Potatoes USA Penaja Siri Duatlon PowerMan Malaysia 2022

Korang tahu tak, baru-baru ni dua atlet wanita berbakat besar iaitu Ann Pow dan Yen Chia telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-2 dan ke-4 dalam Kejohanan Asia Powerman Malaysia 2022? Apa yang penting dalam pertandingan atau sukan kompetitif, selain dari disiplin dan komitmen dalam latihan sebagai persediaan awal kejohanan. Terdapat unsur yang tidak kurang penting, malah mungkin lebih penting daripada kemahiran, iaitu kekuatan minda atau strategi. Dalam pada itu, penggiat kecergasan, pelari maraton dan ahli sukan tahu bahawa soal pemakanan juga perlu diambil kira untuk membantu mereka meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan. Jadi, untuk korang yang aktif dalam bidang sukan, tak kira secara rutin atau professional, jom jadikan amalam pemakanan sihat sebagai salah satu kunci untuk kekal sihat dan cergas.


Kajian mendapati bahawa kentang A.S. yang penuh dengan tenaga, serat, kalium dan Vitamin C, merupakan makanan berkhasiat yang boleh digunakan untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi sukan, sambil menggalakkan gaya hidup aktif. Baru-baru ini, Potatoes USA telah menjadi penaja untuk acara PowerMan World Series pusingan Malaysia yang telah diadakan di Putrajaya. 


Acara yang sudah pun diadakan selama 16 tahun ini telah diiktiraf sebagai Kejohanan Asia bagi duatlon. Potatoes USA diwakili oleh dua ahli sukan dan pempengaruh Cik Ann Pow dan Cik Yen Chia, yang kedua-duanya sangat popular dalam arena lumba lari & berbasikal. Mereka telah penggemar kentang A.S. dan menjadikan kentang A.S. sebagai pilihan utama dalam pemakanan mereka terutama untuk sumber bekalan karbohidrat dalam persediaan menyertai kategori PowerMan Classic yang meliputi larian 10km, berbasikal 60km dan larian 10km.



Apa yang menarik tentang event yang ada Potatoes USA sebagai penaja adalah booth mereka. Semua peserta boleh makan sampai kenyang sebelum dan selepas perlumbaan. Menanrik kan? Potatoes USA telah menghidangkan produk kentang A.S. kepada lebih 4,000 ahli sukan lelaki dan wanita di booth mereka. Peserta telah dibekalkan dengan kentang lenyek A.S. yang membantu pelari mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas acara. Bahan pendidikan tentang manfaat khasiat pemakanan kentang untuk meningkatkan prestasi suka juga diedarkan.



Untuk pengetahuan semua, Ann Pow telah memenangi tempat ke-2 dalam kategori PowerMan Classic. Ann yang berusia 26 tahun merupakan peserta Sukan SEA ke-31 yang diadakan di Hanoi pada bulan Mei tahun ini dan juga acara Garmin Malaysia Marathon 2022 yang diadakan baru-baru ini. Beliau juga seorang jurulatih peribadi dan menggemari sukan lumba lari dan basikal kompetitif dan sering turut serta dalam acara-acara maraton. Seorang lagi atlet wanita yang turut mewakili Potatoes USA, Yen Chia telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam kategori PowerMan Classic. Tahniah dicuapkan kepada kedua-dua wakil Potatoes USA kerana mengharumkan nama Malaysia.


“Aktiviti sukan yang memerlukan daya tahan seperti PowerMan banyak menggunakan simpanan glikogen otot. Saya biasanya mula menambah pengambilan karbohidrat dalam sesi latihan sehari atau dua hari sebelum perlumbaan. Sumber karbohidrat kompleks diperlukan dan kentang A.S. memberikan rasa kenyang serta perisa dan bahan boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada persediaan dan kaedah memasak,”

Ann Pow 


“Kentang A.S. menjimatkan kos dan kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk menyertai perlumbaan yang sangat kompetitif. Kentang yang bebas gluten merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk memastikan saya terus mendapat bekalan tenaga dan mengurangkan rasa lapar semasa perlumbaan yang sengit dan panjang. Saya mengambil kentang A.S. untuk latihan, proses pemulihan dan juga pada hari perlumbaan!. Tambahan lagi, kentang A.S. lazat, mudah dimasak dan boleh disediakan dengan pelbagai cara,”

Yen Chia 

  

Pelbagai kajian yang dijalankan sepanjang tempoh 40-50 tahun lepas telah menunjukkan bahawa karbohidrat ialah makronutrien utama bagi mengekalkan dan menambah baik prestasi sukan. Menurut Nutrition Today, sebuah jurnal A.S., didapati bahawa diet yang seimbang dengan makanan semula jadi berkualiti seperti kentang yang padat dengan nutrien mungkin paling sesuai untuk meningkatkan prestasi fizikal atlet elit dalam acara yang memerlukan daya tahan.


Fakta menarik tentang khasiat kentang

26 gram karbohidrat
Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang penuh dengan nutrien, penting untuk mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum, sebagai sumber tenaga utama bagi otak dan otot. Oleh kerana bekalan karbohidrat badan kita adalah terhad dan mungkin kehabisan – walaupun dengan hanya satu sesi senaman berat dan/atau berpanjangan – amat penting untuk menggantikan karbohidrat yang telah digunakan.

620 Milligram Kalium
Kentang saiz sederhana (148g) berserta kulit membekalkan lebih banyak kalium berbanding pisang, dan tidak mengandungi lemak, garam dan kolesterol. Kentang ialah makanan terbaik untuk membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf dalam acara yang memerlukan daya tahan tinggi.


30% nilai Vitamin C harian
Kentang merupakan sumber Vitamin C yang baik, untuk membantu menguatkan sistem imun dan menghasilkan kolagen (sejenis tisu otot yang penting).

3 gram protein berasaskan tumbuhan
Protein ialah komponen otot dan nutrien penting bagi meningkatkan prestasi.

2 gram serat (7% nilai harian)
Serat membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan kepuasan (rasa kenyang), iaitu kita rasa kenyang lebih lama.

110 Kalori untuk Tenaga
Lebih mudah dihadamkan dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur popular lain, kentang adalah pilihan yang baik untuk membekalkan tenaga dalam acara maraton.


Semoga dengan perkongsian kali ini, korang dapat sedikit-sebanyak ilmu baharu tentang khasiat kentang. Personally, aku sendiri pun suka makan kentang especially kalau buat resipi di rumah. Kentang ni bukan sahaja baik dan berkhasiat untuk dijadikan makanan seharian, malah sangat bermanfaat untuk aktiviti-aktiviti luar yang memerlukan tenaga tamabahan. Kalau korang pun nak try resipi mudah berasaskan kentang, boleh tengok di website https://potatogoodness.com/potato-recipes/

Post a Comment

0 Comments