Showing posts with label FOODIES. Show all posts
Showing posts with label FOODIES. Show all posts
Siapa kat sini tak pernah makan Puding Raja? Seriously, korang patut try makan at least once! Aku dulu teringin nak try, tapi memandangkan Puding Raja ni susah nak dapat, so berzaman juga lah mencari. Then, jumpa la yang ada orang jual di kedai-kedai makan. Bila try, rasanya not bad. Baru-baru ni, member-member recommend suruh beli Puding Raja di Food Market, Sri Permisuri, Cheras. Memandangkan Food Market ni sebelah rumah je, so gigih pergi beli selepas balik kerja. Yes, ternyata tak sia-sia. Puding Raja di Food Market adalah yang paling sedap pernah aku makan. Pendek kata, cukup rasa, lemak manis, semua ada. 


Aku pernah share tentang Food Market dulu. Boleh baca kat sini! Food Market ni adalah the best stop centre untuk kita cari produk makanan unik dan legend yang kita teringin sangat nak makan dari seluruh pelosok negeri di Malaysia. Terkini, Puding Raja Pekan yang sememangnya terkenal di negeri Pahang. Jadi, orang yang duk di KL tak payah travel ke Pahang semata-mata nak try Puding Raja Pekan. Sekarang, boleh pergi ke Food Market Cheras, dah settle!


Puding Raja merupakan pencuci mulut (dessert) terkenal yang dihidangkan kepada kerabat diraja Pahang. Namun kini, ia terkenal sebagai produk makanan untuk rakyat jelata bukan hanya untuk rakyat Pahang, malah terkenal di seluruh Malaysia. Siapa sangka kan, menu diraja kini telah berjaya dikomersialkan kepada umum? Inilah salah satu keunikan produk makanan di Malaysia.


Bahan utama dalam menghasilkan Puding Raja adalah pisang lemak manis, prunes, buah ceri, kacang gajus, jala emas dan susu custard sebagai kuahnya. Mungkin ada sesetengah orang yang tak pernah tahu dan kenal Puding Raja, beginilah rupanya. Sekali pandang, memang dah jatuh cinta. Terliur tengok presentation dengan warna kuning keemasan dan ditambah pula dengan warna-wani buah ceri yang membangkitkan selera.


Apa yang menarik tentang Puding Raja Pekan di Food Market adalah ianya fresh! Stok yang dijual adalah terhad setiap hari dan rasanya sangat segar. Dari segi packaging, memang nampak eksklusif! Pendek kata, memang berbaloi! Nak beli untuk makan sendiri pun boleh, nak beli untuk bagi kat orang pun boleh. Yang penting, rasanya sedap dan memuaskan.


Dengan harga serendah RM9.90 sekotak, Puding Raja Pekan ini mampu memberikan kepuasan untuk korang yang sukakan dessert yang penuh dengan rasa dan warna. Jadi, kalau korang dah lama teringin nak makan Puding Raja ataupun dah lama tercari-cari The Best Puding Raja in Town, aku sarankan korang beli di Food Market. So far, dah 2 kali aku beli di Food Market. 3 kali pergi, habis sebab out of stock, hahaha. Nampak sangat Puding Raja Pekan di Food Market sekarang tengah laku keras.  


Cadangan aku untuk korang yang nak datang bali Puding Raja Pekan di Food Market, better whatsapp dulu tanya ada stok ke tak atau book siap-siap. Bukan apa, takut kempunan je nanti bila sampai stok pula habis, hehe. Bagi aku, tak ada masalah sebab dekat area rumah je. Lagipun, tak dapat beli Puding Raja, boleh beli produk makanan lain seperti pekasam daging, budu, kuih-muih tradisional dan macam-macam lagi. Memang Food Market ni boleh diibaratkan sebagai syurga makanan! 


Aku prefer makan Puding Raja sejuk-sejuk. So, lepas beli tu simpan dulu dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru campurkan susu custard ke dalam Puding Raja untuk dinikmati bersama. Fuh, memang padu!


