TIPS SEBELUM KE MATTA FAIR 2019

/
19 Comments
Yeay! Cuti dah approved. Sekarang ni aku tengah menghitung hari dan get ready for my next trip.  Nak tahu ke mana destinasi pembuka tirai untuk tahun 2019? Stay tuned! Nanti aku akan share di instagram dan facebook. Jangan lupa follow @penaberkala dan #penalencong. Actually, tarikh trip untuk tahun ni clash dengan tarikh Matta Fair 2019 yang akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur bermula 15-17 Mac 2019. Alahai, melepas nak pergi tahun ni. Don't worry, aku dah jumpa jalan penyelesaian. Kali ni aku nak share macam mana cara untuk dapatkan pakej percutian menarik walaupun kita tak berkesempatan untuk ke Matta Fair. Nak tahu macam mana? Check it out!


Kenapa orang suka pergi Matta Fair? Bagi aku, aku suka pergi tengok pakej-pakej pelancongan yang dijual di Matta Fair. Dari situ, aku dapat idea untuk merancang trip aku yang seterusnya. Ada juga orang pergi ke Matta Fair memang dengan niat nak beli pakej untuk percutian mereka. Datang tengok pakej, beli pakej mengikut destinasi yang rasa berkenan dan hanya perlu tunggu masa untuk travel. Bagi aku, Matta Fair adalah salah satu event yang berjaya dan mendapat sambutan hangat di Malaysia. Ia memberi dimensi baru kepada rakyat Malaysia untuk meneroka dunia luar. Persoalannya, bila tiba Matta Fair, first yang akan muncul di benak fikiran adalah "Destinasi mana yang nak dituju untuk next trip?" Hah, yang tu kena "tepuk dada, tanya selera."


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share 7 destinasi menarik yang pernah aku pergi. Maybe, korang boleh consider untuk letak dalam bucket list travel korang. Ya, aku faham. Dekat-dekat dengan Matta Fair ni, masing-masing kalut dan buntu cari idea nak pergi mana kan? Jadi, di sini aku bagi 7 idea menarik untuk korang pilih. Semoga bermanfaat!

7 DESTINASI PERCUTIAN PILIHAN 2019


1.  Jeju, South Korea

Kalau korang suka nature, aku syorkan korang pergi ke Jeju, South Korea. Kalau nak merasa pengalaman main salji, korang boleh pergi antara bulan Disember sehingga Februari. Banyak tempat best dengan view yang superb ada di Jeju. Kalau pergi seorang, boleh naik bus. Kalau pergi bersama keluarga, better book kereta.



2. Osaka, Jepun

Siapa tak jatuh cinta dengan negara maju seperti Jepun kan? Kalau korang tak suka kesibukan kota raya seperti Tokyo, korang boleh pergi ke Osaka. Apa yang best bila travel ke Osaka, korang boleh travel around Kansai region seperti Nara, Kobe, dan Kyoto hanya dengan menaiki train (Kansai Pass). Perkara wajib bila berada di Osaka adalah merasai sendiri night life di Dotonbori. 


3. Melbourne, Australia

Actuallly, Australia juga mempunyai destinasi yang menarik seperti Melbourne. Kalau datang Melbourne, tak sah kalau tak pergi ke Brighton Bathing Boxes yang colourful di Brighton Beach. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk ke Kilda Beach dan tengok peguin. Kalau korang suka dengan sukan tenis, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Australian Open pada bulan Januari setiap tahun.


4. Singapore

Tak sanggup nak travel jauh-jauh? Korang boleh plan untuk travel ke Singapore. Susah nak dapat cuti? Weekend getaway pun sudah memadai. Apa yang aku suka tentang Singapore adalah dari segi infrastruktur bangunan yang tinggi dan mewah. Kalau jalan-jalan waktu malam, memang seronok dengan warna-warni neon memenuhi kawasan tarikan pelancong. Oh ya, jangan lupa untuk masuk ke Universal Studio Singapore. Seriously, berbaloi!



5. Bali, Indonesia

Dulu Bali terkenal sebagai destinasi untuk honeymoon. Namun, sekarang Bali sudah menjadi antara lokasi wajib untuk budget traveller. Sebut saja tentang Bali, pastinya Kuta Beach, Tanjong Benoa, Uluwatu, Nusa Penida, Tanah Lot dan Kopi Luwak akan diperkatakan. Apa yang menarik tentang Bali adalah keindahan alam yang sangat menenangkan dan mempersonakan.


6. Danau Toba, Indonesia

Pernah dengar tentang sejarah letupan supernova di Danau Toba? Hasil letusan itulah terbentuknya tasik terbesar di Indonesia yang keluasannya melebihi negara Singapore. Keindahan Danau Toba tiada tolok bandingnya. Dengan kehijauan gunung-ganang di sekeliling Danau Toba, semestinya memberikan ketenangan kepada sesiapa saja yang berkunjung ke sini. Bagaimana nak ke Danau Toba? Korang hanya perlu book tiket flight ke Kuala Namu. Dari Kuala Namu, Medan korang boleh naik bus ataupun upah supir untuk ke Danau Toba, Perjalanan dari kota Medan ke Danau Toba mengambil masa lebih kurang 6 jam.


7. Pulau Weh, Aceh, Indonesia

Tidak lengkap trip korang ke Indonesia kalau tak pergi ke Aceh. Di sini, tersimpannya sejarah peninggalan kesan Tsunami besar yang mengorbankan banyak nyawa. Antara lokasi yang patut korang singgah adalah Muzium Tsunami, Masjid Baiturrahman, Kapal Apung dan Kapal di atas atap di Lampulo. Semua kesan peninggalan tsunami ada di Banda Aceh. Kalau korang cintakan pulau, korang boleh pergi ke Pulau Weh. Hanya perlu menaiki feri dari jeti di Banda Aceh untuk ke sini. Pulau Weh adalah antara pulau tercantik di Indonesia.



Macam mana dengan 7 destinasi yang aku cadangkan kat sini? Ada yang korang rasa berkenan dan teringin nak pergi ke? Hah, apa lagi. Start la plan dari sekarang. Korang risau jadi macam aku? Tak dapat nak pergi Matta Fair? Don't worry! Actually, aku ternampak billboard ni di stesen LRT PWTC last week. Walaupun kita akan terlepas Matta Fair Promo, tapi kita tetap ada Traveloka Sale-abration guys. Jangan bersedih, hehe. 




Ramai yang cakap, "Seronok lah, asyik travel je." Hakikatnya, dorang tak tahu yang kita nak travel ke sana ke sini, actually kita dah plan lama. Ada yang berbulan, ada yang setahun plan. Travel travel juga, tapi kita tetap kena buat perancangan sebaik mungkin. Kena pandai compare harga flight untuk dapatkan tambang paling rendah dan buat research tentang destinasi yang nak dituju. Jalan terbaik, memanfaatkan sepenuhnya event macam Matta Fair ataupun Traveloka Sale-abration ni.


Aku pernah travel ke Jeju, South Korea hujung tahun lepas secara adhoc. Maksudnya, trip tanpa dirancang. Memandangkan kena habiskan cuti sebelum tahun 2018 berakhir, aku tekad untuk pergi somewhere. Sambil melancong, sambil timba pengalaman baru orang cakap. Dalam masa yang sama, reward diri sendiri setelah berpenat lelah kerja cari duit. Jujurnya, aku tak pernah menyesal buat unplanned trip ke Jeju macam tu. Cuma, kalau diberi pilihan masa tu, hanya satu aku nak buat. Alangkah bestnya kalau aku plan awal dan book tiket flight awal. At least dapat jimat sikit dengan harga jauh lagi murah. Lesson learnt, nak travel kena plan betul-betul, hehe.


Untuk perkongsian kali ini, aku terpanggil untuk berkongsi tentang persediaan sebelum korang travel. Mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu korang kat luar sana agar tak melakukan kesilapan yang sama. Especially untuk korang yang tengah merancang untuk bercuti ke luar negara. Lagi pun, memang kena dengan timing Matta Fair 2019 dan Traveloka Sale-abration yang akan berlangsung tak lama lagi. Semoga perkongsian kali ni sedikit-sebanyak boleh dijadikan panduan. 

TIPS TRAVEL

1. Tentukan destinasi

Sebelum korang pergi ke Matta Fair 2019, apa kata korang siap-sedia dengan destinasi pilihan. Jadi, bila dah sampai sana korang tak terpinga-terpinga nak cari pakej apa dan tak pening nak pilih destinasi percutian. Korang senaraikan at least 3 destinasi yang korang nak pergi sangat. Contohya, (1) Jeju, South Korea, (2) Osaka, Jepun dan (3) Perth, Australia. Kalau korang tak ada idea sangat, maybe korang boleh refer 7 destinasi menarik yang aku share tadi. Untuk korang yang nak plan guna Traveloka Sale-abration pun sama. Tentukan destinasi pilihan dan buat keputusan yang terbaik.


2. Tentukan tarikh percutian

Dah decide destinasi pilihan? Next, korang kena tahu bila korang available untuk travel. Kalau korang masih bujang, kena consider bulan berapa korang senang untuk apply cuti. Kalau trip bersama keluarga dan anak-anak, kena consider cuti sekolah. Then, kena tahu peak season dan low season sebabnya semua ni akan mempengaruhi bajet keseluruhan pakej percutian korang. Pergi musim cuti sekolah semestinya lagi mahal berbanding hari biasa. 

Satu lagi, korang kena plan nak pergi musim apa especially bila pergi ke negara 4 musim. Kalau ke Jepun, South Korea atau Australia, musimnya berbeza. Kalau ke Jepun atau South Korea bulan Januari, mungkin tengah winter. So kena get ready dengan jaket-jaket tebal dan sebagainya. Sebaliknya, pada bulan Januari di Australia tengah musim panas. Part ni pun korang kena kaji untuk keselesaan time jalan-jalan nanti. Personally, aku lebih prefer winter berbanding summer. Malaysia kan dah panas, so time travel ke tempat orang lah nak rasa sejuk-sejuk sikit, hehe.

3. Tentukan bajet

Selain destinasi dan tarikh, bajet juga penting. Kalau korang rasa pakej yang korang nak ambil tu harga dia mahal dan melebihi bajet yang korang ada, just sit back and relax. Cuba bandingkan harga pakej yang korang nak ambil tu dengan harga yang korang survey sendiri. Tips aku mudah je, aku selalu guna Aplikasi Traveloka untuk dapatkan harga yang murah. 

Korang boleh install aplikasi Traveloka dan cari sendiri harga tiket flight dan Hotel untuk destinasi dan tarikh yang korang plan. Kalau harga yang korang dapat dari Traveloka jauh lagi murah berbanding pakej yang korang nak ambil, why not korang plan sendiri. Kalau sebaliknya, korang ambil je pakej yang korang berkenan di Matta Fair. 

Sebagai pengguna, kita kena bijak membuat pilihan. Kalau boleh, cuba cari pakej yang berpatutan dengan bajet yang kita ada. Dunia sekarang lagi mudah, semuanya hanya di hujung jari. Time ke Matta Fair, dalam masa yang sama kita boleh juga check harga di Traveloka Sale-abration. Kita sentiasa ada pilihan. Begitu juga dengan kita yang tak dapat ke Matta Fair atas sebab-sebab tertentu, kita masih lagi ada pilihan untuk join Traveloka Salebration. Just in case kalau tak suka bersesak ke Matta Fair, korang boleh just check online di smartphone/ laptop di aplikasi Traveloka. 


Apa yang aku suka tentang Traveloka adalah kerana ia sangat convenient. Install satu app di smartphone, kita dah boleh book flight ticket, hotel dan juga tiket masuk ke tempat-tempat menarik. Pendek kata, Traveloka ni macam all in one App. Paling aku suka, features yang ada di Traveloka espceially part pricing. Harga yang terpapar dalam aplikasi Traveloka, itulah harga yang perlu kita bayar. Kalau ada promo code, lagi best. Sebabnya, korang boleh bayar dengan harga lebih rendah selepas dapat diskaun dari promo code yang kita masukkan sebelum buat pembayaran. Untuk Traveloka Sale-abration, lagi banyak diskaun yang kita akan dapat. Itu yang best. Jimat beb!



Jadi, untuk korang yang tak berpeluang untuk ke Matta Fair 2019 nanti, jangan frust, jangan sedih-sedih. Korang hanya perlu buka aplikasi Traveloka di smartphone ataupun laptop masing-masing untuk sama-sama merebut peluang dapatkan tawaran istimewa sempena Traveloka Sale-abration. Dengar kata, ada diskaun baik punyer. Ada banyak tawaran menarik dengan harga-harga menarik. 

Mark your calendar guys!


You may also like

19 comments:

  1. Bestnya...tapi sayang Matta Fair this week akak tak dapat terjah lagi..akak bercuti ke utara bawak family akak..alahai..kalau tak boleh skodeng percutian yang murah dan berbaloi...selalunya akak banyak rujuk kat Traveloka..banyak gak sale kat situ...

    ReplyDelete
  2. Tips yg bagus ni. Sis pun kalau travel mmg buat cam apa yg dikatakan. Cuma tahun ni sis tak boleh nak travel mana2 coz anak nak ambik exam..so planning travel utk next year dn dah survey2 jugak mana nak pergi tahun depan

    ReplyDelete
  3. This year my travel plan ke laut sebab kerja. Huwargghhh!!! Stress!!! Teringing nak pergi Melbourne. Belum sampai lagi ke sana. But China pun belum habis explore.

    ReplyDelete
  4. Kesemua tempat yang di listkan saya nak pergi .Kalau pergi Matta Fair boleh buat kita buat keputusan yang jitu bila nak vercuti kan .Tips yang diberikan sangat berguna dan sekurangnya dapat membantu orang lain untuk bercuti kan .Selalunya Traveloka jadi pilihan kalau nak survey tempat percutian

    ReplyDelete
  5. Thanks sharing tips yang bagus untuk orang yang suka travel macam huda ni. Promosi Traveloka memang wajib huda grab, sebab tak dapat nak g matta fair kat KL sebab jauh...

    ReplyDelete
  6. Banyaknya info berguna kat sini. Iza tak pernah travel selain malaysia. Teringin nak ke korea. Boleh la guna tips yang ada ni nanti. Boleh la cari traveloka kat matta fair nanti.

    ReplyDelete
  7. Oh yes. Traveloka is my go to place for great travel bargains. And, when are you going to invite me to join you for your trip? I can assist with your begs ok.

    ReplyDelete
  8. sebelum nak cari pakej yang best, kena study dulu tempat, harga dari beberapasyarikat pelancingan yang lain. dan yang penting cari yang betul sebab takut kena tipu. tapi liez suka traveloka sebab macam boleh booking 2 in 1

    ReplyDelete
  9. It was a great tips and experience sharing for travelling. Dahlah gambar semua cantik² belaka. Tertarik sungguh untuk go through semua. Memang bagus dperkongsian tipa travel ni. Cx bukan kaki travel tapi suka tengok orang kongsikan pengalaman mereka.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk tips tersebut, btw, gambar-gambar travel tu cantik-cantik & buat I rindu nak pergi tempat-tempat tu semula. :)

    ReplyDelete
  11. Aduh tempat dia suggest semua best.. Tapi sis tak dapat pergi lagi.. Sis pun tgh tunggu traveloka sae ni. .Nak book hotek untuk bercuti. .Best2

    ReplyDelete
  12. This is really a wonderful write up for me to refer on my Holiday planning!! So nice to see you have been so many countries and share it with us... Really a great guidance...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih ya Moka kerana berkongsi tips ini. Sy nie jarang travel jadinya tak tahu sangat bab2 nie. Nanti kalau nak travel boleh lah guna tips nie. Matta fair pon xpernah pergi. Acano tu

    ReplyDelete
  14. yay I can't wait to visit MATTA Fair this weekend too. My top destination always Japan, Korea and Europe. Hope there's many good deals there.

    ReplyDelete
  15. Wahhh dia dah buat list siap2 sebelum ke matta fair. Bagusnya, boleh jado rujukan kitorang yg baca ni jugak, hehe.

    ReplyDelete
  16. Wah best entry ni and padat cerita nyer. I plan to terjah matta fair also kot ada special deals kab. Coz i m planing for my family trip so kena buat homework sikit la.

    ReplyDelete
  17. thank you for the travel tips...will definitely try to set out a budget for my next trip with my partner. Travel goal is to go to Japan..insyallah ada rezeki...and for those who are going to matta fair, i shall see you there!

    ReplyDelete
  18. Bestnyaaa dapat pergi Bercuti.
    Nak bercuti ni orang kata kena plan betul betul.
    Rancang seawalnya.
    Destinasi semuanya la.
    Syoknya kalau dapat pergi holiday..

    ReplyDelete
  19. Syoknye bro..macam2 tempat dah pergi tu..2,3 hari ni berjalan lagi la kan..dah lama tak ke Matta Fair, sebab biasa guna Traveloka gak bila nak berjalan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...