PUDING RAJA PEKAN DI FOOD MARKET, CHERAS

Siapa kat sini tak pernah makan Puding Raja? Seriously, korang patut try makan at least once! Aku dulu teringin nak try, tapi memandangkan Puding Raja ni susah nak dapat, so berzaman juga lah mencari. Then, jumpa la yang ada orang jual di kedai-kedai makan. Bila try, rasanya not bad. Baru-baru ni, member-member recommend suruh beli Puding Raja di Food Market, Sri Permisuri, Cheras. Memandangkan Food Market ni sebelah rumah je, so gigih pergi beli selepas balik kerja. Yes, ternyata tak sia-sia. Puding Raja di Food Market adalah yang paling sedap pernah aku makan. Pendek kata, cukup rasa, lemak manis, semua ada. 


Aku pernah share tentang Food Market dulu. Boleh baca kat sini! Food Market ni adalah the best stop centre untuk kita cari produk makanan unik dan legend yang kita teringin sangat nak makan dari seluruh pelosok negeri di Malaysia. Terkini, Puding Raja Pekan yang sememangnya terkenal di negeri Pahang. Jadi, orang yang duk di KL tak payah travel ke Pahang semata-mata nak try Puding Raja Pekan. Sekarang, boleh pergi ke Food Market Cheras, dah settle!


Puding Raja merupakan pencuci mulut (dessert) terkenal yang dihidangkan kepada kerabat diraja Pahang. Namun kini, ia terkenal sebagai produk makanan untuk rakyat jelata bukan hanya untuk rakyat Pahang, malah terkenal di seluruh Malaysia. Siapa sangka kan, menu diraja kini telah berjaya dikomersialkan kepada umum? Inilah salah satu keunikan produk makanan di Malaysia.


Bahan utama dalam menghasilkan Puding Raja adalah pisang lemak manis, prunes, buah ceri, kacang gajus, jala emas dan susu custard sebagai kuahnya. Mungkin ada sesetengah orang yang tak pernah tahu dan kenal Puding Raja, beginilah rupanya. Sekali pandang, memang dah jatuh cinta. Terliur tengok presentation dengan warna kuning keemasan dan ditambah pula dengan warna-wani buah ceri yang membangkitkan selera.


Apa yang menarik tentang Puding Raja Pekan di Food Market adalah ianya fresh! Stok yang dijual adalah terhad setiap hari dan rasanya sangat segar. Dari segi packaging, memang nampak eksklusif! Pendek kata, memang berbaloi! Nak beli untuk makan sendiri pun boleh, nak beli untuk bagi kat orang pun boleh. Yang penting, rasanya sedap dan memuaskan.


Dengan harga serendah RM9.90 sekotak, Puding Raja Pekan ini mampu memberikan kepuasan untuk korang yang sukakan dessert yang penuh dengan rasa dan warna. Jadi, kalau korang dah lama teringin nak makan Puding Raja ataupun dah lama tercari-cari The Best Puding Raja in Town, aku sarankan korang beli di Food Market. So far, dah 2 kali aku beli di Food Market. 3 kali pergi, habis sebab out of stock, hahaha. Nampak sangat Puding Raja Pekan di Food Market sekarang tengah laku keras.  


Cadangan aku untuk korang yang nak datang bali Puding Raja Pekan di Food Market, better whatsapp dulu tanya ada stok ke tak atau book siap-siap. Bukan apa, takut kempunan je nanti bila sampai stok pula habis, hehe. Bagi aku, tak ada masalah sebab dekat area rumah je. Lagipun, tak dapat beli Puding Raja, boleh beli produk makanan lain seperti pekasam daging, budu, kuih-muih tradisional dan macam-macam lagi. Memang Food Market ni boleh diibaratkan sebagai syurga makanan! 


Aku prefer makan Puding Raja sejuk-sejuk. So, lepas beli tu simpan dulu dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru campurkan susu custard ke dalam Puding Raja untuk dinikmati bersama. Fuh, memang padu!


Nampak gayanya, sudah dua kali aku beli Puding Raja di Food Market. Ada tendency untuk repeat lagi next time. Bukan apa, kadang-kadang kita nak makan sesuatu yang berbeza. Nak tukar selera makan sesuatu yang baru. Jadi, Puding Raja adalah salah satu hidangan bagi aku yang dapat memberikan rasa yang unik dan memberi nikmat yang berbeza. 


Kalau korang berhajat nak pergi sendiri ke Foodmarket™ , boleh lah berkunjung ke outlet mereka yang terdekat. Jangan risau, Food Market dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Check it out!

Alamat: 
FOODMARKET SERI PERMAISURI, CHERAS
Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, 
Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, 
Kuala Lumpur.

No Telefon: 
019-666 4889

Email: 
foodmarket.my@gmail.com 

Laman web: 

Instagram: 

Facebook: 

Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments