Showing posts with label JJCMPB. Show all posts
Showing posts with label JJCMPB. Show all posts
Untuk perkongsian kali ini, aku nak share pengalaman berbuka puasa di hotel bertaraf 5 bintang iaitu di The Living Room, The Westin Hotel Kuala Lumpur. Jom! Berbuka Puasa Buffet di The Westin Hotel KL kali ini memang meriah bila kami pergi beramai-ramai. Antaranya team +Projek Travel  dan juga rakan-rakan bloggers. Jadi, untuk korang yang mencari tempat buffet Ramadan di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah pilih The Westin Hotel KL sebagai salah satu lokasi pilihan. Memang sesuai untuk dijadikan tempat berbuka puasa bersama family, rakan sepejabat ataupun sahabat handai. Jom, ikuti perkongsian kami menikmati juadah Buffet Ramadan 2017 di The Westin Hotel KL.


Signature Westin Briyani with Roasted Whole Lamb with Mint Sauce and Lamb Jus


The Westin Hotel KL terletak betul-betul berhadapan dengan Pavilion. Kalau korang drive ke sini, hanya perlu waze "The Westin Hotel KL". Kalau nak guna public transport, korang boleh naik monorail dan berhenti di Stesen Bukit Bintang. Hanya perlu menapak sikit ke arah Pavilion dan dah sampai. Memang mudah untuk diakses, cumanya kalau hari bekerja mungkin jalan agak sibuk sikit dan traffic jam. So, bertabahlah ye!


Ok, back to our topic. Meh nak cerita sedikit-sebanyak tentang The Living Room. Dekorasi dan tatarias The Living Room ini bercirikan kontemporari dan elegan. Basically, ruangan ini merupakan ruangan khas untuk menikmati juadah secara interaktif dan santai. The Westin Hotel KL merupakan salah satu hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan pengalaman menikmati hidangan istimewa yang eksklusif dengan selesa. Dengan tagline, "Dine With Confidence At The Westin Kuala Lumpur", korang akan menikmati pengalaman makan yang sangat eksklusif!


The Living Room, The Westin Hotel Kuala Lumpur


Juadah yang dihidangkan di The Westin Hotel Kuala Lumpur adalah hasil air tangan chef terkemuka iaitu Executive Chef Rudy Junaidie yang bertindak selaku Director of Kitchens. Chef Rudy telah berkhidmat bersama Starwoods Hotels & Resorts sejak tahun 1995 bermula dengan Sheraton Langkawi Beach Resort sebagai Executive Sous Chef sebelum dilantik menjadi Executive Chef. Kemudian, Chef Rudy meneruskan khidmatnya sebagai Assistant Director of Kitchens di Westin Hotel Kuala Lumpur selama 3 tahun. Selepas itu, Chef Rudy berpindah ke Sheraton Subang Hotel & Towers apabila dilantik sebagai Director of Food & Baverages. Kini, Chef Rudy kembali berkhidmat di The Westin Hotel KL untuk tempoh 4 tahun dan Sheraton Macao Hotel untuk tempoh 2 tahun. Dengan pengalaman dan kepakaran yang diraih dalam tempoh 20 tahun, jadi tidak hairanlah kenapa makanan-makanan yang disajikan di sini sangat best dan bertaraf antarabangsa.


Satu lagi berita baik untuk para pelanggan, dalam usaha memberi pengalaman yang terbaik di The Westin Hotel KL, mereka telahpun berjaya mendapatkan sijil Halal untuk kitchen yang berperasi di Level LG1 dan untuk The Living Room. Tahniah diucapkan kepada warga The Westin Hotel atas usaha keras untuk mendapatkan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Buffet Ramadan The Westin Hotel KL 


Mesti korang tak sabar nak tahu kan, apa menu istimewa di Buffet Ramadan The Westin Hotel KL? Pendek kata, rata-rata sajian yang disediakan di sini, jarang dijumpai di buffet-buffet Ramadan di tempat lain. Aku boleh katakakan, pengalaman berbuka puasa di sini adalah yang terbaik dan lain dari yang lain. Jom kita tengok apakah menu yang dihidangkan?


Persembahan Akustik


Pembuka selera


Laksa dan Mee Kari


Antara menu utama yang disediakan adalah sajian hidangan tradisional yang menampilkan menu dari 14 buah negeri di Malaysia. Bukan itu sahaja, The Westin Hotel Kuala Lumpur juga ada menyediakan menu masakan antarabangsa (western food) dari seluruh dunia.


