Showing posts with label EVENT. Show all posts
Showing posts with label EVENT. Show all posts
Tanggal 16 Januari 2017, Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah diadakan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Majlis yang gilang-gemilang itu dirasmikan oleh Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia bersempena dengan Malaysia FinTech Ecosystem Conference. Pelancaran GT Dollar Malaysia membuktikan kemunculan e-commerce dalam industri perniagaan di Malaysia semakin diterima umum.


Majlis Pelancaran GT Dollar


Majlis Perasmian GT Dollar Malaysia turut dihadiri oleh dif-dif kehormat dan 3000 pemain industri IT dan e-commerce yang mendokong pembangunan ekosistem FinTech di Malaysia. Kerjasama yang terjalin antara Kerajaan Malaysia dan GT Dollar akan membantu kehidupan seharian rakyat Malaysia dalam urusan membeli-belah terutamanya dengan kewujudan aplikasi baru iaitu GT Dollar. GT Dollar akan bertindak sebagai "one stop centre" dalam membina komuniti untuk pengguna/ pembeli dan peniaga dari pelbagai industri dalam satu rangkaian khas.


Wonder BOY

Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia


Selain itu, hasil jalinan kerjasama ini juga akan memberi peluang untuk GT Robot iaitu anak syarikat di bawah GT Group untuk merancang dan membina kilang pembuatan robot di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan yang dianggarkan mencecah pelaburan sebanyak RM300 juta. Kilang ini diunjurkan akan menjana pendapatan untuk syarikat sebanyak USD20 Bilion dengan penghasilan 10 juta Mobile Robot. Pembinaan kilang pembuatan GT Robot sekaligus akan membuka peluang pekerjaan kepada 10,000 pekerja tempatan dalam tempoh 5 tahun. Paling mengujakan, kilang pembuatan GT Robot ini adalah eco-friendly dan bakal dilengkapi dengan peralatan teknologi canggih yang pertama di Asia selepas China.


Pelancaran rasmi GT Dollar


Pelancaran aplikasi GT Dollar, sosial mobile e-commerce software yang pertama di dunia ini mencatat sejarah baru di Malaysia. Konsep ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Presiden dan CEO GT Group, Dr. Paul Zhang Baolu. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan high-technology, ekonomi dan pembangunan pelancongan dunia selama 30 tahun. Objektif utama kewujudan aplikasi seumpama ini adalah untuk menghubungkan pengguna dan peniaga tanpa sebarang batasan sekaligus memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara, hasil cukai dalam negara dan juga peluang pekerjaan. 


Antara features menarik dalam GT Dollar adalah aplikasi dibangunkan dengan teknologi SMART yang merangkumi teknologi AR untuk mencari madu (the seek honey feature) dan menangkap lebah (catch a bee) untuk mendapat GT Cash. Ciri ini menjadikan GT Dollar sangat interaktif untuk pengguna. Setiap GT Cash yang dikumpul boleh digunakan untuk membuat pembelian dengan menikmati diskaun hebat. Pendek kata, GT Dollar akan menjadi perintis dan peneraju kepada dunia e-commerce di Malaysia secara menyeluruh.


Platform yang dicipta untuk pengguna dan peniaga ini akan menggalakkan urusan jual beli tanpa tunai (cashless) di seluruh dunia. Pendaftaran secara percuma, peniaga boleh membeli GT Dollar (virtual currency) dan mengagihkan kepada para pengguna untuk digunakan bila-bila masa dan di mana-mana lokasi sebagai langkah promosi. Selain itu, GT Dollar akan mengiklankan perniagaan mereka dalam bentuk e-promotion dan e-advertising dengan kos yang minimal. Untuk pembayaran, Online Payment Gateway akan digunakan untuk membuat pembayaran secara atas talian (online) seperti e-wallet, visa (credit, debit, prepaid), mastercard (credit, debit, prepaid), CUP card (credit, debit, prepaid), direct debit account.


Konklusiny, GT Dollar akan menggalakan penggunaan virtual credits dalam urusan jual beli dan menggunakan sistem e-wallet. GT Dollar dapat menghubungkan SMEs dan pengguna sekaligus memperkenalkan loyalty programme dengan pembahagian virtual credits (GTD). Selain dapat membuat pembelian secara online (online shopping), GT Mobile juga menyediakan perkhidmatan lain seperti fund transfer, pembayaran bill, prepaid air time topup, dan Social Network Chat (up to 20 people in each group).


Sidang akhbar GT Group


Aplikasi GT Dollar ini sangat relevan kepada pengguna smartphone untuk mencari kedai, restoran, hotel dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Dengan gaya hidup yang sibuk, kemunculan GT Dollar akan memudahkan urusan harian para pengguna. Segalanya hanya di hujung jari. GT Dollar berhasrat untuk menjadikan aplikasi ini sebagai mangkin untuk memacu pembangunan industri pelancongan dan mobile travel di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. 


GT Mobile - GT-888


SMART Watch


GT Dollar Malaysia akan melebaran sayapnya dalam e-commerce business ke luar negara dan akan menajdi gateway di Asia. Selain Aplikasi GT Dollar, GT Group juga telah melancarkan GT Wonder Boy, iaitu robot multifunctions yang akan menjadi pembantu peribadi pengguna. Bukan saja dapat berinteraksi dengan pengguna, GT Wonder Boy juga dicipta untuk memudahkan urusan harian pengguna. Tidak ketinggalan, GT Group turut memperkenalkan GT Mobile iaitu telefon pintar GT-888 dan juga SMART Watch kepada umum.


