Showing posts with label BLOGGERS DAY OUT. Show all posts
Showing posts with label BLOGGERS DAY OUT. Show all posts

Friday, March 17, 2017

SENTUHAN MAGIC DARI KAIO STUDIO

Aku sangat kagum dengan orang yang pandai 'pose' depan kamera especially untuk photo shoot. Maksud aku, pandai bergaya dan pandai berinteraksi dengan kamera tanpa rasa malu-malu dan kekok. Tapi, aku lagi kagum dengan photographer dan orang-orang di belakang tabir yang terlibat untuk photo shoot yang mana dapat menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan superb! 


Photo Shoot Blogger Malaysia Kaio Studio


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang sesi Photo shoot Blogger Malaysia bersama Kaio Studio. Jadi, kalau korang mencari studio photo shoot, tak kira sama ada mencari white studio atau black studio, boleh baca artikel ni sampai habis. Aku nak share tentang studio photo shoot terbaik di Shah Alam. Untuk pengetahuan korang, Kaio Studio menyediakan studio photography yang lengkap dengan kemudahan dan menjanjikan keselesaan untuk semua pelanggan yang datang. Hasilnya pula macam mana? Hah, kalau nak tahu, meh baca sampai habis. Kat sini boleh tengok hasil sentuhan magic dari Kaio Studio!


Founder Kaio Studio - Anwar Abdullah


Sejarah Kaio Studio

Sebenarnya, aku kenal Kaio ni beberapa tahun lepas. Dulu, Kaio memang aktif jadi blogger. Kalau pergi event, memang dia selalu bawa kamera dan shoot video. Honestly, hasil video dia memang superb! Kemudian, Kaio mula melebarkan sayapnya dalam bidang photgraphy dan videography dengan lebih serius selpas terpilih ke Paris bersama artis terkenal, Anuar Zain. Dari situ, bermulanya titik-tolak perjalanan Kaio sebagai videographer yang terkenal apabila hasil karya beliau mula mendapat tempat di hati peminat.


Bercerita tentang Kaio Studio, untuk pengetahuan semua Kaio Studio mula beroperasi sejak tahun 2012 dan diasaskan oleh Kaio sendiri. Kaio atau Anwar Abdullah bermula sebagai wedding videographer. Kemudian, dari semasa ke semasa Kaio mula mengorak langkah ke pelbagai bidang lain termasuklah event, advertising, campaign video, program TV dan macam-macam lagi. 



Kaio 


Pencapaian Kaio Studio

Dari turun padang ke event-event bersama bloggers, cover event wedding dan kini Kaio sangat aktif cover event dalam bidang peragaan busana (fashion show) dan event-event besar di seluruh Malaysia. Bukan setakat itu, Kaio juga semakin terkenal dan mendapat tempat di hati para pereka fesyen terkenal tanah air untuk menjadi official photographer dan videographer di merata lokasi tak kira di dalam mahupun di luar negara.


Antara pencapaian terbaik Kaio adalah bila donobatkan sebagai penerima anugerah Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. Kalau nak tahu info lebih lanjut mengenai pencapaian Kaio, boleh rujuk di sini: Kaio - Most Glam Fashon Videographer 2015


Antara pencapaian lain Kaio yang cukup membanggakan adalah seperti berikut:


  1. Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.
  2. Pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.
  3. Antara pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio adalah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.
  4. Selain dari itu, ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaan ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.


