Menu Baru di The Chicken Rice Shop, Grilled Butter Chicken Katsu Henshin!

Lama betul rasanya tak gi makan di The Chicken Rice Shop. Memandangkan sekarang ni The Chicken Rice Shop ada menu baru iaitu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin, terus beria ajak member-member pergi try. Kami pergi ke outlet TCRS MyTown, KL. Outlet ni memang selesa dan staff pun friendly. Kalau korang pergi ke MyTown dan rasa nak makan The Chicken Rice Shop, boleh terus ke Basement 1. Cari unit B1-023A, Basement 1, MyTown KL.


The Chicken Rice Shop kembalikan semula menu yang telah diperkenalkan sejak 15 tahun lalu. Tapi kali ini ada kelainan dengan tambahan bahan baharu untuk memberi kesan rasa yang lebih memukau. Nama pun ada bunyi Jepun kan? Actually, menu kali ini berkonsepkan anime yang sangat popular dari negara Jepun.


Menu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin kembali di semua cawangan The Chicken Rice Shop seluruh Malaysia. Mesti korang tertanya-tanya, "kenapa ada nama Jepun dalam menu kali ini?" Kalau nak tahu, jawapannya adalah kerana ada bahan baharu yang telah dimasukkan iaitu serbuk roti katsu. Menu ini didatangkan kembali kepada semua pelanggan dengan citarasa baharu yang pasti lebih memukau. Hidangan istimewa ini boleh didapati di semua cawangan TCRS seluruh Malaysia bermula dari 7 November 2022 sehingga 8 Januari 2023. Apa tunggu lagi? Jom pakat try sementara stok masih ada.


Grilled Butter Chicken baharu ini lebih rangup, lebih berperisa dan pastinya memenuhi citarasa para pelanggan setia. Kalau korang nak order set Grilled Butter Chicken, actually ada tiga set hidangan yang berbeza untuk dinikmati. Boleh pilih ikut kesesuaian sama ada nak order set hidangan untuk 1 orang, 2 orang atau 4 orang. 


Selain rangup di luar, Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ni sangat empuk dan sedap. Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini merupakan kombinasi terbaik antara isi ayam dan tepung roti katsu yang disempurnakan lagi dengan salutan sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti menawan hati rakyat Malaysia. 


Walaupun ada cili merah, tapi jangan risau. Menu ni tak ada rasa pedas pun. Malah, rasanya sangat lemak berkrim dan pastinya disukai ramai. Sekarang ni kan ramai rakyat Malaysia semakin suka dengan makanan Jepun, jadi pihak The Chicken Rice Shop telah menambah elemen Jepun ke dalam resipi ini. Ia telah mempertingkatkan menu popular TCRS ini dengan sentuhan dari negara matahari terbit.


Set kali ini menawarkan Meal A, Meal B dan Meal C. Korang boleh pilih untuk order air minuman soft drink atau minuman baharu yang diperkenalkan iaitu Passion Henshin. Memandangkan aku first time nak try, aku pun order Passion Henshin. Fuh, rasa masam manis tu menjadikan minuman ni sangar refreshing. Memandangkan menu yang berkonsepkan nama anime, maka pihak TCRS telah menjemput Pemain Cosplay tempatan untuk turut memeriahkan lagi suasana di TCRS, IOI City Mall dengan mengejutkan pelanggan dengan menghidangkan Grilled Butter Chicken Katsu.


Seperti yang kita tahu, slogan TCRS adalah ‘Chicken Rice… and More’, aku prefer makan di TCRS kerana resotran ini menyediakan macam-macam menu, bukan hanya sekadar nasi ayam. Pembaharuan menu yang lebih baik untuk semua pelanggan menjadikan TCRS terus relevan dan mendapat tempat di hati para pelanggan.


Selain manawarkan menu-menu yang sedap kepada pelanggan, TCRS juga akan mengadakan Cabaran #GBCKatsuHenshin di platform media sosial mereka. Pelanggan bertuah akan berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di outlet TCRS terdekat secara percuma. Apa tunggu lagi, jom follow The Chicken Rice Shop di Instagram dan Facebook.

Untuk maklumat lanjut tentang Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dan Cabaran #GBCKatsuHenshin, korang boleh layari website www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook Rasmi mereka di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Post a Comment

1 Comments

  1. Jom mft for myairline 2023 pulak

    After malindo 2013

    Me 0127672407

    ReplyDelete