Rasanya masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua pembaca www.penaberkala.com. Semoga tahun baru ini, bakal memberikan kita rezeki yang melimpah-ruah dan seribu satu kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. InshaAllah! Bercerita tentang tahun baru dan azam baru, aku nak berkongsi satu kisah yang mampu memberikan kita inspirasi dan membangkitkan semangat untuk terus berjaya. Kisah kali ini tentang Puan Norfazlin yang sangat komited dan passionate dalam menjayakan majlis-majlis perkahwinan demi memuaskan hati para pengantin.


Siapa sangka, bermula secara kecil-kecilan dan sambilan dalam bidang perniagaan butik pengantin sejak tahun 2008, kini Puan Norfazlin sudahpun berjaya mempunyai empayar perniagaan sendiri iaitu Hanana Group Sdn Berhad. Paling membanggakan, sempena tahun baru 2019, beliau berjaya membuka satu lagi lokasi terbaru yang menarik iaitu Lugar De La Boda dengan menawarkan pakej perkahwinan lengkap yang bertemakan perkahwinan dalam taman (ala Garden Wedding) yang pertama di Puchong. Kalau korang tengah mencari pakej perkahwinan 2019 especially untuk orang-orang kawasan Puchong dan sekitarnnya, inilah jawapannya! Korang kena baca sampai habis kerana ada offer istimewa yang ditawarkan oleh pihak Hanana Group untuk bakal pengantin. Check it out!


Rezeki untuk tahun baru, balik je dari trip ke Jeju, South Korea, aku berpeluang untuk turut serta bertandang memeriahkan Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda di Puchong. Dah lama tak makan juadah kenduri kahwin, alang-alang tu dapatlah merasa kan? Pembukaan tahun baru yang meriah. Ambil mood dan aura untuk kahwin mungkin :)

Pakej Lengkap Perkahwinan 2019


Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Hanana Grup Sdn Bhd di Lugar De La Boda adalah  pakej lengkap perkahwinan yang merangkumi pelbagai pilihan set pelamin, baju pengantin lelaki & perempuan serta solekan yang pelbagai mengikut kehendak bakal pengantin. Di samping itu, mereka juga menyediakan tempahan gubahan hantaran bagi bakal pengantin yang inginkan kelainan dari yang biasa serta tempahan manik pada pakaian lelaki dan wanita. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sesuai tidak kira kepada golongan yang kaya, sederhana mahupun yang kurang berkemampuan. Paling penting, harga boleh dirunding.

Dewan Perkahwinan di Puchong


Bagi bakal pengantin yang mencari dewan perkahwinan di Puchong ataupun memasang impian untuk mengadakan majlis perkahwinan yang grand seperti Garden Wedding, Lugar De La Boda adalah pilihan terbaik. Dewan perkahwinan pertama di Puchong yang mempunyai konsep ala garden yang mampu memenuhi impian bakal raja sehari. Selain itu, Lugar De La Boda juga sesuai untuk dijadikan lokasi pilihan untuk mengadakan sebarang majlis atau event. Lugar De La Boda boleh dikatakan event space terbaik yang cukup lengkap dengan segala kemudahan seperti tandas, surau, dan tempat letak kereta.

Lugar De La Boda, Puchong

Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda telah diadakan di Lake Vista, Puchong. Majlis yang meriah dan penuh gilang-gemilang ini diadakan untuk meraikan kejayaan Hanana Group dalam merealisasikan impian mereka untuk mempunyai Wedding Hall dan event space sendiri. Selain meraikan ahli keluarga dan sahabat handai, mereka juga meraikan para pelanggan yang sedang mencari pakej lengkap perkahwinan 2019.


Selepas kejayaan mereka mengendalikan Ambassador Putrajaya iaitu dewan perkahwinan yang terletak di Putrajaya. Kali ni, mereka tampil dengan konsep yang lebih fresh dan trendy, iaitu Garden Wedding. Lugar De La Boda Puchong bakal menjadi lokasi perkahwinan idaman bakal raja sehari di sekitar Puchong.



Selain konsep ala garden, apa yang aku suka tentang Lugar De La Boda adalah dari segi dekorasi dan tatarias dewan yang membangkitkan suasana elegan dan mewah. Dengan hiasan bunga-bungaan menghiasi ruang dewan, kerusi dan meja yang digunakan pula adalah jenis chivari menambahkan  lagi ciri-ciri modern English untuk tampil lebih eksklusif.


Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa maksud Lugar De La Boda ni? Iya, kami pun first time menjejaki kaki ke sini, duk berteka-teki apakah maksud di sebalik nama tempat ini. Rupa-rupanya, nama tempat ini diambil daripada bahasa Sepanyol yang membawa maksud Wedding Place. Hah, datang ke majlis pelancaran Lugar De La Boda, dapat ilmu baru. Lepas ni, boleh cakap dengan mak, "Nak pergi kul berapa ke Lugar De La Boda?". hahahahaha. Mesti dia ingat kita mencarut :P


Lugar De La Boda adalah Wedding Hall Puchong yang pertama menawarkan lokasi perkahwinan yang mempunyai ciri-ciri Modern English yang bertemakan warna emas dan putih. Dengan konsep ala garden, ia dihiasi dengan pokok-pokok palma dan pokok-pokok renek untuk menyemarakkan lagi suasana dalam taman. Kapasiti dewan ini mampu memuatkan sehingga 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari berwarna emas. Ia mampu menampung sehingga 500 orang tetamu dalam satu-satu masa.


Grand Launching Lugar De La Boda

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan bacaan yassin yang diadakan secara berjemaah. Kemudian, majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah. Sementara menunggu ketibaan para jemputan, aku sempat ronda-ronda di sekitar dewan. Fuh, cantiknya! 


Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong telah dirasmikan oleh pemilik Hanana Group Sdn Bhd sendiri iaitu Puan Norfazlin Abd Ghafar. Majlis dimeriahkan lagi dengan kedatangan insan tersayang, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan juga para pelanggan Hanana Group. 


Kami cukup bertuah kerana dapat menjadi sebahagian tetamu yang hadir ke Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda dan turut menjadi saksi untuk detik bersejarah dan penuh makna ini. Kami berasa bangga dengan kejayaan Hanana Group Sdn Bhd dalam merealisasikan Lugar De La Boda menjadi realiti. Simbolik kepada kejayaan ini, acara diteruskan dengan upacara memotong pulut kuning oleh Puan Norfazlin dengan diiringi suami, ibu, dan mertua.


Personally, aku rasa touching bila founder Hanana Group Sdn Bhd iaitu Puan Norfazlin sebak dan gembira dalam melontarkan ucapan perasmian Lugar De La Boda. Aku dapat rasakan, betapa gembiranya beliau pada detik itu dan betapa komitednya beliau dalam usaha untuk merealisasikan impian bakal-bakal pengantin di luar sana. Lagi satu yang aku belajar, raikan orang yang sentiasa support kita seperti pasangan, ibu bapa dan kelurga kita. Mungkin dari situ, rezeki kita akan berlipat kali ganda, inshaAllah. Selain membahagiakan customer di luar sana, family sendiri juga tidak dilupa. Itu satu rahsia kejayaan yang dapat aku belajar di sebalik kisah kejayaan ini.


Majlis diteruskan dengan makan malam. Macam-macam juadah dihadangkan untuk para tetamu. Sementara itu, para tetamu juga dihiburkan dengan nyanyian dan lawak jenaka dari The Potai's Band yang bergandingan dengan tukang lawak lagend kita iaitu Azlee Senario. Memang gamat suasana! Tak kering gusi dibuatnya. Feelingn dia rasa macam berada di majlis kenduri kahwin yang real! Hahaha.

Pakej Perkahwinan & Katering Terbaik


Selain dewan yang gah, pelamin yang cantik dan tatarias yang wow, juadah untuk para tetamu adalah paling penting. Pakej perkahwinan di Lugar De La Boda menampilkan katering yang terbaik. Aku sempat try sendiri juadah yang disediakan dan apa yang boleh aku cakap, memang sedap! Ada macam-macam juadah disediakan antaranya kurma daging, gulai daging kawah, ayam goreng berempah, masak lemak ikan masin dan nenas dan macam-macam lagi. 



Bukan itu sahaja, lagi menarik ada beberapa booth makanan disediakan untuk para vendor menyediakan makanan sampingan yang istimewa. Aku paling suka bila ada apam balik, kambing bakar, ayam gunting, kuih-muih dan rojak buah. Dessert pula ada disediakan ais krim dan cendol, Aku suka cendol kat sini sebabmya dihidangkan dengan susu kelapa sawit. Yummeh! Pendek kata, Lugar De La Boda menyediakan pakej perkahwinan terbaik termasuk dewan dan katering. Highly recommended!