Kaio Studio 


Antara hasil sentuhan kreatif daripada Kaio ada dipamerkan di ruang studio beliau yang terletak di Shah Alam. Antaranya gambar perkahwinan Sam dan Syatila. Hebat kan? Untuk tahu lebih lanjut dan melihat karya-karya fesyen dari Kaio Studio, boleh terus ke pautan berikut: http://www.kaiostudio.com/category/fashion/



Pengalaman Photo Shoot di Kaio Studio

Baru-baru ini, aku berpeluang untuk berkerjasama dengan Kaio Studio untuk sesi Photo Shoot bersama Blogger Malaysia. Actually, Photo Shoot ni bertujuan untuk Blogger Profil 2017. At first, malu juga nak join photo shoot bagai ni. Seriously, aku memang malu nak berinteraksi depan kamera. Apatah lagi nak 'pose' depan cameraman. Memandangkan semua member blogger pergi, aku pun turut join sekali. Nak juga tahu macam mana Kaio & team bekerja di sebalik tabir kan? Meh nak share serba-sedikit pengalaman aku dan kawan-kawan sepanjang photo shot di Kaio Studio baru-baru ni. Cekidout!


Blogger Malaysia


  1. Kaio Studio menyediakan photo studio yang selesa. Dilengkapi dengan penghawa dingin dan ruang yang luas.
  2. Menyediakan tempat solat untuk menunaikan sembahyang kalau sesi photo shoot lama.
  3. Menyediakan bilik persalinan dan ruang untuk make-up untuk kaum hawa.
  4. Ada white studio dan black studio mengikut citarasa pelanggan.
  5. Lokasi yang strategik di Shah Alam, mudah untuk diakses!
  6. Krew Kaio Studio sangat friendly.
  7. Jujurnya, aku tak kekok langsung nak 'pose' depan kamera sebab krew Kaio Studio sangat sporting dan membantu.
  8. Hasil gambar yang superb! Aku sangat berpuas hati dengan setiap ketipan yang terhasil. Walaupun hakikatnya aku tak ready, tapi bila tengok hasilnya. Wow! Jatuh cinta beb dengan hasil karya dari Kaio Studio.

Profil Blogger Malaysia 2017

Mesti korang nak tengok kan macam mana hasil photo shoot untuk Profil Blogger Malaysia 2017? Kat sini aku nak share beberapa foto favorite aku hasil dari sentuhan Kaio Studio. Kalau korang nak tengok foto-foto lain, boleh klik di sini: Blogger Malaysia Photoshoot at Kaio Studio


Casual
Shirt & Jeans by Padini
Shoe by Obermain



Sweater by YSF Concept Store



Baju Melyu by Qalif Signature


Kurta Dhanee Collection (Royal Blue) - Arlee by Rani Exclusive





Servis Yang Ditawarkan di Kaio Studio

Macam mana, ok tak hasil-hasil gambar dari Kaio Studio? Selain daripada meyediakan khidmat photography, Kaio Studio juga ada menyediakan beberapa servis lain untuk pelanggan. Terbaru, Kaio Studio menyediakan studio untuk photo shoot termasuk black studio dan white studio yang menjanjikan servis yang tip top!




Kalau korang berminat untuk menggunakan khidmat Kaio Studi, boleh hubungi mereka. Antara perkhidmatan lain yang mereka tawarkan adalah seperti berikut:

1. Wedding photography and videography

2. Corporate photography and videography

3. Commercial video

4. Campaign video and photography

5. Music video


Pendek kata, Kaio Studio dan team sangat talented dan multi-tasker especially in videography. Kalau nak tengok dengan lebih lanjut servis yang ditawarkan oleh Kaio Studio, boleh rujuk di sini: http://www.kaiostudio.com/our-services/







Blogger Malaysia Photo Shoot di Kaio Studio

Berikut merupakan bingkisan ringkas sepanjang Photo Shoot di Kaio Studio bersama Blogger Malaysia. Thank you Kaio & team untuk video yang superb ni. Jom, cekidout!!!





Bagaimana Nak Hubungi Kaio Studio?


Haaa, kalau ada membem-member atau family tengah cari photographer atau videographer untuk majlis kahwin, event-event keraian ataupun apa saja, bolehlah hubungi Kaio Studio. Kalau nak sewa photo studio ataupun nak buat photo shoot family atau produk pun boleh hubungi mereka. Belum cuba, belum tahu!


