-mana. Bukan hanya time travel, malah di office pun ada satu kotak untuk melegakan batuk dan sakit tekak. Rasa dia sedap macam gula-gula lozenges yang lain. Berangin dan sedikit pedas memang sangat membantu untuk tekak terasa nyaman. Bezanya, Koflet Lozenges adalah daripada bahan semulajadi dan bebas bahan Kimia.


Sungai Mekong, Luang Prabang, Laos


6. Complete Care Toothpaste

Complete Care Toothpaste


Walaupun kebanyakan hotel menyediakan berus gigi dan ubat gigi, tapi bila travel secara backpacker dan stay di guesthouse dan hotel murah, don't expect untuk dapat berus gigi dan ubat gigi. So, kena standby bawa siap-siap. Aku bawa berus gigi yang boleh dilipat dan ubat gigi dari Himalaya. Ia diformulasikan khas untuk mengatasi masalah kesihatan oral seperti nafas berbau, gusi tidak sihat, gigi kekuningan dan lain-lain hal berkaitan masalah oral. So, ubat gigi Himalaya adalah pilihan terbaik untuk melengkapkan travel kit.


Rasanya, cukup 6 produk daripada Himalaya Healthcare Malaysia yang telah menjadi keperluan aku untuk melengkapkan travel kit ke Laos. Semoga dengan perkongsian kali ini, sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua membuat pilihan yang bijak dalam menentukan produk apa yang perlu dibawa dalam travel kit semasa travel ke luar negara. Kalau berminat untuk dapatkan produk daripada Himalaya Healthcare Malaysia atau mendapatkan travel kit seperti yang aku kongsikan kali ini, boleh dapatkan info lanjut di laman media sosial mereka seperti berikut:


Facebook :


Instagram :


Selamat mencuba!
Pernah naik public transport? Especially KTM, LRT ataupun Monorail. Kalau time peak-hour, memang mencabar. Macam tin sardin dibuatnya. Memang kena berhimpit-himpit. Sesak satu hal, bau yang tak menyenangkan satu hal. Lagi-lagi kalau train penuh dengan foreigner (if you got what I mean), maka astaghfirullah lah jawabnya. Korang kena tahan nafas sampai ke stesen yang nak dituju. Ini antara permasalahan yang selalu aku hadapi bila naik public transport especially time pergi dan balik kerja.


Bila kerap sangat benda ni terjadi, terlintas juga di benak fikiran. Tak ada ke produk yang dapat bantu mereka yang ada bau badan yang melampau ni? Aku syak, bau badan ni tak lain tak bukan berpunca daripada masalah ketiak cepat berpeluh. Korang pun, kalau ada masalah macam ni, jangan malu jangan segan. Cepat-cepat cari jalan penyelesaian.




Aku pun selalu berkejaran ke sana ke sini dengan menaiki train. Jadi, memang tak boleh lari daripada masalah ketiak berpeluh yang akan menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan. Nasib baik ada deodorant. Cuma, deodorant yang aku guna sekarang tak mampu untuk atasi masalah ketiak berpeluh. Dari segi bau, yes ia sangat membantu. Aku tak nak jadi penyumbang kepada punca bau yang tidak menyenangkan dalam train atau tempat public, so lebih baik aku cepat-cepat cari jalan penyelesaian.


Sebab-Sebab Kenapa Ketiak Berpeluh

  1. Pemakanan yang tidak terjaga.
  2. Perubahan pada hormon.
  3. Merokok.
  4. Minum minuman alkohol.
  5. Kurang menjaga kesihatan tubuh badan.
  6. Jarang mandi.
  7. Berat badan
  8. Faktor usia.

Bila dikaji balik, rupa-rupanya masalah ketiak cepat berpeluh ada banyak penyebabnya. Antaranya dari segi pemakanan yang tak terjaga, perubahan hormon, masalah berat badan dan faktor usia. Walaupun kita tak merokok, minum alkohol dan sebagainya, itu bukan jaminan untuk kita bebas dari simptom-simptom ketiak berpeluh. Paling teruk, kalau salah pilih brand deodorant. Fuh, sampai hitam ketiak dibuatnya. 




Sekarang aku dah jumpa jawapan untuk permasalahan aku selama ini. Macam mana nak atasi masalah ketiak mudah berpeluh, ketiak hitam dan seumpama dengannya. Actually, ini first time aku tahu wujud produk macam ni untuk atasi masalah-masalah tersebut. Nak tahu produk apa? Dah pasti produk Axilas anti-peluh dari Glamo Health yang mampu atasi masalah bau badan.


Axilas Anti-Peluh


Syarikat Glamohealth telah melancarkan produk baru yang dicipta khas untuk pengguna yang mempunyai masalah “ketiak”. Ketiak atau lebih sopan dipanggil bahagian bawah lengan adalah kawasan yang sensitif kerana ketiak adalah salah satu tempat yang menghasilkan bau badan. Oleh itu, produk ini dirumus khas untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah ketiak seperti ketiak berbau, ketiak berair/berpeluh, ketiak hitam dan lain-lain lagi.


Axilas adalah produk seperti deodorant, untuk membantu anda semua mengurangkan masalah peluh berlebihan di bahagian ketiak dan mengurangkan masalah badan berbau. Selain itu, ia juga membantu dan dapat merawat liang pori ketiak anda daripada pengeluaran peluh yang berlebihan kerana ia dapat menutup liang pori ketiak. Bukan iti saja, malah ia dapat membantu masalah tangan dan kaki berpeluh.