Steak


Aneka jenis kerabu


Terdapat pelbagai menu hidangan yang sediakan seperti Ayam Bakar Percik Sri Kelantan (Slow Roasted Chicken with Coconut Lemongrass Sauce), Ikan Patin Assam Tempoyak (Silver Catfish with Spicy Tumeric Coconut), Signature Westin Biryani (Rice Briyani with “Mamak” Omelette and Braised Spice Pineapple Cucumber Sesame Seed) bersama Kambing Panggang dengan Mint Sauce dan Lamb Jus dan banyak lagi! 




Lala masak berlada


Hidangan utama pula adalah Nasi Kandar Utara Mai dengan pilihan bersama Keting Kambing Kandar, Daging Kandar, Ayam Kandar dan Sos Hitam (Kambing, Ayam dan Daging Masak di Spices Indian). Tidak lupa pelbagai kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut (dessert) yang pastinya akan memikat selera anda!


Yong tau fu


Salad


Vege


Aneka jenis kuih-muih Melayu



Air tebu, air kacang soya dan air bandung


Aneka jenis puding dan dessert


Buah potong yang fresh dan sejuk


Ais krim keladi, mangga, strawberri dan 


Aneka seleksi topping ais krim


Jeruk buah


Pendek kata, seleksi menu di sini sangat banyak dan eksklusif. Contohnya, bahagian buah-buahan mereka menghidangkan buah-buahan yang fresh dan lain dari yang lain seperti manggis. Ais krim pula dihidangkan dengan aneka perisa seperti strawberry, coklat, vanila, keladi dan mango. Lagi satu, mereka juga ada menyediakan froyo iaitu ais krim yogurt. Hah, susah kan nak dapat di tempat lain? Paling penting, makanan yang dihidangkan sangat sedap dan pelbagai. Termasuklah bahagian desserts yang menyajikan aneka jenis kek, pastri dan kuih-muih. Fuh, berbaloi-baloi.


Harga Buffet Ramadan 2017


RM158 nett per person

Tarikh:
29 May to 23 June, 2017

Diskaun
  • Ahli SPG dan Beyond Dining akan dapat menikmati diskaun sehingga 20% untuk sebarang promosi yang berkaitan dan hanya untuk makanan sahaja 
  • Pengguna kad Bank daripada bank-bank utama akan dapat menikmati diskaun sehingga 20% untuk sebarang promosi yang berkaitan dan hanya untuk makanan sahaja 
  • Percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun 
  • Diskaun 50% untuk kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun

Kalau korang nak buat reservation/ booking, bolehlah hubungi Westin Dining di talian 603.2731.8338 ataupun terus ke website www.westindining.com.my untuk maklumat lanjut. Untuk mengetahui info-info lanjut dan promosi-promosi terkini berkaitan The Westin Hotel KL, bolehlah follow mereka di laman media sosial seperti berikut:


Website:

Facebook:

Instagram:


Selamat mencuba!
Edisi Buffet Ramadhan 2017 yang seterusnya adalah di Restoran Kontiki, The Federal KL. The Federal KL menghidangkan menu berbuka puasa dengan bertemakan Sajian Nostalgia 60 Tahun Bersama Hotel Federal sempena Ulang Tahun kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-60. Actualy, terdapat lebih kurang 100 menu makanan yang disediakan di sini termasuklah hidangan kegemaran Perdana Menteri kita Yang Pertama iaitu Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj. Mesti korang excited nak tahu kan, apakah menu favorite mantan Perdana Menteri kita yang pertama? Jom, cekidout! 


Berbuka puasa di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel KL


Buffet Ramadan Kontiki Restaurant


Kontiki Restaurant, The Federal KL


Ok, sebelum kita tengok menu-menu isitmewa yang disediakan di Buffet Ramadan Kontiki Restaurant, The Federal KL, apa kata kita tengok dulu menu favorite Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj. 


Ikan Goreng Serai
Sambal Udang Petai
Daging Pedas
Itik Golek
Ketam Masak Sos Tomato
Ayam Masak Kuning
Ayam Masak Kicap


Sambal Udang Petai


Berita baiknya, korang boleh cuba menu-menu yang disebutkan di buffet Ramadan Kontiki Restaurant. Jadi, jangan lupa datang beramai-ramai ke The Federal Hotel KL untuk menikmati sendiri pengalaman berbuka puasa.