Alamat Studio:
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD,
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Waze: ‘KAIO STUDIO’


Website:

Youtube:

Facebook:

Instagram:

Twitter:

Google Plus:
+KAIO STUDIO 


Akhir kata, terima kasih banyak-banyak kepada Kaio dan team Kaio Studio kerana memberikan layanan tip top sepanjang sesi photo shoot yang diadakan tempoh hari. Seriously, best gila! Antara pengalaman photo shoot yang tak dapat dilupakan. Krew sporting, fasiliti lengkap dan hasil yang terbaik. Semoga dapat bekerjasama lagi di lain masa dan ketika, inshaAllah. Mana tahu untuk wedding nanti ke kan? Eh!





Wednesday, December 14, 2016

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN TAURUS ENERGY DRINK

Jom kekal aktif dan bertenaga dengan Taurus Energy Drink! Baru-baru ini, aku diperkenalkan dengan satu brand minuman ringan yang diberi nama Taurus Energy. Nak tahu kat mana? Tak lain dan tak bukan semasa join Laser Tag Battle di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Aku difahamkan, Taurus Energy Drink ni baru saja diperkenalkan di pasaran. No wonder lah, sebelum ni tak pernah nampak ada jual di mana-mana. 


Taurus Energy Drink


Dengan tagline, "Creative Energy Drinks", minuman ini dicipta dengan formula khas untuk membantu memberi tenaga tambahan untuk mental dan fizikal dalam menjalankan aktiviti harian ataupun aktiviti riadah. The best thing is, Taurus sesuai untuk diminum oleh lelaki mahupun perempuan yang berkeinginan untuk tampil aktif, produktif dan peka dalam aktiviti seharian. Dengar cerita, kalau minum Taurus Energy Drink ni, ia boleh memberi stamina dan bertindak sebagai energy booster. Dalam masa yang sama, menampilkan rasa yang sedap. Betul ke? Nak tahu betul ke tidak, jom ikuti pendedahan eksklusif mengenai Taurus di Laser Tag Battle Edisi Bloggers 2016!


Laser Tag Battle

Jujurnya, dah lama tak beriadah bersama rakan bloggers. Terima kasih kepada pihak Taurus Energy Drink kerana mengumpulkan kami semua untuk bersaing merebut gelaran juara Laser Tag Battle Edisi Blogger 2016. Fuh, excited plus nervous! Balik kerja, terus bergegas ke Berjaya Times Square. Macam biasa, lepas balik kerja, dah tentu badan penat dan lemau. Memandangkan excited nak main laser tag, terus lupa semua pasal penat. Semangat berkobar-kobar pulak nak start game. Here, we go! 


Team A


Team B


Kami dibahagikan kepada 2 team iaitu Team A dan Team B. Dan Team B mestilah orang-orang handsome dan cantik, kikiki. Nin dia my teammates untuk Team B: Afzal, Amir Nawawi, Neyra, Mek Onie, Rafzan, Diya Nadia, Along (Anak Kak Diya), Uncle Zuan dan Ellie. Mantap kan line up Team B? hahahaha. Mesti korang nak tahu kan, sejauh mana kemampuan Team B ni? Hah, stay tuned!


Powered up by Taurus Energy Drink


Untuk Laser Tag Battle kali ni, kami kena lawan 3 round. Untuk round 1, kami kalah tipis dengan Team A. Nak give up atau nak fight? Sudah tentu kami pilih untuk fight until the end. Ingat main laser tag ni boleh wat lek wat peace je. Rupa-rupanya, lencun juga. Penat boleh tahan berlari ke sana ke sini. Round pertama pun dah basah kuyup. Time terdesak macam ni lah perlukan energy drink macam Taurus. Pekena pulak yang sejuk tuh. Perghhh, padu!