Aku pun dah start guna produk Axilas anti-peluh ni. Seriouslt, sangat best bau dia dan sangat membantu. Tak perlu pakai hari-hari macam kita pakai deodorant pun, Cukuplah pakai 2-3 kali dalam seminggu especially sebelum tidur. Apa lagi kebaikan Axilas anti-peluh? Jom kita tengok!


Kebaikan Axilas Anti-Peluh

  1. Memutihkan ketiak
  2. Hilangkan masalah bau badan dan ketiak dengan pantas.
  3. Badan akan merasa segar, kering dan bebas bau sepanjang hari
  4. Lebih Yakin berhadapan dengan kawan kawan atau orang sekeliling.
  5. Tiada lagi perasaan malu kerana anda telah bebas dari masalah bau badan dank etiak
  6. Ketiak tidak rasa melekit lagi walaupun dalam situasi cuaca panas.
  7. Tiada lagi masalah baju di ketiak kekuningan.
  8. Hubungan suami isteri tiada lagi masalah bau badan.
  9. Mendapat pujian dari suami atau isteri anda.
  10. Stress akan hilang kerana bau pada ketiak anda hilang serta merta.




Untuk yang ragu ragu nak pakai deodorant ni, jangan risau tentang bahan-bahan yang ada di dalam Axilas Anti Peluh. Sebabnya, bahan yang ada disenaraika  di kotak dan botol produk Axilas. Satu lagi sebab aku suka dengan produk Axilas Anti-Peluh ni adalah dari segi saiznya yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Aku ni suka travel, jadi mudah nak selit di mana-mana untuk dibawa. Sangat user-friendly!


Bahan-bahan Axilas Anti-Peluh

  1. Ethanol Denat
  2. Aluminium Lactate
  3. Alimunium Choloride
  4. Cyclopentasiloxane
  5. Glyceryl Strearate
  6. Cetyl Palmitate
  7. Hydrogenated Microcrystalline Wax
  8. Hydrogenated Castor Oil




Cara-Cara Penggunaan Axilas Anti-Peluh


1) Kulit mestilah kering dan tidak luka atau melecet

Pernukaan kulit mestilah kering (tidak lembab) dan tidak luka atau melecet sebelum menggunakan Axilas anti-peluh. Permukaan kulit yang lembab atau luka,  anda tidak digalakkan untuk menggunakan Axilas anti-peluh


2) Menggunakan Axilas anti-peluh pada waktu malam sebelum tidur

Apabila badan sedang berehat, kalenjar di bahagian ketiak tidak aktif. Oleh itu, digalakkan untuk menggunakan Axilas pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Hanya perlu sapu nipis pada permukaan kulit ketiak sebanyak 2 kali atas dan bawah. Pastikan permukaan kulit ketiak anda kering selepas menggunakan Axilas anti-peluh. Penggunaan Axilas terlalu banyak di permukaan kulit ketiak boleh menyebabkan kulit lambat bertindak balas dan rosak.


3)Basuh permukaan kulit ketiak di waktu pagi dengan menggunakan sabun dan air.

Perlindungan Axilas anti-peluh tetap ada di permukaan kulit (menyerap ke dalam kulit). Jadi, anda perlu membasuh bahagian permukaan kulit ketiak ketika mandi di waktu pagi. Tapi perlu ingat, walaupun anda dah guna produk Axilas, ini bukan penghalang untuk anda menggunakan deodorant atau minyak wangi lain di permukaan kulit ketiak untuk waktu-waktu lain.


:::TIPS:::
Untuk kesan yang cepat dan perlindungan yang efektif daripada Axilas anti-perspirant, pengguna digalakkan menggunakan Axilas untuk 2-3 kali pada waktu malam untuk tempoh seminggu atau selepas mencabut/mencukur bulu ketiak.


Untuk korang yang berminat untuk dapatkan produk Axilas anti-peluh ini, boleh dapatkan produk ini secara atas talian (online). So selepas ini, masalah ketiak basah, ketiak hitam atau ketiak berpeluh tiada lagi! Atasi masalah yang ada dengan Axilas Glamo Health. Selamat mencuba!


Harga:
RM 45.00 (SM)
RM 50.00 (SS)


Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan maklumat di:

Facebook: 

Instaram: 

Whatsapp:
www.wasap.my/60136991275
Baru-baru ini, aku ada share tentang Jus Lutox Dnars. Ramai juga rupa-rupanya yang baru tahu kewujudan Jus Lutox Dnars di pasaran. Aku pun, baru first time cuba minum Jus Lutox. Rasanya masam-masam manis. Sedap! Time cuti balik raya hari tu, sempat bagi try family cuba sekali. Jus Lutox Dnars ni sesuai diminum untuk orang dewasa tidak kira untuk lelaki mahupun untuk perempuan. Jadi, untuk perkongsian kali ini, aku nak share dengan lebih lanjut tentang Jus Lutox. Mana tahu kan, ada yang tercari-cari info tentang Jus Lutox Dnars. So, bolehlah baca kalau nak tahu dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!