Sajian Nostalgia 60 Tahun Bersama Hotel Federal 


Kalau nak disebutkan satu per satu juadah yang ada di sini, memang tak habislah. Jadi, apa kata kita seneraikan antara seleksi menu yang ditawarkan di sini. Mana tahu kan, ada yang bercadang nak berbuka puasa di The Federal KL, jadi bolehlah buat rujukan. Ok, kita mulakan dari pembuka selera (appetizer).


Antara menu appetizers yang ada adalah Gado Gado, rojak buah, ulam-ulam kampung, ikan masin, tauhu sumbat, pulut kuning dengan serunding, acar buah acar rampai, tempe goreng pedas, ikan rebus goreng, kerabu mangga, dan kerabu daging. Dan, pastinya ikan rebus goreng yang menjadi pilihan aku. Dimakan pula dengan pulut kuning dan serunding. Pergh, padu beb!  


Ikan rebus goteng, pulut kuning dan serunding


Aneka jenis kerabu dan sambal


Menu utama pula, mereka menyajikan menu masakan Melayu dan juga menu antarabangsa seperti Sushi & Shashimi, Roasted & Steamed Chicken, Pucuk Manis Lemak Keledek, Ayam Padprik, Braised Assorted Mushroom with vegetable, Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille, Roasted Duck with Quick Orange Sauce, Paru Goreng Berempah, Dalca Kambing, Mussel Masak Pedas Asam, Lamb Kofta, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Ayam Kurma Berkentang, Hungarian Beef Goulash, Pasta Arabiata, Fried Tiger Prawns with Thick Soya Sauce, Sayor Kobis Goreng Cendawan, Baked Pumpkin with Provencal Herb, Daging Kurma Berkentang, Char Grilled Minute Steak Glazed with Mustard Grain Sauce and Fried Onion, Pasta Aglio-olio dan banyak lagi.


Seleksi juadah local dan international


Selain itu, untuk peminat-peminat bubur atau soup, buffet Ramadan di Kontiki Restaurant ada menyediakan stall khas untuk menu-menu tersebut. Antarnya adalah Cream of mushroom, Four Treasure with Crabmeat, Cream of Tomato, Seafood Chowder,dan Bubur Lambuk.



Pastinya, kalau datang berbuka puasa di sini, korang akan excited bila tengok BBQ Cylinder Station. Aku sendiri pun tak boleh tahan tengok apa yang ada. Memang berkobar-kobar nak makan. Antara menu yang dihidangkan di sini adalah Udang, kupang, ikan pari, peha ayam, satay ayam. satay daging, otak-otak, roti pita bersama ayam & kambing, murtabak & kari ayam, Kambing golek, ayam percik, dan.steamboat. Fuh, telan air liur laju-laju bila tengok.


Kmabing Golek


Udang, kupang, ikan pari, peha ayam


Untuk pencinta desserts, don't worry. Macam-macam jenis kuih-muih tradisional, biskut, kek, pastri dan puding disediakan. Hah, pilih je nak makan yang mana. Seriously, memang rambang mata nak try makan yang mana satu.


Kuih-muih tradisional


Overall, experience berbuka puasa di sini sangat best especially bila dapat makan seafood seperti udang, ketam, sotong dan kupang goreng celup tepung. Fuh, memang mengancam dan terbaik bhai. Korang patut cuba sendiri berbuka puasa di sini ataupaun pakej buffet yang ditawarkan di sini. Berbaloi-baloi!


Harga Buffet Ramadan

Dewasa:
RM 128 nett

Kanak-kanak:
RM 30 nett

Warga Emas:
50% off


Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut atau promosi-promosi hebat dan terkini dari pihak The Federal KL, bolehlah ikuti mereka di website dan laman media sosial mereka seperti berikut!


Website:


Facebook:


Instagram:


Twitter:


Selamat mencuba!

Lokasi Buffet Ramadan 2017 yang seterusnya adalah di Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur. Apa yang best tentang Quality Hotel adalah kedudukannya yang strategik.  Terletak di tengah ibu kota,  berdekatan dengan pengangkutan awam seperti Stesen KTM Bank Negara atau Stesen LRT Bandaraya dan paling penting berdekatan dengan pejabat-pejabat (MARA, CIMB, UOB, Bank Negara, dll) dan shopping mall (KL Sogo, Pertama Complex,  Busana MARA, Quill Mall)


Pendek kata,  memang sesuai kalau nak ajak member-member atau family berbuka puasa bersama di sini.  Kalau datang shopping di KL sogo pun, boleh sangat kalau nak datang singgah berbuka di sini. Sangat dekat. Kedudukan Quality Hotel terletak betul-betul bertentangan dengan bangunan MARA.


Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur


Buffet Ramadan Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur bertempat di Benteng Coffee House yang terletak di aras Groundfloor. Untuk edisi kali ini,  pihak Quality Hotel tampil dengan tema 'Juadah Berbuka Puasa, Tradisi Masakan Bonda' bermula dari 27 Mei sehingga 24 Jun 2017.



'Juadah Berbuka Puasa, Tradisi Masakan Bonda'


Buffet Ramadan di Quality Hotel ini menghidangkan lebih 100 seleksi dan variasi juadah. Bermula dari pembuka selera (appetizer), menu utama sehinggalah ke pencuci mulut (desserts),  pastinya hidangan yang ditawarkan akan membuatkan korang teruja.  Nak tahu apa menu yang ditawarkan Jom,  kita tengok!


Buffet Ramadan di Quality Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan Quality Hotel


Antara juadah yang ditawarkan adalah Lala Goreng Berlado, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Kapitan, Pajeri Nanas, Ikan Bawal Masak Tomato, Kambing Kuzi, Ikan Keli Sambal, Pucuk Manis Masak Lemak Keledek dan Kambing Bakar. Lauk-pauk yang enak dan lazat ini boleh dipadankan dan dinikmati bersama aneka jenis nasi seperti Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Nasi Tomato dan Nasi Hujan Panas.


Kambing Bakar dan Nasi Ayam


Lala Goreng Berlado


Paru Goreng Berlado


Sotong Goreng Sambal


Gulai Ikan


Daging Masak Kicap


Ayam Masak Merah


Nasi Hujan Panas


Selain itu, terdapat aneka pilihan pembuka selera dan salad seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Ikan Masin Goreng, Telur Ikan Goreng, Udang Goreng Berempah dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, juadah seperti Lemang dan Ketupat Palas juga turut disediakan. Yummeh!


Aneka Jenis Kerabu


Ketupat, Lemang, Serunding Ayam dan Serunding Daging


Buffet Ramadan di sini dimeriahkan lagi dengan adanya gerai-gerai yang membangkitkan suasana bazaar. Menyediakan lebih kurang 15 gerai makanan yang menyajikan pelbagai hidangan seperti Nasi Ayam, gerai Laksa, gerai Keropok Lekor & Pisang Goreng, gerai Sup Gear Box, Sup Ikan, Roti John, Murtabak Ayam, Roti Canai dan banyak lagi. Seriously, rambang mata nak pilih yang mana satu. Tapi, mata tak boleh nak menolak bila tengok sup gear box. Pergh, padu! Menu ni mesti cuba kalau datang berbuka puasa di Quality Hotel Kuala Lumpur.


Sup Gear Box


Laksa


Keropok dan Pisang Goreng


Tidak lengkap rasanya menu Buffet Ramadan tanpa adanya kuih-muih tradisional dan pencuci mulut. Aneka jenis kuih-muih seperti seri muka dan kek disediakan. Tidak ketinggalan pelbagai jenis buah-buahan juga disediakan. Paling best, bila dapat makan rojak buah. Fuh, macam-macam ada!


Kuih-muih Tradisional


Rojak Buah


Amacam?  Menarik tak menu-menu yang ditawarkan di Buffet Ramadan Quality Hotel Kuala Lumpur? Hah, kalau nak buat gathering, reunion atau berbuka puasa untuk rakan sepejabat, bolehlah book sini.


Harga Buffet Ramadan

Dewasa:
RM72++

Kanak-kanak:
RM52++


Jadi, untuk korang yang merancang untuk berbuka puasa di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur, bolehlah buat tempahan secepat mungkin. Kalau nak book, korang boleh hubungi 03-2614 8000.


Oh, lagi satu. Kalau korang nak tahu promosi terkini ataupun maklumat lebih details berkaitan Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur, bolehlah follow mereka di laman media sosial. Cekidout!


Website:

Facebook:

Instagram:

Twiiter:
Dulu, pernah share pengalaman menginap di Philea Resort & Spa Melaka (Klik sini). Kali ini, aku berpeluang untuk bertandang ke Philea Mines Beach Resort. Cuma kali ini bukan pergi untuk menginap, tapi untuk merasai sendiri suasana berbuka puasa, Buffet Ramadan di Philea Mines Beach Resort. Jujurnya, aku rasa cukup bertuah sebab dah merasa sendiri menu-menu yang dihidangkan di sini. Dan, tahun ini merupakan tahun pertama pihak Philea Mines Beach Resort mengadakan Buffet Ramadan selepas genap setahun beroperasi. So, kiranya antara orang yang terawal la ye? hehehe. 


Buffet Ramadan di Philea Mines Beach Resort


Philea Mines Beach Resort


Untuk korang yang pertama kali dengar tentang Philea Mines Beach Resort, ia terletak betul-betul berhampiran Mines Shopping Mall dan bersebelahan dengan MIEC (Mines International Exibitionist Center). Kalau korang drive, just boleh refer waze dan hanya perlu search "Philea Mines Beach Resort".


Philea Mines Beach Resort


Di saat pertama kali aku menjejakkan kaki ke Philea Mines Beach Resort, agak terpukau juga lah dengan keindahan resort ni. Tak sangka pula di celah-celah kesibukan bandar The Mines, ada terselit sebuah resort yang tersergam indah. So guys, kalau korang plan nak bercuti di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur, bolehlah letak resort ni dalam bucket list.


Buffet Ramadan Philea Mines Beach Resort



Philea Mines Beach Resort


Ok, back to topic about Buffet Ramadan at Philea Mines Beach Resort. Seperti yang korang sedia maklum, ini kali pertama pihak Philea Mines Beach Resort mengadakan buffet Ramadan kepada umum. So, kalau korang plan nak berbuka puasa beramai-ramai, tak kiralah bersama family, bersama kawan-kawan, ataupun berbuka bersama rakan-rakan office, bolehlah datang ke sini.


Ruang makan open air yang menghadap sunset



Ruangan kafe


Ada dua sections, iaitu ruangan tertutup dan ruangan terbuka. Kami tempoh hari berbuka puasa di ruangan terbuka dengan menghadap sunset. Subhanallah, cantik betul view sunset di sini. Amazing!

Menu Buffet Ramadan


Apa juadah special untuk Buffet Ramadan di Philea Mines Beach Resort? Kalau nak disebut satu per satu, memang tak akan habis. So, memandangkan aku ada snap gambar, jadi bolehlah share dengan korang semua antara menu-menu yang dihidangkan di sini. Cekidout!!!


Kurma


Antara juadah di Philea Mines Beach Resort adalah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pedas Johor, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli, Serawa Durian, Satay, Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy dan macam-macam lagi.


Appetizer


Ulam-ulaman, sambal tempoyak dan budu


Serawa durian, bubur dan pemanis mulut


Selain itu, kat sini juga ada beberapa stalls yang menyediakan menu-menu isitmewa untuk berbuka puasa. Antaranya adalah Mee Sup, Mee Hailam, Laksa, Kambing Bakar, Keropok Lekor, Pisang Goreng, Spaghetti Carbonara, Roti John, Murtabak, Roti Canai dan pelbagai juadah lagi Pendek kata, macam-macam ada, dari masakan Melayu sehinggalah ke hidangan barat (western food). 


Chesse Cake dan Chocolate Cake


Kuih-muih tradisional 


Kuih sagu


Aneka jenis buah-buahan


Antara hidangan yang sempat aku try adalah sup daging, gulai siput, dan lauk-pauk masakan Melayu. Tapi, hidangan paling aku suka adalah cheese cake. Seriously, cheese cake kat sini sangat sedap. Sampai 2 slices aku makan. Pergh. Padu beb! Paling best,  siap ada ais krim Malaysia pelbagai perisa dan Ais Batu Campur (ABC). 


Team +Projek Travel  dan rakan bloggers (Sahabat PT)


Overall, pengalaman berbuka puasa di sini sangat best. Bukan saja tenang dan relax dari kesibukan kota raya, malah dapat menikmati pemandangan indah di sekitar resort. Superb! Paling penting, juadah yang disediakan untuk berbuka puasa semuanya sedap-sedap. Blurpppp. Alhamdulillah.


Harga Buffet Ramadan

Dewasa
RM75 Nett

Kanak-kanak (5-12 tahun) / Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM40 Nett


So, kalau korang berminat nak mencuba sendiri buffet Ramadan di Philea Mines Beach Resort, bolehlah buat tempahan dan pergi beramai-ramai bersama family, sahabat handai mahupun rakan sepejabat. Selamat mencuba!

Booking / Reservation

Alamat:
Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Email:

Tempahan:
019-600 1558
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...