Mr Patrick Chew (Country CEO of GT Dollar Malaysia), Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Smasudin (Deputy Minister of Tourism and Culture), Dr Paul Zhang Baolu (GT Group President & CEO), Ms Grace (Executive Director GT Dollar Singapore HQ 


Menggunakan aplikasi GT Dollar di smartphone (Android atau iOS)


Jangan lepaskan peluang untuk memuat turun aplikasi GT Dollar di Google Play Store atau IOS. Apa yang best? Sebaik saja anda mendaftarkan diri, secara automatik anda akan dapat kredit GT Dollar sebanyak RM300 secara PERCUMA. Melalui aplikasi GT Dollar juga, anda boleh menikmati diskaun hebat bagi pembelian produk dan servis melalui atas talian di kedai, restoran, hotel dan lain-lain vendor yang berdaftar. Selamat mencuba! 
Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 / Happy New Year 2017 kepada semua pembaca blog penaberkala.com. Pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun ke-8 aku blogging. Alhamdulillah! Walaupun ada turun-naiknya, pasang-surutnya, tapi blog ni masih lagi utuh kat sini sampailah ke hari ini. Dan kali ini, ada something special untuk readers blog ni, Cekidout!!!


Apa azam tahun baru? Ada yang nak kurus, ada yang nak kahwin, dan ada juga yang nak travel keliling dunia. Azam aku apa? Azam aku nak join Mad Warrior Madness 2017 yang akan diadakan pada 9 April 2017 (Ahad), bermula jam 7 pagi dan bertempat di Prima Avenue, Cyberjaya. Actually, last year dah pernah join Mad Warrior 2016 bertempat di Universiti Malaya (UM). For sure, untuk azam baru, tahun baru ni, tak nak lepaskan peluang ni. Tapi. nak cari gang. Orang kata, "the more, the merrier". Korang tak nak join ke? Jom la join sekali. Boleh team-up :)



Continue the positive energy in your life!


3 Sebab Kenapa Perlu Join Mad Warrior Madness 2017


1) Fat to Fit - Paksa diri untuk exercise & push the limit!

Kalau nak harap pergi jogging petang-petang atau weekend, memang liat sikit. Nak pergi exercise di gym? Boleh kira dengan jari. Betapa susahnya untuk disiplinkan diri dalam exercise. Tapi, dengan menyertai Mad Warrior Madness 2017, dah tentu korang akan paksa diri untuk exercise dan push the limit. Lagi best, it's not boring at all. Macam-macam halangan ada. Sebut saja nak apa, berlari, merangkak, meniarap, gelongsor, berendam dalam ais ataupun bergayut. Semua ada! Lagi best bila join ramai-ramai dengan gang satu kepala. Bila ada gang, lagi excited. 40 challenges pun rasa kejap je. Sambil melunaskan challenges yang ada, sambil snap gambar atau video buat kenang-kenangan. 



Difficulty of course: The mad level
Average finish time: 3 hours
Fastest finish time: 2 hours

Date: Apr 9th, 2017
Time: 7:00am
Venue: Prima Avenue, Cyberjaya


2) Teamwork - No one left behind!

The best part bila join Mad Warrior adalah memupuk semangat berpasukan. It's not like marathon atau event running biasa yang mana kita lari sorang-sorang sampai ke garisan penamat. Bila join Mad Warrior, automatik kita tolak ketepi kepentingan diri. From start until the finishing line, kita kena lalui halangan yang memerlukan bantuan kawan-kawan untuk melepasinya. Antaranya macam panjat wall, jongkat-jangkit dan macam-macam lagi. But trust me! Challenges yang ada di Mad Warrior mostly are fun! Sangat enjoy dan dalam masa yang sama menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kita. One thing you should remember about Mad Warrior, "No one left behind!"! So, tak payah risau takut tertinggal atau sampai paling last ke finish line. As long as kita berjaya tamatkan race, itu cukup baik. Korang akan diberikan finisher t-shirt dan medal. Yang penting, enjoy the race and challenges :)



Overcome your fears, challenge your limits!

The struggle you’re in today is developing the strength you need for tomorrow
-Robert Tew-




Open for All

Pre-launch Warrior Pass RM78/warrior

Early Warrior Pass RM98/warrior
(Register for 3 and above @ RM90/warrior)

Normal Warrior Pass RM108/warrior
(Register for 3 and above @ RM100/warrior)

Final Warrior Pass RM118/warrior
(Register for 3 and above @ RM110/warrior)


3) Hanya RM80/pax untuk pembaca penaberkala.com !

Nampak kan pass Mad Wariror kat atas tu? Korang terlepas Pre-launch Warriors Pass (RM78/pax) atau Early Warrior Pass (RM98/pax)? Don't worry! Istimewa buat korang semua yang nak sertai Mad Warrior Madness 2017, penaberkala.com dengan kerjasama madwarrior.com berbesar hati untuk menawarkan tiket Mad Warrior serendah RM80/pax. Tak kira korang nak register seorang ataupun berkumpulan, boleh register pada harga RM80. Best kan? But, tawaran ini hanya untuk 50 orang terawal dan dalam tempoh yang terhad. So, cepat-cepatlah grab! Klik untuk register kat sini: http://madwarrior.com/?ref=nuar


Code untuk 1-2 paxs
NUAR80

Code untuk 3 paxs dan ke atas
NUAR80X



How to register?
  1. Select number of ticket
  2. Fill in information of each warrior
  3. Click the “Add to cart” button
  4. Fill in billing details (Ensure the email address is correct, a copy of the registration confirmation email will be send to this email)
  5. Select payment method and proceed to make payment
  6. Check your email for registration confirmation email after payment successful
  7. To add more group member, register by filling in with the same Group Name
  8. Complete the challenges on the event day and receive the finisher t-shirt and medal at the finish line!