Jus Lutox Dnars


Untuk korang yang first time dengar tentang Jus Lutox Dnars, kalau nak tahu Jus Lutox adalah Jus botani campuran buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Ia diformulasikan khas daripada bahan-bahan semulajadi. Paling penting, Jus Lutox bebas daripada pewarna tiruan dan perasa tambahan. Dan, ia dijamin Halal!


Kandungan Jus Lutox:
Habbatus Sauda, Pegaga, Manna, Madu, Kurma, White Kidney Bean, Garam Bukit, Cuka Lemon, Minyak Zaitun, Acai Berry dan Halia


Kalau korang ada masalah-masalah seperti sakit-sakit sendi ataupun sengal-sengal otot, boleh cuba minum Jus Lutox. InshaAllah, sedikit-sebanyak dapat mengurangkan masalah korang. Aku pun selalu rasa sengal-sengal otot. Ye lah, walaupun kerja office, duduk dalam aircond, tetapi bila dah duduk berjam-jam mana tak lenguhnya. Bila nak tidur, mulalah gelisah. Pusing kanan, pusing kiri, semua tak kena. Bila dah amalkan minum Jus Lutox, at least dapatlah rasa perbezaan dan kesan positif. Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa Jus Lutox tak sesuai untuk kanak-kanak? Sebabnya, bahan-bahan yang digunakan dan formulasi produk ini adalah khusus untuk orang dewasa. Jadi, sila jauhkan produk ini daripada kanak-kanak terutamanya bayi. Jom, kita tengok kebaikan bahan semulajdi yang digunakan untuk menghasilkan Just Lutox! 


Habbatus Sauda
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
  • Penambah stamina dan tenaga
  • Membantu menjaga keseimbangan tubuh
  • Membersihkan darah dari toksin atau racun
  • Melancarkan aliran darah dan mencairkan bekuan darah yang tersumbat
  • Membakar lemak berlebihan dalam tubuh (menurunkan berat badan)
  • Mengatasi tekanan darah tinggi/ hipertensi
  • Memudahkan buang air kecil dan air besar



Pegaga
  • Awet muda
  • Kecutkan peranakan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
  • Mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kecergasan minda
  • Menyembuhkan demam



Manna
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan kalsium



Madu
  • Digunakan sebagai pemanis dan pewarna semulajadi
  • Mempunyai kalori yang rendah



Kurma

  • Menguatkan daya ingatan
  • Mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencerdaskan minda dalam membantu tumbesaran kanak-kanak
  • Mengandungi kebanyakan nutrien yang diperlukan oleh badan



White Kidney Bean
  • Menjaga kestabilan gula dan darah
  • Mencegah sembelit dan gangguan pencernaan lain
  • Mampu mengurangi risiko penyakit jantung
  • Menjaga kestabilan gula darah



Garam Bukit

  • Menyumbang tenaga
  • Membantu memperseimbangkan kealkalian/ keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah



Cuka Lemon
  • Sumber yang sangat kaya dengan vitamin C
  • Membantu pergerakan usus, sehingga menjadi teratur dan mudah
  • Membantu untuk menjaga penglihatan agar tajam
  • Membantu untuk meneutralkan radikial bebas iaitu penyebab utama penuaan diri dan berbagai penyakit
  • Mengandungi 22 khasiat anti kaser
  • Menurunkan tekanan darah tinggi



Minyak Zaitun
  • Membantu dalam menurunkan berat badan
  • Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
  • Membantu mencegah pelbagai penyakit



Acai Berry
  • Membantu menstabilkan berat badan
  • Membantu mengurangkan kolestrol
  • Membantu mengawal nafsu makan



Halia
  • Mencegah barah usus
  • Mengurangkan ketidakselesaan perut
  • Merawat kanser ovari
  • Pencegahan demam dan selesema
  • Melancarkan peredaran darah




Rasai kesan positif dan khasiat Jus Lutox


Pada pendapat peribadi aku sendiri, rasa Jus Lutox tak terible macam ubat-ubatan yang lain. Masih berselara nak minum dan telan. So, sesiapa yang rasa alah untuk minum-minum supplement ni, don't worry okay? InshaAllah, korang akan suka. Paling penting, dengan pengambilan Jus Lutox, kita akan merasai kebaikan dan khasiatnya. Untuk rujukan dan panduan korang semua, antara 12 kebaikan dan khasiat Jus Lutox Dnars adalah seperti berikut!

12 Kebaikan Jus Lutox Dnars

  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh



Video Jus Lutox Dnars




Nak tahu lebih lanjut mengenai Jus Lutox Dnars, korang boleh juga tengok video yang sempat aku rakam baru-baru ini. Actually, aku buat video ni untuk sharing di instagram, facebook dan youtube. Kalau korang belum tengok lagi video ni, bolehlah klik button play la ye. Cekidout!



1 botol mengandungi 400ml


Untuk setiap botol Jus Lutox Dnars, ia mengandungi 400ml. Cara pengambilannya sangat mudah. Korang boleh minum 2 sudu di waktu pagi dan 2 sudu di waktu malam. Korang kalau berminat nak cuba sendiri, bolehlah order sekarang!