Responsiveness - Concentration - Stamina


Untuk round ke-2 dan round ke-3, kami susun strategi untuk bangkit. Finally, we did it! Kami menang untuk Round 2 dan Round 3 dengan bergaya. Oyeah, nothing is impossible. Yang penting, kena sentiasa peka, fokus dan kekalkan stamina sepanjang battle. Nasib baik ada Taurus Energy.


Reach your full creative and spiritual potential


Inilah wajah keriangan bila dapat tahu kami menang di pusingan terakhir dan sekaligus mendahului Team A untuk bergelar juara. Good job Team B. We did it! Thank you Taurus Energy Drink. Oh ya, sebelum aku terlupa, di kesempatan ni aku nak share serba-sedikit info mengenai Taurus Energy Drink. Ada yang tanya, "Best ke Taurus?". "Kat mana nak beli air Taurus?", "Berapa harga satu tin Taurus?" dan macam-macam lagi. So, meh nak jawab satu per satu persoalan korang.


Together Everyone Achieves More


Mula-mula tu, aku ingatkan minuman Taurus ni macam minuman biasa seperti soft drinks ataupun isotonic drinks yang ada di pasaran. Tapi, bila first time try, aku dapat rumuskan minuman Taurus Eenergy ni lain dari yang lain. Paling penting, air Taurus bukanlah macam air berkarbonat biasa. Tapi, ia juga mengandungi kafein. Jadi, tak perit tekak sangat untuk minum dan telan. Rasa dia macam mana? Semestinya rasa dia manis dan sedap. Nak lagi sedap boleh minum Taurus Energy Drink yang sejuk. Perghh, layan!!!


Kalau korang nak try, boleh dapatkan di oulet 7-Eleven berdekatan pada harga RM4 untuk setiap tin. Baru-baru ni, ada promosi RM1 je untuk satu tin. Ramai berderu orang pi serbu 7-Eleven untuk tambah stock masing-masing. Bertuah lah siapa yang sempat pi rembat banyak-banyak time tu. But now, harga kembali normal RM4. 


The Champion


Kami dah cuba Taurus Energy Drink. Korang bila lagi? Kalau nak tahu, Taurus dapat meningkatkan daya tindak balas dan konsentrasi. Minuman Taurus akan membantu untuk mengoptimumkan tahap kreativiti dan potensi spiritual seseorang. Pendek kata, Taurus Energy Drink amat bermanfaat dalam apa jua keadaan dan situasi dalam meningkatkan konsentrasi, motivasi dan kreativiti. Termasuklah nak lawan Laser Tag sekalipun. Opppsss! Bocor dah lah rahsia kejuaraan kami, keh3.


Laser Tag Tournament powered up by Taurus Energy Drink


Paling penting, Taurus Energy Drink adalah minuman tenaga yang mendapat kelulusan Halal Malaysia, diiktiraf oleh ISO 9001, HACCP, FDA dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia. Yes, we believe that Taurus is a new age energy drink which is a lifstyle product.


Exercise / Workout

Selepas dah try Taurus Energy Drink time Laser Tag Battle, sekarang pun masih minum Taurus especially ketika exercise/ workout. Actually, a simple exercise can lead to a better health. Kalau tak sempat nak pergi gym atau jogging sekalipun, buat plank kat ruang tamu rumah pun dah cukup. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di rumah tanpa peralatan adalah sit up, pumping, star jump, dan push up. Buat exercise beberapa kali within 30-40 minutes duration daily, itu pun dah memadai. Nak buat extra pun boleh. Depends on your energy and stamina. Kalau minum Taurus, exercise 1 jam sehari pun boleh. Takde hal punya, hehehehe.


Plank with Taurus Energy Drink


Warriors Challenge 2016 @ UPNM

Paling best bila ada Taurus Energy Drink ni, nak join aktiviti extreme yang memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal pun dah tak payah risau. Walaupun dah lama tak join running dan obstacles run, tapi keyakinan nak habiskan 8km larian dan obstacles dalam Warriors Challenge 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kali ini memuncak bila ada peneman macam Taurus. 