PAYMENT OPTIONS

  1. For credit card / debit card option, kindly select PayPal for payment.
  2. For online bank transfer option, kindly select MOLPay for payment

Holla semua! Okay, untuk Mad Warrior Madness 2017, aku tengah cari teammates untuk sama-sama mandi lumpur, merangkak, meniarap, bergayut dan gelongsor. Siapa nak join? The more, the merrier 😊 Save the date! Date: 9th April 2017 Time: 7:00 am Venue: Prima Avenue, Cyberjaya Jom! Pi register cepat-cepat. Curently, they're having Early Warrior Pass (RM98/pax). But, kalau register 3 orang atau lebih, dapat harga RM90/pax. Apa, nak diskaun? Korang boleh guna Coupon Code ni untuk register dengan harga paling murah. Cuma RM80/pax untuk seorang ataupun berkumpulan. Good deal right? CODE: nuar80 (1-2 paxs) CODE: nuar80x (3 paxs and above) Register here: http://madwarrior.com/mad-warrior-madness-2017/?ref=nuar . . *Limited to 50 paxs only . * First come, first serve basis! Jangan lupa tag member-member korang untuk grab special pass ni. . Info lanjut, boleh baca di www penaberkala.com soon! Ada apa-apa nak tanya, boleh DM/PM/Whatsapp. Brought to you by www.penaberkala.com & madwarrior.com 💪💪💪 . . @immadwarrior #immadwarrior #MadWarriorMY #MadWarrior #MadWarriorMadness #ProjekTravel #PenaberkalaDotCom
A photo posted by MoKA [nuar] (@penaberkala) on


PERHATIAN!
Jangan lupa untuk bawa barang-barang berikut semasa Mad Warrior

Event ticket
Your IC or passport copy
Waterproof zipper bag to keep your valuable belongings
Gloves
Sport attire
Extra clothes and shoes
Towel and toiletries
Plastic bag to keep your wet cloths (reduce waste and go-green)


Ok, dah cukup 3 sebab kenapa korang perlu join Mad Warrior Madness 2017. First and foremost, dapat sihatkan badan(fat to fit). Then, dapat beriadah bersama kawan-kawan untuk uji persahabatan korang adakah laut api sanggup direnangi ataupun tak, hahaha. Last but not least, paling penting, dapat register dengan harga murah kaw-kaw serendah RM80 dengan promo code NUAR80 (1-2 paxs) atau NUAR80X (3 paxs and above).


See you there!!!
Buat pertama kali dalam hidup, aku pergi ke MAHA iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism di MAEPS, Serdang. So, lepas ni kalau ada orang tanya, "Ko pernah tak pergi MAHA? Bila?" Hah, aku dah ready dengan jawapan. "Aku dah pernah pi MAHA, time MAHA 2016". Hah gitu! The best thing about MAHA 2016 is MAHA 2016 telah mencipta sejarah dengan mencatat jumlah pengunjung terbesar sepanjang penganjuranya. Pergh, pecah rekod wooo. Wow!




Dengan  tema 'Our Food Our Future', MAHA 2016 telah berjaya menarik 3.7 juta pengunjung sepanjang tempoh event dilaksanakn selama 11 hari iaitu bermula dari 1-11 Disember 2016. Maksudnya apa? Maksudnya, dalam sehari purata pengunjung yang datang adalah 336,363 orang sehari. Fuh! Dan, sah-sah la aku salah sorang daripadanya, keh3.


Korang yang belum pernah pergi MAHA, tak pernah sekali pun pergi dalam sejarah hidup, aku cadangkan next time better pergi. At least once in a lifetime. Rasai sendiri pengalaman and be part of the history. MAHA diadakan 2 tahun sekali. Kalau pada tahun 2014, MAHA telah mencatat 3 juta pengunjung. Nampak gayanya MAHA 2016 lebih berjaya dengan mencatat pengunjung yang lebih ramai iaitu 3.7 juta.




MAHA 2016 merupakan sejarah dalam hidup aku sendiri. Ye lah, first time kot pergi. Thank you to my housemates yang ajak aku join sekaki. At least, boleh la merasa lemas dalam lautan manusia di MAHA 2016, hahaha. Nin dia, aku ada share tips about MAHA 2016 di Instagram. 




FOOD EMPIRE







Ada kisah di sebalik MAHA 2016. Time kitorang duk makan-makan di Food Empire, datanglah seorang mak cik tumpang duduk makan semeja. So, kami borak-boraklah dengan beliau. You know what? Rupa-rupanya, mak cik ni datang dari Penang nun jauh di sana, siap bawa luggage semata-mata nak datang MAHA 2016. Dia datang dengan bas dan paling aku respect dengan makcik ni adalah dia datang dan balik hari. Maksudnya, datang pagi, malam balik terus ke Penang. Teka berapa umur mak cik ni? 67 tahun beb. Just amazing, travel alone pada usia macam ni semata-mata MAHA. Wow, amazing spirit!




Actually, banyak jugaklah kami borak-borak time tuh. Banyak nasihat yang beliau bagi kat kami selaku anak-anak muda ni. Nasihat dia kat aku, sementara masih muda ni, datanglah MAHA. Dia datang every time MAHA diadakan. Then, aku cakap, 'Ini first time saya datang". Hah, terus dia berceramah panjang dan suruh datang lagi next next year. I love her sharing about her life. Such an inspiration. Dia dah pencen dan time muda-muda dulu sangat aktif travel and pernah panjat Everest. Wow, kaki hiking juga rupanya.