Cara Pengambilan:
2 sudu pagi dan 2 sudu malam


Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang Jus Lutox Dnars, boleh juga rujuk website Dnars. Kalau nak order atau beli Jus Lutox, korang boleh check di instagram ataupun facebook. Semua link aku dah letak di bahagian akhir entri ini. Mudah unutk korang rujuk dan klik. Kalau rasa produk ni bagus, bolehlah pakat share dengan family, saudara-mara dan member-member.



Harga:
RM100 (WM) / RM110 (EM)


Berdiri tegap dan bertenaga dengan Jus Lutox Dnars

Selamat mencuba!


Website:

FB:

Instagram:
Malam-malam raya ni, semua orang dah excited. Ada yang duk bakar lemang, buat ketupat, buat kuih raya, dan macam-macam lagi persiapan. Aku pun dah excited ni,  duk susun duit raya untuk anak-anak buah. Hah,  duk cerita pasal duit raya ni, aku ada berita baik untuk korang semua.  Siapa nak menang duit raya? Meh baca ni sampai habis!



Contest Duit Raya Jus Lutox Dnars


Time duk scroll-scroll facebook,  aku ada tengok member-member duk share satu contest mudah untuk menang duit raya dari DNARS. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal contest ni,  cepat-cepat klik facebook DNARS JUS LUTOX (Link http://bit.ly/2siHxm3).


Nak menang duit raya dari Jus Lutox Dnars?  Mudah je. Cuma perlu LIKE, KOMEN, SHARE, TAG dan HASTAG #DuitRayaDnars. InsyaAllah, kalau ada rezeki korang,  memang tak akan ke mana. 1 Syawal ni pihak Dnars akan umumkan pemenang bertuah.  Selepas tu, tanggal 2 Syawal terus korang akan dapat duit raya. Kalau korang nak join tu, cepat-cepat la sebelum tamat pada malam raya,  11:59 malam. Ada rezeki tu ada la kan. InsyaAllah. Good luck!


Jus Lunox Dnars


Sebenarnya, aku tak pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni. Jujurnya,  aku tak pernah tau sangat jus Lutox Dnars ni untuk apa. Alang-alang join contest Duit Raya ni, terus baca pasal info Jus Lutox ni. Not bad juga la produk ni. Tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata rata-ratanya bagi feedback positif. 


Biasalah musim-musim raya ni,  macam-macam kerja berat kita buat.  Lagi-lagi kalau yang duk meniaga atau duk bakar lemang. Banyak guna tenaga. Gerenti, korang akan rasa  lenguh-lenguh badan sebab duk buat kerja berat. Mak-mak pulak, confirm penat duk bertukang di dapur 24 jam. Brader-brader yang drive nak balik kampung, lagi-lagi jalan sesak,  dah tentu lenguh-lenguh kaki duk tekan minyak dan brek. Solusinya,  cubalah minum Jus Lutox Dnars.




Di kesempatan ini,  aku nak kongsikan 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars. Semoga dengan info yang ada ini,  sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua membuat pertimbangan untuk dapatkan produk Jus Lutox Dnars untuk insan tersayang. Aku pun dah beli satu untuk mak di kampung. Tak sabar nak tahu feedback. 


12 Kebaikan Jus Lutox Dnars


  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh



Dah tahu khasiat dan kebaikan Jus Lutox Dnars?  Jom,  kita tengok pulak kandungan Jus Lutox Dnars ni. Lepas baca kandungan produk ini,  secara ringkasnya Jus Lutox ni hanya menggunakan bahan semula jadi. Antara kandungan utama yang ada adalah Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. .


Apa yang lebih meyakinkan, bila aku dapat tahu Jus Lutox Dnars ni telah mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Tak ada lah nanti bila minum produk ni orang duk sibuk tanya pulak halal ke tak? Bila dah tahu dijamin halal macam ni,  nak minim pun yakin. Nak bawa balik kampung dan kongsi dengan family pun tak ragu-ragu. 


Seronok bila baca review pengguna yang dah minum Jus Lutox Dnars ni. Ada yang kongsi keseronokan dan kegembiraan mereka selepas minum Jus Lutox Dnars. Dengar kata,  ada yang dah tak rasa sakit lutut lagi lepas minum.  Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum Jus Lutox Dnars, ia membantu memulihkan kesakitan yang dialami.  Hah,  dah rasa makin tak sabar nak cuba minum sendiri. 


Apa yang lagi best dengan Jus Lutox Dnars. ia dapat tambah tenaga. So,  kalau korang rasa lemau atau lenguh-lenguh badan, bolehlah cuba. Alhamdulillah,  Jus Lutox Dnars yang aku order dah sampai. InshaAllah,  nanti nak try minum setiap hari. Alang-alang tengah bercuti raya ni, bukan minum sorang tau. Minum satu keluarga, boleh share dengan nenek, mak, mak saudara,  pak saudara, saudara-mara, sepupu, dan tetamu yang datang. Eh, cukup ke sebotol ni?  Hahaha.  Suruh dorang beli sendiri la nanti.



Jadi kalau korang nak info lanjut tentang Jus Lutox Dnars ataupun nak order Jus Lutox ni, boleh terus hubungi mereka secara atas talian seperti berikut:

Website:

FB:
Produk adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA? First time dapat parcel dari adidas, memang teruja. Ingat ke dapat sport attire. Rupa-rupanya, dapat produk penjagaan diri adidas termasuklah shampoo, deadorant dan minyak wangi. Selain itu, diselitkan juga bag galas, tuala dan bag toiletries iaitu merchandise special daripada adidas. Wow! Teruja kejap bila dapat produk daripada adidas. Thank you so much. Sayang adidas ketat-ketat.





