PUBG MOBILE NATIONAL CHAMPIONSHIP (PMNC) YOODO TAWARKAN HADIAH SEHINGGA RM60,000

/
18 Comments
Ada tak peminat tegar PUBG kat sini? Hah, kalau ada yang fanatik dengan PUBG korang kena baca sampai habis. Ada berita baik untuk korang merebut peluang menang besar! Chop! Ada yang tak tahu PUBG tu apa? Sebelum kita bercerita panjang pasal PUBG, meh nak kenalkan dulu apa itu PUBG. PUBG ataupun Player Unknown's Battle Underground merupakan perisian game yang tengah meningkat naik dan tengah menjadi kegilaan ramai buat masa ini. Pendek kata, dah jadi fenomena. Ke mana-mana, orang duk bercakap pasal PUBG. 

Oh ni ada satu website untuk cari maksud perkataan. Ce tengok. Kot-kot korang minat ke.

Mungkin ada yang bertanya, "Apa faedah duk main PUBG tu? Buat bazir masa, bazir duit je". Teeeet! Sabar dulu. Setiap peluang yang ada, mesti ada manfaatnya. Betul tak? Begitu juga dengan PUBG. Bukan sekadar main suka-suka, bazir masa, bazir tenaga. Kalau korang pandai mengambil peluang, korang siap boleh buat duit lagi dengan hobi bermain game seperti PUBG. Macam mana caranya? Check it out!


Caranya mudah je. Korang hanya perlu menyertai Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC) yang dianjurkan oleh PUBG Corporation dan Tencent Games. Untuk peringkat saringan, hadiah wang tunai RM2500 menanti juara untuk setiap pusingan di empat lokasi berbeza iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak. Paling menarik, wang tunai berjumlah RM50,000 menanti juara di Grand Finale.


Yoodo ialah syarikat perkhidmatan digital mudah alih pertama di Malaysia yang menjadi syarikat telco digital rasmi untuk Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC). Rasanya, ini adalah berita baik dan tergempar buat semua gamers di luar sana especially kepada semua peminat tegar PUBG. Yoodo akan menjadi antara syarikat pertama yang mendokong bidang gaming di Malaysia dengan melaksanakan kerjasama strategik dan juga plan jangka panjang.


PUBG adalah antara mobile games yang sangat popular dalam kalangan gamers masa kini. Dengan adanya tournament seperti ini, ia bakal mencungkil bakat-bakat baru dengan penglibatan hampir 256 pasukan dari seluruh Malaysia. Mereka akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM60,000. Pemenang utama juga akan memenangi pelan mudah alih Yoodo selama satu tahun daripada pihak penaja, iaitu Yoodo. Menarik kan?


Menurut Encik Chow Tuck Mun, iaitu Ketua Yoodo, beliau sangat berbangga dan berbesar hati dapat berkerjasama dengan syarikat Tencent Games, iaitu syarikat gaming terbesar di dunia. Selaku penaja untuk PUBG Mobile National Championship (PMBC) ini, mereka akan berusaha untuk membentuk komuniti Yoodo di Malaysia sekaligus mengembangkan lagi jenama Yoodo dalam kalangan gamers dan pengguna internet di Malaysia. E-Sports merupakan cabang sukan baharu yang kian menjadi tumpuan di Malaysia. Jadi, strategi ini tidak salah untuk memantapkan lagi kedudukan Yoodo di pasaran Malaysia sebagai fast-growing company dengan menawarkan pelan internet yang laju dan coverage yang kuat.

Langkah Yoodo tampil menajdi  penaja untuk kejohanan permainan mudah alih seumpama ini, jelas menunjukkan komitmen pihak Yood dalam meyakinkan pengguna dengan tawaran internet berkelajuan tinggi. Memandangkan gaming akan menjadi bidang tumpuan dan akan menjadi gaya hidup masyarakat setempat, Yoodo menawarkan plan yang dapat memenuhi permintaan dan kehendak pengguna dengan tawaran add-ons, features dan activities yang menarik.


Selain itu, Yoodo juga akan memperkenalkan fungsi tambahan PUBG MOBILE sekaligus menjadi syarikat telco pertama di Malaysia yang menawarkan fungsi add-on. Ia akan membolehkan para pengguna Yoodo untuk mendapat kebebasan dalam bermain games dengan penambahan kuota internet khas untuk gaming. Jadi, kuota internet kini bukan masalah lagi bagi gamers di luar sana untuk pengguna Yoodo. Paling penting, dengan kelajuan internet yang kuat, pastinya games tak akan lag dan tersekat-sekat. Baru syiok nak layan PUBG.


Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Yoodo atauapun PUBG Mobile National Championship (PMNC),  sila layari: www.yoodo.com.my/pmnc2018/

Untuk mengetahui pengumuman terbaru Yoodo, sila lawati http://www.yoodo.com.my dan ikuti Yoodo di Facebook http://www.facebook.com/yoodoMY/



Peringkat saringan PMNC akan berlangsung di Johor Bahru (22 Disember), Sabah (25 Disember), Sarawak (6 Januari) dan Kuala Lumpur (12 Januari) di mana pemain akan bersaing untuk menonjolkan bakat masing-masing. Pemenang untuk setiap pusingan akan berentap di peringkat kebangsaan pada pusingan akhir pada 26 Januari di Kuala Lumpur. Pasukan manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara PUBG pertama di Malaysia? Stay tuned!