Nampak gayanya, sudah dua kali aku beli Puding Raja di Food Market. Ada tendency untuk repeat lagi next time. Bukan apa, kadang-kadang kita nak makan sesuatu yang berbeza. Nak tukar selera makan sesuatu yang baru. Jadi, Puding Raja adalah salah satu hidangan bagi aku yang dapat memberikan rasa yang unik dan memberi nikmat yang berbeza. 


Kalau korang berhajat nak pergi sendiri ke Foodmarket™ , boleh lah berkunjung ke outlet mereka yang terdekat. Jangan risau, Food Market dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Check it out!

Alamat: 
FOODMARKET SERI PERMAISURI, CHERAS
Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, 
Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, 
Kuala Lumpur.

No Telefon: 
019-666 4889

Email: 
foodmarket.my@gmail.com 

Laman web: 

Instagram: 

Facebook: 

Selamat mencuba!

Kalau korang mencari produk makanan tempatan dari serata negeri, datanglah ke Foodmarket™ Sri Permaisuri, Cheras. Seriously, first time aku masuk ke Foodmarket™, memang excited. Mana taknya, pelbagai produk makanan dari serata negeri ada. Paling best, packaging produk kat sini kemas dan cantik. Pendek kata, memang sesuai untuk bawa travel. Untuk korang yang rindukan makanan tempatan negeri masing-masing, datanglah ke Foodmarket™. Pasti jumpa produk makanan favorite korang. Macam aku, sah-sah lah rindu budu dan petai jeruk. Itu pun ada kat sini. Terbaik!




Sekarang, berlangsungnya Perlis Week bermula 12 Disember sehingga 16 Disember 2018 di gedung istimewa Foodmarket™. Apa yang aku suka tentang Foodmarket™ adalah mereka sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi dan produk makanan Melayu dari desa. Contohnya, untuk bulan Disember sempena penutup tirai 2018, Foodmarket™ memilih negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di utara Semenanjung Malaysia sebagai pilihan untuk diketengahkan iaitu Perlis. Negeri Perlis yang hanya mempunyai keluasan 821 km persegi ini jarang-jarang sekali dikenali melainkan ‘pelam harum manis’.

Negeri yang kecil ini sebenarnya mempunya pelbagai makanan tradisi yang menarik dan unik. Sekiranya ditanya kepada orang ramai, mungkin ramai yang tidak tahu malah mungkin tidak pernah mendengar atau merasainya.

Atas faktor ini Foodmarket™ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, mereka telah melakukan persiapan hampir sebulan lebih bagi menjayakan program ‘Perlis Week’ di Foodmarket™ bermula pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018. Program ini berjalan serentak di kedua-dua cawangan Foodmarket™ yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam.






Program ‘Perlis Week’ ini telah dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 di cawangan pertama mereka iaitu Foodmarket™ Bandar Seri Permaisuri.






Apa yang menarik ketika program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi. Jadi, kalau korang teringin nak cuba makanan dari Perlis, boleh cuba dapatkan terus dari Foodmarket™. Sekarang lebih mudah, tak perlu travel ke Perlis sekiranya teringin sangat nak beli produk makanan istimewa Perlis.




Walaupun program ini nampak ringkas dan mudah, sebenarnya banyak kajian dan usaha telah diletakkan bagi menjayakan program ini. Pasukan kreatif dari Foodmarket™ telah berkampung di Perlis selama seminggu semata-mata untuk menjelajah ceruk-ceruk pekan dan kampung bagi mencari produk-produk yang unik serta mempunyai nilai komersil yang boleh dibawa ke Kuala Lumpur. Selain itu, Perlis Week ini juga istimewa kerana telah temuramah orang-orang tua bagi mengenali kuih-muih serta makanan tradisi Perlis yang ada sebahagiannya sukar untuk didapati walaupun di negeri itu sendiri.




Semua usaha ini tak akan terhasil dengan jayanya tanpa bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis. Perlis Week di Foodmarket™ bertuah keranah Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis juga turut berkenan dan mencemar duli membantu tim Foodmarket™ sepanjang berada di negeri Perlis yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Semua dapatan ini telah didokumentasi dan boleh dilihat di Youtube Foodmarket™. Jadi, aku sangat kagum dengan keringat dan usaha yang telah dicurahkan oleh pihak Foodmarket™ dalam mempopularkan produk makanan tempatan. Good job!




Antara perkara menarik sepanjang menjalankan program ini, salah satunya adalah makanan yang tidak asing  utara termasuklah di Perlis iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang. Actually, aku sendiri pun  baru tahu yang laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Pastinya menu istimewa ini turut ada dan dihidangkan sempena ‘Perlis Week’ di Foodmarket™. So, kalau korang nak try pekena laksa Perlis, jangan lupa pakat mai ramai-ramai.



Pekasam juga antara makanan kegemaran orang-orang Perlis. Istimewanya pekasam Perlis menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor. Orang Perlis juga terkenal dengan pekasam daging. Pekasam daging selalunya digoreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi. Pastinya pekasam-pekasam istimewa ini ada sepanjang ‘Perlis Week’ nanti. Video cara menyediakan masakan juga ada di Youtube dan juga di Instagram Foodmarket™.  Jujurnya, aku sangat suka pekasam ikan. Sekarang, excited nak try pekasam daging.


PRODUK MAKANAN PERLIS DI FOODMARKET™


1) Pekasam Ikan



2) Pekasam Daging



3) BelacanMadu Perlis



4) Serunding Ikan, Rendang Daging dan Ketupat



5) Jeruk Buah Perlis 



Jangan lepaskan peluang untuk ke Foodmarket™ dan dapatkan produk makanan istimewa dari Perlis. Sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan eksklusif hanya ketika program ini berlangsung sahaja. Antaranya kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini.

Semua warga Kuala Lumpur, terutamnya pencinta makanan tradisi serta ‘food connoisseur, jom sama-sama ke Foodmarket™ untuk sama-sama datang ke Foodmarket™ sempena Perlis Week. Macam-macam ada!

Info mengenai Foodmarket™

Foodmarket™ diasaskan pada tahun 2015 dengan permulaan sebagai kedai maya www.foodmarket.com.my dan pada Oktober 2017 atas permintaan ramai, kedai pertama Foodmarket™ dibuka di Bandar Seri Permaisuri. Foodmarket™ hanya memfokuskan kepada produk unik dan tradisi yang bercirikan Malaysia yang kebanyakannya telah diberi nafas baru dengan penambah baikan pembungkusan dan reka bentuk yang lebih menarik, moden dan chic.

Pelanggan Foodmarket™ rata-ratanya adalah dari warga kota, pelancong malah produk-produk dari Foodmarket™ menjadi pilihan ramai sosialit di Kuala Lumpur serta kerabat DiRaja. Produk-produk yang dibawa dititikberatkan keaslian tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang lebih baik dalam kelas tersendiri, melangkaui apa yang ada dipasaran ketika ini.

Ketika ini terdapat hampir 500 jenis produk makanan tradisi seperti sambal, budu, cincalok, pekasam, tempoyak dan pelbagai hasilan desa, industri kecil dan sederhana serta produk artisan berada dibawah bumbung Foodmarket™.

Antara produk yang menarik minat aku yang ada di Foodmarket™ adalah budu, roti tongkat, petai jeruk dan pelbagai jenis sambal.






Kalau korang berhajat nak pergi sendiri ke Foodmarket™ , boleh lah berkunjung ke outlet mereka yang terdekat. Check it out! 


Alamat: 

FOODMARKET SERI PERMAISURI, CHERAS
Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, 
Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, 
Kuala Lumpur.

No Telefon: 
019-666.4889

FOODMARKET DENAI ALAM, SHAH ALAM
Foodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H, 
Denai Alam, 47000 Shah Alam, 
Selangor

No Telefon: 
0192706003

Email: 
foodmarket.my@gmail.com 

Laman web: 

Instagram: 