Psssttt! Bukan itu je. Pihak adidas juga bermurah hati bagi 5 set produk adidas iaitu deadorant dan perfume untuk pembaca blog penaberkala.com! Alhamdulillah, rezeki pembaca blog ni. Mesti korang nak tahu kan, macam mana nak join dan menang produk daripada adidas ni? Hah, kalau nak dapatkan produk-produk ni, kenalah baca sampai habis.





Sebelum aku teruskan dengan cara-cara macam mana nak menang produk adidas ni, apa kata aku share dulu sedikit-sebanyak info berkaitan produk terbaru dari adidas ni sempena dengan edisi special iaitu Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA.


MELANGKAH KE ARENA

Adidas melancarkan produk penjagaan badan adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA yang baharu. Penjagaan badan adidas pada hari ini telah mempamerkan koleksi terbaharunya dengan pelancaran Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA, satu rangkaian yang diinspirasikan oleh aksi hebat yang penuh dengan suntikan adrenalin seperti yang dilihat dalam perlawanan bola sepak.




Edisi Arena mewakili rangkaian ketiga-tiga produk penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA. Ia mengikuti kejayaan hebat kedua-dua Edisi Piala dan Edisi Bintang yang mengutip gabungan hasil jualan melebihi daripada empat juta botol eau de toilette.


Pengalaman suasana yang unik ketika melangkah memasuki stadium menginspirasi adidas untuk mencipta Edisi Arena wangian yang baharu untuk lelaki dengan aroma haruman oriental yang melambangkan kuasa dan kejayaan. Menjelang bola sepak mula, keseronokan bermula dengan gabungan menyegarkan bergamot, epal dan rosemary yang memberi kesegaran muktamad.


Sepanjang tempoh permainan, satu adunan elegan geranium dan melur ditegaskan dengan ketumbar berempah bagi menghasilkan aroma maskulin yang menyegarkan. Ketika menghampiri masa tambahan, emosi kian membuak umpama kehangatan aroma tonka yang meliputi bau minyak nilam yang kaya dan kesturi yang mengghairahkan untuk menghasilkan haruman yang kekal lama dan bertenaga. Berkuasa namun penuh kehalusan, wangian ini dicipta khas untuk sang juara.


Dengan menggunakan gaya tersendiri Liga Juara-Juara UEFA, rekaan koleksi Arena Edition ialah perak kebiruan iaitu menambah nilai bermutu semula jadi rangkaian ini.


Penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA yang baharu ini merangkumi:

  1. adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90
  2. adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90
  3. adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90
adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90

adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90



adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90


Produk berlesen rasmi Liga Juara-juara UEFA ini telah berada di pasaran sejak Februari 2017 dan boleh didapati di pasar raya dan farmasi terkemuka. Special untuk 5 pembaca blog penaberkala.com yang bertuah, korang akan dapat FREE satu goodies bag yang mengandungi produk adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml (RM32.90) dan sebotol produk adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml (RM17.90).


adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml (RM32.90)
adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml (RM17.90).


5 set produk adidas untuk 5 pemenang bertuah


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Share artikel ini di Facebook (set as Public) dan nyatakan kenapa anda nak menang produk daripada adidas
  2. Tag fanpage Penaberkala 
  3. Tinggalkan komen di ruangan komen untuk sahkan penyertaan
  4. Tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2017
  5. Keputusan akan diumumkan pada 1 Mei 2017

Ok, sekian saja perkongsian untuk kali ni tentang produk adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA. Kepada semua yang baca artikel ni, sila join simple contest ni untuk special giveaway. This products sponsored by adidas. 


Good luck and all the best to all!


Tahu tak apa khasiat minum Teh Hijau? Biasanya, orang minum Teh Hijau dengan merendam daun teh hijau yang dikeringkan dalam air panas tanpa letak gula. Kemudian, diisi dalam botol yang ada filter untuk diminum. Pernah tengok di office, ada sorang superior di office mengamalkan minum teh hijau dalam botol besar setiap hari. Kagum tengok beliau sangat konsisten. Patutlah nampak cergas dan sihat sepanjang masa walaupun dah berusia. Kadang-kadang, teringin juga nak try minum teh hijau. Biasa duk minum teh o ais, teh ais dan teh tarik je, kah3. 


Sepeti teh biasa yang ada di pasaraya. Teh Hijau juga kini dijual dalam bentuk uncang. So, untuk first timer yang nak try minum teh hijau asli, kalau malas nak pergi cari daun teh hijau yang dah dikeringkan, alternatif lain adalah beli yang dalam kotak. Ready untuk dibancuh dan minum. My first time try teh hijau dalam uncang brand STEA. Dalam satu kotak STEA, ada 28 uncang kesemuanya.


Teh Hijau Asli STEA


Mesti korang nak tahu kan. Apa beza antara Teh Hijau STEA dengan teh hijau lain di pasaran. Ye lah, setiap produk ada kelebihan masing-masing. Memandangkan aku sendiri minum teh hijau STEA ni, jadi kat sini meh nak share sedikit-sebanyak info berkaitan STEA yang aku tahu untuk rujukan korang semua. Mana tahu kan, ada yang berminat untuk try juga. Maklumlah, teh hijau ni kan bagus untuk kesihatan especially untuk detox dan turunkan berat badan.


Kenapa Teh Hijau STEA berbeza daripada Teh Hijau yang lain?

1. Teh Hijau yang diimport dari Jepun.

2. 100% teh hijau sahaja tiada campuran bahan lain

3. Terdapat matcha extract dalam setiap uncang

4. Warna hijau jernih.

5. Tidak pahit

6. Tidak berbau herba dan tidak meloyakan

7. Tidak mengakibatkan sakit perut atau cirit-birit

8. Sesuai dan selamat untuk ibu yang menyusukan anak

9. Tidak menyebabkan pening selepas pengambilan

10. Rasa yang ringan dan tidak meninggalkan rasa tidak selesa di tekak

11. Sesuai untuk seisi keluarga

12. Boleh diminum tak kira masa

13. Disahkan Halal oleh JAKIM




Aku dah mula mengamalkan minum teh hijau STEA. Biasanya, diminum selepas breakfast dan selepas lunch. Kalau bukan selepas lunch, aku minum selepas dinner. Kadang-kadang, lepas makan tak ingat dunia tu, especially musim sekarang yang banyak food review dan Ramadhan Buffet review, hah elok benarlah minum teh hijau STEA ni lepas makan. Biar tahap metabolisma badan meningkat dan sekaligus memudahkan proses penghadaman.


Untuk cara pengambilan, nanti aku share lepas ni. Boleh baca kat bahagian bawah. Kat sini apa yang aku cuba nak sampaikan selepas menjadi pengguna STEA, teh hijau ini tak terlalu pahit dan warniany bukan berwarna hijau pekat sampai kita nak minum pun rasa gerun. Maksudnya, dari segi warna dan rasa memang boleh telan. Paling penting, selepas minum teh hijau perut tak meragam. Ada sesetengah produk teh hijau, selepas minum kita akan ulang-alik pergi tandas untuk buang air besar atau air kecil. Sebaliknya, selepas minum teh hijau STEA ni, tiada perubahan yang berlaku. Cumanya, time membuang tu memang lawas. Lega beb! Jadi, maksudnya produk ni memang betul-betul berkesan untuk detox. Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, kena banyak minum air. Sebenarnya, dari situ puncanya korang akan ulang-alik pergi toilet. Itu normal! Apa jua kaedah detox yang kita guna, memang tak boleh lari. Tak payah tahan-tahan, buang je apa yang tak perlu tu. Okay?


Hah, sebelum korang tanya, meh nak inform awal-awal. STEA adalah produk yang telah mendapat sijil HALAL daripada JAKIM. Jadi, jangan was-was atau curiga dengan produk STEA. Dijamin HALAL!




Harganya RM60 sekotak tidak termasuk kos penghantaran. Sekotak mengandungi 28 sachet dan 1 sachet boleh digunakan antara 2 ke 3 kali. Jadi korang boleh gunakan 28 sachet itu untuk satu bulan


Cara Pengambilan Teh Hijau Asli STEA

1. 2 kali sehari (pagi & tengahari)

2. Setiap uncang Teh Hijau STEA boleh dibancuh sehingga 3 kali untuk diminum

3. Disarankan untuk minum 30 minit selepas makan:
  • 1 kali selepas sarapan
  • 1 kali selepas makan tengahari/ makan malam
4. Boleh juga diambil selepas mengambil makanan berat/ berlemak/ berminyak




Penyediaan Teh Hijau Asli STEA

1. 1 uncang direndam 2-3min dalam 1 cawan air panas (tapi bukan air menggelegak)

2. Simpan uncang di dalam peti sejuk atau bekas kedap udara untuk digunakan untuk tengahari

3. Hampas STEA boleh diguna semula untuk scrub muka dan badan





Aku pun baru je start minum Teh Hijau Asli STEA ni. Nak share lebih-lebih pasal results, macam tak relevan. So far, so good! Rasa macam lega sikit. Nak membuang pun mudah, berpeluh dan tubuh rasa ringan. Lagi satu, hampas teh hijau yang sudah dibancuh, jangan buang. Boleh guna semula hampas teh hijau untuk scrub muka dan badan. Best kan?


Semoga dengan pengambilan berterusan dan cabaran minum STEA selama 28 hari ini dapat membantu aku untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak especially part perut yang semakin maju ke depan, hehehehe. Di kesempatan ini, aku nak share juga beberapa tips untuk mendapatkan hasil yang berkesan selepas menggunakan Teh Hijau Asli STEA. Semoga bermanfaat!


