EKSPRESI EMOSI DENGAN WANGIAN DEMETER FRAGRANCE LIBRARY

Bila berbicara tentang minyak wangi, aku teringat tentang satu perumpamaan yang berbunyi, "Berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak." Jadi, baru-baru ni aku berteman dengan Demeter Fragrance Library. Memang wangi satu badan bila sehari berdamping dengan Demeter. Pendek kata, sampai teringat-ingat sampai ke hari ini. Betullah orang kata, setiap wangian yang kita hidu tersimpan satu memori yang akan dirindu.


Di Demeter Fragrance Library, ia bukan sahaja menghimpunkan pelbagai jenis wangian. Malah, ia mengumpulkan segala ekspresi, memori dan emosi dalam satu botol. Bayangkan, setiap wangian ada kisahnya tersendiri. Setiap botol perfume yang dihasilkan ada inspirasi yang disebaliknya. Di sini juga aku ekspresikan diri aku dengan campuran beberapa wangian untuk menghasilkan perfume sendiri yang di dalamnya tersimpan kenangan indah merasai sendiri pengalaman menjadi perfumer. Walaupun beginner, tapi not bad. Dapat ilmu dan pengalaman baru.


Ekspresi, emosi dan memori

Lagi satu, kalau cakap pasal perfume, sebenarnya emosi kita boleh bertindak balas dengan baik bila kita menghidu sesuatu bau atau wangian. Kadang-kadang, ia dapat nengimbau kembali segala memori dan kenangan. Maka, dengan itu wujudnya Demeter Fragrance Library yang diilhamkan untuk mengumpul wangian yang penuh dengan emosi dan memori. Setiap botol perfume ada sentimental value yang tersendiri.


Cuba bayangkan kalau diberi wangian untuk diteka, agak-agak boleh teka dengan betul tak? Tempoh hari, ada lebih kurang 10 jenis wangian. Kami kena hidu dan teka nama dengan betul. Fuh, mencabar juga. Bila dah hidu banyak-banyak bau perfume, lepas tu mula lah rasa confuse mana satu yang sebenarnya lagi wangi, haha. Siapa pernah rasa macam ni? Kita gang! 

Lebih 300 wangian istimewa

Kini, Demeter Fragrance Library secara eksklusif sudahpun berada di Watsons Malaysia yang terpilih. Demeter adalah jenama yang popular hasil ilham perfumer yang berbakat besar dari USA iaitu Christopher Brosius sejak tahun 1996. Dari satu jenis wangian, kini susah ada lebih 300 wangian yang berbeza hasil inspirasi daripada pengalaman dan persekitaran semasa. Mesti korang tertanya-tanya, "Kenapa banyak sangat jenis wangian yang ada?" Tak lain dan tak bukan setiap wangian terselit emosi yang tersendiri. Setiap wangian akan bertindak balas dengan emosi kita dan membolehkan kita untuk memberikan ekspresi personal bila memakainya. Dan paling penting, ia mampu mengimbau memori. 


Apa yang istimewa tentang Demeter Fragrance Library? Selain dapat menyuntik perasaan gembira, dengan adanya produk seumpama ini, pengguna akan berasa lebih dihargai. Mana taknya, kita diberi kebebasan untuk memilih wangian kesukaan kita mengikut personaliti mazing-mazing. Personal touch yang ada dalam setiap botol perfume ini mampu member kepuasan bagi setiap orang yang mendapatkannya.


Demeter Perfume Library 101 Workshop


Pertama kali dalam hidup aku belajar ilmu baru dalam menghasilkan perfume sendiri mengikut citarasa sendiri semasa sesi workshop yang dianjurkan oleh pihak Demeter Fragrance Library bertempat di The Other Half tempoh hari. Memang teruja. Mana taknya, kami diberi masa 1 jam, peralatan yang cukup lengkap dan pati wangian yang pelbagai.




Untuk peringkat pertama, kami diberi lebih kurang 10 pati wangian untuk dicuba. Dengan botol 10ml, kami diberi peluang untuk ekspresikan emosi kami ke dalam botol perfume dengan gabungan wangian yang disukai. Macam aku, aku guna campuran Sweet Dream dan Mojito.




Selepas berpuas hati dengan trial version, kami diberi pula botol 30ml untuk menghasilkan perfume peribadi yang sebenar. Dengar kadar nisbah (ratio) 3:1 berbanding trial version tadi, maka terhasillah sebotol perfume brand sendiri yang diberi nama MOKA. Aku lagi teruja bila packaging siap tulis brand kita dan nama kita sendiri. Dah macam mimpi pulak rasa. Tup Tup ada brand perfume sendiri. Thank you so much Demeter Fragrance Library and Watsons for a great experience and fruitful session. Nak tahu lebih details cara penyediaan perfume? Boleh tonton video di bawah. Cekidout!

Video Perfume Workshop


6 Wangian Istimewa

Demeter Fragrance Library menawarkan 6 wangian klasik (classic scents) eksklusif di  outlet Watsons Malaysia iaitu  Crystal Rose, Sweet Baby, Baby Powder, Icelandic Aurora Something dan White Musk.


4 Wangian Limited Edition

Selain itu, Demeter Fragrance Library juga menghasilkan 4 lagi wangian istimewa eksklusif di Watsons Malaysia yang diinspirasikan daripada kebudayaan dan diversity di Malaysia. Limited edition Fragrance yang diberi nama The City Version ini merangkumi Penang, Melaka, Ipoh dan Kuala Lumpur.