Tahukah Anda? Foodmarket™


  • Cawangan pertama Foodmarket™ adalah di Bandar Seri Permasuri yang dibuka selepas dua tahun laman web Foodmarket dilancarkan.
  • Foodmarket™ telah menerima anugerah ‘Social Entrepreneur’ yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh MDEC.
  • Kesemua produk yang ada di Foodmarket adalah Halal.
  • Setiap usahawan yang ingin meletakkan produk makanan mereka di situ perlu mempunyai keunikan dan ciri-ciri Malaysia.
  • Foodmarket menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan penjenamaan sesebuah produk kepada usahawan yang memerlukan.
Tahun lepas, aku ada share serba-sedikit tentang MY Delicacies di blog. Kalau korang tak pernah baca atau tak pernah tahu tentang MY Delicacies sebelum ini, boleh baca sini > MY Delicacies. MY Delicacies bukan asing lagi bagi aku. Disebabkan lokasi kiosk dan shoplot MY Delicacies di Busana MARA dekat dengan office, memang selalu singgah sini. Kalau time lunch, kadang-kadang singgah sini untuk dapatkan kudapan, lepas tu letak di workstation. Seriously, memang excited bila tengok banyak kudapan, biskut raya, kerepek dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua ada macam one stop centre untuk beli kudapan. Paling best, biskut raya atau kudapan di sini bukan bermusim, tetapi MY Delicacies menjualnya sepanjang tahun.




Memandangkan bulan Ramadan sudahpun bermula dan musim perayaan akan berkunjung tiba. Satu inisiatif pihak MY Delicacies adalah membuka satu shoplot baru yang lebih besar dan selesa di Busana MARA bagi memenuhi kehendak pelanggan. Memulakan operasi pada tahun 2015, kini MY Delicacies semakin mendapat sambutan hebat dari vendors dan para pelanggan. Jadi, tak hairanlah kalau tengok MY Delicacies semakin berkembang maju dan sukses. Tahniah!


BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT


Sempena majlis perasmian pembukaan shoplot MY Delicacies dan pelancaran produk baru di MY Delicacies Busana MARA, aku berpeluang dan berkesempatan untuk turut serta menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat. Kalau nak tahu, shoplot MY Delicacies ni terletak berdekatan dengan SUBWAY iaitu di kaki lima di Busana MARA menghala ke bangunan MARA.





Alhamdulillah, settle majlis bacaan yasin dan doa selamat, majlis diteruskan dengan majlis pelancaran produk baru di MY Delicacies dan juga kempen terbaru. Nak tahu kempen apa? Hah, korang kena baca la perkongsian aku kat sini. Cekidout!


KIOSK MY DELICACIES, BUSANA MARA

Kalau tahun lepas, aku bercerita tentang beli kudapan di Kiosk MY Delicacies di Busana MARA, kali ini aku nak bercerita tentang shoplot baru MY Delicacies di Busana MARA. Kiosk ni terletak betul-betul di depan Mc Donald, shoplot pula terletak tak jauh dari Kiosk MY Delicacies. So, don't worry. Kalau sampai di Busana MARA, korang jalan-jalan je di Ground Floor, confrim boleh jumpa. Percayalah, kalau korang datang sini tak akan menyesal. Sebabnya? Macam-macam ada. Bukan sekadar biskut raya dan kudapan, malah pelbagai jenis sambal sepert sambal hitam pun ada.








SHOPLOT MY DELICACIES


Kalau tak jumpa shoplot MY Delicacies di Busana MARA, korang jalan je menghala ke Bangunan MARA. Confrim, akan jumpa. Apa yang menarik, outlet MY Delicacies ni lebih besar, lebih selesa especially untuk para pelanggan untuk membeli-belah.




Lagi satu keistimewaan membeli-belah di MY Delicacies, mereka menyediakan samples untuk testing. So, korang boleh rasa dulu, pastikan betul-betul sedap, then baru beli. It's fair right? Tak nak lah, nanti bila dah beli, bawa balik rumah, try makan terapi rasanya mengecewakan. It'll never happen di MY Delicacies. Kat sini juga, aku dah jumpa biskut favorite aku yang sedap iaitu Biskut Makmur. Yummeh!




KEMPEN KAD RAYA 


Sejajar dengan pelancaran produk biskut raya sempena hari raya yang bakal kunjung tiba, pihak MY Delicacies juga telah melancarkan Kempen Kada Raya buat yang tesayang. Macam mana tu? Kalau korang berminat nak dapatkan kad raya ni, korang hanya perlu membuat pembelian RM30 ke atas di MY Delicacies. Kemudian, korang boleh dapat kad raya dan serahkan kepada pihak MY Delicacies untuk proses penghantaran secara percuma. Menarik kan? Korang yang dah lama tak hantar kad raya, boleh lah datang sini untuk buat kejutan kepada mak ayah di kampung, sahabat-handai yang dah lama tak bersua dan sanak-saudara. Tahukah anda? Saat menerima kad raya, itulah saat yang bermakna untuk seseorang. Nampak simple je kan? Tapi, di situlah terbitnya kegembiraan.