TIPS PENGGUNAAN TEH HIJAU ASLI STEA
  1. Untuk kesan yang optimum selepas pengambilan Teh Hijau Asli STEA, pengguna digalakkan untuk minum air kosong 3-6 liter sehari atau mengikut berat badan setiap iaitu 25kg = 1 liter air
  2. Kurangkan minuman berais, sejuk & berkarbonat
  3. Elakkan fast food (mcD, burger, nugget, sosej)
  4. Elakkan dairy products (cheese, susu pekat manis)
  5. Makan ikut masa dan sebolehnya mengamalkan eat clean
  6. Kurangkan makanan berminyak & bergoreng. Lebihkan makan sayur & buah
  7. Ambil makanan yang boleh meningkatkan metabolisma badan seperti almond,epal hijau dan broccoli
  8. Elakkan pengambilan kafein kerana STEA juga mengandungi kafein
  9. Kalau ada mengambil produk yang berasaskan COLLAGEN, kena stop dulu. Sebabnya collagen akan menyebabkan selera kita bertambah
  10. Kalau ada ambil sebarang slimming product, boleh minum STEA 15-20 minit selepas mengambil produk tersebut
  11. Tidak disarankan untuk mengambil STEA sebelum tidur kerana STEA berfungsi dengan cepat pada waktu siang untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak.
  12. Penurunan berat badan adalah bergantung kepada metabolisma badan masing-masing. 
  13. Untuk pengguna yang mengalami metabolisma badan yang rendah, anda disarankan untuk mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran

Tips paling penting, kena DISIPLIN. Kena berdisiplin dalam mengambil teh hijau STEA setiap 2 kali sehari. At least, cuba je dulu sekotak untuk tempoh 28 hari. Kalau berkesan, boleh continue consume untuk kotak seterusnya. Kalau tak berkesan, maybe boleh cuba ikhtiar cara lain. Berdasarkan testimoni daripada pengguna lain, nampaknya produk STEA ni betul-betul menjadi. Maybe korang boleh refer kat gambar di bawah ni.




So kalau korang pun nak cuba untuk mendapatkan produk teh hijau asli STEA ni, korang boleh dapatkannya melalui stokis atau agen yang dipilih dan ditetapkan di setiap negeri seperti di bawah. Selamat mencuba!


JOHOR

Eja Shafeie
013-7229688
Kulai dan JB Tengah

Liza Iza
017-7378745
Senai dan Tiram

Noorasrah bt Abdul rahim
017-7365334
Pasir Gudang dan Masai

Nurulfarhana
016-4446737
Ayer Hitam dan Parit Raja

Zuliza
017-338 1418
Batu Pahat dan Kluang


SELANGOR & PUTRAJAYA

Afiqah Zaidi
019-6667293
Klang Valley dan KL

Syira Zakaria
012-3655394
Bangi dan Kajang

Aya
019-3164845
Uitm Puncak Alam dan Saujana Utama

Zai Keflee
019-3020222
Shah Alam dan Alam Megah

Zairul Zailan
016-6370891
Puchong dan Putrajaya

Najdah
012-9563538
Subang Bestari dan Denai Alam

Syakirah
019-3366619
Puchong dan Petaling Jaya


NEGERI SEMBILAN

Noradlin
016-3202444
Seremban dan Kuala Pilah


KEDAH

Junaida saidin
013-364 8583
Sungai Petani


BRUNEI

Nuraini Salina
+6738902350


Untuk maklumat lanjut berkaitan STEA, boleh rujuk di Facebook & Instagram berikut:

Facebook: 

Instagram: 



Masih ingat tak, dulu aku pernah share pasal Gula Gula Magic (GGM)? Hah, kalau dah lupa boleh check balik kat sini: GGM! Untuk perkongsian kali ini, aku tertarik untuk share lagi sekali pasal GGM. Tampil dengan formulasi baru dan packaging baru, semestinya produk GGM ni dinantikan ramai oleh pengguna di luar sana.




Apa kelainan yang ada untuk produk GGM kali ini? Apa pembaharuan yang cuba diketengahkan kepada pengguna? Lagi satu yang menarik, selain GGM mereka juga ada Jus D'Ria iaitu jus pertama di Asia untuk masalah lelah (asma), resdung dan ekzema. Kalau nak tahu lebih lanjut, kena lah baca sampai habis. Jom!




Baru-baru ini, aku sempat bertandang ke majlis pengenalan produk GGM dan Jus D'Ria bersama pengasas produk iaitu Puan Rohasniza Rosli. Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan pengasas dan pemilik kepada empayar MediHerba Solutions.




Lebih mesra dengan panggilan Yaya Rosli, beliau tampil berkongsi pengalaman bagaimana tercetusnya produk ini. Titik-tolak terhasilnya produk ini adalah dari masalah sendiri yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Dari permasalahan penjagaan diri dan kesihatan dalaman, beliau tampil dengan produk GGM. Kemudian, apabila menghadapi masalah kesihatan anak beliau sendiri yang menghidap penyakit lelah/ asma, maka wujudlah produk Jus D'Ria. Konklusinya, apa yang sesuai diamalkan oleh beliau dan keluarganya, itulah yang terbaik untuk dikongsi bersama pengguna di luar sana. Maka, wujudlah produk GGM dan Jus D'Ria.


Rentitan dari kejayaan beliau mengeluarkan produk GGM iaitu tablet makanan tambahan (supplement), kini beliau berjaya menghasilkan satu lagi produk yang diberi nama Jus D'Ria sejak 9 bulan lepas. Produk yang dikeluarkan ini merupakan produk yang pertama di Asia Tenggara yang menggunakan bahan semulajadi seperti buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, bunga dan herba. Pendek kata, kedua-dua produk ini mempunyai khasiat semulajadi.




Dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pengguna selepas 8 bulan produk ini berada di pasaran, pihak MediHerba Solutions mempertingkatkan lagi promosi ke seluruh Malaysia secara atas talian (online), Media TV dan Radio bermula bulan ini (Mac 2017). Mesti korang tertanya-tanya kan, apa kelebihan dan keistimewaan produk GGM dan Jus D'Ria dari MediHerba Solutions ni? Kat sini, aku  ada share serba-sedikit info berkaitan untuk rujukan dan bacaan semua. Semoga bermanfaat!



JUS D’RIA 


Jus D'Ria adalah makanan tambahan yang berasaskan Aloe vera, delima, halia, madu, echinachea, oregano, bawang putih, dong quai( herba cina), akar manis, acai beri, camu-camu , vitamin C, Epal stemsel, Argan stemsel dan stevia. Kandungan bahan-bahan ini dapat membantu melegakan ruang penafasan (Lelah/asma),membantu mengurangkan lendir yang berlebihan di bahagian kerongkong, membantu mengurangkan masalah gatal-gatal di bahagian hidung, telinga dan mata (Resdung) , dan juga mengurangkan masalah gatal-gatal dan merah-merah di bahagian kulit yang dikenali sebagai ekzema. Jadi, untuk penghidap penyakit lelah, resdung dan ekzema, anda disarankan menggunakan produk ini. InshaAllah mujarab!




Jus D'Ria sesuai dimakan bagi lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Pendek kata, sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan boleh diambil oleh pengguna termasuklah bayi seawal umur 6 bulan keatas. Rasanya pula macam mana? Jangan risau, rasanya kurang manis. Pastinya, rasa manisannya adalah dari manisan madu dan delima (tanpa gula).


Macam mana nak amalkan minum Jus D'Ria? Cara pengambilannya mudah saja. Cuma 2 kali sehari sahaja, iaitu 10ml di waktu pagi dan 10ml di waktu malam. Bagi kanak-kanak pula, cukup memadai dengan hanya 3ml - 5ml sahaja untuk 2 kali sehari.


Apa yangdapat dirumuskan, Jus D'Ria ini dihasilkan daripada sumber yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita untuk kekal sihat dan cantik sepanjang masa. Buat masa ini, produk Jus D'Ria ini bukan saja terdapat di Malaysia, malah boleh didapati di Singapura dan Brunei. 


Harga:
RM88.00 (Semenanjung Malaysia) 
RM98.00 (Sabah dan Sarawak) 

Boleh dibeli melalui talian, stokis dan kedai-kedai jamu terpilih. 

Boleh layari:

Instagram:

Facebook: 
MediHerba 
Jus Deria

Atau

Di talian MEDIHERBAHQ:
+6018-6610104 



GGM (GULA-GULA MAGIC) 

GGM pula adalah makanan tambahan yang berasaskan coklat, epal dan susu kambing (premium). Untuk produk GGM kali ini, formulasi baru dengan adanya Habatusauda sebagai bahan utama bersama campuran makanan sunah seperti Kurma, Appricot, bluberri, green tea , Madu, buah delima sebagai perisa tambahan turut dicampur bagi memberi khasiat yang lebih berkesan pada pengguna. GGM juga merupakan satu-satunya produk kecantikan dan kesihatan dalam wanita yang tiada kolagen, mengurangkan risiko masalah kesihatan di samping itu mampu membantu kulit lebih cerah, anjal dan bermaya sepanjang masa. Dalam erti kata “JELITA TANPA DERITA”.




Khasiat campuran buahan-buahan, habatusauda bersama susu kambing yang diimport khas dari New Zealand yang berkualiti tinggi mampu memberi kesan yang amat baik untuk tubuh badan. Antara kelebihan produk GGM adalah dapat berfungsi untuk menurunkan tekanan darah, membantu menyelesaikan masalah kitaran haid yang tidak teratur dan segugut yang kuat, membantu menurunkan kolestrol, membantu melancarkan system pencernaan, mengurangkan risiko kanser, dapat menghaluskan kulit dan menganjalkan kulit.




Susu Kambing pula amat kaya dengan Vitamin A,B, B2, C, D laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi dan juga protein. Susu kambing amat baik untuk tubuh badan dan dapat menjaga kesihatan jantung, melancarkan sistem percernaan, menurunkan berat badan dan menguatkan tulang. Bukan saja sesuai untuk produk kecantikan, GGM juga baik untuk kesihatan. 




Terdapat 2 perisa dalam setiap botol yang mengandungi 30 biji, iaitu epal dan coklat. GGM sesuai dimakan oleh pengguna lelaki dan juga perempuan dari peringkat awal remaja, dewasa hingga yang telah berusia. Hanya perlu ambil satu biji pagi sebelum sarapan dan satu biji sebelum tidur setiap hari untuk mendapatkan hasil yang cepat.


Sama seperti produk Jus D'Ria, produk GGM juga boleh didapati di pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.. 


Harga:
RM69.00 (Semenanjung Malaysia) 
RM79.00 (Sabah Sarawak)

Boleh dibeli melalui talian, stokis dan kedai-kedai jamu terpilih. 

Boleh layari 

Instagram:

Facebook: 
MediHerba 

Atau 

Di talian MEDIHERBAHQ: 
+6018-6610104



Jangan lupa, dapatkan produk GGM dan Jus D'Ria di pasaran sekarang!


Website:
www.mediherba.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...