Energy Booster


Can you imagine how to survive with 8km run, hiking, rock climbing, obstacles run and walking with 15kg wood log to reach finishing line? Luckily, I've Taurus Energy Drink! Habis cabaran, terus grab Taurus untuk kembalikan tenaga. Rasa puas gila bila dah berjaya tamatkan Warriors Challenge. Penat lelah habiskan cabaran, finally dapat diredakan dengan setin air Taurus!



Ingredients
0.4% Taurine
0.032% Caffeine
0.0006% Vitamin B2
0.002% Vitamin B5
0.024% Inositol
0.24% Glucuronolactone


Kalau ada yang tanya, "Apa kandungan dalam Taurus Energy Drink?". Antaranya, Taurine, Caffeine, Vitamin B2, Vitamin B5, Inositol dan Glucuronolactone. Yang paling penting, minuman Taurus tiada pengaruh Alkohol.


PERINGATAN !!!!!

  • Tidak dibenarkan untuk ibu mengandung
  • Tidak dibenarkan untuk pengguna berusia bawah 16 tahun
  • Tidak digalakkan untuk pengguna yang sensitif terhadap kafein
  • Tidak dibenarkan untuk penghidap penyakit jantung
  • Tidak sesuai untuk diminum semasa aktiviti sukan lasak
  • Tidak digalakkan diminum melebihi 2 tin sehari


Victory belongs to the most persevering 


The Harder The Battle,
The Sweeter The Victory!


Creative Energy

Bukan untuk aktiviti sukan dan workout je, Taurus Energy Drink pun boleh diminum ketika berkerja especially for a long hour. Maybe, ada yang kena stay-back di office, so bolehlah try minum Taurus untuk terus bertenaga siapkan kerja. Macam aku, personally I need to be energized to finish my blogpost. Ye lah, balik kerja dah lewat petang. Biasanya, badan dah penat, lemau, mengantuk dan macam-macam lagi perasaan termasuklah malas yang bercampur-baur. So, I need something to boost up my energy level. End up, Taurus juga jadi peneman untuk stay awake sampai settle kerja. Yippi!


Feed the creative energy


Untuk maklumat lanjut berkaitan Taurus Energy Drink, boleh rujuk website/ laman sosial media berikut:

Website:

Facebook:

Instagram:





Thursday, August 20, 2015

TUDIA! CHAR KUEY TEOW PUTRA HEIGHTS | RAIKAN RAYA BERSAMA HAI BLOGGER!

Masa raya hari tu, aku teringin gila nak makan ketam. Nak dijadikan cerita, aku pergi la cari di kedai bawah flat ni. Nak cari ketam punya pasal, jenuh aku berjalan. Blok A tak ada, pi blok B pun tak ada. Hampeh betul. Dah give up dah rasa. Aku pun pergi la menapak sikit lagi ke Blok C. Fuh, nasib baik ada. Yang ada pun yang kecik cinonet. Oklah, daripada tak ada kan? Tapau kasik licin. Akhirnya, jadilah ketam gulai masak lemak di #DapurPB (klik sini).


Dan baru-baru ni, aku dipelawa oleh Halim Brothers untuk try Char Kuey Teow Ketam. Dengar je K.E.T.A.M, terus eksited. Macam tahu-tahu je aku tengah gian nak makan ketam. Bak kata pepatah, "seperti orang mengantuk disorongkan bantal". Haaa, apa lagi. Tanpa segan-silu aku join la sekaki. Kalau dulu aku pernah share tempat makan mee udang sedap di Nilai, kali ni meh nak share pasal char kuey teow sedap di Putra Heights, Subang.