IMPIAN PUAN SUHAILY HAMZAH


Impian founder MY Delicacies iaitu Puan Suhaily Hamzah adalah untuk membantu semua usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam memasarkan produk mereka. Bukan mudah, nak memasarkan produk tanpa ilmu pemasaran. Jadi, kepada korang yang dah ada produk, tetapi masih buntu nak jual kat mana, jualan pun tak pulang modal, satu alternatif yang korang ada adalah bekerjasama dengan MY Delicacies. Korang boleh letak produk untuk dijual di MY Delicacies.




Pada tahun 2017, My Delicacies mendapat kepercayaan dari MARA sebagai “BUYER” di KUD 2017. Dengan mandat dan kepercayaan yang diberikan ini, usahawan bumiputera boleh meletakkan produk mereka di ruang niaga My Delicacies untuk dipromosikan dan dijual kepada pelanggan. Bila dah letak produk di My Delicacies, korang tak perlu risau. Mereka akan uruskan segalanya dari segi promosi dan juga jualan produk. Paling best, My Delicacies juga akan menjual produk-produk ini tak kira musim. Contohnya, kalau korang buat kuih raya, bukan time musim raya je dorang akan jual, malah sepanjang tahun. 







Kelebihan My Delicacies
  1. Produk akan dipromosikan selama 365 hari di semua kedai,kiosk sera booth bergerak MyDelicacies.
  2. Promosi berterusan di media sosial.
  3. Networking dengan vendor-vendor lain.
  4. Khidmat nasihat mengenai production, penglabelan, pembungkusan serta marketin



Perkhidmatan My Delicacies
  1. Membekalkan produk serunding daging tempatan yang dimasak secara tradisional menggunakan api kayu dan tembaga berkualiti.
  2. Menjual secara runcit dan borong
  3. Menyediakan dan membekalkan makanan tradisional,kuih raya,kerepek,dodol yang berkualiti dan sedap
  4. Menyediakan dan membekalkan produk makanan yang sedia dimakan
  5. Menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran ke lokasi yang berdekatan.
  6. Hot items di My delicacies:
    • SAMBAL HITAM MENANGIS
    • SAMBAL KICAP
    • SAMBAL TEMPOYAK
    • SAMBAL IKAN MASIN.

HARI HARI RASA RAYA


Memang kena dengan tagline MY Delicacies, 'Hari Hari Rasa Raya", mereka menjual semua produk especially biskut raya bukan hanya di musim raya, malah sepanjang tahun. Jadi, korang tak payah nak mengidam biskut raya, tak payah tunggu misum raya macam biasa, sekarang setiap hari boleh beli.








SERUNDING DAGING TEMPATAN

Selain kudapan dan kuih-muih raya, satu lagi produk yang mendapat sambutan adalah Serunding Daging Tempatan. Kalau korang nak dapatkan Serunding Daging Tempatan, fresh dari Kampung Laut, Kelantan boleh dapatkan di MY Delicacies. Rasanya memang umphhhh! Sedap. Bulan-bulan puasa ni, memang wajib ada lah untuk berbukap uasa dan bersahur.





Kalau korang teringin nak dapatkan kudapan, biskut raya atau serunding daging tempatan, bolehlah berkunjung ke MY Delicacies. Sekarang mudah, tak payah nak gi banyak kedai untuk beli semua yang kita nak. Singgah MY Delicacies je, semua ada. Jimat masa, jimat tenaga. Untuk maklumat lanjut tentang My Delicacies, korang boleh kunjungi My Delicacies yang berhampiran ataupun kunjungi laman media sosial mereka untuk mengetahui promosi terkini!




LOKASI MY DELICACIES


Busana MARA, KL
Busana Mara 232,Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur


Jakel Square
Lot G.04, (Ground Floor) ,Signature A&B Lot 159, Jakel Square , Persiaran Capsquare Off Jalan Munshi Abdullah 50100 Kuala Lumpur.


