Tebus Crispy Chicken Percuma dan Tawaran Sehingga 40% Diskaun dengan Aplikasi Marrybrown

Macam mana nak dapatkan seketul Crispy Chicken Marrybrown secara percuma dan voucher deals istimewa sehingga 40% diskaun? Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu install aplikasi Marrybrown. Boleh download di Google Play untuk pengguna Android ataupun Apple Store untuk pengguna iphone. Sekejap je, lepas install terus daftar untuk create account dan isi details mana yang perlu.



Actually aku pun baru tahu Marrybrown pun dah ada aplikasi sendiri. Terus install dan register cepat-cepat. Baru-baru ni, aku ke Mydin terbesar di Malaysia iaitu Mydin Tunjong, Kelantan. Rupa-rupanya kat sini pun dah ada restoran Marrybrown. Since dah tahu ada tawaran istimewa di aplikasi MB, aku terus redeem voucer mana yang ada dan walk-in untuk take-away. Cuti-cuti raya ni, dah tak tau nak makan apa. Kita tukar selera sekali-sekala makan Crispy Chicken Marrybrown dan burger. Allahu, nikmatnya!


Cara Redeem Voucher MB

Bila dah register, korang boleh klik bahagian deals dan Available Deals untuk tengok promosi apa yang ada. Paling best, untuk new user automatik korang akan dapat 1 ketul Ayam Crispy MB. Antara deals yang ada adalah Onion Rings, Potato Wedges, Mushroom Soup, Chicken Nugget, Bubur Ayam, Kiddy Meals, Boba Tea, Hotouch Burger Combo, Cheesy Burger with Cheesy Wedges dan Tower Burger Combo. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM2.90 dan diskaun sehingga 40%. Memang berbaloi-baloi! Jom kita tengok cara untuk redeem.


1. Di bahagian Deals ataupun Available Deals, scroll tawaran istimewa yang korang nak

2. Klik poster tawaran yang dipilih

3. Klik "Redeem" dan "Add to My Reward"

4. Ulang step 1-3 untuk Deals lain yang korang nak redeem

5. Klik "My Reward" untuk tengok semua Deals yang telah redeem

6. Walk-in ke mana-mana outlet Marrybrown terpilih dan tunjukkan QR Code untuk tebus voucer yang ada


Overall experience aku guna aplikasi Marrybrown ni sangat-sangat berpuasa hati. User interface sangat user-friendly dan proses pembelian di kaunter Marrybrown pun efisien. Dah boleh boleh jimat banyak, lepas tu boleh juga collect points bila guna app. Setiap pembelian RM1, kita boleh collect 1 point. Dah banyak points yang kita kumpul, nanti boleh redeem FREE MEALS pulak. Memang syiok!

Hah, inilah antara menu yang aku dah tebus guna aplikasi Marrybrown
  • Marrybrown's Crispy Chicken 1pcs
  • 2 X Boba Tea
  • Hotouch Burger Combo
  • Tower Burger Combo





Alang-alang dah sampai MB, order sekali menu terbaru "RM5 Memang Bowl-Baloi" iaitu Cheesy Chicken Mashed Bowl dan Bubur Pedas Bowl. Selain itu, aku order "Set Meriah Bucket Combo". Beli bawa balik rumah makan ramai-ramai dengan family, memang meriah!


Kalau korang pun nak menikmati penjimatan berganda di Marrybrown, aku sarankan korang install apps ni dan register. Memang berbaloi! Jangan lupa suruh adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan download sekali apps. Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown ataupun promosi terkini, boleh kunjungi website dan laman sosial media MB. Check it out!

Post a Comment

0 Comments