Tudia! Char Kuey Teow, Putra Heights


Ok, lokasi yang kami tuju untuk kali ini adalah Tudia! Char Kuey Teow yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya. Apa yang special kat sini? Dah tentulah Char Kuey Teow Ketam yang korang susah nak dapat kat mana-mana tempat lain. Biasa char kuey teow letak udang, letak kerang je. Haaa, kali ni amekaw! Ketam terus dia bagi. Terbaik bak ang! Resepi special daripada Tuan Ikram Al Banjari, pemilik Tudia! Char Kuey Teow.


;

Mesti korang tertanya-tanya kan? Kat mana Tudia! Char Kuey Teow ni? Kalau nak tahu, Tudia! Char Kuey Teow ni terletak di Putra Heights, Subang Jaya. To be exact, berhadapan dengan stesen minyak Petron Putra Heights. Nak mudah? Korang guna je waze cari Petron Putra Heights, konpem jumpa punya. Namanya, Warong Bahagia yang terletak berhampiran dengan bus stop.




Sampai je kat sana, sempat tengok tukang masak duk tengah berhempas-pulas memasak char kuey teow special. Fuh, siap berapi-api lagi. Boleh tengok live! Dengan ketam yang besar-besar dan segar-bugar, gulp! Kecur liur beb dibuatnya. Bau dia tak payah cakap lah. Semerbak harum, berkeroncong terus perut jadinya. Cobaan!



Memandangkan perut dah berkeroncong, air liur meleleh tengok presentation char kuey teow ketam, moh kita snap gambar dulu. Then, terus siap-siaga untuk ngap!!! Amacam, korang tengok ada terliur ke tidak? Haa, kalau terliur boleh pi try sendiri di Tudia! Char Kuey Teow ye. Harga? Boleh rujuk kat bawah,aku dah share siap-siap. Don't worry. Tak mahal mana pun, harga berpatutan dengan kualiti. Sedap dan menyelerakan.

 
Harga Tudia! Char Kuey Teow
Char Kuey Teow Biasa : RM5.00
Char Kuey Teow Special Telur Mata :RM6.50
Char Kuey Teow Special Telur Sotong : RM7.50
Char Kuey Teow Special Ketam : RM15.00




Kalau korang order Char Kuey Teow Ketam macam ni, bukan ketam je ada tau. Ada udang, ada ketam dan ada telur mata. Complete set! Ok, jom kita acu cuba try test.



Burppppp. Alhamdulillah, kenyang. Dah bantai sepinggan char kuey teow ketam macam ni, memang boleh senyum lebar. Dapatlah melepaskan gian yang nak makan ketam tu, hahaha. So, kalau korang pun nak try char kuey teow special ni, especially orang-orang yang duk di area Putra Heights dan area yang berdekatan, boleh rujuk info kat bawah ye. Selamat mencuba!


Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow
Putra Heights, Subang Jaya.

Waze: Petron Putra Heights

Facebook:

Instagram:


Raikan Raya Bersama Hai Blogger!

Kenapa, korang pelik ke aku pi makan char kuey teow dengan bepakaian baju melayu macam pengantin baru? wakakaka. Tak payah pelik ye, memang kami semua datang beraya di Tudia! Char Kuey Teow untuk majlis Blogger Raya anjuran Hai Blogger!



Namapun Blogger Raya kan? So, memang jumpa member-member blogger. Kecoh satu warong bhai bila berkumpul ramai-ramai macam ni. Semua orang eksited dengan ketam masing-masing. 


 

Haaa, namapun majlis makan-makan kan? Tak sah la kalau tak ada food blogger Malaysia yang hebat ni iaitu MahaMahu. Eh, boleh sedondon pulak dah. Macam janji-janji pulak. Dikbee dengan Mawardi pun janji eh pakai baju merah? keh3



Antara bloggers lain yang turut datang adalah Yaya Cendana, Fakhrul Islam, Syafiqah dan Rafzan. Actually, ni first time jumpa budak cute yang namanya Rafzan ni, haha. Happy go-lucky je tengok dia ni. Nice to meet you bro!


Credit photo: www.dikbee.com

Then, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama Sakura Band. Nah, bila team Projek Travel dan Sakura Band bergabung, hahaha. Ce tengok, gambar ni betul-betul. Macam plan kan susunan? Merah dan biru berselang-seli, lepas tu dua yang di kanan dan yang di kiri berkaca mata, haha. Sempoi! Tapi, baju abam kaw Fauzi Aryaan paling menyerlah. Lawa betul koleksi dari Hijrah Couture ni, berkenan pulak aku tengok baju tu.


Sakura Band


Kenapa Sakura Band pun ada? Sebenarnya, Sakura Band menjadi tetamu istimewa dan artis jemputan untuk majlis Blogger Raya kali ni di Tudia! Char Kuey Teow. Memang special habis event kali ni bila Sakura Band turut datang bersama menghiburkan kami semua. Kalau nak tengok live updates sepanjang even, boleh usha-usha IG Reezqi Cinematography


Credit photo: www.dikbee.com

Kami didendangkan dengan 3 lagu isitimewa daripada Sakura Band iaitu lagu raya, dan 2 lagu hits mereka iaitu Pelarian dan Melepaskanmu. Actually, aku kenal dengan dorang ni masa trip ke Taiping bulan May 2015 dulu (klik sini). Aku suka dengan dorang sebab mereka sangat sangat sangat humble, down to earth and friendly. Respect you guys! Lagu-lagu dorang pun best-best dan suara vokalis Sakura Band, iaitu Mell pun sangat merdu tak kira live ataupun recorded. Memang padu! All the best Sakura Band.


Credit photo: www.dikbee.com

Apapun, terima kasih banyak-banyak Halim untuk jemputan kali ni. Really appreciate it. Selain dapat makan Char Kuey Teow Ketam, dapat beraya bersama member bloggers, aku juga dapat jumpa gang Sakura Band ni. Dah macam reunion dah pulak, haha. Good job Halim. Thank you for organizing the event.


Majlis Blogger Raya di Tu Dia! Char Kuey Teow.

Untuk korang yang tak berkesempatan nak join tempoh hari, meh layan video ni. At least, terubat sikit kekecewaan korang tak dapat join kan? hehehehe. Layan!!! Penampilan khas, BroFramestone. Eh!



Tarikh : 01 Ogos 2015
Masa : 4.00 – 8.00pm
Lokasi : Putra Heights, Subang Jaya
Anjuran : @haibloggerofficial
Menu : Char Kuey Teow Ketam Special, Kuih Muih & Minuman
Makanan disediakan oleh : @tudiacharkueyteowhq
Artis jemputan : @sakurabandmy
Live update, photo & video : @reezqicinematography





Saturday, May 2, 2015

BERPERANG DI LASER WARZONE WANGSA WALK

Bloggers berperang di Laser Warzone Wangsa Walk | Selain menghadiri event-event launching, food review dan lain-lain, bloggers juga aktif dalam mengadakan gathering dan aktiviti bersama. Bloggers Day Out antara satu aktiviti yang dapat merapatkan ukhwah antara kami sesama bloggers. Tak ada lah orang kata, duk asyik pung pang pung pang di media sosial saja. Kadang-kadang, kita perlu luangkan masa untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain especially bila ada event macam lasertag di Laser Warzone ni. Sambil enjoy berperang main lasertag, sambil huha-huha, kita bersosial di alam nyata dan luaskan network.



Dah lama sebenarnya tak main lasertag. Awal-awal aktif blogging dan join event, antara event yang terawal join dulu adalah lasertag bersama blogger tersohor, Red Mummy. Masa event tu lah kenal blogger-blogger hebat lain macam Nadia, JMR, Cik Lily Putih, Shakiddo, Hazman, Cik Epal, Nourey, Ida dan ramai lagi. Time tu first time main lasertag di Laser Warzone eCurve. Menang nombor 2 time tuh. Dapat balik bawa medal wooo. Best!