Variasi Produk

Selain perfume, pelbagai jenis produk ditawarkan kepada pengguna di luar sana oleh Demeter Fragrance Library. Antaranya adalah hand creams, lip balms dan perfume yang dipasarkan dengan design yang unik dan menarik seperti produk MOOMIIN Figure Perfume. Sempena dengan Krismas dan cuti sekolah, produk seumpama ini memang sesuai untuk dihadihakan Kepada yang tersayang.




Kini di Watsons Malaysia


Paling menarik, Demeter Fragrance Library merupakan brand yang turut menjadi kesukaan selebriti terkenal di Korea dan Hollywood. Eksklusif di Malaysia, pihak Demeter Fragrance Library menawarkan perfume 30ml di outlet Watsons terpilih dan juga boleh didapati secara atas talian (online) di www.watsons.com.my


Trivia

Demeter Fragrance Library mempunyai rangkaian terbesar di Gangnam, Seoul. Komitmen Demeter Fragrance Library untuk memperluaskan empayar ke seluruh dunia ketara bila mereka telah berjaya membuka lebih kurang 300 stores hanya di Korea. Di bawah kepimpinan James Lee, mereka juga telah eksport ke lebih 20 negara dan dipasrkan di 350 outlets yang dibuka di seluruh Asia Pasifik termasuklah di Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan China.

Post a Comment

19 Comments

  1. Banyaknya bauan wangian demeter ni. Nak cuba yang white musk la. Nak dapatkan pun senang je perfume ni..

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa! Cx dahlah suka dengan wangian baru. Cx kena terjah ni ntk ntk bauan yang ada. Kot² berkenan dihati dan hidung. Haha. Anyway have fun sungguhlah bila dapat buat wangian sendiri. Campur nau nau apa yamg kita suka dan jadikan ianya unique scent untuk kita sendiri. Tak sbr pula nak pergi try nanti di watson! Hihi

    ReplyDelete
  3. Bleh tak bagi trial untuk MOKA tu? Macam berminat la nak try. bagus la MoKA pakai wangian, menyebabkan orang lain teringat-ingat kelak ye tak

    ReplyDelete
  4. Best nyaa dapat join workshop macam ni. New thing to learn. Tapi kdg2 kalau bau wangian byk sgt leh sakit kepala pulak. Haha. Suka la yg city version tu. Macam cool series dgn nama city kat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. I like the neat bottle of the perfume. how does it smell? I haven't seen this at the Watsons near me. hmm maybe big stores only have it? I am into perfume so I am curious about this.

    ReplyDelete
  6. This is nice. I love perfumes. I have so many in my collection. I haven't try Demeter yet. But, it sounds very tempting. Need to try it soon.

    ReplyDelete
  7. wehhh bestnyaaaa dapat buat perfume sendiri! ni baru puas hati dapat reka sendiri mana yang kita suka kan? first time dengar. nanti nak try survey lah dkt watsons. tq suggest mokarina

    ReplyDelete
  8. nice workshop by watson, they should make one in penang too so that i can join! hehe! anyway the moomin figure perfume looks cute, suitable to make as a gift to the girls im sure they will find it lovely!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  9. Maknanya boleh personalised perfume sendiri mengikut citarasa kitalah yer.

    ReplyDelete
  10. Amboi seronoknya dpt customize perfume sendiri. Yelah masalah orang nowdays susah nk mix and match scent. Bagus ad bende mcm ni. Class betul nama perfume die. hehehe

    ReplyDelete
  11. Seronoknye dapat personalize perfume sendiri. Puas hati sebab kita lagi tahu bauan apa yang kita selesa pakai. Kebetulan pula ena memang pengguna watson boleh la nanti cuba kan produk ni. Packaging dia cute sesuai dengan citarasa sekarang.

    ReplyDelete
  12. Onie suka gila packaging dia,cantik dan colorful. Bertuah moka dapat belajar buat perfume sendiri, yang penting nama perfume tu, kemain 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 Ritu usha kat watsons The Pearl Kuala Lumpur takdok lak

    ReplyDelete
  13. Pernah bau kat watson...paling saya suka cotton blue kot... Wangiiii and kinda remind me of childhood memories. Best kot bau dia.

    ReplyDelete
  14. Bestnya dapat buat wangian sendiri..untung betul. Boleh buat busines minyak wangilah korang lepas ni ekk..hehehe.
    Sis pun suka pakai perfume..kat rumah ni pun masih ada yg belum bukak lagi..ada je kawan ke overseas sis krim je gan diorg

    ReplyDelete
  15. lebih 300 wangian ??/ menarik ni...syy memang suka wangian yang punyai sentuhan peribadi..sebab ianya egitu dekat di hati...tak pernah lagi bau wangian dari watsons ni.ingat nak cubalah sekali heeheh

    ReplyDelete
  16. woww!!! teruja tengok begitu banyaknya koleksi wangian Demeter ni... seriuslah banyak macamtu sekali. ini kalau nak pilih mau pengsan dok bau2 wangian pilihan. hahaha.. tapi nama wangian dia semuanya sweet2 je.. mesti sedap kan....

    ReplyDelete
  17. Parfurm baru ye dkt watson? Nnt liez nak try la sbb suka sgt bau wangi2 ni tambah pulak yg bau fresh..packaging pun comel je..bestnya dpt buat parfurm formula sendiri ye..

    ReplyDelete
  18. wah wangi habis sangat tu sampai terbang dibuatnya... packaging dia sangat minimalis, tengok botol nampak macam ekslusif je.. nama pun nampak unik... rasa macam nak pergi check out lah nanti dekat watson.. nampak macam ada bau coklat je tu

    ReplyDelete
  19. huiyo moka terapunglah ....jarang nak beli minyak wangi kat farmasi tapi sebab moka bagi cadangan why not cuba beli sesekali...paling rindu nak bau white musk ...lagi satu suka packaging Demeter ...simple tapi menarik

    ReplyDelete