Pakej Istimewa

Ada berita baik untuk korang semua especially kepada bakal pengantin yang sedang mencari pakej perkahwinan untuk tahun 2019. Kalau korang tengah cari Event Space atau Dewan Perkahwinan Puchong untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan korang, boleh start booking pakej lengkap perkahwinan di Lugar De La Boda. Harga pakej yang ditawarkan sangat berbaloi. Sempenan  pembukaan Lugar De La Boda, mereka menawarkan diskaun sehingga RM5000. Jadi, dari harga asal RM28,000 untuk maksima 1,000 pax, korang hanya perlu membayar RM23,000. Harga Pakej Perkahwinan ini termasuk dewan & katering. Cukup lengkap!


Apapun, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Hanana Group kerana menjemput kami semua ke Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong. Semoga Lugar De La Boda dan Hanana Group terus maju dan terusn komited dalam menggembirakan hati-hati pengantin di luar sana. Tengok dewan cantik macam ni, saya pun terus rasa nak kahwin, hehe.


So guys, kalau korang berminat untuk booking atau ada pertanyaan tentang pakej lengkap perkahwinan Puchong 2019 di Lugar De La Boda, boleh terus berhubung dengan team Hanana Group. Aku ada sertakan sekali contact details untuk memudahkan urusan korang.


Alamat:
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Office - 0166700471
Office - 0166700473


Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Fazlin
017-2345297

Farah
016-6700457

Liana
016-4318434

Hanis
016-6700752

Website:

Facebook:

Instagram:


Selamat Pengantin Baru!
Doakan juga aku cepat bertemu jodoh :P
Ada tak peminat tegar PUBG kat sini? Hah, kalau ada yang fanatik dengan PUBG korang kena baca sampai habis. Ada berita baik untuk korang merebut peluang menang besar! Chop! Ada yang tak tahu PUBG tu apa? Sebelum kita bercerita panjang pasal PUBG, meh nak kenalkan dulu apa itu PUBG. PUBG ataupun Player Unknown's Battle Underground merupakan perisian game yang tengah meningkat naik dan tengah menjadi kegilaan ramai buat masa ini. Pendek kata, dah jadi fenomena. Ke mana-mana, orang duk bercakap pasal PUBG. 

Oh ni ada satu website untuk cari maksud perkataan. Ce tengok. Kot-kot korang minat ke.

Mungkin ada yang bertanya, "Apa faedah duk main PUBG tu? Buat bazir masa, bazir duit je". Teeeet! Sabar dulu. Setiap peluang yang ada, mesti ada manfaatnya. Betul tak? Begitu juga dengan PUBG. Bukan sekadar main suka-suka, bazir masa, bazir tenaga. Kalau korang pandai mengambil peluang, korang siap boleh buat duit lagi dengan hobi bermain game seperti PUBG. Macam mana caranya? Check it out!


Caranya mudah je. Korang hanya perlu menyertai Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC) yang dianjurkan oleh PUBG Corporation dan Tencent Games. Untuk peringkat saringan, hadiah wang tunai RM2500 menanti juara untuk setiap pusingan di empat lokasi berbeza iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak. Paling menarik, wang tunai berjumlah RM50,000 menanti juara di Grand Finale.


Yoodo ialah syarikat perkhidmatan digital mudah alih pertama di Malaysia yang menjadi syarikat telco digital rasmi untuk Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC). Rasanya, ini adalah berita baik dan tergempar buat semua gamers di luar sana especially kepada semua peminat tegar PUBG. Yoodo akan menjadi antara syarikat pertama yang mendokong bidang gaming di Malaysia dengan melaksanakan kerjasama strategik dan juga plan jangka panjang.


PUBG adalah antara mobile games yang sangat popular dalam kalangan gamers masa kini. Dengan adanya tournament seperti ini, ia bakal mencungkil bakat-bakat baru dengan penglibatan hampir 256 pasukan dari seluruh Malaysia. Mereka akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM60,000. Pemenang utama juga akan memenangi pelan mudah alih Yoodo selama satu tahun daripada pihak penaja, iaitu Yoodo. Menarik kan?


Menurut Encik Chow Tuck Mun, iaitu Ketua Yoodo, beliau sangat berbangga dan berbesar hati dapat berkerjasama dengan syarikat Tencent Games, iaitu syarikat gaming terbesar di dunia. Selaku penaja untuk PUBG Mobile National Championship (PMBC) ini, mereka akan berusaha untuk membentuk komuniti Yoodo di Malaysia sekaligus mengembangkan lagi jenama Yoodo dalam kalangan gamers dan pengguna internet di Malaysia. E-Sports merupakan cabang sukan baharu yang kian menjadi tumpuan di Malaysia. Jadi, strategi ini tidak salah untuk memantapkan lagi kedudukan Yoodo di pasaran Malaysia sebagai fast-growing company dengan menawarkan pelan internet yang laju dan coverage yang kuat.