Yoodo

Yoodo dilancarkan pada Januari 2018. Yoodo merupakan syarikat perkhidmatan mudah alih digital milik Celcom Axiata Berhad. Yoodo menawarkan servis perkhidmatan yang boleh customise mengikut kehendak pelanggan. Yoodo mementingkan transparensi, fleksibiliti dan mesra pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari yoodo.com.my atau layari laman facebook YoodoMY dan laman instagram, youtube ataupun twitter Yoodo!


You may also like

18 comments:

  1. Sakit hati tengok suami main game pubg ni.. Kadang2 macam cakap dengan dinding.. Silap2 hari bulan ada yang kena rebus fon nya baru ada akai. Main kalau sampai tahap. Boleh buat duit mcm gamers2 tu ok la jugak.. Huahua

    ReplyDelete
  2. wlawey..ingatkan main PUBG ni buang masa je. Rupanya ada peluang utk dpr sehingga RM60k.. untung sabut timbul kan...tq for the info PB!

    ReplyDelete
  3. wow good to know of this as I recalled of PUBG, i think my sons friend and some parents know of this too. Its quite famous and now there's cash to win sure many people interested.

    ReplyDelete
  4. klo Abby di KL pakai kartu Celcom Axiata. apakah ini artinya Abby bisa guna yoodo dan main PUBG sepuas hati? kali aja bisa menagin RM 60 kan lumayan buat ole2 balik kampung hehehee

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tau such games ni. Tak pernah main. Kalau dah terjebak hmmmm....Nasib baik suami saya tak layan games ni. Idak.....hehe....Tapi kalau dah terjebak tu alang2 masuk je la competition ni kan?.

    ReplyDelete
  6. Masa awal-awal dengar pasal game ni ingat apa la, macam tak elok je hahahha, tak sangka main game boleh menang ribu-ribu. semakin kuat la alasan kaki gamers nak main game. nasib husband bukan sejenis fanatik game. harapnya sampai bila-bila pun tak la.

    ReplyDelete
  7. Nasib saya or husband memang tak minat game, tapi adalah kawan2 yang gila, kaki gaming aduhaiii dunia fantasi betul tengok diorang

    ReplyDelete
  8. Gila la sapa yg suka PUBG.. mmg kalau terjebak mmg akan addict erk? Liez ni ada je rasa nak join tp takut xigt rumahtangga, suami anak-anak je hihihi.. tp hadiah tu mmg lumayan kalau yg berjaya

    ReplyDelete
  9. Sy tak pandai main game online PUBG ni... tapi semenjak cuti sekolah ni, anak sy dok layan game PUBG nih... bkn main riuh lagi main game ni... tak pelah peluang main game ni masa cuti jer, dah balik hostel nnt babailah game PUBG.. tak tau boleh menang duit game ni... kena pantau gak nih

    ReplyDelete
  10. Memang ini peluang terbaik bagi pemain-pemain tegar PUBG kan? Boleh lar menyerlahkan kehebatan diri sendiri sekarang. War...hadiah-hadiah yang diberi nampaknya memang lumayan kan. :)

    ReplyDelete
  11. Amboi². Pubg pon sekarang kemain lg lg ya. Siap ada tawaran hadiah² menarik ntk kaki gamers ntk pubg ni. Cx kena bagitahu yg lain ni. Mana tahu ada rezeki menang hadiah lumayan. Drp dok main online tapi nan hado kan? Kih³. Mesti diorang sukalah kan. Sambil layan game, boleh menang

    ReplyDelete
  12. Nak main game kena line laju. Memang berbaloii la kalau guna Yoodo ni kan. Saya pun ada simkad dia.

    ReplyDelete
  13. Sekarang memang dah jadi fenomena PUBG ni kan. Mana-mana semua tengah giler PUBG. Sampai ada yang addicted. tapi berbaloi kalau giler PUBG then masuk pertandingan dan menang. Hadiah dia mahal tu.

    ReplyDelete
  14. Memang tgh hangat org perkatakan ttg PUBG.. AM takut nak cuba takut tertarik nanti susah nak focus buat keje AM bila dah mula main satu2 game.. Tapi menariklah!! Hadiah sampai 60k tue.. Godaaann!!!

    ReplyDelete
  15. Wahhh banyak tu hadiah yg ditawarkan. Menang besar la bg yg terer main pubg ni. Emi langsung tak tau pubg tu game camne haha

    ReplyDelete
  16. Pergh siap ade tournament PUBG..bguihla macam ni..main tak sia-sia..hehee..ada hadiah..hadiah pulak best-best pulak tu..nad tak tau game pubg ni macam mana, laki nad main mobile legends je..ehehe..

    ReplyDelete
  17. wow rm60,000?! no wonder now gamer also can become a full time job, join competition or even do youtube video and earn from there. good to see that now malaysia also start to have such competition!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  18. Sibuk sana sini sis tgok org main PUBG ni..nasib lah sis ni tak pandai main game2 cam ni so tak le terjebak, tapi bila tgok adiah tu rasa cam nak belajar le pulak..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...