Baru-baru ni, Nadia Farahida aka Yaya sekali lagi ajak main lasertag. Cuma kali ni di lokasi berbeza iaitu Laser Warzone Wangsa Walk. Excited habis. Maklumlah, dah lama tak main lasertag. Tanpa fikir panjang, terus RSVP nak join.



Kali ni lagi best, lagi meriah, lagi havoc, sebabnya lagi ramai yang join. Macam biasa, sebelum game bermula kena dengar briefing dulu. Maklumlah, lama tak main lasertag. Dah lupa dah rule dia macam mana. So, refresh balik teknik yang betul. Dah semangat ni nak main. Semua fokus duk dengar briefing. Ada juga yang cuak first time nak main lasertg ni. Don't worry ok! It's safe for everybody except orang yang mengandung :-)


Untuk event kali ni, lebih kurang 36 orang yang join untuk sama-sama memeriahkan sesi pertempuran hebat antara bloggers. Kasik gegar satu Laser Warzone di Wangsa Walk. Kitorang dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu 6 orang setiap team. Dan aku dalam Team 1.



Untuk round pertama, main free flow je. Masuk je ramai-ramai dalam tu, hah tembak la sape-sape pun. Objektif dia, kumpul point paling banyak secara individu sebagai warming up sebelum real match bermula. Member ke, musuh ke, semua kita tembak. Fuh, becak juga ketiak lepas berlari-lari dan bertarung selama 7 minit.


Next round, baru battle bermula. Team 1 bertemu Team 2. Dah biasa main pun, tapi still nervous, haha. Tapi, layankan aja. Bukan selalu dapat main lasertag ni kan? Seriously, antara game indoor yang best setakat ni adalah lasertag. Dia tak sakit macam main paintball, tak penat macam main battlefield. Lasertag ni lebih santai dan relax.



Kalau korang nak try main lasertag, especially untuk korang yang tak pernah try lagi main benda alah ni, you should try. Cari gang dalam 4-5 orang, serbu laser warzone berdekatan. Tak kira di Wangsa Walk ataupun di eCurve. Nak pakej sekali dengan makan pun ada, nak pakej unlimited game untuk main sampai pengsan pun ada. Pilih je mana yang berkenan.



Hah, lagi satu. Kalau rasa nak buat family day ke, team building ke, boleh datang ke Laser Warzone dengan pakej istimewa yang ditawarkan. Gerenti meriah! Ye lah, biasa buat gathering main bowling je, apa kata kali ni tukar angin sikit pakat layan lasertag.


Tahniah kepada team yang berjaya menang medal iaitu Juara dan Naib Juara. Power betul team Jmr, Ujang dan Boni Kacak. Masing-masing berjaya bawa balik medal. Aku bawa balik kenangan je, wakakaka. Walaupun tak sempat main sampai habis game sebab ada photoshoot petang tu, tapi tetap rasa puas hati. At least, dapat lepas gian nak main lasertag. Dua-dua match dapat Most Accurate shooter. Clap clap. Bangga siot walaupun Team 1 kalah, haha.


Btw, tetima kasih banyak-banyak kepada Yaya sebab sudi invite dan organize event lasertag bersama bloggers yang awesome ni. Memang happening! Maaf banyak-banyak ye Yaya sebab tak dapat stay sampai habis game. Jangan serik pulak nak ajak untuk next event. Mana tahu nak ajak main lasertag lagi ke kan? Hehehe.


Jadi, untuk korang yang dah excited nak try main lasertag, apa kata cuba main di Laser Warzone berdekatan. Main sekali, for sure rasa nak main lagi. Nak tahu lokasi kat mana dan bayaran macam mana? Boleh check details kat bawah.


Lokasi Laser Warzone
1) Level 2, eCurve, Damansara
2) Level 3, Wangsa Walk, Wangsa Maju
3) Level 4, Gurmey Plaza, Penang


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website:
Facebook: 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger