Suria Raikan Ulang Tahun Ke-15 Di Atas Kapal Pelayaran Genting Dream

Siapa pernah naik Genting Dream Cruise? Jujurnya, ni first time aku naik, tapi untuk beberapa jam je lah, hahaha. Sekadar ronda-ronda ambil feel orang kata. Dulu pernah naik Superstar Libra Cruise dari Penang ke Phuket dan Krabi. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Tapi, bila tengok Genting Dream Cruise, fulamak! Lagi besar, lagi gah, lagi menarik. Okey, boleh masuk wishlist!


Apapun, selamat menyambut ulang tahun ke-15 untuk stesen radio Suria FM. Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan tahniah kepada semua warga kerja Suria FM atas kerja keras dan pencapaian terbaik yang telah dinobatkan sebagai radio nombor 3 terbaik di Malaysia. Sempena sambutan ulang tahun ke-15, pihak Suria FM juga akan menyambut majlis ulang tahun ke-15 mereka sekaligus mencipta Malaysia Book of Record untuk bersiaran secara langsung (on-air) di atas kapal pelayaran Genting Dream.

Bagi meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM, Suria dengan kerjasama Resorts World Cruises akan berlavar selama 4 hari 3 malam di atas kapal persiaran Genting Dream pada 9 Januari 2023 dengan membawa misi menjadi Radio Pertama bersiaran di atas kapal pelayaran. Antara deejay yang akan turut serta dalam pelayaran itu nanti adalah Ajak Shiro, Shuib dan Suraya untuk segmen Morning Morning Suria yang akan ke udara setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi. 


Untuk yang first time nak naik Genting Dream Cruise, actually tempat boarding adalah di Port Klang Cruise Terminal (PKCT). Alang-alang dah sampai sini, aku nak share beberapa gambar yang sempat aku snap dalam perjalanan dari terminal untuk masuk ke Genting Dream Cruise. Overall, perjalanan sangat smooth. Kaedah dia macam nak check-in di airport, ada security check dan sebagainya. Cuma kat sini, bezanya time nak naik tu kena surrender kad pengenalan. First impression bila tengok Genting Dream Cruise depan mata, memang excited. Besar betul! Genting Dream Cruise ni ada 19 tingkat kesemuanya. Macam-macam fasiliti ada termasuklah bilik penginapan, swimming pool, restoran, flying fox, slides dan macam-macam lagi.



"24 November, genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun yang luar biasa dari segi pencapaian kami dari segi rating, ranking serta hasil pendapatan Suria FM secara keseluruhannya. Semua ini tidak akan dapat dicapai tapa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media. Sempena keiayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan lang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah, 'Genting Dream'."
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin


Okey, back to the main topic! Apa yang lagi menarik mengenai sambutan ulang tahun ke-15 kali ini, Suria FM dan Resorts World Cruises akan membawa 5 pendengar bertuah merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran Genting Dream dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan antaranya sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air, karaoke, persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi!




Selain itu, Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises juga turut berbesar hati dengan hasil kerjasama antara dua pihak bagi meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM pada tahun depan.

"Bagi pihak Resorts World Cruises, kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-15 SURIA FM bersama-sama di Malaysia. Sambutan dan kerjasama ini sangat bertepatan, memandangkan laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream kini telah berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket. Kami teruja untuk berlayar bersama krew SURIA FM dan rakan media pada Januari 2023 dengan misi untuk mencapai 'The Malaysia Book of Records' bagi kategori Radio Pertama bersiaran dari atas kapal."
Encik Michael Goh,  Presiden Resorts World Cruises


Selain itu, pada 29 November 2022 (Selasa), Suria FM telah mengadakan majlis 'Inilah Suria' bertempat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya sebagai tanda penghargaan buat semua pihak penaja dan rakan media yang sentiasa mempercayai jenama Suria FM sehingga membolehkan Suria FM kini berjaya mencatat pertambahan jumlah pendengar lebih 3.5 juta pendengar seminggu dan sekaligus meletakkan Suria FM di ranking Top 3 stesen radio paling popular di Malaysia.


Alang-alang dah sampai ke Genting Dream Cruise, kami pun tak lepaskan peluang untuk buat tour dan menyaksikan sendiri tarikan yang ada. Memang teruja bila dapat masuk kapal pelayaran mewah. Jadi, kalau korang nak berlayar atas kapal pelayaran mewah Genting Dream bersama crew Suria FM, jangan lepaskan peluang untuk menyertai contest mudah dan jadi salah seorang pemenang bertuah sebagai pendengar setia Suria FM untuk berlayar bersama crew Suria FM. 



Kami dapat masuk hall dan makan-makan pun dah excited. Tak dapat bayangkan kalau dapat peluang berlayar selama 4 hari 3 malam atas kapal pelayaran mewah macam ni. Mesti lagi syiok! Apapun, semoga satu hari nanti, impian kami untuk berlayar bersama Genting Dream pun akan dapat direalisasikan. Jom, aku belanja beberapa gambar atas cruise sempena majlis sidang media baru-baru ini. Paling best, siap dapat tengok special performance dari pihak Genting Dream cruise. Memang awesome!





Genting Dream Cruise juga terkenal sebagai kapal pelayaran yang mempunyai restoran halal. Jadi, untuk Muslim, jangan risau kalau korang merancang nak rasai sendiri pengalaman berlaayar naik cruise. Makanan yang dihidangkan atas cruise dijamin halal. Pendek kata, berlayar sambil makan-makan dan spend quality time bersama family dan rakan-rakan adalah pilihan terbaik untuk bercuti sambil santai-santai.



Semoga Suria FM terus bertahan dan kami doakan semoga Suria FM di bawah pimpinan DJ Lin terus sukses dan menaiki takhta ranking popular stesen radio tanah air. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini berkenaan Suria FM, kunjungi laman web Suria di suria.my dan laman sosial Suria Malaysia. Check it out!


Instagram: 

Facebook: 

TikTok: 

Youtube: 

Twitter: 

Post a Comment

0 Comments