Facebook: 


Instagram: 


Email: 
mydelicacies17@gmail.com
Sempena bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba, aku nak share tentang pakej istimewa berbuka puasa di Grandmama's Pavilion KL. Jujurnya, ini first time aku berkunjung ke Restoran Grandmama's. Ingat ke ada satu je outlet Grandmama's di Malaysia. Rupa-rupanya, Grandmama's sudah ada 4 outlet iaitu di Pavilion KL, Intermark Mall, KLIA dan Genting Highlands. Tetapi, untuk pakej istimewa sempena Bulan Ramadan tahun ini, hanya ada di outlet Grandmama's Pavilion KL dan Intermark Mall sahaja.


Perghhh...Sedap! Jom Lobster!


Tagline untuk hidangan istimewa sempena Ramadan di Grandmama's tahun ini adalah "Perghhh...Sedap! Jom Lobster!". Biasanya, kalau pergi ke buffet-buffet Ramadan atau berbuka puasa di hotel-hotel, pastinya kambing golek akan jadi perhatian kan? Lain pula dengan konsep yang diketengahkan oleh pihak Grandmama's. Kal ini, mereka bawakan lobster sebagai hidangan utama. 




First impression bila dapat tahu tentang Restoran Grandmama's? Benda pertama yang terlintas di fikiran, restoran ni mesti hidangkan masakan kampung dan resipi asli turun-temurun. Bila sampai sana, terpampang tagline Grandmama's "Flavours of Malaysia". Jadi, betullah sangkaan aku sebelum ini. Grandmama's memang cukup terkenal dengan menu tempatan yang disukai oleh seluruh rakyat Malaysia. So, excited juga lah. Maklumlah, first time nak try makan di Restoran Grandmama's.




Bagi korang yang datang ke Pavilion KL, jangan lupa untuk singgah di Grandmama's yang terletak di tingkat 6. Salah satu tarikan yang ada di outlet Pavilion KL adalah mural seorang nenek yang sedang menunggang motosikal dengan penuh gaya dan stylo. Apa lagi? Terus snap photo untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.


Grandmama's Pavilion KL


Grandmama's memperkenalkan dua menu utama sebagai sajian utama sempena Ramadan tahun ini iaitu Lobster Curry Hot Pot dan Lobster Masak Merah. Kalau ditanya, "Lobster mana satu yang best?". Bagi pendapat aku, aku lebih suka makan Lobster Curry Hot Pot. Dengan ketulan isi lobster yang segar, kuah kari yang pekat dan kaw, memang Perghhhhhh... Sedap! Sesuai dengan tagline, hahaha. 



Lobster Curry Hot Pot



Lobster Masak Merah


Bagi korang yang tak berapa gemar makan kari, don't worry! Ada lagi satu pilihan lain iaitu Lobster Masak Merah. Dua jenis masakan yang berbeza, Grandmama's memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih menu kegemaran. Pemilihan lobster yang besar dan segar menjadikan menu lobster di Grandmama's akan menjadi tumpuan untuk berbuka puasa.




Untuk menu berbuka puasa kali ini, kita boleh pilih sama ada nak order Set A untuk 2-3 pax atau Set B untuk 4-5 pax. Kesemua set akan dihidangkan bersama kuih-muih, kurma, nasi putih, keropok ikan dan sambal belacan. Pendek kata, memang complete set! Selain diberi pilihan untuk kita tentukan jenis masakan bagi lobster, kita juga boleh pilih lauk-pauk yang nak kita order bagi Set A dan Set B dari senarai menu Sedap Dishes Category A dan Category B. Jom, kita tengok senarai Sedap Dishes yang ada.


Hidangan Lobster Masak Merah

Sedap Dishes

Untuk Set A, kita akan dihidangkan dengan lobster dan 3 menu pilihan dari senarai Sedap Dishes. Untuk Set B pula, kita akan dihidangkan dengan lobster dan 5 menu pilihan dari senarai Sedap Dishes. Jadi, terpulang kepada kita semua nak order apa. Yang penting, menu-menu dari Grandmama's memang sedap-sedap.



Set A dengan pilihan Lobster Curry Hot Pot


SET A (RM238+)
Lobster Curry Hot Pot atau Lobster Masak Merah
3 Sedap Dishes
Category A - Pilih 2 menu
Category B - Pilih 1 menu


Set B dengan pilihan Lobster Masak Merah


SET B (RM388+)
Lobster Curry Hot Pot atau Lobster Masak Merah
5 Sedap Dishes
Category A - Pilih 3 menu
Category B - Pilih 2 menu


Antara menu-menu yang ada dalam senarai untuk melengkapkan hidangan Set A dan Set B adalah seperti berikut:





Sedap Dishes Category A


FISH

  1. Deep Fried Fish Fillet With Mayonnaise Sauce
  2. Assam Pedas Fish Fillet
  3. Pepper Salt Fish Fillet
  4. Sweet & Sour Fish Fillet


CHICKEN
  1. Deep Fried Spice Chicken
  2. Ayam Masak Merah
  3. Sweet & Sour Chicken
  4. Curry Chicken
  5. Deep Fried Chicken Drumstick
  6. Burung Puyuh With Homemade Chili Sauce


BEEF
  1. Black Pepper Sauce Beef with Cashew Nuts
  2. Beef Rendang


BEANCURD
  1. Sun Kong Beancurd
  2. Braised Beancurd With Minced Meat
  3. Steamed Beancurd With Dried Shrimp




Sedap Dishes Category B

  1. Lo Han Style Mixed Vegetables
  2. Paku Sambal Belacan
  3. Fried Baby Sweet Potato Lefs With Garlic
  4. Stir Fried Kailan
  5. Pak Choy With Oyster Sauce
  6. Foo Yong Fried Eggs
  7. Plain Fried Eggs

Selain menu utama dari Sedap Dishes dan Lobster, Grandmama's juga menawarkan menu-menu lain untuk add-on. Kalau korang rasa nak order lauk-pauk lain yang tiada dalam senarai Sedap Dishes, korang boleh order menu-menu yang ada dalam senarai add-ons.




Add-Ons

*Terhad untuk 1 add-on bagi setiap set*

  1. Seafood Curry Hot Pot (RM49+)
  2. Fish Head Curry Hot Up (RM32+)
  3. Homemade Tomato Chili Prawns (RM36+)
  4. Sea Bass with Chili Lime / Sweet & Sour Sauce (RM52+)





Untuk minuman dan pencuci mulut pula, pihak Grandmama's menawarkan minuman isitimewa iaitu Coconut Ice Blended, Bandung Sagu dan Lin Chee Kang. Pilihan aku untuk kali ini adalah Coconut Ice Blended dan Lin Chee Kang. Seriously, sedap gila Coconut Ice Blended dekat sini. Selain itu, Lin Chee Kang di Grandmama's agak unik sebabnya siap ada telur puyuh.


Dessert & Drinks


Coconut Ice Blended (RM13.90+)


Lin Chee Kang (RM8.90+)


Overall, pengalaman pertama kali menjamu selere di Grandmama's Pavilion KL sangat berpuas hati. Menu yang ditawarkan sangat banyak dan menu yang dihidangkan memang kena dengan selera kita sebagai rakyat Malaysia. So guys, kalau korang mencari tempat berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan atau family, bolehlah pilih Grandmama's. Tapi kena ingat, menu istimewa berbuka puasa ni hanya ada di Grandmama's Pavilion KL dan Grandmama's Intermark Mall sahaja. 


Outlet Grandmama's




Kalau korang plan nak buat reservation dan berbuka puasa di Grandmama's, berikut disertakan alamat outlet Grandmama's dan contact details untuk dihubungi. Promosi hidangan istimewa ini akan bermula pada 17 May 2018 sehingga 14 Jun 2018.


GRANDMAMA'S (Pavilion KL)

Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion KL, 
168 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2143 9333
Fax: 03-2143 9222

Email: 
grandmamapkl@gmail.com


GRANDMAMA'S (Intermark Mall)

Lot G-12, Intermark Mall, 
348 Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2181 2839
Fax: 03-2181 2839

Email: 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...