KUCATÉ Grand Launching

Siapa pernah try KUCATÉ? Walaupun KUCATÉ baru 8 bulan di pasaran, namun KUCATÉ sangat terkenal dalam kalangan pembeli dan mendapat sambutan yang luar biasa kerana keunikannya. Di sebalik keunikan produk, paling teruja bila dapat tahu dengan hanya menjual produk KUCATÉ, ramai yang berjaya menjana pendapatan yang sangat lumayan. Ada yang berjaya membuat jualan sehingga RM5 Juta dan ada juga yang berjaya mendapat komisyen sehingga RM200 Ribu. Segalanya telah dibuktikan sempena majlis pelancaran KUCATÉ (KUCATÉ Grand Launching).


Majlis KUCATÉ Grand Launching yang berlangsung pada 17 Julai 2022 bertempat di Magica Hall, Quill City Mall Kuala Lumpur adalah bertujuan untuk pelancaran rasmi produk KUCATÉ setelah 8 bulan berada di pasaran sejak November 2021. Majlis yang gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Noor Kartini Noor Mohamed selaku pengasas produk jenama KUCATÉ yang dihadiri seramai 200 orang Busines Partner KUCATÉ dari Malaysia, Singapura & Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis adalah ahli keluarga Datin, Puan Noor Nabila, Puan Nur Athisha dan suami, Cik Nur Athirah, rakan strategik KUCATÉ Tuan Rafiee Hj Ramli dan Puan Fellinna Fattah.


Pencapaian KUCATÉ sepanjang November 2021 sehingga Jun 2022 telah mencatat jualan sebanyak RM10,597,751.00. Jumlah produk KUCATÉ yang terjual adalah sebanyak 173,954 unit dan jumlah komisyen yang berjaya dibayar sekaligus memberi manfaat kepada Business Partner KUCATÉ adalah sebanyak RM2,587,361.67. Selain itu juga, jumlah Reseller KUCATÉ telah mencecah seramai 57,453 orang setakat ini.




KUCATÉ atau sebutannya dlm loghat Kelantan KOO-CHA-TAY yang memberi maksud KACAU TEH. Sejenis teh herba berbentuk kiub yang diperbuat daripada sumber madu dari pelbagai jenis bunga yang tumbuh secara semulajadi. Digabungkan dengan pelbagai pilihan bunga kering untuk memberi kebaikan yang optimum dan menghasilkan pengalaman yang unik dan menarik untuk setiap deria pengguna. Terdapat 4 varian ditawarkan iaitu Superwoman (formulasi 7 jenis herba), Stress Free (osmanthus & longan), Happy Tummy (krisantimum & halia) & Beau-Tea (krisantimum & mawar).



Bersempena dengan pelancaran rasmi KUCATÉ, pihak KUCATÉ melancarkan KEMPEN BELI & MENANG yang berlangsung dari 17 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022. Setiap pembelian pakej TRIO COMBO yang mengandungi Stress Free, Happy Tummy & Beau-Tea bernilai RM197/SGD70/BND70, pembeli berpeluang memenangi hadiah yang menarik. Antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang bertuah adalah Pakej Umrah untuk 6 pemenang, Wang Tunai berjumlah sehingga RM18,000 dan hamper produk KUCATÉ bernilai RM200. Selain dapat membeli produk KUCATÉ dengan harga yang lebih murah, pelanggan bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa yang ditawarkan. Apa tunggu lagi? Jom kita pakat shopping produk KUCATÉ untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat handai. 



Di samping itu, KUCATÉ merupakan sebuah platform perniagaan yang terbaik untuk menjana pendapatan sampingan mahupun secara tetap. Platform ini telah membuka peluang kepada orang awam untuk mula menceburkan diri dalam perniagaan dengan sokongan dan bimbingan secara komprehensif yang akan disediakan oleh pihak KUCATÉ. Berdasarkan pencapaian dan kejayaan mereka yang telah bergiat aktif dalam business KUCATÉ ini, terbukti peluang perniagaan KUCATÉ sangat reliable dan produk KUCATÉ mendapat sambutan yang luar biasa daripada para pembeli di luar sana. Tahniah kepada semau Business Partner KUCATÉ yang berjaya mencatat jualan dan komisyen tertinggi untuk kali ini. Semoga dengan pencapaian ini dapat menyemarakkan lagi semangat Business Partner KUCATÉ yang lain-lain untuk "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dengan mereka yang telah berjaya. All the best!


Apapun, tahniah diucapkan kepada KUCATÉ kerana telah berjaya mencipta nama sehingga ke tahap ini hanya dalam masa 8 bulan. Semoga KUCATÉ semakin sukses dan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Korang dah try ke belum minum KUCATÉ? Hah, kalau belum jom pakat-pakat order dan try sendiri. Sekarang ni kan tengah ada contest BELI & MENANG, mana tahu kita yang bertuah  untuk menang pakej Umrah tu. Amin.

Untuk maklumat lanjut tentang KUCATÉ, korang boleh follow KUCATÉ di instagram ataupun terus ke website mereka.

Website:

Instagram:

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah buat founder.. kat rumah ni ada gak stok Kucate ni, time hujan Sis suka bancuh hehehehe

    ReplyDelete