Dear mak cik, I'll remember your advise. 'Do something that will spark your happiness". Ya, saya akan simpan kata-kata mak cik. InshaAllah, I will do the best things and search for my happiness in my life. Semoga kita berjumpa lagi next time.


Hah, macam tu lah pengalaman pertama kali aku ke MAHA 2016. Korang pulak, apa experience paling best korang di MAHA 2016? Ok, kat bawah ni, aku share 3 video timelapse yang sangat ohsem sepanjang MAHA 2016 berlangsung. Jom tengok! 



THE BEST TIMELAPSE MAHA 2016


MAHA 2016 - Most Astounding Crowd

   


MAHA 2016 - Most Beautiful Night Scene

   


MAHA 2016 - Most Massive Crowd

 



"Nilai jualan pada MAHA 2016 juga memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus. Pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA" 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, 

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Memetik kata-kata daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kita, aku berharap agar penganjuran MAHA akan diteruskan di tahun-tahun akan datang. Aku harap, penganjuran yang lebih teratur dan sistematik. Aku tak banyak komen, cuma nak sangat agar part logistik especially shuttle dari parking ke tapak MAHA dipertingkatkan. Kalau sekarang guna van, next time harap dapat sediakan shuttle yang lebih besar macam bas mini ataupun bas. Biar padan dengan jutaan pengunjung yang datang. Bukan apa, untuk memudahkan pengunjung yang datang especially yang datang dengan anak kecil dan orang tua. Biar MAHA akan datang lagi gempak. All the best! 
Jom kekal aktif dan bertenaga dengan Taurus Energy Drink! Baru-baru ini, aku diperkenalkan dengan satu brand minuman ringan yang diberi nama Taurus Energy. Nak tahu kat mana? Tak lain dan tak bukan semasa join Laser Tag Battle di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Aku difahamkan, Taurus Energy Drink ni baru saja diperkenalkan di pasaran. No wonder lah, sebelum ni tak pernah nampak ada jual di mana-mana. 


Taurus Energy Drink


Dengan tagline, "Creative Energy Drinks", minuman ini dicipta dengan formula khas untuk membantu memberi tenaga tambahan untuk mental dan fizikal dalam menjalankan aktiviti harian ataupun aktiviti riadah. The best thing is, Taurus sesuai untuk diminum oleh lelaki mahupun perempuan yang berkeinginan untuk tampil aktif, produktif dan peka dalam aktiviti seharian. Dengar cerita, kalau minum Taurus Energy Drink ni, ia boleh memberi stamina dan bertindak sebagai energy booster. Dalam masa yang sama, menampilkan rasa yang sedap. Betul ke? Nak tahu betul ke tidak, jom ikuti pendedahan eksklusif mengenai Taurus di Laser Tag Battle Edisi Bloggers 2016!


Laser Tag Battle

Jujurnya, dah lama tak beriadah bersama rakan bloggers. Terima kasih kepada pihak Taurus Energy Drink kerana mengumpulkan kami semua untuk bersaing merebut gelaran juara Laser Tag Battle Edisi Blogger 2016. Fuh, excited plus nervous! Balik kerja, terus bergegas ke Berjaya Times Square. Macam biasa, lepas balik kerja, dah tentu badan penat dan lemau. Memandangkan excited nak main laser tag, terus lupa semua pasal penat. Semangat berkobar-kobar pulak nak start game. Here, we go! 


Team A


Team B


Kami dibahagikan kepada 2 team iaitu Team A dan Team B. Dan Team B mestilah orang-orang handsome dan cantik, kikiki. Nin dia my teammates untuk Team B: Afzal, Amir Nawawi, Neyra, Mek Onie, Rafzan, Diya Nadia, Along (Anak Kak Diya), Uncle Zuan dan Ellie. Mantap kan line up Team B? hahahaha. Mesti korang nak tahu kan, sejauh mana kemampuan Team B ni? Hah, stay tuned!


Powered up by Taurus Energy Drink


Untuk Laser Tag Battle kali ni, kami kena lawan 3 round. Untuk round 1, kami kalah tipis dengan Team A. Nak give up atau nak fight? Sudah tentu kami pilih untuk fight until the end. Ingat main laser tag ni boleh wat lek wat peace je. Rupa-rupanya, lencun juga. Penat boleh tahan berlari ke sana ke sini. Round pertama pun dah basah kuyup. Time terdesak macam ni lah perlukan energy drink macam Taurus. Pekena pulak yang sejuk tuh. Perghhh, padu!


Responsiveness - Concentration - Stamina


Untuk round ke-2 dan round ke-3, kami susun strategi untuk bangkit. Finally, we did it! Kami menang untuk Round 2 dan Round 3 dengan bergaya. Oyeah, nothing is impossible. Yang penting, kena sentiasa peka, fokus dan kekalkan stamina sepanjang battle. Nasib baik ada Taurus Energy.


Reach your full creative and spiritual potential


Inilah wajah keriangan bila dapat tahu kami menang di pusingan terakhir dan sekaligus mendahului Team A untuk bergelar juara. Good job Team B. We did it! Thank you Taurus Energy Drink. Oh ya, sebelum aku terlupa, di kesempatan ni aku nak share serba-sedikit info mengenai Taurus Energy Drink. Ada yang tanya, "Best ke Taurus?". "Kat mana nak beli air Taurus?", "Berapa harga satu tin Taurus?" dan macam-macam lagi. So, meh nak jawab satu per satu persoalan korang.


Together Everyone Achieves More


Mula-mula tu, aku ingatkan minuman Taurus ni macam minuman biasa seperti soft drinks ataupun isotonic drinks yang ada di pasaran. Tapi, bila first time try, aku dapat rumuskan minuman Taurus Eenergy ni lain dari yang lain. Paling penting, air Taurus bukanlah macam air berkarbonat biasa. Tapi, ia juga mengandungi kafein. Jadi, tak perit tekak sangat untuk minum dan telan. Rasa dia macam mana? Semestinya rasa dia manis dan sedap. Nak lagi sedap boleh minum Taurus Energy Drink yang sejuk. Perghh, layan!!!


Kalau korang nak try, boleh dapatkan di oulet 7-Eleven berdekatan pada harga RM4 untuk setiap tin. Baru-baru ni, ada promosi RM1 je untuk satu tin. Ramai berderu orang pi serbu 7-Eleven untuk tambah stock masing-masing. Bertuah lah siapa yang sempat pi rembat banyak-banyak time tu. But now, harga kembali normal RM4. 


The Champion


Kami dah cuba Taurus Energy Drink. Korang bila lagi? Kalau nak tahu, Taurus dapat meningkatkan daya tindak balas dan konsentrasi. Minuman Taurus akan membantu untuk mengoptimumkan tahap kreativiti dan potensi spiritual seseorang. Pendek kata, Taurus Energy Drink amat bermanfaat dalam apa jua keadaan dan situasi dalam meningkatkan konsentrasi, motivasi dan kreativiti. Termasuklah nak lawan Laser Tag sekalipun. Opppsss! Bocor dah lah rahsia kejuaraan kami, keh3.


Laser Tag Tournament powered up by Taurus Energy Drink


Paling penting, Taurus Energy Drink adalah minuman tenaga yang mendapat kelulusan Halal Malaysia, diiktiraf oleh ISO 9001, HACCP, FDA dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia. Yes, we believe that Taurus is a new age energy drink which is a lifstyle product.


Exercise / Workout

Selepas dah try Taurus Energy Drink time Laser Tag Battle, sekarang pun masih minum Taurus especially ketika exercise/ workout. Actually, a simple exercise can lead to a better health. Kalau tak sempat nak pergi gym atau jogging sekalipun, buat plank kat ruang tamu rumah pun dah cukup. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di rumah tanpa peralatan adalah sit up, pumping, star jump, dan push up. Buat exercise beberapa kali within 30-40 minutes duration daily, itu pun dah memadai. Nak buat extra pun boleh. Depends on your energy and stamina. Kalau minum Taurus, exercise 1 jam sehari pun boleh. Takde hal punya, hehehehe.


Plank with Taurus Energy Drink


Warriors Challenge 2016 @ UPNM

Paling best bila ada Taurus Energy Drink ni, nak join aktiviti extreme yang memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal pun dah tak payah risau. Walaupun dah lama tak join running dan obstacles run, tapi keyakinan nak habiskan 8km larian dan obstacles dalam Warriors Challenge 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kali ini memuncak bila ada peneman macam Taurus. 


Energy Booster


Can you imagine how to survive with 8km run, hiking, rock climbing, obstacles run and walking with 15kg wood log to reach finishing line? Luckily, I've Taurus Energy Drink! Habis cabaran, terus grab Taurus untuk kembalikan tenaga. Rasa puas gila bila dah berjaya tamatkan Warriors Challenge. Penat lelah habiskan cabaran, finally dapat diredakan dengan setin air Taurus!



Ingredients
0.4% Taurine
0.032% Caffeine
0.0006% Vitamin B2
0.002% Vitamin B5
0.024% Inositol
0.24% Glucuronolactone


Kalau ada yang tanya, "Apa kandungan dalam Taurus Energy Drink?". Antaranya, Taurine, Caffeine, Vitamin B2, Vitamin B5, Inositol dan Glucuronolactone. Yang paling penting, minuman Taurus tiada pengaruh Alkohol.


PERINGATAN !!!!!

  • Tidak dibenarkan untuk ibu mengandung
  • Tidak dibenarkan untuk pengguna berusia bawah 16 tahun
  • Tidak digalakkan untuk pengguna yang sensitif terhadap kafein
  • Tidak dibenarkan untuk penghidap penyakit jantung
  • Tidak sesuai untuk diminum semasa aktiviti sukan lasak
  • Tidak digalakkan diminum melebihi 2 tin sehari


Victory belongs to the most persevering 


The Harder The Battle,
The Sweeter The Victory!


Creative Energy

Bukan untuk aktiviti sukan dan workout je, Taurus Energy Drink pun boleh diminum ketika berkerja especially for a long hour. Maybe, ada yang kena stay-back di office, so bolehlah try minum Taurus untuk terus bertenaga siapkan kerja. Macam aku, personally I need to be energized to finish my blogpost. Ye lah, balik kerja dah lewat petang. Biasanya, badan dah penat, lemau, mengantuk dan macam-macam lagi perasaan termasuklah malas yang bercampur-baur. So, I need something to boost up my energy level. End up, Taurus juga jadi peneman untuk stay awake sampai settle kerja. Yippi!


Feed the creative energy


Untuk maklumat lanjut berkaitan Taurus Energy Drink, boleh rujuk website/ laman sosial media berikut:

Website:

Facebook:

Instagram:
Setiap orang mengimpikan percutian yang hebat. Tak kira untuk seorang diri, bersama keluarga mahupun bersama sahabat handai. Namun, tak semua destinasi percutian yang diidam-idamkan dapat dicapai dengan mudah. Ada yang perlukan masa bertahun-tahun, ada pula yang hanya perlukan perancangan sekelip mata. Persoalannya, cukupkah bajet (sumber kewangan) yang ada dalam merealisasikan destinasi percutian yang dihajati?