Langkah Yoodo tampil menajdi  penaja untuk kejohanan permainan mudah alih seumpama ini, jelas menunjukkan komitmen pihak Yood dalam meyakinkan pengguna dengan tawaran internet berkelajuan tinggi. Memandangkan gaming akan menjadi bidang tumpuan dan akan menjadi gaya hidup masyarakat setempat, Yoodo menawarkan plan yang dapat memenuhi permintaan dan kehendak pengguna dengan tawaran add-ons, features dan activities yang menarik.


Selain itu, Yoodo juga akan memperkenalkan fungsi tambahan PUBG MOBILE sekaligus menjadi syarikat telco pertama di Malaysia yang menawarkan fungsi add-on. Ia akan membolehkan para pengguna Yoodo untuk mendapat kebebasan dalam bermain games dengan penambahan kuota internet khas untuk gaming. Jadi, kuota internet kini bukan masalah lagi bagi gamers di luar sana untuk pengguna Yoodo. Paling penting, dengan kelajuan internet yang kuat, pastinya games tak akan lag dan tersekat-sekat. Baru syiok nak layan PUBG.


Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Yoodo atauapun PUBG Mobile National Championship (PMNC),  sila layari: www.yoodo.com.my/pmnc2018/

Untuk mengetahui pengumuman terbaru Yoodo, sila lawati http://www.yoodo.com.my dan ikuti Yoodo di Facebook http://www.facebook.com/yoodoMY/



Peringkat saringan PMNC akan berlangsung di Johor Bahru (22 Disember), Sabah (25 Disember), Sarawak (6 Januari) dan Kuala Lumpur (12 Januari) di mana pemain akan bersaing untuk menonjolkan bakat masing-masing. Pemenang untuk setiap pusingan akan berentap di peringkat kebangsaan pada pusingan akhir pada 26 Januari di Kuala Lumpur. Pasukan manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara PUBG pertama di Malaysia? Stay tuned!





Yoodo

Yoodo dilancarkan pada Januari 2018. Yoodo merupakan syarikat perkhidmatan mudah alih digital milik Celcom Axiata Berhad. Yoodo menawarkan servis perkhidmatan yang boleh customise mengikut kehendak pelanggan. Yoodo mementingkan transparensi, fleksibiliti dan mesra pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari yoodo.com.my atau layari laman facebook YoodoMY dan laman instagram, youtube ataupun twitter Yoodo!
Pernahkah korang mengalami keadaan di mana apabila buang air kecil, air kencing macam tidak habis-habis. Dengan kata lain, aliran air kencing mengecil dan tersekat-sekat. Selepas selesai buang air kecil, masih ada aliran air kencing menitis. Simptom-simptom ini akan menyebabkan korang rasa tidak puas selepas buang air kecil. Kalau korang mengalami keadaan seperti ini, bermakna korang mengalami masalah kencing tak lawas. Untuk perkongsian kali ini, aku ingin kongsikan serba sedikit petua untuk hilangkan masalah kencing tak lawas dan seterusnya mencadangkan cara mengatasinya.


Aku sendiri pernah mengalami masalah kencing tak lawas. Memang rasa tak selesa. Perasaan dia macam kau nak bertapa je dalam toilet. Duk asyik ulang-alik pergi toilet, tapi buang air kecil sikit je. Rasa tak puas. Dah kena sekali, memang serik. Sebab tu gigih aku cari cara macam mana cara untuk mengatasi masalah kencing tak lawas. Dah tahu beberapa petua, aku share he kat sini. Semoga bermanfaat untuk korang yang mengalami masalah yang sama di luar sana. 


Bagi mengurangkan dan mengatasi masalah kencing tidak lawas, berikut adalah petua yang dapat diamalkan oleh semua untuk mengubati dan merawat penyakit ini. Tidak kira samada lelaki atau perempuan, dua-dua boleh amalkan. Semoga beramal!


7 PETUA HILANGKAN MASALAH KENCING TAK LAWAS


1. GUNA DAUN SIRIH

Rebus beberapa helai daun sirih. Apabila mendidih, minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.(Antara Ramuan Jus Glamohealth)

2. GUNA BIJI BARLI

Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ianya dapat melegakan sekiranya ada rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan selain itu ianya juga dapat menyejukkan badan.(Juga antara ramuan Jus Glamohealth)

3. GUNA BUAH NENAS

Ambil sebiji nenas yang kurang masak, Kupaskan bahagian kulitnya. Apabila siap, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Ambil beberapa potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama beberapa gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

4. GUNA AIR BASUHAN BERAS

Ambilkan air basuhan beras yang terakhir apabila selesai membasuh beras, kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas. Minum air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

5. TANGGAL SEMUA TERMASUK SELUAR

Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

6. BUAT SQUAT JUMP

Apakah itu Squat Jump? Ia adalah satu exercise di mana korang perlu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali. Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot-otot pada bahagian punggung penghidap.

7. PERBANYAKKAN SENAMAN BERJALAN KAKI

Untuk menjamin kesihatan, kita juga perlu mangamalkan gaya hidup yang sihart. Antranya bersenam seperti berjalan kaki. Dengan mengamalkan petua ini, bukan sahaja luaran kita sihat, malah dalaman pun sihat.

8. MINUM JUS GLAMOHEALTH

Ini adalah petua paling senang dan mudah. Korang hanya perlu amalkan minum Jus Glamohealth 30ml setiap hari sebelum tidur. Tapi, jangan bilas dengan air masak selepas minum jus Glamohealth. Tidur macam tu je. Korang boleh amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 6 gelas sehari untuk membantu melancarkan proses membuang air kecil.



BAGAIMANA MENCEGAH DARI KENCING TAK LAWAS?

Menurut portal Kementerian Kesihatan, myhealth.gov.my, berikut adalah antara yang dicadangkan
  1. Minum air dengan secukupnya
  2. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan makanan berlemak dan meningkatkan pengambilan buah-buahan.
  3. Mendapatkan berat badan yang unggul dan mengelakkan kegemukan
  4. Bersenam selalu
  5. Mengurangkan stress
  6. Melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat. Elakkan dari mendapat penyakit kelamin dengan mengelakkan hubungan seksual rambang. Penyakit kelamin seperti gonorrhea menyebabkan radangan dan jangkitan prostat dan salur air kencing.
  7. Jaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan jangkitan.
  8. Elakkan kecederaan di kawasan perineal seperti semasa berbasikal dan menunggang kuda
  9. Jangan tahan air kencing
  10. Elakan pengambilan alkohol berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala masalah kencing
  11. Bejumpa doktor sekiranya mempunyai sebarang gejala masalah kencing.


Masalah kencing tidak lawas bukan hanya berlaku pada orang tua. Ia tidak kenal usia dan juga jantina. Jadi, orang muda juga berpotensi untuk menghadapi masalah kencing tak lawas. Kalau korang rasa ada simptom-simptom yang disebutkan tadi, boleh cepat-cepat hubungi doktor. Sebagai langkah alternatif, boleh cuba petua yang telah aku kongsikan tadi. Paling mudah, boleh cuba amalkan minum Jus Glamohealth.


Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah keistimewaan Jus Glamohealth. Jus Glamohealth adalah sejenis minuman tambahan yang diakstrak daripada buah lemon, ubi bit merah, daun dukung anak, selasih, madu, kurma, buah delima, daun durian belanda dan daun pegaga. Campuran semua ekstrak ini boleh membantu menangani masalah kencing tidak lawas. Selain boleh membantu masalah kencing tidak lawas, Jus Glamoheath juga boleh membantu masalah lain seperti masalah batu karang, mengawal darah tinggi, melegakan pedih hulu hati dan banyak lagi.



Paling penting, Jus Glamohealth diperbuat daripada 100% buah-buahan dan sayuran segar seperti buah lemon, madu, ubi bit merah, daun dukung anak, kurma, selasih, buah delima, daun durian belanda, dan juga daun pegaga.


Untuk pengetahuan semua, Jus Glamohealth juga berkesan dalam merawat penyakit-penyakit berikut: 
  1. Merawat penyakit batu karang
  2. Merawat penyakit buah pinggang
  3. Merawat masalah kencing tak lawas
  4. Menyembuhkan sakit sendi dan sakit tulang. 
  5. Melegakan sakit akibat gout. 
  6. Membantu menyembuhkan keradangan dan kerosakan tisu.
  7. Melancarkan proses penghadaman. 
  8. Mengawal tekanan darah dan paras kolesterol. 
  9. Menyingkirkan toksin dalam badan. 
  10. Mengembalikan tenaga yang hilang setelah melakukan tugas berat sepanjang hari. 

Untuk korang yang ingin mencuba produk Jus Glamohealth untuk mengatasi masalah kencing tak lawas ni, korang boleh dapatkan segera. Aku sendiri dah cuba. Memang sedap. Rasanya masam-masam manis. Maklumat lanjut, boleh rujuk website atau laman sosial media Glamohealth. Selamat mencuba!



Laman web

Facebook

Instagram

Email

Telefon 
012-2266953
013-6918656
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...