Rentetan daripada kekangan yang timbul bila kita berbicara soal percutian atau travel, maka wujudlah satu platform khas untuk kaki travel merealisasikan impian mereka. Mencari pakej travel mewah? Atau mencari pakej travel murah? Atau kedua--duanya, semuanya bakal terjawab di TouristGuide.com.my


Tanggal 24 November 2016, maka dengan rasminya website TouristGuide.com.my dilancarkan. Dengan kehadiran dif-dif kehormat dari Tourism Malaysia, artis undangan iaitu Akim Ahmad, rakan media dan bloggers, detik bersejarah pelancaran website rasmi TouristGuide.com.my berlangsung dengan gilang-gemilang dan jayanya. Kudos to Team Tourist Guide. Finally, after 5 years berhempas-pulas membangunkan Tourist Guide, kini sudah tiba masanya untuk mereka mengorak langkah ke hadapan seiring dengan trend terkini iaitu pemasaran atas talian (online).


Westin Hotel Kuala Lumpur menjadi saksi majlis bersejarah pelancaran TouristGuide.com.my. Kini, dengan rasminya website yang menyediakan perkhidmatan seperti booking hotel, booking flight dan pakej percutian ke destinasi terbaik dunia dalam satu platform dibuka untuk akses kepada umum.



Dengan pendaftaran secara percuma, ahli TouristGuide.com.my boleh menikmati tawaran hebat termasuklah diskaun sehingga 75% ke destinasi pilihan. Selain itu, ahli berdaftar boleh mengumpul mata ganjaran untuk menebus percutian secara percuma. Amazing right? Jadi, better pergi daftar cepat-cepat. Lagi awal korang register, lagi cepat dapat collect point dan berpeluang untuk tebus percutian percuma. Kalau masih ragu-ragu, boleh baca 12 fakta menarik mengenai TouristGuide.com.my untuk bantu korang lebih faham tentang konsep yang cuba diketengahkan.


12 Fakta Mengenai TouristGuide.com.my
  1. TouristGuide.com.my mula ditubuhkan sejak tahun 2011
  2. Memilih perkhidmatan online tourism dan travelers club sebagai core business
  3. Misi utama adalah untuk membina jaringan terbesar di dunia untuk traveler dean moto "Build World's Largest Travel Network"
  4. Fokus utama adalah dalam bidang pelancongan melibatkan destinasi tempatan dan luar negara
  5. Memperkenalkan pendaftaran keahlian Travel Club tanpa sebarang bayaran (Free membership)
  6. Bekerjasama dengan syarikan penerbangan (airlines), hotel dan tour operators di Malaysia dan serata dunia
  7. Menyediakan platform khas untuk memberikan tawaran hebat termasuklah hotel booking, flight booking, travel packages dan lain-lain perkhidmatan berkaitan pelancongan (tourism)
  8. Setiap ahli berdaftar akan diletakkan dalam jaringan (network) khas dan berpeluag untuk mengumpul mata ganjaran (points) untuk menikmati pakej percutian pada harga yang berpatutan, lebih murah dan percuma mengikut terma dan syarat
  9. Menyajikan tawaran hebat (travel deals) dengan diskaun sehingga 75%
  10. Mensasarkan pendaftaran ahli sebanyak 100,000 orang di Malysia sebelum melebarkan sayap ke luar negara
  11. TouristGuide.com.my adalah jaringan sosial traveler (network hierarchy) yang tidak memerlukan ahli berdaftar untuk mencari ahli baru seperti MLM
  12. Life-time membership dan setiap ahli berdaftar layak untuk mengumpul mata ganjaran bagi menebus percutian percuma 


Pengenalan Tentang TouristGuide.com.my




Maskot TouristGuide.com.my


Sempena pelancaran TouristGuide.com.my, mereka juga telah memperkenalkan maskot untuk Tourist Guide. Wow, memang menarik character yang mereka tampilkan.



Agak-agaklah kan, apa nama yang sesuai untuk 2 maskot yang diperkenalkan oleh pihak TouristGuide.com.my ni? Dengar cerita, mereka masih belum bagi nama untuk maskot ni. Apa kata korang tolong suggest, hehehehe.

By the way, sekarang ini pihak TouristGuide.com.my ada mempromosikan beberapa pakej istimewa dengan harga gila-gila murah. Masih tak ada plan untuk kalendar travel next year? Jom, kita usha-usha pakej hebat yang ditawarkan buat masa ini. Cekidout!!!


Pakej Percutian Murah Dari TouristGuide.com.my

Pakej ke Kerala

Pakej ke Hong Kong

Pakej ke Mauritius

Pakej ke Maldives

Pakej ke Taj Mahal


Jujurnya, aku teringin nak ke India. Cumanya, belum tentu destinasi mana yang patut dikunjungi dulu. Ye lah, India kan besar. Banyak tempat menarik untuk dilawati di India termasuklah Taj Mahal, Kerala, Ladakh danc lain-lain. I think, this is the best time to search for my next destination. Hopefully, everything goes well. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak pengurusan TouristGuide.com.my di alamat seperti berikut:

Infinity Vacation Sdn. Bhd. (1141826-T)
Suite A-25-3A, Sentral Business Park,
Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Toll Free:
1800-38-3338

Direct line:
+603-87342802

Email:
contact@touristguide.com.my

Website:

Instagram:

Facebook:
Masihkah korang ingat, zaman-zaman kita sekolah dulu? Kalau ada jualan buku di sekolah pada tarikh sekian-sekian, cikgu akan bagi satu borang yang ada judul-judul buku yang akan dijual untuk dibawa pulang ke rumah dan tunjuk kepada mak ayah. Time tu, perasaan terkial-kial. Nak beli ke tak? Harga sebuah buku bukanlah murah, ada RM5 sebiji, ada RM10 sebiji, dan ada yang harganya lebih mahal. Kadang-kadang je beli, selebihnya peram kertas tu dalam bag. Nak baca buku, pergi library dan pinjam. Program NILAM kan rancak time tu. Fuh, kenangan betul.


Zaman sekarang berbeza. Kalau dulu, Pesta Buku sekali-setahun je. Tapi sekarang macam-macam Pesta Buku, Ekspo Buku, Jualan Lelong Buku, semua ada. It's up to us untuk pergi atau tidak je. Lagipun, harga buku sekarang mostly agak murah dan lebih banyak pilihan yang hebat-hebat dan jauh lagi berkualiti. Terbaru, satu Pesta Lelong Buku akan diadakan di Putrajaya dengan menawarkan harga kaw-kaw murah. Memang rugi kalau tak pergi. Ni lah peluang untuk borong buku banyak-banyak untuk anak-anak, family atau diri sendiri.


Memandangkan kita bercakap soal buku dan membaca, aku nak share tentang 10 Fakta Tersembunyi Untuk Orang Yang Suka Membaca. Buku pun macam fesyen, gajet dan lain-lain juga. Ada peminat tersendiri. Bila dah jatuh dalam kategori hobi, sudah tentu orang akan berhabis untuk membeli koleksi bacaan terkini, cuma hobi membaca ni tak memakan belanja yang besar. Jom tengok kelebihan orang yang suka membaca:

  1. Meningkatkan kapasiti memori otak
  2. Membantu kemampuan pemikiran secara kritis dan analisis
  3. Menambah pengetahuan
  4. Memperluas pemikiran dan berpandangan jauh
  5. Mencegah alzheimer
  6. Mengatasi stress
  7. Meningkatkan peluang kerjaya
  8. Memperluas kosa kata
  9. Meningkatkan konsentrasi
  10. Hiburan percuma dan hobi yang tidak memerlukan kos yang tinggi


Hah, no wonder kalau kita tengok ramai orang yang duk baca buku dalam train, di stesen bus, airport dan taman-taman tak kira di negara kita mahupun di luar negara. Cumanya, bila teknologi makin berkembang pesat, budaya membaca kian terhakis. Dan orang ramai mula berkira untuk berbelanja beli buku dan lebih prefer bacaan alternatif seperti ebook, website dan sebagainya. Tahukah anda? Baca buku hard copy, yang kita boleh pegang dan sentuh itu berbeza fell nya berbanding ebook dan sebagainya? Yes, I prefer to buy a book and keep it as my collection.


SIAPA KATA NILAI DUIT RM100.00 TU KECIK UNTUK BORONG BUKU? Hah, tidak sama sekali kalau korang pergi ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016. RM100 tu korang boleh borong banyak buku nanti. Mesti korang nak tahu kan, bila dan kat mana dorang nak lelong buku-buku ni semua? Don't worry, semua buku-buku baru. Bukannya buku reusue ataupun buku lama zaman tok nenek kita. Meh nak share info terperinci untuk memudahkan korang membuat perancangan rapi untuk pergi shopping buku. Pssst! Beli buku boleh claim tax tau, hehehehe. Apa lagi, cepatlah serbu jualan lelong buku ni. Hah, kalau nak beli banyak sila bawak troli atau kotak siap-siap. Mudah nak angkut. 

Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016


Buat julung-julung kalinya Pesta Lelong Buku Putrajaya diadakan dan merupakan pesta lelong buku Bahasa Malaysia yang terbesar di Malaysia. Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 akan diadakan dari 21 sehingga 30 Oktober 2016 di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.


50 Penerbit Buku


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ini bakal menampilkan 50 penerbit buku terkenal tanah air seperti PTS Publications, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, Institut Terjemahan Buku Malaysia, Penerbit Jakim dan ramai lagi. Yang lagi best, mereka akan menawarkan harga runtuh serendah RM2 dan RM5 bagi sebuah buku dan RM1 untuk majalah.


Harga Serendah RM1


Macam mana? Menarik tak? Dah lah banyak pilihan, harga pulak jauh lagi murah berbanding di kedai-kedai buku. Rasanya, kita semua dah tiada alasan lagi untuk tidak datang dan dapatkan sendiri buku yang bermutu pada harga yang murah. Untuk pengetahuan korang semua, terdapat pelbagai jenis genre buku yang dijual dan paling penting sesuai untuk semua lapisan umur seperti kanak-kanak, dewasa, Novel, buku motivasi dan buku agama. Dengar cerita, lebih 50,000 judul tajuk buku pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%. Wow! Rambang mata ni nanti mau pilih. Lagi best, masuk adalah PERCUMA yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari. Pendek kata, sesuai sangatlah jualan murah macam ni untuk semua golongan yang mahu berjimat-cermat dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang. Lagi-lagi buku ilmiah yang pastinya takkan basi dimamah usia.



100 Booth Jualan & Aktiviti Menarik


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 bakal menjanjikan satu fenomena baru dalam memartabatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan menampilkan sebanyak 100 buah booth jualan. Selain itu, pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti busking, ceramah, diskusi buku, pertandingan selfie, dan pertandingan mewarna.




Pesta 10 Hari & Penampilan Selebriti


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 yang akan dianjurkan selama 10 hari ini semestinya akan memudahkan pengunjung untuk merancang kunjungan bersama anak-anak dan keluarga terutamanya di hujung minggu. Kalau korang nak tahu, sempena Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, ada juga sesi bersama artis terkenal seperti  Yatt Hamzah dan Heliza Helmi turut diadakan. Fuh, mesti meriah ni.




Fasiliti Cukup Lengkap


Jangan risau pasal parking. Untuk semua pengunjung Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, parking yang luas disediakan. Ruang pameran pun selesa, kemudahan mesin ATM disediakan, tempat makan dan minum pun ada untuk memudahkan urusan pengunjung. 


#PESTALELONGBUKU


Kalau korang semua berminat untuk datang ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, boleh lah start plan dari sekarang. Ajak family, ajak kawan-kawan dan ajak sesiapa saja yang suka tambah koleksi bahan bacaan untuk sama-sama memeriahkan Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman facebook, twitter dan instagram @pestalelongbuku atau @sinergiilmu atau hubungi 019-3258285 (En. Jaini) atau 013-7007067 (Nurhaziemah) untuk sebarang pertanyaan berkaitan Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016.


Checklist!


✔ Buku Murah RM1.00, RM2.00, RM5.00.
✔ Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre.
✔ Pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia. 
✔ Pesta buku terbesar tanpa rak selama 10 hari.
✔ Disertai lebih 50 penerbit terkenal.
✔ Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.


Laman Facebook : 

Hashtag : 
#pestalelongbuku 
#dahtakdealasandah
Masa kecik-kecik dulu, kalau pergi funfair kat kampung, tak pernah nak masuk rumah hantu. Penakut punya pasal. Tapi sekarang, bila orang ajak pergi Nights of Fright di Sunway Lagoon, laju je pergi. Last year, Nights of Freight 3 pergi dengan +Neyra Shazeyra dan Syafiq. Terpekik dan terlolong terkejut kena sergah dek hantu-hantu kat sana. Bukan tu je, sampai basah kuyup baju seluar naik Colorado Splash. Tahun ni, Nights of Fright 4 pun pergi lagi tanpa rasa serik. Kali ni lagi havoc, lagi meriah, pergi dengan housemates dan team +Projek Travel 




Mesti korang tanya, berbaloi ke pergi Nights of Fright? Ya, bagi aku definitely yes! Lagi-lagi kalau pergi ramai-ramai dengan member. Nak lagi berbaloi, korang try semua rumah hantu yang ada. Tema untuk Nights of Fright 4 tahun ini adalah "Face Your Fears". Jadi, korang cubalah terjah ke semua rumah hantu yang ada dalam Sunway Lagoon tu. Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk naik beberapa rides dalam Sunway Lagoon sempena Nights of Fright 4. Menarik kan?




Apa yang ada di Nights of Fright 4? Ada 11 haunted houses/ mazes, 11 night amusement rides, serta 3 main stages untuk Scare-O-Sel, Temple of Anubis dan Tombstone Stage. Overall, banyak kelainan yang ada di Nights of Fright 4 berbanding dengan tahun lepas. Hantu pun makin ramai dan makin banyak species, hahaha. But, definitely it's awesome journey, full of scream and laugh!




TIPS: Untuk korang yang bercadang nak pergi Nights of Fright 4. Korang patut study map ni dulu and decide korang nak pergi mana dulu. So, takde lah buang masa nak fikir dan bincang kat mana nak tuju time kat sana. Find your direction and face you fears! Kalau queue panjang, korang pandai-pandai lah skip dan proceed to next station/ rides. Manage your time wisely and have fun!




 Jumpa Hantu di Sunway Lagoon!










Malam tu, kami try macam-macam. Antaranya ke Screampark, Malaya High School, Chaonei No #81 in UV3D, DIYU- The Jurney of Judgement, The Zombie Walk, dan paling best dapat try air dalam bag darah di Blood Bank. Oh lupa nak bagitahu. Kat dalam tu jugak ada macam-macam jenis gerai makanan dan minuman. Ada Scream Cafe, Push Cart 1, Cube Pizza and Starbucks dan Push Cart 2.




Untuk adrenaline junkies, korang boleh try naik ride yang ada. Antaranya Colorado Splash (my favorite), Carousel, Tomahawk, Apache Pots, Vultures, Wagen Wheel, Scream Coaster dan beberapa rides lagi yang pastinya mampu membuat jantung korang tercabut gedebuk jatuh ke tanah dan korang  kena kutip balik, hahahaha.




Amacam, korang tak teringin ke nak try pergi sendiri ke Nights of Fright 4 di Sunway Lagoon? You should try at least once in a lifestyle. Rasai sendiri macam mana rasa seram sejuk masuk rumah hantu yang gelap gelita. Rasai sendiri macam mana terkejut beruk bila disergah dan dijerkah oleh hantu-hantu kat sana. Dan alami sendiri dunia hantu yang mengerikan tapi menghiburkan. Tak faham, terjerit-jerit terkejut, tapi lepas tu korang boleh pulak ketawa terbahak-bahak. Sesuai untuk korang yang nak pi release tension, wakakaka. Scream out loud kat hantu-hantu biar terkeluar segala macam masalah dalam kepala tu, lol.




So, kalau korang plan nak pergi ke Sunway Lagoon untuk merasai sendiri pengalaman ke Nights of Fright 4, boleh lah book tiket atau boleh tengok info lanjut seperti yang ada kat bawah. Cekidout!

Harga tiket:
RM58/ person
RM80 untuk 2 orang (Ahad sahaja)
Student RM50
Promotion RM120 (1 admission Sunway Lagoon & 1 NOF4 ticket)
(*strictly for 12 years and above)

Tarikh:
7-31 Oktober 2016

Masa:
7.30pm hingga 11.30pm

Website:

Facebook:

Instagram:
#NOF4 #faceYourFears #SunwayLagoonNOF4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...